Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

Kegilaan pada SUSHI

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Biasa kalau aku pergi Aeon Big Batu Pahat mesti nak lalu dekat department jual sushi, kalau tengok yang kecil-kecil tu macam memanggil-manggil suruh aku beli haha..kalau beli tu memang takkan cukup satu, mesti nak beli lebih dari situ. damn perangai sangat !!!!

Sebenarnya start aku suka makan sushi sejak berkahwin dengan laki aku, aku ni sebelum kahwin tekak melayu je, tak kisah bab sangat makan apa ada telan je  tak makan sangat fast food western tak pernah makan, jepun ape tah lagi, disebabkan suami aku bekerja dalam sektor perhotelan dan pandai masak-memasak ni aku pun terjebak ! #mudahterpengaruh

Dan sekarang aku terpaksa layan western , masakan melayu terpaksa dikurangkan, disebabkan laki aku kena jaga makan sebab baru keluar hospital so aku kena ucapkan selamat tinggal pada nasi #saynotorice. Gigih google nak masak western tau 

Tambah-tambah harga minyak yang naik menggila so kurang kan masak makanan yang berminyak. Besar harapan ku dengan kenaikan minyak yang berlaku ni harap-harap ada penurunan berat badan yang berlaku kahkahkah.....Sushi ni pun bagi aku kenyang jugak lagipun bahan-bahan yang digunakan sangat berkhasiat untuk tubuh badan. 

Sesekali macam aku nak cuba buat je kat rumah boleh makan berpinggan-pinggan sebab kalau yang beli tu seketul comotek tu je dah RM 2 - RM 3 tau.


Ini gambar sushi yang aku 'terbeli' tempoh hari. Nampak tak ? terbeli tak sengaja terbeli sampai semua yang ada ko nak rembat. Nafsu Syaitan Nirrojim sangat !


Korang suka sushi tak ? kita boleh geng !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 9, 2016

Wordless Wednesday- Cepat & Mudah

www.tips-fb.com


Gara-gara harga minyak naik, kita minimumkan penggunaan minyak dan bahan-bahan. Guna apa yang ada je. Walau minyak naik harap yang akan turun nanti berat badan muahahaha...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 7, 2016

Pengaruh Iklan TV

www.tips-fb.com


Kebanyakan orang Malaysia ni memang suka makan, kiranya kita ni semua dikelilingi oleh makanan, jadi pepatah 'kerja untuk makan' 'hidup untuk makan' harus diguna pakai. Tak lupa juga mati sebab makan. Banyak kan makanan sekarang ni punca kita dapat penyakit.

Aku perasan pengaruh iklan dekat TV pasal makanan pun impaknya sangat besar, nampak macam tak kesah tak peduli tapi kadang-kadang terliur kan ? kan ? nak-nak time lapar suma rasa sedap, sat-sat tu jugak sanggup redah lautan api demi sebuah makanan haha....

Alaaaa...tak payah cakap orang lain aku sendiri pun mangsa pengaruh iklan, haha...boleh pulak terpengaruh tu, entah apa-apa. Contoh paling dekat di perut iklan KFC tu haaa..... Signaturenya adalah ayam, weiii ayam hari-hari boleh makan kot tapi dek kerana iklan KFC yang  perempuan makan ayam Cheezy Onion Crunch penuh ghairah tu aku terpedaya damn ! tak kuat iman betul.



Gigih ajak laki pergi makan. Dah kata suami tak boleh makan fastfood ni kena jaga makan tak boleh makan itu tak boleh makan ini tapi aku tetap nak bawak laki jugak, Kan dapat rezeki jadi kena berkongsi dengan suami. Sweet tak i kachingggg......

Not bad lah menu baru ni, sos dia sedap jugak masam-masam masin manis tapi kalau makan banyak-banyak muak pulak. Dah rasa dah so lepas ni jangan nak jakun sangat tengok iklan tu.

Eh korang dah cuba ke menu baru dari KFC tu ? 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, October 28, 2016

Tempoh Masak Pasta

www.tips-fb.com

Salam

Siapa suka makan pasta ? Aku percaya ramai yang suka makan dan suka buat western food ni kan, tapi kadang- kadang kita tak pandai nak agak berapa lama tempoh masak (rebus) pasta.

Pasta ada dua jenis iaitu pasta panjang dan pasta pendek. Dan tempoh masa untuk jenis pasta ni pun berbeza. Mari aku sharekan tempoh masak kedua-dua jenis pasta ni. Aku pun bukan tau berapa minit tempoh yang diambil untuk pasta masak dengan elok, selalu kalau masak tu aku rasa aku picit-picit dah lembut oke la tu, tapi kadang-kadang sampai overcook sebab tak pandai agak kan ? nasiblah labu -.='

Pasta Panjang

- Fettuccine                      - 10 minit
- Linguine                        -   10 minit
- Spinach Fettuccine        - 10 minit
- Vermicelli                      - 6 minit
- Spaghetti                       - 13 minit
- Angel Hair                    - 2 minit

Pasta Pendek

- Spirals                           - 6 minit
-Vegeroni Spirals             - 6 minit
-Penne                              - 12 minit
- Small Shells                   - 10 minit
- Elbows                           - 8 minit
- Macaroni                       - 8 minit
- Bowties                         - 10 minit



Jemput makan semua heeee...


* tips :biasanya masa nak rebus apa-apa pasta macam macaroni or spaghetti aku akan letak sedikit  olive oil supaya nanti bila ditoskan air  pasta tu tidak melekat dan kering.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 7, 2014

The Picnic Table by SIMPLY SANDWICHES

www.tips-fb.com

Salam,

Hi korang,ketemu lagi kita dalam rancangan masak-masak. Eh, masak-masak sangat ! masak takde makan akulah orangnya hehe

Hari tu * bulan 10 punya cete ni -.='* aku bersama suami di jemput untuk menikmati kelazatan sandwich di sebuah cafe baru yang terletak di Kota Damansara. 

Kami pergi bukan berdua, tapi berjemaah beramai-ramai memenuhi ruang-ruang kekosongan bersama si kembar aku tula yaya dan ida. Nory last minute cancel sebab kesihatan Iqy kurang baik. Biasanya kalau bab-bab makan ni kami jarang melepaskan peluang yang ada.

Bertemakan 'We Bring The Picnic To You' Simply Sandwiches merupakan cafe pertama yang menyediakan  makanan yang berkonsepkan "indoor picnic". Biasakan kalau kita pergi berpicnic tempat terbuka bawak tikar bekal makanan segala mak nenek makanan siap payunglah, tapi kadang-kadang kalau salah timing hujan tak dapatlah kita berpicnic jadi muncul la cafe berkonsepkan indoor picnic dimana kalau cuaca hujan korang masih mampu berpicnic santai dengan aman. Sebijik macam picnic yang sebenar tapi ni jenis indoor.

Bukan itu sahaja, The Picnic Table juga turut membawakan satu konsep pemakanan sihat. kira macam 2 in 1 berpicnic sambil mengamalkan pemakanan yang sihat.

Menu utama yang disajikan adalah sandwich yang pelbagai.


Selain sandwich tersapat juga makanan lain, dan percayalah kesemua menu yang terdapat dlm gambar tu aku dah rasa, perghhhh marvelouss!!!












Sedap ke tidakkkkkkk? sedap bukan, kalau nak tau sedap ke tidak pergilah rasa sendiri, paling penting kebanyakkan makanan di cafe ni adalah makanan yang sihat. 


Kemain budak dua ni kelaparan tahap maksimaaaa




 Masa sampai je cafe ni aku was-was nak pijak rumput ni rasa macam sayang je pijak pakai kasut haha..memg boleh pijak pun lagi best ko boleh makan bersila atas rumput palsu tu style kan cafe ni ????!



 Senang hati perut dah kenyang, goreng gitar pulak, dah macam Do Re Mi dah haaaa, oh ye cafe ni jugak ada live band tau, diaowang akan hiburkan korang-korang semua sambil menikmati hidangan masing-masing.


Nampak bunga pun promote The Picnic Table ni, dia kata best dapat lepak gosip-gosip dengan mama daddy apak sumaaaa, walaupun terkulat2 belum boleh makan solid food lagi, bunga behave je kat cafe tu.


Kalau takde gambar ramai-ramai tak sah, masa ni semua blogger dah balik, kami je yang tinggal jadi kami ajak Nanie selaku MC pada majlis pembukaan cafe tu untuk bergambar. Beliau juga yang invite kami untuk majlis pembukaan cafe ni. Gracias Nanie. 


Memperkenalkan owner cafe The Picnic Table by SIMPLY SANDWICHES, Shaheera Djafar dan Sharin Sharif. Merekalah yang mewujudkan konsep indoor picnic dan menu sandwich yang lazat tu. Kreatif kan diaowang.Bukan itu sahaja, mereka ada membuat tempahan sandwich secara online. Bagi mereka yang ingin menempah untuk sebarang majlis bolehlah hubungi mereka.

Bagi korang yang berminat nak mencuba makanan atau nak tau lebih lanjut berkaitan harga or menu-menu silalah berkunjung di :

Alamat Cafe :

THE PICNIC TABLE by SIMPLY SANDWICHES
62-A, JALAN 5/21
THE STRANS KOTA DAMANSARA
47180, PETALING JAYA

Website   : www.simplysandwiches.my
Email       : simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @simplysandwiches

-----------------------------------------------------------------------------------------------
PRODUCT REVIEW


Bagi yang berminat nak pakai inai daun asli korang boleh whatsapps aku ye, 1 kon boleh pakai 10 jari, dijamin warna tahan lebih lama berbanding instant. Tanpa sebarang bahan kimia, Kalau nak COD pun boleh dekat lrt Setiawangsa dan Ampang sahaja !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, June 27, 2014

Sajian Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

www.tips-fb.com

Salam

Tinggal satu hari je lagi kita nak melangkah ke bulan ramadhan al-mubarak, so mesti ramai di antara korang-korang yang duk teringin berbuka puasa kat luar bersama family, kawan-kawan jiran tetangga serta binatang peliharaan kannnn ~~~~

Aku nak suggestkan kat korang yang mana tercari-cari tempat nak berbuka puasa nanti, apa kata korang pergi Bangi Golf Resort, sebab apa kena pergi berbuka puasa dekat sana sebab aku dah pergi miahahahahaha~ motiffffflah kau ni ! Tapi korang kena pergi kalau nak rasa pelbagai menu. Cuba bayangkan sekarang, bayangkan cepat ! ada lebih 200 menu disediakan phewwwww~~~ mengah perut ko nak hadam tau ! 

Nin dia antara menu yang hampir ke semuanya aku rasa keenakan dan kelazatannya. Yummy ~ dandan tengah menaip ni aku lapar tengok gambar ni.


Kalau taknak makan berat, or diet ke (diet sgt puasa2 ni ) kan boleh telan Garlic Bread ni


Kuih-muih


Western punya makanan, see banyak choice kan ? jangan menjejes air liur depan pc pulak er...er...er...


Ni menu melayu sikit if korang nak makan nasi berlauk, ada butter prawn lagiiiii


Kerabu perut tu sedap gilaaaa okeh !


Feveret selamanya Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api


Pelbagai Buah-buahan


Rojak


Pencuci Mulut


Cake pun ada

See, macam-macam ada kan ? tu pun baru sikit je aku rasa kalau semua sekali aku mkn masa tu silap haribulan aku merangkak balik rumah huhu... Belum lagi aku tayang kambing golek, nari-nari ari ya baba lagi,


Kambing golek in the house, bagi penggemar kambing golek bolehla fokus menu ni, terbaik wok !


 Antara semua menu tadi yang aku tunjuk, makanan ni yang paling menarik perhatian aku, sebabnya jarang nampak kat tempat lain kan ? untuk pengetahuan semua nama makanan ni adalah Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma, kemain nama berpintal lidah aku nak sebut. Makanan ni adalah telur separuh masak yang dicampur bahan macam kicap blackpepper, mushroom, tgk mcm pelik tapi rasa sedap kot wey boleh ditelan, aku ni kurang suka makan telur nak-nak kalau bergoreng muaknya lahai, tapi benda alah ni aku makan dua pinggan tau jangan tak tau hahahaha, kemain sedappppp sampai jilat sudu.


Dari kiri, FBI kot namanya :p, abam pappappapIdanoryyaya, syafiq dan andi

Oh ye terima kasih kat abam pappappap  sebab gambar makanan di atas ni adalah hasil tangan beliau, kami mintak pinjam memandangkan gambar-gambar kami semua tak boleh bukak dekat pc. Mintak halal ye  abam ^____^


Sempat jugak bergambar dengan kak Neena, by the way kain akak cantiklaaaa



Nak dapatkan harga istimewa, korang kena beli voucher dulu, jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Bangi Golf Resort, harga voucher bagi dewasa cuma RM50 nett manakala budak-budak cuma RM25 nett, CEPAT BOOKING SEBELUM TERLAMBAT !

Nak walk in pun boleh je, tapi harga bagi dewasa RM65 nett / kanak² RM30 nett, mahal kot better beli voucher jimat banyak !

Untuk sebarang tempahan call 03-89253728 atau 03-821000265

Alamat Bangi Golf Resort : Bangi Golf Resort Restaurant,
                                          No 1, Persiaran Bandar
                                          43650 Bandar Baru Bangi
                                          Selangor Darul Ehsan

Facebook                        : BangiGolfResortRestaurant



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, March 19, 2014

Percutian Langkawi - Pasar Malam Ayer Hangat

www.tips-fb.com

Salam

Sambung balik cerita pasal Langkawi.

Harap diberi kekuatan untuk abeskan walaupun rasa yakin dengan tak haha....

Link entry pasal langkawi ni


Kami semua dah survey dekat Langkawi nak makan sedap dan murah pergi pasar malam.Langkawi banyak pasar malam. So malam kami sampai Langkawi hari jumaat malam tu pasar malam dekat Ayer Hangat. Siap mandi solat terus keluar p pasar malam.

Jalan menuju destinasi kami guna nagivation dan maps sahaja. Tempat tak pernah sampai kang sesat mana-mana entah, mujur kawan-kawan teror tgk maps. Harap aku? confirm sesat laratttt~


Pasar malam langkawi femes bebola sos lada hitam ni


Laksa lemak 1st time makan sedap kot !


Ni tepungnya macam apam balik kecik-kecik letak inti kelapa atau kaya. Sedappppppp oiiii beli sikit tak sedar dah abes ramai gila orang beli berebut kejap je abes, kena layan diri.


Yang ni makanan paling takleh lupa sebab rasanya pelik sikit ada masam-masam ada pahit-pahit. Aku terpikir macamane orang langkawi makan ni, ni adalah ayam dan daging yang diperam bersama bawang putih. dapat tak bayangkan rasanya. sekali gigit ko memg boleh makan tapi ko takkan boleh gigit utk kali kedua confirm tak leh telan aku cuba tapi cannot go. Kalau pergi Langkawi try er.


 Somtam, gila pedas kawwwww terbaek !

Dah kenyang jalan-jalan lagi, cadang nak beli baju sedondon berlima dekat pasar malam ni tapi sayang no choice ada je jual baju tapi almaklumlah kami ni size comei-comei belako so baliklah ke hotel.

Try cari area-area hotel sepanjang-panjang hotel tu kami berjalan banyak gila kedai makan,kedai souvenir, kedai baju tapi takde yang berkenan, ada yang berkenan tapi takde size kami last-last kami pergi beli dekat shopping mall.


Langkawi memang banyak kedai roti ni




Macam-macam design tapi takde size besar, taulah orang langkawi ni kecik molek :(


Yang papan tanda ni aku tak paham betul duk pacak dekat sini sebabnya kiri kanan rata-rata club dengan bar bersepah,motifff sangat letak sini ingat diaowang nak baca, confirm buat-buat tak nampak. Tapi takpela atlest dah dingatkan ye dak ?


Jalan punya jalan last masuk Cenang Mall barulah ada size untuk kami semua orang, terus rembat memandangkan mall tu dah nak tutup dah masa kami sampai huhu...Harga memang sah-sah mahal sedikit dari kedai yang berderet tu tapi takpe janji ada size.


Baju sedondon

Kira-kira perbelanjaan :

bebola sos lada hitam : 3 x RM2 = RM 6
sate ayam @daging campur bawang putih : 2 x RM2 =RM4
somtam = RM 4
laksa lemak = RM2
tokiaw =RM2
baju langkawi = RM26

Total Keseluruhan : RM44

*Sebenarnya ada lagi perbelanjaan yang aku tak ingat berapa, so ni aku kira yang aku ingat jela hehe,,dah lama kan dah basi so memory makin low mintak halal jela er hahahaha..



Talk to the hand : Next entry baru masuk hari kedua,hari kedua ni lah duit paling banyak keluar huhu....





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...