Salam
Bagi yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur jumaat aitu mesti korang cuti kan ? sebabnya hari Wilayah yeay ! Aku pun cuti jugak, so dah cuti tiga hari tu memg aku planning nak pergi bercutilah. Planning ni dah lama bulan 12 lagi,perginya bulan 2 , aku memg suka wat planning awal2 sebab taknak kelam kabut, lagipun ada masa untuk kira-kira dan survey tempat percutian tu.
Gigih cari-cari hotel ko tau, search tu search ni siap mintak tolong kawan blogger bagi link hotel
mana best mana cantik mana murah padahal aku ke Melaka je pun heee~~. Tapi aku kalau nak cari hotel mesti nak cantik warna-warni bagai nape ntah -.='. Mungkin sebab aku rasa tempat tidur tu yang paling best dari semua ekekekekek... Lagi satu aku nak hotel aku tu nanti berada dekat dengan tempat2 yang aku nak lawat.
Korang tau kat Melaka tu rupanya banyak gila hotel oke ! jangan risaulah kalau xbooking awal2..aku ni semangat booking bulan 1 takut full, rupa-rupanya sederet hotel tempat aku menginap tu bersepah sana-sini hotel dan motel ye -.='.
Hotel yang menjadi pilihan hatiku adalah
Venus Boutique Hotel. Kenapa aku pilih hotel ni ? sebab ia terletak betul-betul ditengah bandar Melaka tu, lagipun xsusah nak cari, dari fly over kita boleh nampak dah hotel ni. Hotel ni berdekatan dengan
Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Walk.
Kalau rasa nak exercise jalan kaki pun boleh ke Mahkota Parade ye. tu yang bestnye hotel ni, harga pun aku rasa berpatutan, kira mampulah bagi orang-orang macam aku ni hehe...Harga untuk bilik standard bagi 2 orang kat hotel ni selama 3 hari 2 malam cuma RM280 jerk.
Yang bestnye dalam bilik air tu disediakan tempat untuk sidai kain, so xyah risau baju kotor ke, baju basah ke ? tuala lembap korang boleh je sidai kat dalam bilik air tu.
Dalam banyak-banyak hotel yang aku pergi rasanya hotel ni disediakan suis paling banyak, so xpayah ko nak bergaduh dengan laki ko pasal nak charging ke, nak charge bateri ladtop ke ? nak masak air ke? ada 3 suis disediakan. Pakai setiap sorang oke. Biasa encik Suami kena bawak plug tambahan kalau pergi hotel ni, yela banyak benda guna kuasa elektrik kan ?
Cuma apa yang kurang memuaskan kat sini adalah sistem wifi lembap giler, sangat lembapnye mengalahkan siput b**i. Line 3G pun kejap ada kejap takde
* macam biskut chipmore * Sabar jelah aku ni..
Tepi tu meja untuk sape-sape nak online, aitu aku ada nampak orang online pasang you tube lagi, kemain laju je running, asal kat bilik aku lembap giler, confius jap ! Haaa..basikal tu kotlah sape-sape nak sewa ronda2 bandar Melaka nak exercise ke, kadar bayaran hanya
RM20 per day.
Kepada sape-sape yang nak p Melaka jenjalan boleh booking hotel ni, aku bagi link terus
website hotel ni, mungkin harga lagi murah dari agensi yang mengiklankannya. Just email dan tanya harga untuk pakej yang dinginkan :)
Talk to my hand : Lepas check in rehat sekejap, petang tu kami terus berjalan hehe...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥