
talk to my hand : akhirnya encik suami follow blog aku jugak, selalu stalker je kan ngehngehngeh.... follower ke 708
talk to my hand : akhirnya encik suami follow blog aku jugak, selalu stalker je kan ngehngehngeh.... follower ke 708
Assalamualaikum,
Hari ni aku dah pun start bekerja. Lemau sesangat ko tau sebabnya esok aku cuti balik untuk pergi ke Kedah bagi menghadiri majlis perkahwinan adik ipar sebelah lelaki. Oh ye, masih belum terlambat lagi kan aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada kalian-kalian semua. Sekiranya tersalah atau terkasar bahasa haraplah dimaafi sesungguhnya aku ini hanya manusia biasa.
Sambutan raya tahun ni di kampung Batu Pahat, Johor seperti tahun-tahun lepas bersederhana sahaja tapi yang membezakannya adalah tahun ni aku beraya sebagai isteri orang dan tahun ini jugak buat pertama kalinya aku beraya di rumah mertua heee..Pengalaman baru mengenal dan beramah - mesra dengan ahli keluarga dan sanak - saudara sebelah encik suami.
Raya pertama |
Raya Ketiga |
Waduh makin gawat nie, lagi ditahan lagi menjadi lagi dilarang lagi merakus apekah simpton yang melanda diriku ??? teeeeerrruuukkkk xboleh dibendung lagi. rasanya baru minggu lepas aku dah rembat 3 pasang kasut dan selipar yang aku beli kat uptown Danau Kota. Korang boleh baca entry ni, 3 pasang kan ? kini telah menjadi 4 atau mungkin lebih eh ? rasa xbersalah jerk ckp mungkin -.='
Assalammualaikum,
Hai blogger- blogger yang masih berjaga macam aku, berjaga sebab xbole tidur atau dalam erti kata lain encik suami takde disisi kerana menunaikan tuntutan ibadah mencari rezeki diluar heee~~~Macam lagu atilia tu dinda keje siang kanda keje malam xperlu bertengkar xperlu bermasam mukaaaa..lalalalala~~~entah betul ntah tak hentam saja lah labu.
Buat makluman semua aku baru je pindah rumah lebih kurang dlm sebulan boleh baca entry ni so bila pindah rumah mestilah banyak nak pakai duit lebih-lebih lagi nak penuhkan isi rumah baru yang kosong tu. Dah hampir sebulan berpindah so far kehidupan bersama orang tersayang banyak memberikan impak maksima yang tinggi dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Tapi itu adalah moment yang paling best dalam hidup bila dapat berkongsi hidup dengan orang tersayang ^_____^
Aku ni kira senang jugak sebab encik suami dah ada siapkan kelengkapan dalam rumah seperti dapur, peti ais mesin basuh so xperlulah nak pening-pening pikir pasal duit untuk kelengkapan tersebut, seyes bila ko pindah rumah baru ko memg banyak pakai duit oke ! i admit it ! pengalaman tu. dan aku kira bertuah gak sebab owner rumah yang aku sewa tu dah memg menyediakan half furnished so xyah jugak aku pening-pening dan serabut nak bawak katil almari aku yang kat johor tu pindah sini mayb lepas raya aku bawak ke KL.
Yang takde sekarang ni ialah sofa dan kabinet TV, sofa tu aku postpone dulu memandangkan ia takdelah penting sangat sebab rumah kitaorang ni dahla kecik sekangkang kera jerk kang beli sofa gedabak besar terus pack ruang tamu kami tu so pikir-pikir balik nanti dululah lagipun kami nak elakkan dari buat pembayaran ansuran, interested tinggi dan ia amatlah merugikan. Jadi kami kena simpan duit dulu dah cukup baru beli.
Cuma yang dibeli baru-baru ni adalah kabinet TV sebab nak letak TV aku tula, xkan TV besar-besar letak bawah lak kan. Lagipun encik suami dah janji nak belikan aku kabinet TV so aku on jela kan ^_____-^. Beli secara tunai no hutang-hutang. TQ Encik husband.
Assalamualaikum,
Bila mood shopping dah sampai memg payah la nak tahan bila duk tahan-tahan nilah akibatnya sampai 2 hari duk shopping-moping dari siang sampailah ke malam, Bonus belum keluar lagi tapi aku dah abeskan duit yang ramai macam aku lak dapat bonus macam orang keje gomen heee~~~~
Dengar-dengar cete jumaat aitu nak dapat bonus tapi tunggu punya tunggu bulan xtimbul-timbul eh bukan , bonus xdapat-dapat bos lupa barangkali kan ? this week jela pun yang ada masa nak shopping next weeks dah raya kaw 1! so nak xnak haruslah sosssspinggg
Jumaat aritu g jalan TAR memandangkan opis aku kat Dataran Merdeka dah confirm2 lah aku membeli dan blah kat situ, keluar time lunch fuhh ,org memg ramai majoriti perempuan la kan sebabnya lelaki p solat jumaat mana lelaki xsolat dia pondan ekekekekek.