Terima Kasih Sudi Like

Friday, June 27, 2014

Sajian Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

www.tips-fb.com

Salam

Tinggal satu hari je lagi kita nak melangkah ke bulan ramadhan al-mubarak, so mesti ramai di antara korang-korang yang duk teringin berbuka puasa kat luar bersama family, kawan-kawan jiran tetangga serta binatang peliharaan kannnn ~~~~

Aku nak suggestkan kat korang yang mana tercari-cari tempat nak berbuka puasa nanti, apa kata korang pergi Bangi Golf Resort, sebab apa kena pergi berbuka puasa dekat sana sebab aku dah pergi miahahahahaha~ motiffffflah kau ni ! Tapi korang kena pergi kalau nak rasa pelbagai menu. Cuba bayangkan sekarang, bayangkan cepat ! ada lebih 200 menu disediakan phewwwww~~~ mengah perut ko nak hadam tau ! 

Nin dia antara menu yang hampir ke semuanya aku rasa keenakan dan kelazatannya. Yummy ~ dandan tengah menaip ni aku lapar tengok gambar ni.


Kalau taknak makan berat, or diet ke (diet sgt puasa2 ni ) kan boleh telan Garlic Bread ni


Kuih-muih


Western punya makanan, see banyak choice kan ? jangan menjejes air liur depan pc pulak er...er...er...


Ni menu melayu sikit if korang nak makan nasi berlauk, ada butter prawn lagiiiii


Kerabu perut tu sedap gilaaaa okeh !


Feveret selamanya Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api


Pelbagai Buah-buahan


Rojak


Pencuci Mulut


Cake pun ada

See, macam-macam ada kan ? tu pun baru sikit je aku rasa kalau semua sekali aku mkn masa tu silap haribulan aku merangkak balik rumah huhu... Belum lagi aku tayang kambing golek, nari-nari ari ya baba lagi,


Kambing golek in the house, bagi penggemar kambing golek bolehla fokus menu ni, terbaik wok !


 Antara semua menu tadi yang aku tunjuk, makanan ni yang paling menarik perhatian aku, sebabnya jarang nampak kat tempat lain kan ? untuk pengetahuan semua nama makanan ni adalah Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma, kemain nama berpintal lidah aku nak sebut. Makanan ni adalah telur separuh masak yang dicampur bahan macam kicap blackpepper, mushroom, tgk mcm pelik tapi rasa sedap kot wey boleh ditelan, aku ni kurang suka makan telur nak-nak kalau bergoreng muaknya lahai, tapi benda alah ni aku makan dua pinggan tau jangan tak tau hahahaha, kemain sedappppp sampai jilat sudu.


Dari kiri, FBI kot namanya :p, abam pappappapIdanoryyaya, syafiq dan andi

Oh ye terima kasih kat abam pappappap  sebab gambar makanan di atas ni adalah hasil tangan beliau, kami mintak pinjam memandangkan gambar-gambar kami semua tak boleh bukak dekat pc. Mintak halal ye  abam ^____^


Sempat jugak bergambar dengan kak Neena, by the way kain akak cantiklaaaa



Nak dapatkan harga istimewa, korang kena beli voucher dulu, jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Bangi Golf Resort, harga voucher bagi dewasa cuma RM50 nett manakala budak-budak cuma RM25 nett, CEPAT BOOKING SEBELUM TERLAMBAT !

Nak walk in pun boleh je, tapi harga bagi dewasa RM65 nett / kanak² RM30 nett, mahal kot better beli voucher jimat banyak !

Untuk sebarang tempahan call 03-89253728 atau 03-821000265

Alamat Bangi Golf Resort : Bangi Golf Resort Restaurant,
                                          No 1, Persiaran Bandar
                                          43650 Bandar Baru Bangi
                                          Selangor Darul Ehsan

Facebook                        : BangiGolfResortRestaurant



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, June 17, 2014

Zulina Homestay - Langkawi

www.tips-fb.com

Salam

Takde mood nak type entry sebab macam malas macam tak rajin macam-macam lah tapi memandangkan bos kita out station haruslah rebut peluang keemasan ni, banyak gila cerita yang dah hampir basi ko tak up-up mila oiiii, tak taulah mende apa yang jadikan kau kemain femalaaaasss tahap jibon !

Cerita langkawi bulan 1 hari tu, aku belum habes review sebenarnya, ni aku dah skip langkawi bulan 5 punya, suka hati kau je ek hahahaha... Oke, aku pergi langkawi hari tu, 1 hb 5 2014, ni percutian bersama Keluarga Mertua.

Kesemua gambar dalam entry ni aku pinjam dan minta izin dekat Mummy Qausar sebab apa pinjam gambar???? sebab gambar yang aku ambil dalam camera laki aku dah hilang T_____T, jangan tanya aku camne hilang tanya laki aku tau.tau. Terima Kasih kak sudi pinjamkan gambar.

Kitaorang stay dekat Zulina Homestay ni 3 hari 2 malam. Aku memang refer blog Mummy Qausar untuk cari homestay yang best. Sebab kami pergi langkawi dalam 7 orang. Kalau hotel tak berapa nak best sebab pisah-pisah, ni homestay besar sumbat je semua.



Ni pandangan dari tepi jalan, homestay ni memang tepi jalan.



Kami punya homestay belah kiri tu, belah kanan tu ada orang jugak yang menginap


Ni kawasan ruang tamu, luasssss



Ada meja makan


Bilik utama sebab ada bilik air


Bilik kedua


Bilik ketiga ada dua katil single


Ni dapur, semua lengkap nak masak pun boleh


Haaaa ada mesin basuh lagi, so xpayah nak bawak baju byk sgt, lepas pakai terus cuci

Zulina Homestay ni mempunyai tiga bilik, 1 bilik utama jenis Queen yang ada bilik air dalamnya, bilik kedua katil queen jugak, bilik ketiga ada 2 katil single, apa yang best ketiga-tiga bilik ada aircond tau, xcukup lagi tu ada kipas lagi, sampai merekotlah ko tidur kalau pasang dua-dua. Bilik air ada dua, satu dalam bilik utama satu lagi dekat dapur. So far kebersihan tiptop, bilik air bersih tekanan air kuat, suka gilerrrrr puas dapat mandi, bahagian dapur boleh memasak ada peti ais perkakas dapur complete ada tempat memasak, disediakan mesin basuh jugak, bagi yang nak menggosok baju juga disediakan iron dan board. Lagi satu tempat penyidai dekat luar rumah disediakan.

Nak tau satu cerita tak ? Masa kami sampai sana dah petang, kira sesat jugaklah sebab tak jumpa signboard Zulina Homestay tu tapi memg takde signboard pun haha...yang ada nama homestay lain, siap tuan rumah amek kitaorg bawak kepangkal jalan hehehe..dah jumpa rumah tetiba depan homestay kami tu penuh kereta orang sebelah tulah sampai 2-3 biji, kecian kereta sewa kami kena parking luar macam nak marahla sebab kereta diaowang je kongker semua tempat, sepanjang kat langkawi tak pernah pun tegur jiran sebelah tu, tak aleh-aleh masa nak check out tu, boleh pulak bertegur sapa rupanya jiran sebelah kami tu orang batu pahat, johor jugak kemainlah ramah bercerita pak mertua kita tau. Diawang pun bercuti di Langkawi tapi diaowang stay seminggu lama kemainnnn, yela anak cucu berhimpun kan~ Kecik betul dunia, tak jadi marah hahahaha...

Ni info pasal Zulina Homestay  :-

Puan Zulina
019-426 3457
lot 2435, kampung padang putih
jalan pantai tengah, pantai cenang
pantai tengah, langkawi.

3 hari 2 malam =RM 500





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, June 5, 2014

Katering Sedap dan Murah Untuk Pelbagai Majlis

www.tips-fb.com

Salam

Baru-baru ni family aku ada buat majlis berkhatam & berkhatan adik lelaki aku paling bongsu. So adalah buat sedikit kenduri kecil-kecilan sahaja, tetamu pun tak ramai 100 orang je, maaflah kalau ada yang aku tak jemput eh.eh. terlupa busy uruskan hal kenduri. Kalau ada kenduri yang besar In Sha Allah mesti jemput.

Terima kasih kat kawan blogger YayaIdaNoryIeza sebab sudi hadir ke majlis ( dari mula entry aku rasa ayat semua skema giler, lantak ko laaa tak jumpa button backspace haha.. ) Kecian gambar kita semua takde dahla susah nak jumpa . Para suami pun ada yang tak dapat join demi mencari sesuap nasi gituuuu ceeewahhh~

Oke sebelum terlajak lebih jauh, mari aku perkenalkan siapa katering untuk majlis adik aku ni. Acely katering ni adalah orang yang sama masa abang aku kahwin bulan 12 haritu. Dah cop awal-awal nanti majlis adik aku pakai katering yang sama. Alhamdulillah, hajat kesampaian. Kira dah 2 kali aku booking makanan dengan katering yang sama


Fieby'z Catering yang diterajui oleh pasangan muda Fifi dan Ruby, diaowang ni kawan Yaya. merangkap kawan akulah jugak kan hehe


                                      Ni masa majlis kahwin abang aku dekat Dewan Tun Rahah.


Fieby'z Catering pun ada buat pakej makanan beradap


Nampak sedap kan? memg sedap masa kat dewan tak sempat nak rasa lauk pengantin balik rumah terus makan berjemaah kauuuuu.Ayam yang gebu ni tinggal tulang je setelah dikerjakan

Fieby'z Catering ni ada menyediakan macam-macam pakej terutama bagi yang nak melangsungkan perkahwinan, korang boleh tengok pakej-pakej yang ada tak pun diaowang ni boleh ekut budget korang. Call buat appointment bincang setel. Senang gitu

Bagi aku deal dengan Fifi dan Ruby sangat mudah, ko bagilah menu apa yang ko nak bincang dengan mereka. Bukan takat untuk majlis perkahwinan diaowang ni cover semua majlis birthday ke, annual dinner ke majlis kesyukuran ke semua boleh. cuma call je dan bagitau. Dan paling penting mereka ni datang on time, eh aku suka giler orang macam ni, pukul 9 aku nak pukul 8.45 dah terpacak !.giler best ! Sebenarnya nak tau cara orang bekerja ni senang je tengok pada masanya. Kalau dia menepati masa cara bekerja memang profesional la. So tak hairan lah masakan pun meletopssss.

Aku takkan suggestkan kat orang kalau perkhidmatan dia tak bagus.Ni sebab bagus dan terbaik, aku suggest kotlah ada yang mencari-cari katering sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

Gambar bawah ni menu masa majlis berkhatam dan berkhatan adik aku.





Repeat order kali kedua, 1st masa kenduri kahwin abang aku. Hoiii sedap gilaaaaaaaa


Asam pedas Ikan Pari, marvelousssss


Ulam-ulaman bersama sambal belacan


Buah-buahan


Kuih-muih


 
Ikan Kering.

Majlis adik aku ni, aku nak kan menu ala-ala kampung, biasa sangat makan lauk pauk kenduri kawin, boring so ubahla sikit, oiiii best duk bandar menu kampung. Siap tapau bawak balik, tu takde dalam pakej tapi tak elok bazir-bazir hehe...Makanan ngam-ngam takde bazir pun. Overall suma mengatakan masakan Fieby'z Catering sedap !

Ni aku bagi details lagi sekali :

              Fifi : 012-2565299 / 011-14362650
             Ruby : 017-3996985 / 011-1436265
             Email :Fiebyzcatering@gmail.com
            FB :FybiezCateringEnterprise



Inai ni memang 100% daripada daun inai tanpa ada pewarna tiruan atau bahan kimia
Korang boleh tau perbezaannya bila dah pakai nanti.
So tunggu apa lagi cepat whatsapps 012-2531649 kalau nak beli.






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...