Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label photo studio. Show all posts
Showing posts with label photo studio. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Photoshoot Sempena Birthday

www.tips-fb.com

Salam

Tanpa membuang masa sebab hari ni dah jumaat aku separuh hari je nak pulang ke kampung belah utara nun ( kampung abah ) aku jadi driver bawak mak pak kita heeeee. Jadi makanya update laju-laju. 

Kalau dah namanya gilaaaa gambar pantang nampak promo kat mana-mana confirm nak grab, itupun setelah dicongak hitung bahagi duit syiling yang disimpan dalam tabung katak mencukupi dengan harga promo photoshoot studio ni haha...sadis tak cerita perjalanan aku ni. Oke aku tipu sila percaya !

Kali ni aku amek dengan photografer dari The Photolicious. Masa aku nampak je promo ni dekat FB aku terus call dan tanya pasal promo ni, then macamana pembayaran. Harga tak murah dan tak mahal. Kira aku puas hati sebab aku rasa kalau murah sangat pun servis cam haram payah jugak. Aku dah pernah terkena kan dengan sorang photografer ni bulan 12 hari tu. Disebabkan aku booking tapi belum bayar deposit dia suka-suka je nak tukar-tukar tarikh lepas tu bila dah set appoinment boleh pulak lupa, tak angkat fon tak reply whatsap. Sakit hati ggggrrrrrr~

Alhamdulillah deal dengan The Photolicious ni sangat best dan menyenangkan. Buat je pembayaran aku maklumkan pada owner dia  Kak Zara. Akak tu terus noted. 2 hari sebelum photoshoot aku remindkan lagi sekali sebab aku taknak jadi macam pengalaman lama. Sehari sebelum photoshoot boleh pulak bagitau ada job lain so tunda hari lain. Nampak tak layanan bila kita dah byr deposit dengan tak. Bila harga murah dan mahal sedikit.

Gambar-gambar yang dishoot ni aku sangat puas hati tak payah susah-susah nak edit dah cantik dah hihihi...* puji diri sendiri nampak * Sesi berlangsung selama 45 minit. Gasak laki bini kemain posing ala-ala macam cumel je macam cantik je macam-macam je kat situ. Photoshoot ni sempena besday aku gedik sangat nak photoshoot bagai. Eh tak tak kebetulan diaowang buat promo antara tarikh besday aku so alang-alang aku shoot la sekali heeee~  Celebrate besday aku pulak diadakan di Flora Cafe  ( Link ) sesi  makan bersama keluarga tercinta.

Tengok jangan muntah tau ~















Gambar aku kecik kan sedikit, tak payah nak besar sangatlah kan bukan cantik pun, Oh ye kalau korang dah tau atau biasa dengar The Photolicious biasa amek job retissss tau. Antaranya Apek (penjaga gol) tu, pernah shoot ella kawin, Aqasha, Bienda ramai lagilah..Nak tengok gambar-gambar artis yang ohsem tu kat pages dia berlambak. Cantik-cantik hoiii. Yang terbaru ni diaowang shoot newborn Apek dan Leuniey -Kayla Elayna, comel tau. Cute sangat.

Yang masih mencari-cari photografer di hari bahagia korang, bolehlah hire mereka ni. Aku pasti mesti puas hati beb ! Mujur aku dah kawin kalau tak confirm-confirm aku booking diawang tapi takpe masih banyak masa lagi kalau diizinkan-Nya aku pregnant boleh booking kan? kan?

Facebook : The Photolicious

Adress     : No 55C, Jalan Wawasan 2/1 
                  Bandar Baru Ampang
                  68000 Ampang, Selangor






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, February 25, 2014

Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri

www.tips-fb.com

Salam

Happy besday to us
Happy besday to us
Happy besday along & angah
Happy to us

Kenapa kami ? Sebab hari jadi aku dengan abang aku adalah sama iaitu jatuh pada 23 Febuari 1987 dan 1988 ngam-ngam setahun je u olsss. Hebat tau abah dengan mak kitaorang huhuhu....Entry Langkawi tertunda seketika ea. Nak beri laluan pada entry besday girl ni haaaa...

Fine dah tua dah aku 26 tahun, tapi masih remaja gituuuuu *pengsan*. Tahun ni aku rasa paling meriah macam sambut besday anak padahal belum ada lagi, sebab family aku ada semua. Alhamdulillah.

The whole day memang pack giler dengan photoshootnya dengan makan besar dengan family dan malam pulak tengok wayang. Penat beb ! Tapi enjoy giler !!! Entry pasal photoshoot nanti aku buat er, entry celebration dekat mana pun akan muncul tak lama lagi sabar eh ! Kasi tuan blog bernafas sikit, penat pun tak hilang lagi heeee~ 

Sedikit ucapan dari tuan blog dihari lahirnya 

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri hihihi...

Alhamdulillah masih diizinkan Allah S.W.T untuk bernafas hari ini. Terima kasih kepada ayahanda dan bonda sebab melahirkan dan membesarkan saya.

Doaku di hari lahir ini
Semoga taat dengan perintahNya
Semoga menjadi anak yang baik
Semoga menjadi isteri yang baik
Semoga menjadi kakak dan adik yang baik

Hadiah tak penting cuma kalian doakan aku bahagia, gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa ye :)

Kasi belanja sekeping gambar dulu



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 26, 2012

Perjumpaan para blogger yang bombastik kebaboom !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

First nak cakap BEST GILER !!!!!sebabnya kan dapat jumpa blogger lain dalam photoshoot blogger ni, kata event photoshoot blogger kan haruslah ada blogger takkan ada makcik jual nasi lemak 50 sen pulak kan ? -.='

Rugi oke pada korang-korang yang xjoin sebabnya kami-kami bergambar sakan sampai rosak ko ! Siap ada sponser make up lagi ! kelas ko jah !! tadah je muka ko, makeup artist akan conteng muka ko dengan hasil seni tangan yang dipelajari. Sumpah muka ko akan otomatik berubah jadi Neolofa kehkehkeh...Ni lah org yang make over muka aku jadik cunnn....


Yang tengah-tengah kecik molek tu haa...kalau sape yang rasa nak jadi cun macam kitaorang boleh la add FB dia ni linknya Nurazlili. TQ adik lili for the make up yang gojesss..

Cantik ke tidak ???? cantik kan ? cepat cakap !!! cepuk karang kalau cakap xcantik ! semua blogger-blogger ni festime tau aku jumpa tapi macam dah kenal 10 tahun lamanya. Punya ler sporting ko tau semua kepala gila-gila. Aku yang gila pemalu ni pun jadi xtau malu bila berada dengan mereka.


TQ jugaklah pada encik suami, sebab dia pun sporting jugak nak join photoshoot blogger ni kalau xsporting xsampai lah aku kat  Dak Teropong Studio ni, macam biasalah aku walau dah 18 kali pergi Shah Alam tapi masih ilang ingatan nak ingat jalan, kecian kan kat aku -.='.

Oh ya, kalau kata ko blogger mestilah ada link blog kan ? penat-penat posing maut tetiba boleh pulak xtau nama blog memasing kan, bunyi macam sadis lah kan ? here aku listkan senarai nama blogger-blogger yang terlibat ( hei korang lepas ni konfirm kau, kau dan kau famous ok ! suka dak ????) tunggu ape lagi terjahlah blog diaowang >.<

kak yus

Baru aku perasan gambar dengan Kak Ameris takde la pulak maaf kak, eden lupa nak bergambar dengan akak.

Oke ni link untuk korang terjah kalau-kalau ada yang nak photoshoot studio ke kan ? xpun pada korang-korang yang masih mencari-cari make up artist untuk majlis bahagia korang.

Dak Teropong Studio 
Nurazlili Aziz




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 12, 2012

Photoshoot murah giler sekali pakej make up ! Ko nak ???

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Emmm...emmm... cane erk, nak mula ayat ni isshhh..nebes tau haku ! baca bismillah dulu lah..

Hei, korang-korang nak tak kalau aku ajak photoshoot sama-sama dengan kita, maksud kita bukan aku je tau tapi dengan blogger- blogger lain jugak. Nak tak ? * cakap nak cepat ! kalau tak aku cepuk kang :p*

Sila baca satu persatu ejaan bermula dari kiri ke kanan jgn ko baca dari kanan pulak tu bahasa jawi duh ! ;)

Event: Photoshoot geng-geng blogger.
Tarikh: 24 November 2012, Sabtu

Masa: 12 tengahhari sehingga 5 petang.
Tempat: Dak Teropong Studio, Shah Alam.
Pakaian: Baju Sdn Bhd
Makeup: Sponser by talented MUA, Lili
Bayaran: RM50 per head. 


Photoshoot ni murah giler la bagi aku, sebab sebelum ni pun aku pun pernah buat photoshoot kat studio tapi takdenye dapat harga cenggini. Betul tak tipu murah giler hanya RM 50 sorang, giler ko xmurah, dan lagi kan korang akan dimake up secara percuma sponser by talented MUA, Lili

Benda lain yang korang akan dapat kalau join :

# photoshoot selama 5 jam sampai kau rosak nganganga :p
#make up dari MUA yang hebat ( FOC )
# semua gambar korang akan dapat softcopy
# tukar link blog sesama blogger *  lepas ni kau famous, confirm ! *

Nak tengok hasil tangan Lili ...



Cantik kan ? kan ? Aku xboleh bayangkan kalau muka aku di touch up oleh Lili, untung-untung boleh jadi Siti Nurhaliza ke kan ? haha...fengsaaaaaannnn...-.='. Jom tengok pulak gambar-gambar ohsem dari Dak Teropong Studio, Shah Alam.



Cair tak korang tengok gambar yang diaowang shoot !so apelagi jomlah join sekali, kita meriahkan lagi photoshoot 24-11-2012 ni, kasi gegar lah weiii....Kalau nak lagi detail kan, korang boleh tanya nadia farahida, x pun korang email je kat dia kalau nak tanya sebarang soalan confirm dia akan bagitahu, dia peramah tau. suka i tau :) ni email dia :-

nadiafarahida@gmail.com

talk to my hand : xpandai posing pun takpe janji rock hokeh !! :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, April 24, 2012

Pre wedding photoshoot done !

www.tips-fb.com

Yeay ! akhirnya aku telah selamat melaksanakan kerja yang bertangguh dari bulan 1 nie...Heee...Sepatutnya pre-wedding aku ni dijalankan pada bulan 1 hari tu tapi memandangkan kekangan masa..wah kekangan gitu ! xmenahan ayat haha....so dipostpone sehinggalah ke tarikh 21/4/2012 dengan bertemakan white studio dan pakaian adalah Sdn Bhd kehkehkeh...Warna yang dipilih oleh aku adalah MERAH & HITAM. Oh ye sebelum terlupa photoshoot ni aku amek dgn photografer SERINDIT PHOTO .So kalau ada yang berminat bolehla usha ye ^___________^


















♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...