
minggu ni sabtu dan ahad dah ada planning dengan en suami, full activities heee.. tapi yang lebih excited. ahad ni aku nak buat post wedding ala-ala lisa surihani dan yusry..vaaaaaaa....verangan lebih.
Kalau dulu masa pre wedding xde adengan sentuh menyentuh sekarang dah jadi halal boleh la nak sentuh-sentuh haha..gatai naaa...tpi jgn over oke t orang meluat.
Mula verangan sekarang ni, nak buat post wedding ala-ala Lisa dengan Yusri, sweet gitu. heeee....Post wedding ni lokasinya aku pilih kat putrajaya dengan tema kelabu kuning. masa pre wedding aritu aku buat kat dlm white studio dengann tema merah hitam.
Hope semua berjalan dengan lancar masa photoshoot tu. Kepada photografer, sila realisasikan impian client mu ini ye hehe...^_____^
Assalammualaikum,
Dari hari sehari nak update blog, asyik tergendala akibat kengkangan waktu, xmenahan kan kengkangan kata ko haha....sebenarnya malas nak update senang cete, ni tak nak putar belit alam pulak. Hari ni terajin sikit.
Kehidupan sekarang dengan dulu memg jauh beza. Sekarang makin teratur dan tersusun malah makin 'rajin' ko tau, ye rajinlah sangat kan, maklumlah dah ada laki. so kena rajin ye semua...
Dari xpandai masak tiba2 aku teror masak walaupun masak sardin, xcaya kan ? percayalah bila kita dah bersuami secara automatik atau bahasa bakunya secara tiba-tiba ko akan teror pegang senduk dan kuali.
ko akan rajin mengemas even ko penat camner sekalipun tapi yang paling aku xpercaya, aku boleh buat banyak kerja dalam masa satu hari haha..hebat tak? hebat tak ? tekan butang lif dgn sendiri heeee....
Memasak, mengemas, cuci kain, cuci pinggan sapu sampah dengan waktu siangnya bekerja, bunyi mcm letihkan, tapi ceyes aku happy dengan kehidupan sekarang berbanding dulu. Mungkin ini adalah hikmah diatas perkahwinan yang dijodohkan oleh ibubapa.
Pengalaman bercinta lepas kahwin memg sangat best! sumpah aku xtipu best gila !!! macam org couple tgh bahagia macam tula aku tapi bezanya aku dalam hubungan yang halal. Dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Setiap kekurangan dan kelemahan aku terima seadanya. Hope kami bahagia hingga akhir hayat amin ^____^