Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label Review Photografer. Show all posts
Showing posts with label Review Photografer. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Photoshoot 2nd Anniversary

www.tips-fb.com


Salam

Fuh..Fuh..Fuh awat penuh sawang blog aku ni ? oh lupa tuan tanah kedaung dah berjaman tak update blog hikhikhik~ Ni tetiba ingat nak update blog tapi update cete dah nak basi ape daaaaa~

Photoshoot ni sempena Anniversary ke- 2 bulan 6 hari tu, ni dah nak penghujung bulan 8 oiiii, nasiblah labu aku ekut suka hati je rasa nak tulis tulis nak update update heeee~ Tapi korang-korang jangan jemu datang blog picisan aku tau walaupun buka blog balik-balik entri yang sama tau tau janji jangan jemu tau, kalau tak nangis tepi tangga.








Nin dia 1/4 sahaja gambar yang dipilih untuk masuk dalam blog kesayangan, banyak lagi tapi malas aku nak pilih satu-satu random jela ye. Yang lain dalam FB tu pun dalam 20 keping lebih kurang. Yang lain biar aku tatap sendiri tengok puas-puas senyum sengih sorang-sorang haha..

Semua gambar awesome, puas hati sangat-sangat. macam biasa setiap kali photoshoot apa-apa majlis aku tak pernah ambil photografer yang sama. Aku suka mencuba yang lain. Kali ni aku ambil pakej dari Samraisphotography. Acely aku dah lama stalker photografer ni dari aku kawin lagi tapi aku ingatkan pakej yang ditawarkan mahal tapi masih mampu poket rupanya T_____T.

Jangan tak tau bila aku post dekat FB gambar-gambar photoshoot ni ramai rupanya member-member FB hire diaowang ni. Feedback memang daboom !

Dahla gambar aku semua rasa cumel  nak hentak-hentak kaki 2o kali.Kalau kawin dulu aku hire mesti gempak macam photoshoot ni. Ah benda dah lepas jangan dikenang oiiii...Korang-korang yang masih terpisat-pisat cari photografer mana nak hire, aku sarankan boleh ambil pakej dari Samraisphotography

Gerenti pasti puas hati dan berbaloi paling penting tukang ambik gambo sempoiii bak ang gila-gila. Percayalahhhhhhh ( nyanyi macam lagu dato ct tu ).

Talk to my hand : Entry celebration Anniversary bakal menyusul lepas ni

# Awak-awak saya ada jual inai daun asli 100% tanpa bahan kimia, sape-sape berminat bole pm FB saya
 ye :)


nak pantas terus whatsapps tau 012-2531649






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, February 28, 2014

Photoshoot Sempena Birthday

www.tips-fb.com

Salam

Tanpa membuang masa sebab hari ni dah jumaat aku separuh hari je nak pulang ke kampung belah utara nun ( kampung abah ) aku jadi driver bawak mak pak kita heeeee. Jadi makanya update laju-laju. 

Kalau dah namanya gilaaaa gambar pantang nampak promo kat mana-mana confirm nak grab, itupun setelah dicongak hitung bahagi duit syiling yang disimpan dalam tabung katak mencukupi dengan harga promo photoshoot studio ni haha...sadis tak cerita perjalanan aku ni. Oke aku tipu sila percaya !

Kali ni aku amek dengan photografer dari The Photolicious. Masa aku nampak je promo ni dekat FB aku terus call dan tanya pasal promo ni, then macamana pembayaran. Harga tak murah dan tak mahal. Kira aku puas hati sebab aku rasa kalau murah sangat pun servis cam haram payah jugak. Aku dah pernah terkena kan dengan sorang photografer ni bulan 12 hari tu. Disebabkan aku booking tapi belum bayar deposit dia suka-suka je nak tukar-tukar tarikh lepas tu bila dah set appoinment boleh pulak lupa, tak angkat fon tak reply whatsap. Sakit hati ggggrrrrrr~

Alhamdulillah deal dengan The Photolicious ni sangat best dan menyenangkan. Buat je pembayaran aku maklumkan pada owner dia  Kak Zara. Akak tu terus noted. 2 hari sebelum photoshoot aku remindkan lagi sekali sebab aku taknak jadi macam pengalaman lama. Sehari sebelum photoshoot boleh pulak bagitau ada job lain so tunda hari lain. Nampak tak layanan bila kita dah byr deposit dengan tak. Bila harga murah dan mahal sedikit.

Gambar-gambar yang dishoot ni aku sangat puas hati tak payah susah-susah nak edit dah cantik dah hihihi...* puji diri sendiri nampak * Sesi berlangsung selama 45 minit. Gasak laki bini kemain posing ala-ala macam cumel je macam cantik je macam-macam je kat situ. Photoshoot ni sempena besday aku gedik sangat nak photoshoot bagai. Eh tak tak kebetulan diaowang buat promo antara tarikh besday aku so alang-alang aku shoot la sekali heeee~  Celebrate besday aku pulak diadakan di Flora Cafe  ( Link ) sesi  makan bersama keluarga tercinta.

Tengok jangan muntah tau ~















Gambar aku kecik kan sedikit, tak payah nak besar sangatlah kan bukan cantik pun, Oh ye kalau korang dah tau atau biasa dengar The Photolicious biasa amek job retissss tau. Antaranya Apek (penjaga gol) tu, pernah shoot ella kawin, Aqasha, Bienda ramai lagilah..Nak tengok gambar-gambar artis yang ohsem tu kat pages dia berlambak. Cantik-cantik hoiii. Yang terbaru ni diaowang shoot newborn Apek dan Leuniey -Kayla Elayna, comel tau. Cute sangat.

Yang masih mencari-cari photografer di hari bahagia korang, bolehlah hire mereka ni. Aku pasti mesti puas hati beb ! Mujur aku dah kawin kalau tak confirm-confirm aku booking diawang tapi takpe masih banyak masa lagi kalau diizinkan-Nya aku pregnant boleh booking kan? kan?

Facebook : The Photolicious

Adress     : No 55C, Jalan Wawasan 2/1 
                  Bandar Baru Ampang
                  68000 Ampang, Selangor






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, December 7, 2012

Review Officially Photografer

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Ye, ye aku ingat sesi review ni dah habis kau, sekali cek punya cek boleh pulak OP time aku kawin aku belum review lagi seeedddiiihhh la kawan. Tapi aci lah kot kan gambar kahwin semua baru je sampai kat tangan 2 bulan lepas so takdelah lama sangat kan aku nak review sape OP a.k.a Officially Photografer aku pada hari bersejarah aku tu.

 




 

 
Overall sangat-sangat berpuas hati dengan perkhidmatan ViceVersa Picture- Wedding Photography. Dengan harga yang sangat berbaloi bagi aku kurang dari 1K. 3 event yang diamanahkan iaitu nikah (jumaat) sanding dan outdoor (sabtu ). Setiap moment yang berlaku dirakam, setiap sudut diambil, tu yang aku suka  sangat sebab bila kita jadi raja sehari kita xkan boleh nak lihat seluruh keadaan yang berlaku pada hari bahagia kita bila ada OP yang ditugaskan dan diamanah kan sebagai tukang gambar yang merakam setiap  gambar. Itu akan membawa kepada seribu kenangan buat anda ^_____^

Setiap gambar mengandungi cerita yang tersendiri. Setiap saat dan ketika aksi kami pada hari tersebut dirakam tu yang bagusnya hehe...muka ready ke muka xready ke OP tangkap je tanpa penat dan berpeluh-peluh, aku yang tengok pun letih, tapi demi nak memberikan kepuasan pada customer nya semua tu sanggup diredah hehe....Syabas la ye !!!

Kepada Bride To Be yang nak hire ViceVersa Picture- Wedding Photography korang bolehla like pages diaowang. Ingin mengetahui Pakej yang ditawarkan ke atau  ada sebarang pertanyaan boleh jerk diajukan kat pages tu.

talk to my hand : sapekah 4 pasangan yang akan menang ye ???



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, September 24, 2012

Promote photografer :)

www.tips-fb.com

Assalamualaikum & hello :)

Memandangkan aku ni suka beno bergambar a.k.a gila gambar jadi dah tentulah aku akan cari, mencari dan terus mencari photografer yang berkenan di hati. Kalau nak diekutkan setiap kali bila photoshoot jerk aku akan hire photografer yang berlainan. Jadi akan nampaklah hasil gambar yang pelbagai.Ni antara photoshoot yang pernah dibuat oleh beberapa photografer yang aku hire.


Untuk photografer time aku nikah dan sanding, aku xmasukkan sebabnya gambar belum siap. so xlehla nak promote lagi. Sedih tau gambar xsiap lagi. Tapi xpe saya seorang yang memahami walaupun dah beberapa bulan kahwin tapi gambar kahwin belum siap lagi saya pasrah dan terima seadanya -.='.

Tapi pada korang yang belum hire photografer untuk majlis besar korang. aku boleh rekemen korang pada photografer ni, @repic photography seyes cantik gambar dia. Walaupun aku belum pernah hire lagi photografer ni tapi aku dah penah jumpa dia 2x sebabnya dua orang sepupu aku pernah hire dia. InsyaAllah kalau dizinkan-Nya aku pregnant confirm aku akan hire dia jugak. 




Antara gambar sepupu aku yang diambil oleh beliau
Nak tengok pic yang lain korang kenalah like pages beliau ye. Nak tanya harga or nak hire Afiq bole discuss dengan beliau :). Afiq ni tinggal kat Ampang tapi dia budak Lenggong maknanya orang-orang sekitar Perak berpeluang hire dia untuk majlis besar korang ye.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, April 24, 2012

Pre wedding photoshoot done !

www.tips-fb.com

Yeay ! akhirnya aku telah selamat melaksanakan kerja yang bertangguh dari bulan 1 nie...Heee...Sepatutnya pre-wedding aku ni dijalankan pada bulan 1 hari tu tapi memandangkan kekangan masa..wah kekangan gitu ! xmenahan ayat haha....so dipostpone sehinggalah ke tarikh 21/4/2012 dengan bertemakan white studio dan pakaian adalah Sdn Bhd kehkehkeh...Warna yang dipilih oleh aku adalah MERAH & HITAM. Oh ye sebelum terlupa photoshoot ni aku amek dgn photografer SERINDIT PHOTO .So kalau ada yang berminat bolehla usha ye ^___________^


















♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...