Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label Review Baju Nikah. Show all posts
Showing posts with label Review Baju Nikah. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Adake orang yang nak sewa er ?

www.tips-fb.com

Salam

Rasa macam teringin nak sewakan baju nikah aku tu yang lama dah terperuk dalam almari selama 9 bulan 3 hari tapi ada ke orang nak sewa er ....??? Kain tu aku beli kat Jakel. Kalau korang masih ingat aku pernah buat review tentang baju nikah aku ni kat SINI



Veil labuh sampai pinggang jenis chiffon jugak !


Design baju adalah : Kurung moden
  Jenis kain adalah : chiffon beaded
         Size : L-XL

Kotlah ada yang teringin nak sewa untuk majlis pertunangan atau majlis pernikahan korang bolehlah email kan ke Lovex_lunic8819@yahoo.com. Oh ye hanya sepasang baju dan veil sahaja yang aku sewakan tudung tu aku xsewakan er ^_____^.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, October 17, 2012

review baju nikah

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Patutnya aku review baju nikah  ni dah terbalik review baju sanding dulu ntah pape, tapi takpelah yang penting aku boleh kongsi-kongsi cerita persiapan untuk majlis besar aku 4 bulan yang lalu. Dah 4 bulan wey, baru sekarang tergerak nak review -.='. Sebenarnya ekut mood, kalau busy je sepanjang tahun memg taklah aku nak review tapi ni dah mcm makan gaji buta jerk aku nak lah buat review xsalahkan hikhikhik. Sharing is caring kan :)

Tema untuk majlis pernikahan adalah turquoise colour. Dulu-dulukan before kahwin la kan aku berkenan no dengan warna silver konon2 time nikah nanti nak buat warna idaman ni lah tapi hampeh disebabkan pendirian aku yang xtetap ni boleh lak aku beralih arah pilih warna turquoise.


Aku beli baju ni kat Jakel Jalan Tunku Abdul Rahman, kain jenis shiffon beaded, biasalah masa tu kat Jakel memg sentiasa ada buat pakej pengantin kan. Lagi-lagi time tu design shiffon tengah 'up' orang lain pakai aku pun nak pakai. Harga 1 set pakej baju pengantin ni termasuk kain untuk baju lelaki bidang 60 tau dalam lingkungan RM6++ kot. maaf xingat harga detail sebab resit dah buang huhu... Veil pun aku rembat kat situ jugak, salesman tu kata kalau beli dengan sekali veil dia boleh bagi murah. Veil pun dari jenis shiffon, aku cuba nak ingat harga tapi sumpah lupa lah.Total semua kalau xsilap dalam RM7++ mcm tula.Ni tak temasuk kain samping.

bersama bonda tersayang


posing-posing sebelum bertukar 'status'

close up sikit dari dekat baju tu :)

Baju nikah aku buat jenis kurung moden sebab nanti bila lepas kahwin boleh pakai lagi, *kalau rasa xmengembang lagi lah* :p that y aku pilih chiffon dari kain lace yang sarat dengan kerawang-kerawang yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit aku yang sensitif ni~~~ Baju kami tu tempah kat makcik Encik Suami.

Penyerahan mas kawin sebanyak RM22.50 ( Johor )

Encik Suami pulak lebih selesa dengan design teluk belanga beliau, katanya orang johor memg terkenal dengan teluk belanga nak-nak beliau tu keturunan jawa memg ngam lah kan, tapi mujurlah Encik Suami xpakai songkok yang 5 inci macam nak joget zapin tu kalau tak aisssshhh malu teman nak ngaku laki hahahahaha...

talk to my hand : Macamane xkantoi kalau dah macam nie haha.. ^______^
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...