Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Epic Fit Meals Co - Healthy Food For Diet.

www.tips-fb.com

Salam 
Berita baik buat orang-orang yang sangat mementingkan pemakanan yang berkhasiat kerana telah wujudnya satu cafe dimana semua menu makanannya terdiri dari makanan yang berkhasiat dan rendah kalorinya,Epic Fit Meals Co adalah sebuah cafe yang menyajikan menu makanan yang sihat dan segar. 

Cafe ni sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet dan yang suka main gym. Segala menu yang dihidangkan mempunyai kiraan kalori, jadi sebelum makan kita bolehla kira berapa banyak kalori yang telah selamat masuk dalam perut kita kan hikhikhik..... Selain itu bahan-bahan yang digunakan bagi setiap penyediaan adalah segar, sihat dan berkhasiat. Tiada bahan yang dibekukan pun. Kiranya kalau kita order, mereka akan siapkan hidangan mengikut tempahan kita. Setiap tempahan yang diterima mengambil masa 45 minit untuk disiapkan.


Antara makanan yang disediakan di Epic Fit Meals Co adalah, 



TriColour Margarita (380kcal) RM17.80


-Epic's Italian flag pizza with red tomatoes, white mozarella and green basil. Its a vegeterian delight.



 Shrimpy Affair (489kcal) RM19.80


A delicious taste of the sea combining flavours of fresh prawns. real mozarella cheese, cherry tomatoes and English parsley



 Sam's Hawaiian Luau (509kcal) RM19.80

A luau (feast) of real mozarella cheese and spiced lean chicken strips, onions and pineapple.


  Epic Pesta RAYA Special *new Nasi Lemak Pizza (591kcal) RM19.80


Our original and special tribute to the nasi lemak and it includes spiced lean chicken strips, eggs, peanuts, achovies, cucumber, real mozarella cheese and of course our fire S.O.S



 Epic Pesta RAYA Special *new 3A : Apple, Ayam & Api (545kcal) 
RM 19.80

Fiery Pizza with minced chicken, real mozarella cheese, onions and caramelised apple.



 OZ'Beef Delight (567kca)RM19.80


Delightful combination of pulled Australian beef, pineapple, onions, tomato and sesame seed.


Kesemua diatas telah selamat aku telan, ternyata perutku menerima menu tersebut. Semua sedap, semua best aku paling suka Nasi Lemak Pizza dgn 3A Pizza sebab macam ala-ala kampung. Kan tekak melayu hihi...pizza ni bukan dibuat menggunakan tepung tau sebaliknya menggunakan bread crump dan ada bahan lain, jadi ia kurang berminyak.


Selain pizza, cafe ni jugak ada hidangan ayam bagi penggemar yang sukakan ayam. Epic Chicken terdiri daripada dua hidangan iaitu :-

Epic Grilled Chicken (249kcal)
Epic "Fried" Chicken Schnitzel ada dua pilihan sama ada nak classic (381kcal) atau Fire (403kcal)

Kalau nak order secara ala carte harga adalah RM 12.80 (Grilled) manakala RM13.80 (Fried)






Kalau kata dah jemu asik makan pizza dan ayam masih ada sides dish tau yang boleh diorder secara ala carte


Irish Colcannon (122kcal)
RM4.80




 Aglio E Olio  297kcal RM5.80



 Crunchy/Fire Chookies (233kcal) & Mashed Sweet Potatoes (271kcal)
RM 5.80




 Cilantro Lime Rice 217kcal RM4.80 

Brownie Oat Rice 176kcal RM4.80
 Epic's Cauli Rice 134kcal RM5.80




 Spiced Baked Wedges 132kcal RM4.80





Garden Salad 91kcal RM4.80




 Frugertii 98kcal RM5.80



Red Apple Honey Smoothie 79kcal RM8.80

Coolie Beauty 41kcal RM7.80
Classic Trifecta 78kcal RM 7.80
Agua Mello Smothie 61kcal RM 8.80

Epic Fit Meals Co ni, sebenarnya lebih kepada perkhidmatan delivery ke rumah. Walk in pun boleh tapi better korang take away sebab kalau nak makan dekat situ kawasan adalah terhad.Antara tempat penghantaran secara percuma hanya di Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama, Kota Damansara, Tropicana, Damansara Kim, dan Damansara Uptown. 

Hanya dial 03-7733 3375 jika ingin membuat sebarang pesanan.

Waktu Operasi jam 11am hingga 11pm. 

Bagi yang nak walk in dan makan di cafe, korang boleh ke


E105, Block E, East WingMetropolitan Square
Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Layari laman web rasmi Epic Fit Meals, dan jangan lupa follow FB dan IG bagi  mengetahui segala maklumat mengenai cafe ni.
Facebook : Epic Fit Meals Co 
Instagram : @EpicFitMealsCo

Thank you so muchh Epic Fit Meals Co sudi jemput kami semua bagi merasai segala menu berkhasiat di cafe ni.Tak lupa jugak pada ida yang sudi share gambar makanan terima kasih daun keladi ye :)) 






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, April 29, 2015

Coway Water Purifier Memudahkan Kerja Seharian Dirumah.

www.tips-fb.com

Salam

Aku dah lama dengar pasal menatang Coway Water Purifier ni, tapi masih kurang pengetahuan pasal kegunaan dan kebaikannya sehinggalah aku berpindah ke rumah baru, barulah tergerak hati nak pakai. Itupun banyak sebabnyaaaaa~

Sekarang pun kualiti air pada paip tak terjamin kebersihannyaa, banyak sangat klorin, dengan berkarat macam air teh kata koo  T_____T. So kami decide untuk minum dan memasak kami beli dekat mesin air tu, ala yang 1 liter RM0.20 sen tu. Masa tu baru-baru kawin, lagipun duk berdua je takpela beli air tu, rumah pun tingkat 1 je larat je laki aku tu nak bawak setakat dua tiga tong air tu. Orang kata apa masih gagah perkasa hahaha...tapi gagah tak gagahla 2 tahun mengangkut air muahaahaha...Masa tu tak mampu la nak beli penapis air yang harga ribu riban, yelaaa orang tua- tua kata baru nak hidup. Yang mampu beli air kat mesin air jela.

Lepas 2 tahun aku pindah rumah yang lebih dekat dengan opis. Sepanjang duk kat rumah baru ni ingat okela kan air nyaaaa rupanya sama je hmmm hmmm hmmm, air dia berkarat sangat-sangat xdaya aku nak cuci pinggan nak masak  guna air kuning2 nilaaaa~ Boleh dikatakan setiap kali nak guna air.air keluar kotor dulu lepas tu barulah jernih.

Lagi satu rumah aku tingkat 4 tau ni aku bayangkan dulu yang negatif dulu sebelum positif, dulu tingkat 1 bolehlah naik tangga sebab 1 tingkat je pun. ni tingkat 4 kalau lif rosak kena angkut air yang bertong-tong mau tak terkeluar otot-otot nihaaaaa...Laki aku pun sekarang berkerja diluar kawasan kadang-kadang balik lambat setiap hari kalau stok air abes siapa yang nak g beli takkan aku??? matilah nak...macam alasan je kan nak pakai Coway haha..hakikatnya banyak senangkan keje aku kot.



Villaem CHP -08AR jenis table top.


Takpela kalau kena bayar sebulan RM125, tapi dalam banyak hal dia memudahkan kerja aku. I LOVE COWAY. Aku amek secara installment je mudah sebab takdelah terasa sangat nak bayar tiap-tiap bulan berbanding kelebihan menggunakan Coway ni.Apa yang kita akan dapat bila guna secara installment ni adalah free maintenance, service setiap 2 bulan sekali, dan tukar 6 filter setiap 6 bulan sekali serta cover rosak luar dan dalam. Ia juga 0 interest 0 deposit dan 0 guarantor.






Aku amek yang jenis ni sebab dia ada 4 fungsi dimana ada butang untuk Cold, Ambient, Hot dan Warm. Hanya pusingkan je button tu ke arah jenis suhu yang kita mahukan secara automatik suhu bertukar.Buat yang ada anak kecik kadang2 merayap ke dapur, nak dibuat cerita main benda alah ni jangan risau, untuk button air panas tu selagi tak tekan butang push air panas takkan mengalir keluar, ini bermakna kebimbangan terkena air panas terjaminlah sikit. Kira macam unlocked la button air panas tu, kena buka lock baru air panas keluar.

Line yang berwarna merah dan biru tu adalah sukatan liter air di dalam tangki, kalau kata kita dah gunakan banyak liter dan air dah abes digunakan. lampu akan menyala pada low water maka air sedang dipenuhkan semula. Jumlah kandungan air pada setiap suhu adalah  Hot (1.2L) Cold (3.7L) dan Ambient (6.4L)


Kalau tetiba tetamu serbu kerumah secara berjemaah korang xpayah risau dah nak kelam kelibut buat air. Coway ni dah siap air panas tinggal tekan punat je tadah. siap ! macam tu jugak air sejuk, kadang2 kita dari luar panas-panas haus kan, balik rumah amek cawan tadah je dah lega tekak. eh mudah gilaaaaa, senang keje aku ni hahaha, suami pun boleh bantu kita apa. Kadang nak minum air panas kan tapi nmpk macam isteri tengah kusyuk layan drama TV3 sambil sila panggung fefeling macam heroin dalam watak *aku la tueeeee sebenanrnya*, Para suami pergi je dapur buat air panas sendiri 3 in 1 sahaja. terus dapat gelaran suami mithali hikhikhikhik...

Sekarang ni semua benda yang melibatkan air aku guna air Coway je, nak bilas, nak masak nasi nak rebus apa2 semua guna air ni, dalam peti ais dah takde air untuk disejukkan, so jimat ruang bole letak benda lain.Nak buat air panas, sekejap je siap xpayah nak tunggu panaskan ke apa. Takde lagi dah cerek aku berlubang sebab selalu sangat masak air je hari-hari haha. Nak masak magie pun senang kalau dah lapar malas nak kotorkan dapur dengan periuk masak je magie cup setel *dasar malas ya amat*. Bila ada coway ni memang banyak senangkan aku sebabnya laki aku boleh buat sendiri, yela dia balik lewat kadang2 aku buat air dah sejuk bila dia balik so dia boleh buat sendiri kan if nak air panas.

Air Coway ni confirm-confirm la dijamin bersih dan halal sebab filternya melalui proses pembersihan dan penapisan sebanyak 6 peringkat bagi memastikan kebersihannya terjamin, jadi kita memang memerlukan air yang bersih dalam badan. 70% dalam badan kita mengandungi air, cuma bayangkan klu air yang kita minum tu tak selamat dan  kurang bersih kemungkinan untuk dapat penyakit tu senang. So aku syorkan korang-korang yang memang menjaga kesihatan tu gunalah air dari Coway ni, Kita sama-sama mencegah dari merawat.


Xperlu pasang lampu, nak air tekan je, jimat elektrik sikitlaaaa hihi..

Aku memang berpuas hati lah dengan Coway ni, bukan aku je guna malah family aku pun guna jugak. Kalau kata dah ada Coway ni pun masih malas lagi nak buat air panas, baik potong tangan jelaaaa..Mungkin ramai yang ingat Coway ni adalah mahal, memangla tak mampu kalau beli seketul tapi kita ada inisiatif lain kalau korang berminat nak cuba.Aku pun dulu ingat Coway ni mahal gila tapi bila mereka terangkan bole installment aku rasa mampulah sedikit, lagipun tak rugi pun sebab kita menggunakannya. Anggap jela kita guna kita bayar !

Eh, eh aku bukan dealer atau agent jual Coway tau, aku cuma share je dengan korang je betapa bagusnya bila ada Coway, mana tau korang pun menghadapi masalah macam aku kan, heeeee~

Nak tau lebih lanjut atau maklumat yang lebih terperinci pasal Coway ni, korang boleh contact dengan Su 012 - 5090556  tanya je apa-apa yang korang nak tau pasal air Coway ni, bukan takat air ni je Coway ada jual barangan rumah yang lain jugak. Aku memang ambil dengan Kak Su ni, mak mertua aku yang duduk dekat Johor pun aku amekkan dengan dia, senang bila kita dah kenal orang tu, apa-apa yang tak faham boleh refer dia.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, March 26, 2015

KURUS DENGAN CEPAT DAN SEMULAJADI DENGAN ASSEZ SLYMM

www.tips-fb.com

Salam

Wuarghhh lama sangat tak mengetuk keyboard dekat blog picisan aku ni haaaa..keciannya lahaiiiii~rindu amat deyh, tapi apakan daya kekangan waktu demi mencari sesuap nasi....*klise sangat*


Busy tu memang busy sampai kadang-kadang tak sempat makan tapi yang herannyaaa badan tak kurus-kurus pun, stresnyaaaaa, kalau tengok makanan tu berahiiiiiii je hahaha..opssss......berahi kauuuu jangan main-main nafsu aku ni pelik tau.

So makin hari makin stress makin hari makin tak muat baju makin hari makin tak cukup duit nak beli baju seluar (sospink) marilah kita mencari solution, kita mencari sesuatu yang boleh diminum untuk kurus dengan cepat tapi secara semulajadi. Yang paling penting tak rasa lapar dan makan dengan banyak. Minum ni je dah rasa kenyang.


Memperkenalkan Assez Slymm

Ape kebendanya itu ? Meh ceq nak habai  mai. Assez Slymm adalah minuman kesihatan yang membantu menurunkan berat badan, membakar lemak dengan cepat, menghalang penyerapan karbohidrat yang menjadi lemak melawaskan (DETOX ) menegangkan kulit dan menambah tenaga.

Formula Assez Slymm akan membolehkan kita untuk kurus dalam masa yang cepat mudah dan pantas Ia akan memberi rasa kenyang yang berpanjangan tanpa rasa sakit perut.

Semua di atas aku setuju, sebab aku mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan. Dah seminggu cuba best sangat. Cuma mula-mula rasa badan cepat berpeluh nak ke tandas je membuang kecil dan besar, dan paling penting sentiasa  rasa kenyang je. 

Pagi-pagi biasa aku ambil sarapan sebb takut lapar memandangkan keje tak tentu masa kadang-kadang lunch pun lewat, tapi masalahnya kalau amik makanan yang heavy macam nasi lemak ke roti canai pukul 10 .00 je mata dah kuyu camne nak buat keje..mengantuknyaaa jangan cakap sampai kena letak batang mancis kat mata, langsung lembik melonglai je, so bila aku ambil Assez Slymm ni ia mampu tahan sampai tengahari, tak rasa lapar , mata pun tak mengantuk bertenaga je. Minum pulak panas-panas perghhhhh sedapnya rasa perut. Tiba masa ke tandas lah kita, perut rasa selesa je, baru boleh buat keje.


Kalau tengok kan dibahagian belakang kotak dinyatakan isi kandungan minuman kesihatan tu, jangan khuatir ia bukan dalam kategori ubat tapi terdiri daripada bahan-bahan herba 100%.Minuman ni juga sesuai untuk ibu mengandung dan yang menyusukan anak. Siap ada terangkan lagi cara menghidangkannya. Minuman ni memang best kalau minum panas-panas. Rasa sedap je boleh ditelan macam oat, macam nestum pun ada, bau macam soya, paling penting kenyang,



Aku memg bergantung pada minuman ni pagi-pagi sebab taknak perut kosong nanti masuk angin lagi sakit. Lagi satu mudah dan cepat ambil cawan buka 1 sachet tuang air panas kacau-kacau minum mudah 1 minit je dah siap, tau jela aku ni kadang-kadang pagi suka terlewat masuk opis so nak yang yang mudah-mudah je.Yang penting pantas cepat kenyanggggg, kurus ! eh hahahaha...kurus sangat !



Biasa normal price RM150 tapi jangan tak tau sekarang ada harga promosi hokeh cuma RM99 je, diulang RM99 sahaja. So kalau korang berminat nak merasai kurus dengan cepat dan semulajadi boleh contact no hotline 013-9200106, sebarang tempahan dan pertanyaan mengenai Assez Slymm boleh sms, call dan whatsapps no tersebut. Setiap pembelian Assez Slymm ni korang akan dapat e-book secara percuma !

Jangan lupa juga follow Instagram dan Facebook Assez Slymm tau. tau.

Instagram        : ASSEZ.OFFICIAL
No hotline      : 013-9200106


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, April 25, 2014

Mega Sale Ephyra Sempena 2nd Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Hi korang. Lama tak membebel kan ? rindu aku tak ? tak rindu k.fine, biarlah aku merindu blog using aku je hehe. Masih ingat tak dulu aku pernah kongsi dengan korang satu produk yang pernah aku makan untuk kesihatan dan kecantikan. Alaaaaaa yang namanya Ephyra tu laa….Yang buat kulit aku dari kusam serabai mabai kepada gebu gebas berseri macam kuih seri muka tu. Ingat tak ? Ingatlah cepat, nangis kang ! kang !

Bagi yang belum mencuba kena cuba tau. Kenapa korang mesti cuba produk ni ? Sebabbbbb sebabbbb hasilnya terbukti berkesan. Ada ke yang tak tau Ephyra tu apa? Kalau tak tau meh aku bagitau. Aku kan baik. Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Kalau nak cantik berseri-seri cubalah produk ni dijamin keberkesanannya. Aku dah cuba sebab tu aku berani cakap.


Kalau korang masih ingat, aku ada buat entry perubahan yang berlaku dekat aku setelah menggunakan produk ni. Boleh baca link bawah ni :


Dah baca kan ? Banyakkan perubahan yang berlaku dekat aku bila minum Ephyra ni. Puas hati sangat ! Korang jangan risau Ephyra ni halal dan selamat serta mendapat sijil pengesahan HALAL dari KKM dan JAKIM.


Jerawat dekat dahi makin lama makin pudar. Kulit muka kelihatan cerah dan tak kusam


Kulit muka semakin cerah setelah menggunakan 2 kotak Ephyra

Banyak lagi testimonial Pengguna Ephyra ni tau, bukan perempuan je lelaki pun boleh, perempuan yang mengandung 6 bulan ke atas pun boleh. Artis pun dah ramai consume Ephyra ni tau macam Watie ( Elite ), Aziz M. Osman.




Ni ada berita baik buat orang-orang di Putrajaya & Perak khasnya, Ephyra akan berada di Karnival Utusan ( Putrajaya ) & Karnival Jom Heboh (Ipoh ) pada 26/4 – 27/4 pada hari tersebut korang boleh dapatkan harga promosi untuk Ephyra berserta free gifts best kan ? Lagi bertambah best kan bila berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan duta Produk Ephyra  Memey Suhaiza & Norman Hakim.


Korang-korang yang dari negeri lain janganlah frust hentak-hentak kaki pulak sebab tak dapat pergi Karnival tu masih ada berita baik lagi buat korang. Ni diaaaaaa Ephyra kini dah berusia 2 tahun, dan sempena menyambut ulangtahun yang ke-2, HQ akan membuat MEGA SALE bermula 28 April 2014 ni ! Jangan lupa tau bermula 28 April ni. Apa yang best Mega Sale ni dimana korang boleh dapatkan sekotak Ephyra dengan harga promo iaitu RM180 berbanding harga asal RM197. Nahhhhh jimat banyak kan? So jangan tunggu-tunggu lagi ye. Nak cantik ? Nak sihat ? cepat grab !


Sempena Ulang tahun Ephyra yang ke-2 jugak, EPHYRA ada keluarkan T-Shirt ekslusif dalam kuantiti terhad (Limited Stock ) Jika berminat, korang boleh dapatkan T-Shirt tu dengan harga RM15 sahaja. Nak beli boleh contact no dalam pick kat bawah ni. T-Shirt ni ekslusif dari Ephyra je tau, tempat lain tak dapat, Sape cepat dia dapat !








♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, September 30, 2013

Jatuh cinta pada produk Ephyra

www.tips-fb.com

Salam

Bukan nak cakap kosong tapi rata-rata memang dah tau kan produk Ephyra ni memang terbukti berkesan. Aku berani cakap sebab aku sendiri dah makan 2 kotak produk Ephyra ni dan Alhamdulillah ia sangat serasi dengan aku. Kalau sebelum ni kulit kusam dan tidak bermaya lepas tu jerawat pasir bersepah-sepah dekat muka ni sekarang dah licin macam kulit telur tau haha...

Kalau tak caya boleh tengok perbezaan dulu dan sekarang kulit muka aku.

 

Dahulu & Sekarang

Gambar bawah ni adalah yang paling latest setelah aku mencuba dua kotak Ephyra.

 

Kulit muka sedikit cerah berbanding dulu tanpa ada jerawat-jerawat pasir yang tumbuh bagaikan cendawan. Jangan tak tau ye 2 bulan dah minum Ephyra ni sistem pencernaan pepejal dari perut aku sangatlah teratur haha...Timingnya elok je...Before pergi kerja dan selepas balik kerja. Disiplin sangat kan ???? hahahaha...So pada sapa yang mengalami masalah sistem pencernaan tak berapa nak timing cuba-cubalah try produk ni mana tau kot-kot berhasil.

Belum beranak tapi dah ada stretch marks ko tau, haha...malu nak cakap tapi bila minum Ephyra ni stretch marks ni makin lama makin pudar pulak. Yela kita kan makin gemuk so no wonderlah kan kalau lapisan perut tu memgembang sampai tak dapat nak tampung isi kulit so dia mereganglah haha...Tapi ceyes aku baru perasan lepas minum 2 kotak terus stretch marks makin pudar.

Banyak lagi sebenarnya perubahan yang berlaku bila aku konsisten minum Ephyra ni, korang baca balik entry yang lepas


Bagi pengguna Ephyra yang masih menyusu badan, di mana Ephyra banyak membantu mereka dalam menambahkan kuantiti susu badan. Memang menjadi satu masalah utk ibu-ibu yang dalam proses penyusuan, tapi susu badan tidak mencukupi atau pun sedikit. Oleh itu Ephyra dapat membantu ibu-ibu  untuk menambahkan lagi susu badan. Tentunya Ephyra sangat sesuai dan selamat di minum oleh ibu-ibu yang baru bersalin dan yg masih lagi menyusukan bayi.

Selain khasiat yang bagus yang dapat menambahkan kuantiti susu ibu, Ephyra juga terbukti memberi manfaat pada bayi yang disusukan dimana bayi akan jadi lebih sihat, kulit baby jadi lebih cerah & gebu. 


Oh ye berita baik buat korang-korang yang ingin mencuba produk Ephyra ni dan ingin membelinya, produk ini akan berada di Halfest Expo Exhibition ( Ekspo Makanan Halal Terbesar di Malaysia ) di Mines Convention Centre Seri Kembangan Selangor pada 2 October - 6 October 2013. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.

Status HALAL Ephyra yang menjadi keutamaan utk Ephyra menyertai ekspo ni.Pentingnya HALAL kerana makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada seluruh tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit. Oleh itu, Islam sendiri sangat mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan itu benar-benar membawa manfaat dan bukannya kemudaratan. Begitulah juga Oceanlife Marketing Sdn Bhd selaku pengeluar produk Ephyra sangat menitikberatkan kualiti dan halal produk Ephyra untuk kebaikan pengguna semua. Banyak produk yang dijual diluar sana masih tidak mempunyai status HALAL yang sah dari Jakim. 

Jakim sangat dipercayai sebagai badan kerajaan yang tentunya kalau status HALAL dikeluarkan JAKIM tentunya setelah membuat penilaian yg sangat teliti tentang  tahap keselamatan produk & tahap halal setiap produk.Perlu diberitahu juga, setiap permohonan HALAL dari JAKIM memerlukan sijil kelulusan KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) baru boleh mohon status HALAL.So pada mana-mana produk yg kat luar tu yg asyik war war kan status HALAL, adakah ianya benar-benar HALAL dari Jakim atau setakat print logo sahaja.

Kerana itulah Oceanlife Marketing Sdn Bhd menyertai ekspo HALFEST ini utk membawa Ephyra ke tahap lebih tinggi dan mendapat kredibiliti & kepercayaan pengguna sebagai produk yang berkesan & tentunya SELAMAT dan HALAL. So apa tunggu lagi korang tanpa ragu-ragu dan rasa was-was, produk ni memang selamat untuk dimakan.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari
1)website official - www.oceanlife2u.com





3)instagram- ephyra2u



Untuk info @ pembelian boleh email di info@oceanlife2u.com



Atau hubungi HQ 03-41417889 atau sms 019 3999 238
untuk pembaca blog milaahmad.blogspot.com dimana masih terdapat promosi harga sekiranya membeli 2 kotak iaitu pada harga RM380  – Apa korang perlu buat cuma email pada syarikat Oceanlife dengan tajuk blog ni untuk  dapatkan harga promosi 2 kotak tu tau. 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, September 17, 2013

♥♥♥Peraduan WOW! SERONOKNYA MAKAN MALAM BERSAMA MEMEY SUHAIZA & NORMAN HAKIM!!♥♥♥

www.tips-fb.com

Salam

Yeay,,, tora datang lagi lagiiiii. HaHaHa Kemain tora kauuuu ingat budak 3 tahun ke hape dah jadi mak budak dah ni jangan tora bagai. Hei korang aku ada berita baik ni nak share teringin tak nak makan malam bersama Memey Suhaiza & Norman Hakim ? Mari join peraduan ni mudah je korang mudah sangat, macam makan kacang je kihkihkih.... Baca sampai habis tau kat bawah ni.


Jika korang merupakan peminat setia PASANGAN SELEBRITI yang juga LOVING COUPLE ini dan mengikuti perkembangan mereka dari awal pembabitan mereka, tunaikan impian korang untuk bertentang mata dengan MEMEY & NORMAN dengan menyertai peraduan yang baru dilancarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd.

Program makan malam ini memberi peluang kepada 10 orang peminat MEMEY & NORMAN utk makan malam secara eksklusif sambil bergambar dan beramah-mesra dengan mereka berdua..
Apakah syaratnya?
Sangat MUDAH!!

✔ Ambil gambar korang dengan kotak EPHYRA
✔ Share di akaun INSTAGRAM korang ( wajib ) & link pada akaun FACEBOOK.
✔ Jangan lupa type #ephyramemeysuhaiza dan tag @ephyra2u (akaun instagram official EPHYRA ) di post gambar korang bersama kotak EPHYRA..


SO CAMANA NAK MENANG? LIKES YANG PALING BANYAK UNTUK GAMBAR TERSEBUT, TENTULAH AKAN TERPILIH!! CEPAT KORANG..10 ORG JE PIHAK OCEAN LIFE AKAN PILIH!!! PASTIKAN GAMBAR ANDA DGN KOTAK EPHYRA TAUUUU.....

(contest period : 03 September ~ 30 September 2013)
(Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 October 2013)


Senang kan? Tanpa SLOGAN, tanpa bukti pembelian, anda juga berpeluang utk MENANG!!

Bukan korang je yang teringin nak makan malam bersama retis hokeh, aku pun nak jugak, haha...so gigihla tangkap gambar bersama Ephyra yang aku minum. 2 kotak dah tau aku minum.


tak cukup satu, dua gambar aku letak tamak gila kan ?agak-agak dapat like banyak tak hehe...

Walaupun aku rasa pipi aku macam pau gamaknya tapi aku bahagia memilikinya kahkahkah...berseri-seri tak muka kak Ton, mak jemah Oiiii...Oh ye kalau nak tengok muka aku sebelum guna Ephyra ni korang boleh tengok entry ni.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...