Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label Event Blogger. Show all posts
Showing posts with label Event Blogger. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Epic Fit Meals Co - Healthy Food For Diet.

www.tips-fb.com

Salam 
Berita baik buat orang-orang yang sangat mementingkan pemakanan yang berkhasiat kerana telah wujudnya satu cafe dimana semua menu makanannya terdiri dari makanan yang berkhasiat dan rendah kalorinya,Epic Fit Meals Co adalah sebuah cafe yang menyajikan menu makanan yang sihat dan segar. 

Cafe ni sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet dan yang suka main gym. Segala menu yang dihidangkan mempunyai kiraan kalori, jadi sebelum makan kita bolehla kira berapa banyak kalori yang telah selamat masuk dalam perut kita kan hikhikhik..... Selain itu bahan-bahan yang digunakan bagi setiap penyediaan adalah segar, sihat dan berkhasiat. Tiada bahan yang dibekukan pun. Kiranya kalau kita order, mereka akan siapkan hidangan mengikut tempahan kita. Setiap tempahan yang diterima mengambil masa 45 minit untuk disiapkan.


Antara makanan yang disediakan di Epic Fit Meals Co adalah, 



TriColour Margarita (380kcal) RM17.80


-Epic's Italian flag pizza with red tomatoes, white mozarella and green basil. Its a vegeterian delight.



 Shrimpy Affair (489kcal) RM19.80


A delicious taste of the sea combining flavours of fresh prawns. real mozarella cheese, cherry tomatoes and English parsley



 Sam's Hawaiian Luau (509kcal) RM19.80

A luau (feast) of real mozarella cheese and spiced lean chicken strips, onions and pineapple.


  Epic Pesta RAYA Special *new Nasi Lemak Pizza (591kcal) RM19.80


Our original and special tribute to the nasi lemak and it includes spiced lean chicken strips, eggs, peanuts, achovies, cucumber, real mozarella cheese and of course our fire S.O.S



 Epic Pesta RAYA Special *new 3A : Apple, Ayam & Api (545kcal) 
RM 19.80

Fiery Pizza with minced chicken, real mozarella cheese, onions and caramelised apple.



 OZ'Beef Delight (567kca)RM19.80


Delightful combination of pulled Australian beef, pineapple, onions, tomato and sesame seed.


Kesemua diatas telah selamat aku telan, ternyata perutku menerima menu tersebut. Semua sedap, semua best aku paling suka Nasi Lemak Pizza dgn 3A Pizza sebab macam ala-ala kampung. Kan tekak melayu hihi...pizza ni bukan dibuat menggunakan tepung tau sebaliknya menggunakan bread crump dan ada bahan lain, jadi ia kurang berminyak.


Selain pizza, cafe ni jugak ada hidangan ayam bagi penggemar yang sukakan ayam. Epic Chicken terdiri daripada dua hidangan iaitu :-

Epic Grilled Chicken (249kcal)
Epic "Fried" Chicken Schnitzel ada dua pilihan sama ada nak classic (381kcal) atau Fire (403kcal)

Kalau nak order secara ala carte harga adalah RM 12.80 (Grilled) manakala RM13.80 (Fried)






Kalau kata dah jemu asik makan pizza dan ayam masih ada sides dish tau yang boleh diorder secara ala carte


Irish Colcannon (122kcal)
RM4.80




 Aglio E Olio  297kcal RM5.80



 Crunchy/Fire Chookies (233kcal) & Mashed Sweet Potatoes (271kcal)
RM 5.80




 Cilantro Lime Rice 217kcal RM4.80 

Brownie Oat Rice 176kcal RM4.80
 Epic's Cauli Rice 134kcal RM5.80




 Spiced Baked Wedges 132kcal RM4.80





Garden Salad 91kcal RM4.80




 Frugertii 98kcal RM5.80



Red Apple Honey Smoothie 79kcal RM8.80

Coolie Beauty 41kcal RM7.80
Classic Trifecta 78kcal RM 7.80
Agua Mello Smothie 61kcal RM 8.80

Epic Fit Meals Co ni, sebenarnya lebih kepada perkhidmatan delivery ke rumah. Walk in pun boleh tapi better korang take away sebab kalau nak makan dekat situ kawasan adalah terhad.Antara tempat penghantaran secara percuma hanya di Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama, Kota Damansara, Tropicana, Damansara Kim, dan Damansara Uptown. 

Hanya dial 03-7733 3375 jika ingin membuat sebarang pesanan.

Waktu Operasi jam 11am hingga 11pm. 

Bagi yang nak walk in dan makan di cafe, korang boleh ke


E105, Block E, East WingMetropolitan Square
Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Layari laman web rasmi Epic Fit Meals, dan jangan lupa follow FB dan IG bagi  mengetahui segala maklumat mengenai cafe ni.
Facebook : Epic Fit Meals Co 
Instagram : @EpicFitMealsCo

Thank you so muchh Epic Fit Meals Co sudi jemput kami semua bagi merasai segala menu berkhasiat di cafe ni.Tak lupa jugak pada ida yang sudi share gambar makanan terima kasih daun keladi ye :)) 






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, April 24, 2015

Lasertag Permainan Yang Havoc !

www.tips-fb.com

Salam

19 April 2014 bertempat di Wangsa Walk Mall diadakan satu event blogger dimana kami semua akan berperang habis habisan secara berkumpulan untuk merebut takhta sebagai juara dan memenangi medal untuk dibawak pulang. Haaaaaaa..very de skema ayat gitu.....lantaklaaaaaa....takde idea nak intro guano so aku bedal jela labu. 

Seumur hidup aku tak pernah main pun menatang ni, even dari kecik pun tak pernah didedahkan dengan game-game adventure gini so adalah menjadi kejakunan bagi aku bila dah tua-tua gini bermain. Tapi suatu pengalaman barulah bila kita jadi blogger dapat merasai pengalaman macam ni. Adventure sangat kauuuuu 3 hari 3 malam terkesan dengan permainan ni mengigau malam aku hahaha...Sebab apa adventure? nanti story telling k.






Masa aku melawat kawasan untuk berperang ni aku rasa macam cerita ninja turtle versi kartun ko tau, rasa macam duk bawah terowong haha...pakai cengkerang pegang senjata tengok ada musuh ke tak, kawasan lebih kurang sama ada tong-tong mcm minyak tu, dengan mural yang macam hidup dengan lampu yang samar-samar adventure sangat !



Inilah senjata  yang akan korang pakai masa berperang nanti. Dalam kawasan tempat tu gelap ada sedikit pencahayaan je, jadi bila kita pakai sut ni hanya cahaya pada badan kita je yang kelihatan untuk musuh nampak kita, sebab tula kita kena bersembunyi supaya tidak ditembak .Macam main aci nyorok tu huhu...Lasertag ni sejenis permainan indoor ye korang. dan permainan ini tidak bahaya pun. sebab dia hanya menggunakan laser sepenuhnya...Hanya perlu tembak pada musuh, menggunakan laser pada gun tu, haaaaa tak sakit dan menyakitkan. kalau terkena laser tu kita akan mati selama 5 saat lepas tu kita boleh pegi berperang lagi heeee...


Sebelum nak g berperang kita bergambar dulu, benda wajib ni!


Siap sedia untuk berperang.


Ini ahli kumpulan aku, kumpulan 5 dari kiri abang syafiq abang jamar,Ujang, Syafiq dan Andi. Aku sorang je pempuan rasa nak menangis je sebab takde geng -.=' tapi kita takleh tunjuk kita lemah kita kena kuat jugak, mungkin ini kelebihan untuk aku rilex sedikit sebab ada banyak bodyguard yang akan backup hahaha....tapi tak best jugak sebb pempuan kan nampak macam lemah je so diaowang akan attacked kita dulu! mencik !!!

1st game tenaga banyak lagi, lari sana sini kemain tembak-tembak ambush musuh,pantang nampak lampu kelip kelip musuh nak tembak je, mati tu takyah cakap banyak kali berpeluh tiak kauuu, macam zumba kaedahnyaaaa masuk 2nd game 3rd game tepu pulakkk tenaga dah abes...nak lari pun rasa slow je hahaha..pancit dahhhh tulaaa klu dah gemuk sangat apa pun tak boleh ggrrrrrrr...



Ni last game penentu siapa juara, Kumpulan 4 berentap dengan Kumpulan 5. Kemain semua muka-muka kemenangan hahaha...Time ni tenaga tinggal 30% jee...tak larat dah aku nak berlari-lari sudahnyaaaaa aku duk satu tempat sampai  abes game haha....tembak jela ikut suka hati hakikatnyaaa aku rabun. Aku perasan aku selalu tembak tak kena sasaran tengok mata pada gun asikla tak gerak-gerak rasa macam aku dah tembak je semua musuh.Aku rabun jauh, so klu nak dpt mata banyak kena tembak dekat-dekat. Ate nak mati ke pegi dekat musuh tembak dia dekat2.Untung mati tak untung dia mati aku yang mati hahahaha..


Muka puas sebab menang ! yang belakang tu macam xpuas hati je hahaha...Pingat Emas dimenangi oleh Kumpulan 5, gud job korang, xsia-sia aku terpekik terlolong mintak tolong macam kena rasuk sebab diaowang asikla nak tembak aku je -.='

Berminat nak rasa betapa havocnya game ni dan nak tau harga dan pakej yang disediakan korang refer gambar bawah ni


Nak lebih details boleh call je no yang tertera. 03-41310006.Semua event boleh nak buat event party ke, team bulding ke tournament office family gathering pun bole.Janji cukup 15 orang korang dah boleh proceed untuk game.



Terima kasih daun keladi weeewee kepada Yaya sebab sudi invite mila dan tq so much Laserwarzone for this game yang awesome. Sebelum main sila buat warming up ye kawan-kawan sebab masa main tu takdela adventure sgt lepas main game akan rasa adventure gilaaaaa sebab 3 hari 3 malam akan jalan mengangkang hahahaha...abes cramp kaki tangan suma. Malam-malam mengigau nangis sebab kaki kejung.

Dah main, dah peluh, dah kenyang, dah menang kita wefie wefut seketul, mendongak kelangit semua yawwwwwww~

Berminat nak try Laserwarzone hubungi 03-41310006 untuk tempahan

Like



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 7, 2014

The Picnic Table by SIMPLY SANDWICHES

www.tips-fb.com

Salam,

Hi korang,ketemu lagi kita dalam rancangan masak-masak. Eh, masak-masak sangat ! masak takde makan akulah orangnya hehe

Hari tu * bulan 10 punya cete ni -.='* aku bersama suami di jemput untuk menikmati kelazatan sandwich di sebuah cafe baru yang terletak di Kota Damansara. 

Kami pergi bukan berdua, tapi berjemaah beramai-ramai memenuhi ruang-ruang kekosongan bersama si kembar aku tula yaya dan ida. Nory last minute cancel sebab kesihatan Iqy kurang baik. Biasanya kalau bab-bab makan ni kami jarang melepaskan peluang yang ada.

Bertemakan 'We Bring The Picnic To You' Simply Sandwiches merupakan cafe pertama yang menyediakan  makanan yang berkonsepkan "indoor picnic". Biasakan kalau kita pergi berpicnic tempat terbuka bawak tikar bekal makanan segala mak nenek makanan siap payunglah, tapi kadang-kadang kalau salah timing hujan tak dapatlah kita berpicnic jadi muncul la cafe berkonsepkan indoor picnic dimana kalau cuaca hujan korang masih mampu berpicnic santai dengan aman. Sebijik macam picnic yang sebenar tapi ni jenis indoor.

Bukan itu sahaja, The Picnic Table juga turut membawakan satu konsep pemakanan sihat. kira macam 2 in 1 berpicnic sambil mengamalkan pemakanan yang sihat.

Menu utama yang disajikan adalah sandwich yang pelbagai.


Selain sandwich tersapat juga makanan lain, dan percayalah kesemua menu yang terdapat dlm gambar tu aku dah rasa, perghhhh marvelouss!!!












Sedap ke tidakkkkkkk? sedap bukan, kalau nak tau sedap ke tidak pergilah rasa sendiri, paling penting kebanyakkan makanan di cafe ni adalah makanan yang sihat. 


Kemain budak dua ni kelaparan tahap maksimaaaa




 Masa sampai je cafe ni aku was-was nak pijak rumput ni rasa macam sayang je pijak pakai kasut haha..memg boleh pijak pun lagi best ko boleh makan bersila atas rumput palsu tu style kan cafe ni ????!



 Senang hati perut dah kenyang, goreng gitar pulak, dah macam Do Re Mi dah haaaa, oh ye cafe ni jugak ada live band tau, diaowang akan hiburkan korang-korang semua sambil menikmati hidangan masing-masing.


Nampak bunga pun promote The Picnic Table ni, dia kata best dapat lepak gosip-gosip dengan mama daddy apak sumaaaa, walaupun terkulat2 belum boleh makan solid food lagi, bunga behave je kat cafe tu.


Kalau takde gambar ramai-ramai tak sah, masa ni semua blogger dah balik, kami je yang tinggal jadi kami ajak Nanie selaku MC pada majlis pembukaan cafe tu untuk bergambar. Beliau juga yang invite kami untuk majlis pembukaan cafe ni. Gracias Nanie. 


Memperkenalkan owner cafe The Picnic Table by SIMPLY SANDWICHES, Shaheera Djafar dan Sharin Sharif. Merekalah yang mewujudkan konsep indoor picnic dan menu sandwich yang lazat tu. Kreatif kan diaowang.Bukan itu sahaja, mereka ada membuat tempahan sandwich secara online. Bagi mereka yang ingin menempah untuk sebarang majlis bolehlah hubungi mereka.

Bagi korang yang berminat nak mencuba makanan atau nak tau lebih lanjut berkaitan harga or menu-menu silalah berkunjung di :

Alamat Cafe :

THE PICNIC TABLE by SIMPLY SANDWICHES
62-A, JALAN 5/21
THE STRANS KOTA DAMANSARA
47180, PETALING JAYA

Website   : www.simplysandwiches.my
Email       : simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @simplysandwiches

-----------------------------------------------------------------------------------------------
PRODUCT REVIEW


Bagi yang berminat nak pakai inai daun asli korang boleh whatsapps aku ye, 1 kon boleh pakai 10 jari, dijamin warna tahan lebih lama berbanding instant. Tanpa sebarang bahan kimia, Kalau nak COD pun boleh dekat lrt Setiawangsa dan Ampang sahaja !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...