
Salam
Entry sebelum
Balik dari island hoping kami terus check in dekat Malibest Resort. Hotel yang menepati ciri-ciri kami semua hihihi....Tapi rata-rata orang kat situ pun cakap Malibest Resort memang best. Dah selesai check in kami menuju ke bilik kami.
Kemain jauh bilik kami, dengan bawak beg beratnya dengan sakit kakinya akibat island hoping tadi.Cramp tau kaki naik tangga kat Tasek Dayang Bunting tu, lepas tu naik tangga lagi ke bilik nasib baik tak tinggi sangat kalau tak aku tinggal je kaki kat bawah sebab tak larat bawak naik atas.
Hotel ni full dengan foreigner, rata-rata orang asing, orang Malaysia dua tiga kerat je. Sebab tu hotel ni fully booked je medang kalau ada kekosongan pun macam kamilah dapat hok hujung2 je. Yang menariknya pasal hotel ni sebab ada rumah atas pokok. hebakkkkk takkk???
Pintu bilik kitaorang, Teluk Nyiru, dekat hotel ni dia pakai nama pangkal Teluk
2 katil Queen
Siap ada bathtub
Overall okelah bilik besar, aircond sejuk, tekanan air boleh tahan kebersihan tandas pun oke jerk. Ada peti ais kecik, ada ditunjukkan arah kiblat. cuma kalau korang nak iron kena request ye. Suis plug ada 4 termasuk bilik air tapi satu tak berfungsi.
Mari kita lawat kawasan sekitar.

Rumah atas pokok macam sesuai untuk yang couple, macam kitoarang ni ramai tak sesuai pulak
Petang-petang penduduk situ main bola pantai, tapi aku tengok ada je foreigner yang join main, meriah tau !
Nampak tak orang yang pakai baju hijau tu, aku rasa diaowang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebersihan pantai ni.
Seriessss pantai Cenang ni cantik dan bersih berbanding pantai port dickson, kira keindahan masih terjagalah belum tercemar lagi.

Kerusi tu kalau nak duduk kena bayar, RM10 tau mahalnyaaaaa duduk je pun bukan ada minuman,suratkhabar atau orang urut kaki huhuhuhu
Yang ni cafe diaowang kalau korang nak stay hotel ni, korang cari je signboard ni dari jalan mesti nampak. Ia terletak betul-betul dekat Pantai Cenang.Nampak cafe baru nampak kaunter pendaftaran. Kalau tengok gaya hiasan cafe ni aku rasa macam tak halal je sebab cafe ni macam ala-ala hindustan hahaha...Waiter pun macam Indian je. Orang yang datang pun warga asing so memang takutlah nak makan. Tau tak sepanjang 3 hari 2 malam stay hotel ni cafe ni dokla pasang lagu bollywood je, Hoiii sedap tau lagunya rasa macam nak menari. Kuch-kuch hotai la, dil to pagal hai la Kabhi kushi Khabi Gam la layannnnnn kan je, dan dipahamkan Shah Rukhan pernah datang hotel ni, No wonderlahhh lagu bollywood je ke udara.
Harga untuk 3 hari 2 malam dekat Malibest Resort ni adalah RM400. Bahagi dengan 5 orang kami jadi sorang adalah RM80, tapi pihak hotel mintak deposit RM100 sorang baki RM20 akan dipulangkan bila check out nanti.
Kira-kira perbelanjaan :
Hotel 3 hari 2 malam : RM400/5 Orang = RM80
Aktiviti malam pulak kami terjah pasar malam ayer hangat ! next entry la yeeee ~