Terima Kasih Sudi Like

Saturday, August 15, 2020

CAMPUR-CAMPUR KITCHEN MASAKAN GABUNGAN TIGA NEGARA

www.tips-fb.com

 Salam 1 Malaysia

Setiap hari kalau makan benda yang sama bosan jugak kan ? Mesti rasa nak cuba sesuatu menu yang lain daripada lain tapi tetap mengenyangkan. Haaaa...apa kata korang cuba try makan di Campur-Campur Kitchen yang terletak di Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya

 

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa nama restoran ni Campur-Campur Kitchen, oke mari anak-anak cikgu terangkan hahaha...Buat pengetahuan semua, segala menu yang ada di sini adalah gabungan makanan popular dari Indonesia, Chinese dan Thai, jadi kalau korang rindu makanan Indonesia atau Thailand tak perlu travel jejauh kat sini dah boleh rasa feel macam kt dua negara tu.

Baru tengok buku menu belum order dah terliur  rambang mata  macam semua sedapnya lahaiiiii. Terdapat lebih dua puluh menu di Campur-Campur Kitchen jadi wajib rasa tau

Bagi aku yang jenis kena makan berat macam nasi sebab kita dah ada gastrik wak ofkos lah kita memilih menu yang berunsurkan nasi, 


Campur Belacan Chicken Fried Rice RM 13.90


Fried Prawn With Egg Yolk Rice RM 19.90


Ayam Bakar Rice RM 15.90

Salted Egg Yolk Octopus Rice RM 16.90

Kalau korang jenis yang tak makan nasi sebab diet ada je menu lain yang disediakan so jangan risau kalau datang sini. Walaupun bukan nasi korang tetap akan rasa kenyang sebab portionnya agak besar

 


Cantonese Kuey Teow With Seafood RM 16.90


Salted Egg Yolk Chicken Boxing RM 13.90


Pan Fried Beef Kuey Teow RM 13.90


Butter Chicken Chop RM 16.90


Crispy Baby Crab RM 12.90

Dessert pun tak jugak kurang hebatnya tau tetap mengiurkan untuk sesiapa yang makan di restoran Campur-Campur Kitchen ni, wajib cuba sebab kalau tak nanti korang terbayang-bayang bila dah balik rumah


French Toast With Honey RM 6.90


Banana Toast With Chocolate RM 7.90

Makanan dan dessert dah ada takkan air takde pulakkan hihi...Macam biasa air jugak mempunyai banyak pilihan, yang bestnye dia tak gunakan gelas biasa tapi guna bekas plastik size besar so senang kalau tak habis boleh bawak balik.




Coffee Lover U guys should try this !


Nak rare boleh cuba minuman dalam mentol ni comey teruk wey

Sambil tunggu makanan yang dipesan korang bolehla menikmati terlebih dahulu Salad dan Popcorn yang disediakan secara PERCUMA. 


Amacam menarik tak menu makanan dan minuman di Campur-Campur Kitchen, jadi lepas ni bolehla terjah bawak keluarga atau kengkawan makan dekat sini kan dah tak perlu pening-pening mana nak cari tempat makan best di Cyberjaya


Nama Restoran : Campur Campur Kitchen 
Alamat : Campur Campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre, 
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya
 






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

TEMPAT MAKAN BEST DI CYBERJAYA

www.tips-fb.com

 Salam 1 Malaysia

Dengan ucapan tengah buat apa tu? Dah makan ke belum? hihi...Weekend2 ni mesti ada yang malas masak kan jadi nak makan kat luar betul tak ? So apa kata korang ajak satu keluarga ke Cyberjaya dan try makan di RESTORAN SANA SINI yang terletak di DPULZE SHOPPING CENTRE.

Dengar-dengar macam terdapat lebih dua puluh menu yang menarik dekat restoran ni, betul ke? kalau nak tahu korang kenalah singgah dan rasai sendiri makanan dekat restoran ni.

 


Ni bahagian pintu masuk RESTORAN SANA SINI




Jangan risau masih mengikut SOP yang ditetapkan siap ada bear cumel yang akan check suhu korang hahahaha...




Unikkan restoran ni siap deco dengan tin biskut kreatif sangat



 Dekat restoran ni juga disediakan ruangan sekiranya ingin sambut birthday yang tersayang 


Bagi yang bawak anak kecil jangan risau sebab restoran ni menitikberatkan keselesaan keluarga dimana ibubapa boleh menikmati hidangan sambil anak-anak boleh bermain di ruangan ini

Mari kita tengok menu yang terdapat di RESTORAN SANA SINI, antaranya ialah :


1-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice 
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable 
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Pepper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice


Black Pepper Beef Rice


Nasi Ayam & Adik Beradik


Butter Milk Chicken Rice


Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop


Pineapple Seafood Fried Rice


Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom


Steady lagi tak korang..ke ada yang dah tertelan air liur tengok gambar makanan yang mengiurkan ni hihihi, bukan setakat menu makanan je banyak air pun banyak pilihan ye bekas dahla besar memang puas minum






The best part is yang aku suka restoran ni sebab ada FREE ice-cream dan popcorn setiap hari tau bebudak confirm suka alaaaaa bukan budak je bapak budak mak budak semua sukalah sebab ianya FREE hihi





Jadi dah tau kan tempat makan best di Cyberjaya untuk bawak isteri dan anak-anak weekend ni, trylah makan confirm tak menyesal sebab menu dia semua ohsem !


RESTORAN SANA SINI 

Nama Restoran : Restoran Sana Sini 
Alamat : Lot Number: LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...