Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label Review Kek & Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Review Kek & Cupcakes. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Sambutan Hari Jadi di Flora Cafe

www.tips-fb.com

Salam

23 Febuari tu tengahari dalam pukul 1.oo pm aku pergi buat photoshoot dekat studio, patutnya buat entry tu dulu, tapi memandangkan cd gambar problem takleh detect gambar aku macam frust sikitlahhhhh~ so aku update entry makan besar dengan family dulu la er.er.

Tempat pilihan untuk aku sambut besday kali ni  adalah di Flora Cafe, tapi yang bestnye tahun ni aku tak sambut berdua sahaja dengan Encik Suami, tapi sambut bersembilan ! Nampak bersembilan kauuuuu *ntah pape ayat*

Bestlah hoiii sambut besday sendiri tapi family semua turut serta cukup lengkap pakej mak abah, adik beradik serta menantu + baby dalam perut tu ( coming soon ). haaaa oke 10 orang semua hihihi... Rasa macam sambut besday anak kekdahnyaaaaa *walaupun belum ada rezeki lagi tapi will be coming soon. In Sha Allah :)*

Birthday ni lagi tambah meriah sebab aku dengan abang aku lahir pada tarikh yang sama iaitu 23 Febuari tahun yang berlainan 87 dan 88 gap hanya setahun. Setahun tepat okeeeee~ Makan besar ni disponser oleh besday girl sendiri sebab aku suka nak celebrate reramai dengan family. Biasa aku berdua je makan dengan suami dekat Flora Cafe, kali ni ada rezeki ajak family pulak !


Cantik kan hiasan wallpaper belakang tu dengan hiasan meja makan. Berseri-seri aku rasa duduk dekat situ hahahaha...barulah fun ! kan besday girl. Korang-korang yang rasa nak sambut besday ke, anniversary ke, annual dinner or nak nikah atau buat majlis pertunangan dekat Flora Cafe ni amat dialu-alukan, tapi diingatkan kena booking terlebih dahulu.

Before ni pun aku sambut anniversary dekat sini jugak ( link ). Makanan pun superb sedap gilaaaa sebab tu aku asik nak repeat, repeat dan repeat. Kalau boleh semua makanan aku nak try. Jangan risau harga takde mahal sangat, kira mampulah dengan poket anda . Bukan setakat masakan melayu yang diaowang sajikan, malah pada penggemar makanan western dekat sini pun ada menu barat tu. Cubalah tak mengecewakan tau.


Dulu abang aku selalu cakap aku gemuk, sekarang amek kau, kau pun gemuk lagi gemuk tau ! tau !


Bersama pasangan masing-masing. Cumel pulak  kek tu, colourfull


Selamat Hari Jadi Along & Angah (aku)


Kek ni telah disponser oleh adik no 3 aku American Choc sedapppp. Terima kasihlah bebanyak ye sayang ko. Kek dengan figurin bear tu aku tempah asing-asing. Cumel ke tidakkkkkk, rasa bebudak sangat request kek macam ni tapi kau hadooooo?. kotlah korang semua nak kek cumel macam ni jugak nak tempah untuk anak-anak ke, suami or sapa-sapa boleh tempah dekat Sharifah Hanum Bigsmileskitchen . Akak ni memang buat kek kahwin, kek birthday dan cupcakes.

Kalau nak booking apa-apa event dekat Flora Cafe 

contact no : 03-21618010
                   03-21810986 ( Mell )

Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

Facebook : Flora Kafe Ampwalk
Instagram :florakafe










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, October 24, 2012

Review kek dan cupcake

www.tips-fb.com

Assalammualaikum and hello :)

Jenuh kO cari balik entry yang aku nak, berpinar mata aku ni haaa duk godek-godek entry 2011, nasib baik jumpa. Dulu aku pernah cerita pasal kek dan cup cake masa hantaran tunang aku tahun lepas, boleh refer entry ni.

Kat entry tu jugak aku ada melahirkan hasrat dimana bila time aku kawin nanti aku nak tempah kek dan cupcake kat Cuppacake-BLicious lagi, tapi malangnya tarikh kawin aku, akak tu dah close order for kek sebab nak tumpukan pada tempahan kuih raya sahaja. Oke agak sedih jugak ! sebab dah berkenan dengan hasil tangan beliau.

Tapi tetap xberputus asa cari pembuat kek lain. Cari-cari jumpalah dengan Lovely-Cakes, pembuat kek yang tidak kurang hebatnya. Bincang-bincang so deal and confirm aku tempah dengan kak Leya.Disebabkan tema aku warna peach takkan kek aku warna peach jugak kan ? so aku request another colour like orange or pink. Kombinasi warna yang menarik akan menyebabkan kek aku kelihatan anggun gitu. Cun mane pun last-last kena ngappp jugak kan ? Lain la kalau ko sayang nak makan biar je berkulat hahaha...



Cantik bukan ? Design ni aku yang request kat kak Leya. Aku saja taknak bertingkat-tingkat sebab aku ada order kek lain yang biasa-biasa je stand by if xcukup ke kan, lagipun aku dah order cupcakes so rasa macam membazir tempah banyak-banyak kek. Lagipun kalau dah bertingkat harga pun bertingkat ye dak ? Harga untuk kek dan cupcake ni sekitar RM3++.

Sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Kalau mahal sekalipun tapi servis tip top kita pun xkan teragak-agak nak tempah lagi kan ? Tak pun kita boleh rekomen kat kawan-kawan untuk order kek diaowang.





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...