Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Friday, April 19, 2013

Universal Studios Singapore - Part 6

www.tips-fb.com

Salam

Perut sudah pun kenyang so boleh nyanyi lalalaalalalaaaaa, oke skank kita pergi ke zon The Lost World ni zon yang ke 5, kat sini banyak juga daya tarikannya dan kebanyakkan permainan berkisarkan dinasour. Antaranya Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino- Soarin, Amber Rock Climb dan Water World.



Seperti biasa bergambar dulu sebelum menikmati permainan kat zon ni


standard korg standard setiap pelusuk, inci, ruang yang ada memang gambar kami je, sabar jela er ?


Ini namanya Canopy Flyer, disebakan hujan renyai kami masih memakai baju hujan tu, tengok laki aku, dia nak tidur tu sebab kenyang sangat agaknya haha...Kau tau masa kitaorang nak naik menatang ni kami tanyalah budak tiket tu game ni bahaya ke tak ? takut ke tak ? lepas tu dia kata game ni 'for kids'  so bila dah dengar kata untuk budak aku legalah kan maknanya takdelah serammmmm sangat macam Revenge of the mummy tu,

Heiii sekali amek kauuuuuuu, dia punya speed tak nak  laju pulak kan ??? berpinau mata aku, jerit memamg tak ingatlah siap cakap tolong ! tolong !....tangan ni duk pegang lengan laki aku, yang laki aku ni pulak rilexxxxx je aku dah gelabah dah xberani pandang bawah kaki dah tergantung mata aku tutup rapat-rapat, rasa macam nak terjatuh dari awangan tau, kenapa budak tu tipu aku kata 'for kids' tapiiiiiiii sadissssssnya  pentipu betul lah. T_____T

Lagi sadisss bila nak pergi ke WaterWorld tiba-tiba show tu tak boleh masuk sebab show start pukul 4.00 p.m kitaorang lewat 20 minit jerk, firust idaaaaaaaa, dia yang nak sangat masuk show tu takde rezeki kami nampaknya kan ida ?




Next zon kami pergi ke zon Far Far Away . Daya tarikan kat sini adalah Shrek 4-D Adventure, best weyyyy,kerusi ia gerak-gerak seolah-olah kita dalam filem Shrek tu, tapi kita kena pakai spek 4D baru feel ~ dalam cete ni ada donkey tu suka bersin asal bersin terpercik air kat muka kita macam betul wey  pengotor haha...how dare u donkey !!! Lepas tu labah-labah banyak lalu dekat  bawah kaki kitaaaa geli-geliman eeuwwwww ~ meremang bulu tengkuk. tapi tak best sebab part naik kuda nak selamatkan Princess Fiona tu Shrek naik kuda, tengok orang lain kemain lagi kerusinya bergerak-gerak macam naik kuda yang kerusi aku ni macam hidup segan mati xmau je, alah-alah dia punya gerakkkk sikit jerk....sedihhhh betul lah.



kemain tinggi hadi melompat erk ? aku risau je masa melompat tu terlanggar kepala andy kang tak memasal kena pangggg dengan ida pulak


Gambar ni untuk cover album ye sekian hahaha...

Zon Madagascar kami cuma lalu sahaja sebab nak kejar masa diaowang ni dah tergedik-gedik nak naik roller coaster Battlestar Galactica, aku ? aku tak gedik sebab aku tak naik kan yaya ? kan shiela ? haha....*kitaorang geng sebab tak nak naik, takut maaaa*

Fuhhhh! tarik nafas hembus tarik nafas hembus, legaaaaa kau dah siap buat entry USS ni, aku rasa ida mungkin ada episod 7,8,9  sampai ke episod 86 mungkin lah kan ! sebab dia sangat teliti orangnya waaa salute beb, tapi aku tak mampu nak buat detail, ni pun agak stress nak mengabeskan part by part.

Next entry cerita di luar USS, stay tuned !





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, April 18, 2013

Universal Studios Singapore - Part 5

www.tips-fb.com

Salam

Selain Transformer The Ride kat zon Sci- Fi City ni ada lagi satu daya tarikan yang best, orang lainlah kata best tapi aku serammmmm kot ! takde keberanian disitu, iaitu Battlestar Galactica CYLON & HUMAN. Sepatutnya time tu kitaorang naik eh tak diaowang je naik ~ aku terkecuali :p tapi disebabkan hujan renyai-renyai mula membasahi bumi game tu terpaksa diberhentikan buat seketika atas faktor keselamatan aku rasa.

Kemudian kami terus ke zon Ancient Egypt, dimana daya tarikan di sini  adalah Revenge of the Mummy. Aku rasa naik roller coaster ni boleh tertinggal jantung kot, sumpah laju berdesupppppp ia pergi...sangat laju dan penuh dramatik ko tau...dahla laju lepas tu ia pecut selaju mungkin kalau jalan lurus je takpe ni ia mendaki menjunam menyenget dengan siap gear reverse ke belakang lagi, cer korang bayangkan best memang best tapi kalau aku diberi peluang naik sekali lagi aku tak mo weyyyy T______T


hujan renyai-renyai time ni, kenapa baju hujan kami ada putih ada kuning sebab yang kuning tu dari Malaysia yang putih ada 'orang tu' kata nak ada tulisan Singapore, sanggup beli u olssss...:p


 Sebelum masuk kena bergambar dulu hikhikhik...



Seeee, kan aku tak cakap bohong memang laju beb, pejam mata aku dengan nory sebab laju lagipun kami kat depan, so apa yang kat depan kami nampak dulu, oke tu takpe lagi cuba tengok laki aku kat sebelah dia boleh rilex macam takde suara aku dah jerit keluar anak tekak ni, aku ciap cakap kat suami aku,

'abang, abang oke tak ? asal orang lain jerit macam tertelan microfon abang boleh cool je ni -.=' '

Yang tudung merah tu tak boleh blah aku tengok muka dia, terpancar ketakutan sampai ke pundi kencing, hahaha...berzikir tu beb jangan memain oke ! Gambar tu ditangkap secara candid memang kita takkan sedar bila diaowang tangkap, dan gambar tu dijual dengan harga 20 SGD sekeping,  kira-kira RM50 kalau duit Malaysia , pasrah + redha jela -.='.

Hujan renyai-renyai kan? dah tentu perut tengah menari rentak tango, so dengan kadar segera kami mencari restoran dalam zon ni,


Nama restoran di zon ni adalah Oasis Spice Cafe dimana menu-menu yang disediakan terdiri daripada nasi-nasi , ayam-ayam, kambing-kambing macam style arab la gituuuuu ~ dan jangan risau restoran ini disahkan halal, tengok tanda tu ye. Makanan dia so far so good sedap dan mengenyangkan, Korang patut cuba makanan kat restoran ni.





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, April 17, 2013

Universal Studios Singapore - Part 4

www.tips-fb.com

Salam

Tergendala sekejap entry pasal USS ni sebab memberi laluan kepada entry-entry yang penting dulu ye, Wah macam tak caya je tiba-tiba aku rajin update entry ye ! * tangan ke bahu mata ke atas *. Hei takdelah rajin pun tapi atas desakan ! haaa desakan kauuuuu dari jiran sekampung dengan pantasnya aku update entry selaju168km/jammmm...phewwwwww ~~~ mujur tak terbabas kauuu...

Universal Studios Singapore ni ada 7 zon tau iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City,  Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar, masuk-masuk terus nampak Hollywood gila kau sejibik wey, sejibik ! jalan kaki je terus sampai Hollywood hebat haha....Sama tapi bukan diaaaa~~~~


Tak banyak karakter yang dapat kami ambil gambar sebab nak kejar masa main game kan ???So mana sempat kami ambil jerk itu pun jenuhla beratur sebelum nak tangkap gambar bersama . Antara yang sempat adalah karakter ape ntah tak tahu tapi macam penyanyi koir kot ! suka hati je bagi title penyanyi koir haha..tibaiiiii...

Tengok laki aku tu baru masuk Hollywood, bukan New York lagi dah duduk sakit kaki hikhikhik ciannnn abang ! kan orang dah cakap nak masuk USS ni stamina kena kuat sebab kena jalan guna kaki kan dalam tu, kalau ada motor takpela jugak, ada kereta tapi untuk display jerk tak boleh tumpang huhuhu...




Bersama Beetlejuice, seram aku tengok dia nieeeee

Daya tarikan kat Zon Hollywood ni adalah Monster Rock, iaitu teater Universal Classic Monster, ia macam ala-ala teater musikal la, Nyanyi menari sama-sama, lagu-lagu yang diaorang nyanyi kira popular lah jugak biasa kita dengar kat corong- corong radio, suara semua tip top beb ! tapi aku heran tak penat pulak kan terkinja-kinja lepas tu menyanyi.


 Teater ni start pukul 11.00 a.m, kitaorang masuk lambat 15 minit masuk-masuk diawang dah start beraksi, nyanyi menari tapi memang bestlah tak bosan, terpukau pun ada, menjerit-jerit kitaorang setiap kali diaowang nyanyi lagu. Teater ni ada waktu dia iaitu 11.00 a.m, 2.00 p.m dan 5.00 p.m

Dari Hollywood, kami terus ke New York hanya dengan berjalan kaki, hebat tak ? hebat tak ? ahahaha....Nak tau apa daya tarikan New York bagi kami-kami yang dah tua bangka ni, ialahhhhhh Lights,  Camera , Action by Steven Spielberg. Cuma berdiri hanya 15 minit kami ditayangkan bagaimana pembikinan filem sebenar di buat ! Fuh nerbes tau....Macam ditempat kejadian dengan keadaan ribut taufannya air laut bergelora guruh berdentum, sedikit kebakaran berlaku, terasa bahang api tu waaa cakap lu. Dan part paling best ada kapal besar lautannnnn * bayangkan besar lautan ye haha...* tiba-tiba datang dari arah tepi korang macam nak hentam koranggggg..seriau tak ??? Aku dah jerit sampai terkeluar halkum dah niieeee...* eh ada pulak halkum ! *  Ni wajib tengok tau !



berjalan, jalan dan terus jalan lepas tu kami stop di Zon Sci-Fi City iaitu Zon Transformer, daya tarikan kat zon ni dah tentu-tentulah Transformer The Ride : Unlimate 3D Battle. Masa menunggu  kat sini memang lama lebih kurang 1 jam 10 minit tapi takdelah bosan menunggu sebab kita dapat melihat Pameran Transformer sebelum turn kita sampai. Naik Transformer Ride ni kita kena pakai spek mata 3D baru nampak real transformer tu berlawan, aku kan sebenarnya tak tengok pun cete transformer ni so aku tak tahulah nama-nama karakter transformer tapi ape yang aku boleh cakap game ni gila syokkkkk wooo so kena try oke ! sumpah best gilerrrrr duh ~~~



Bergambar kenang-kenangan bersama Bumblebee, benda nilah yang buat salah sorang kawan aku 'teriak' nak memilikinya heiiii,, xpaham-xpaham ingat budak darjah enam ke hahahaha.... *opssss, terlebih sudaaaa, mesti kena bahan sat lagi *


Laki aku tu nak mendarat ke nak melompat ? confiussss, wah andy bukan main kopak lagi kaki tu ye, syafiq aku tengok sopan giler kepit-kepit ye time melompat ni, seronok erk ?


Bergambar dalam pameran Transformer, tunggu turn lambat lagi.....


Kitaorang masa kat USS suka sangat nak melompat, tak tahu lah kenapa pantang ada ruang luas sikit, agak-agak muat bontot memasing mesti nak melompat. Haaaa....tengok siap ada tenaga pengajar lagi cara-cara nak melompat ye.

" Korang, lompat macam ni tau, lepas tu jangan lupa lompat pandang camera, kata yaya kepada kami ~ "

Hahaha...tapi yang ajar lain yang buatnya lain orang lain melompat aku melangkah je sebab berat kahkahkahkah tak tercapai nak angkat berat sendiri -.='


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, April 12, 2013

Universal Studios Singapore - Part 3

www.tips-fb.com

Salam


Kalau dah sampai Singapore tak bergambar kat benda alah ni, memang rugilah, inilah tanda mercu untuk Universal Studios Singapore, sampai-sampai je terus menuju benda ni tapi aku sampai-sampai cari tandas dulu hehe.... 

Untuk pengetahuan semua tandas kat USS tu takde kepala paip, so agak payahla kalau nak mencuci apa-apa yang patut, so korang-korang kena standby botol minuman yang kosong atau pun tisu basah kalau pergi sana oke :)




Gambar laki bini ni haruslah ada kan ?

See muka memasing yang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak terjah semua game kat dalam USS kan ? aku paham, aku paham, tabik spring dulu babe sebab kita dah berjaya sampai ke sini dengan jayanya.


Kami sampai pukul 9.30 a.m pintu masuk bukak pukul 10.00 a.m, ramai dah yang beratur termasuk kami semua, dalam pada beratur tu pun masih sempat nak snap-snap gambar ye, untung ramai jurugambar yang tak berbayar ni kihkihkihkih....

Bila sampai betul-betul dekat gate masuk tu korang tau apa jadi ??? dari 11 orang daripada kami hanya 3 orang je yang lepas iaitu eida, yaya dan syafiq kami semua xlepas sebab bila scan error je, dah cuak dah ni, risau ntah pukul berapa la dapat masuk, nasib baik ada ida dan yaya tolong setelkan hal ni, TQ korang love u..mmmmuahhhh, agak kecewa sikit sebab pukul 10.45 a.m baru dapat masuk tapi okelah kan, mana nak jangka benda-benda cam nie nak berlaku, lagipun bukan kitaorang jerk yang kena ramai rupanya.

Lepas dapat masuk terus kami menuju kat Universal Studios Store, kat situ macam-macam souvenir ada macam baju, topi, key chain, fridge magnet, frame gambar. Kami semua nak pakai baju sama, so kami pergilah situ untuk dapatkan baju sama weeee~.


Last semua sepakat untuk pilih baju warna hitam, maka secara berjemaahla kami memakainya. Baju hitam manakala seluar adalah colourfull, masing-masing memang dah rancang nak pakai gitu kengkonon ala-ala K-pop.


Cool tak kami semua huhu ~










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, April 11, 2013

Universal Studios Singapore - Part 2

www.tips-fb.com

Salam

Dari Culture City Inn kami terus gerak ke Tune Hotel, perjalanan kalau menaiki kereta mengambil masa 15 minit jerk, nape pergi Tune Hotel tak terus masuk ke Singapore ? sebab kami sebulat suara menaiki bas Odyssey dari Tune Hotel tu. 


Sepatutnya waktu bas bertolak ke Singapore adalah pada pukul 7.30 a.m tapi kami naik bas pada pukul 7.45 a.m. Kami sampai kat Tune Hotel awal 30 minit so sementara menunggu kedatangan bas tu kami beli makanan kat 7E bawah Tune Hotel tu.


Tiket warna oren tu adalah tiket bas yang perlu kami naiki dan ia mewakili tiket untuk 11 orang. Hei itulah bas kami cantik tak haha...Company nama Odyssey tapi bas nama Travel Group apa cer ? takpe yang penting kami selamat pergi dan pulang. Nampak borang putih tu ? borang tu lah perlu di isi oleh setiap orang, nanti masa kat Imigresen Singapore kena tunjuk bersama paspport. Semua barang perlu dibawa bersama ke Imigresen Singapore untuk di scan.

Tapiiiiii sila ambil perhatian ini penting ye :-

  • Rokok hanya dibenarkan bawak sebanyak 18 batang jerk, ini bermakna kalau korang baru beli rokok kena kurangkan 2 batang.
  • Tidak dibenarkan sama sekali mengunyah atau membawa chewing gum
  • Korang kena ingat plat bas yang korang naik dan turun kat Imigresen tu


Muka bahagia bersama paspport masing-masing, tak sabar letew nak berjimba sampai pitam ! taulah korang-korang semua teringin sangat nak kembali ke zaman kanak-kanak ribena, okey ready to goOOooo...phewwwww~~~



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Universal Studios Singapore - Part 1

www.tips-fb.com

Salam

Fuh...fuh...fuh....kasi tiup sikit semangat kerajinan untuk up entry percutian ke Singapore, yaya, ieda, nory dan sheila dah up sampai episod ke 800 dah aku ni part 1 pun serabut nak susun-susun ayat  biar semua orang yang baca paham apa yang aku sampaikan * kadang-kadang suka cakap tonggang- langgang *

Percutian selama 3 hari 2 malam ni disertai sebanyak 11 orang, masing-masing bersama suami, sorang je solo-molo iaitu adik nory ( tasha ). Kami bertolak dari KL sepatutnya pukul 8.00 p.m malam ye, tapi biasalah janji melayu takdenya pukul 8.00 p.m sharp² gerak mesti delay punya. Pukul 9.30 p.m baru gerak.

Oh ye kami ke Johor Bahru menaiki 2 kereta kepunyaan yaya. 4 orang dalam kereta Gen 2 4 orang dalam kereta Caldina Nory, Zul dan Tasha naik flight. Terima kasih daun keladi kepada yaya sebab sudi pinjamkan kereta awak pada kami, lepas ni boleh pinjam lagi tak ?

Ngam-ngam sampai JB pukul 1.00 a.m nasib baik masa booking tu kami ada mention selewat-lewatnya pukul 1.00 a.m kami check in.



Ni adalah hotel budget paling murah lepas dah survey-survey dengan hotel yang lain area JB. Kitaorang  ni sampai dah lewat kalau tidur pun hanya beberapa jam jerk so hotel ni adalah pilihan kami. Murah sangat !


Ni bilik untuk para suami besar sikit dari bilik para isteri.

Culture City Inn nama diberi * dah nak start pantun ni kehkehkeh* . Korang kalau nak booking hotel make sure kena bandingkan harga secara online dan call sendiri hotel tu tanya harga, sebab kadang-kadang harga tak sama, ni pun aku baru tau ida dan yaya bagitahu, thanksss korang ! So hotel ni kami booking secara online di laman web Booking.com

Sesetengah hotel,bila kita booking kena kredit kad kan ? hotel ni tak perlu pun kredit kad, senang bukan ? semudah ABC tapi aku je rasa susah serabut serabai hahaha.....sokmo gitu, sekarang dah tau bagaimana prosedurnya petik jari je dah boleh buat.

Family Room ( 4 adults )  RM65/Semalam - 2 katil Queen
Triple Room  (3 adults )   RM55/Semalam - 1 katil Queen & 1 single

Aku sarankan korang booking yang family room tu ye lebih selesa berbanding Triple Room. 


Sebelum nak check out dari hotel, sesi bergambar haruslah ada huhuhu... Untuk ke Tune Hotel hanya mengambil masa 15 minit je dari hotel ni ye.tu kalau tak sesat tau heeee~~~

Info :
Hotel Culture City Inn,
No 5, Jalan Jaya 2, 
Taman Jaya,
81300 Skudai

 No tel : 07-5547277 / 5547281


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...