Terima Kasih Sudi Like

Showing posts with label hiasan rumah. Show all posts
Showing posts with label hiasan rumah. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Tempahan Photo Magnet

www.tips-fb.com

Salam

Ini adalah entry pertama yang ditulis oleh tuan tanah kedaung setelah berlakunya sedikit 'construction'  di blognya setelah terbiar lama bersawang hahaha... Siapa yang bertanggungjawab membaikpulih blog aku  supaya kelihatan cantik berseri-seri  akan diceritakan kelak pada  next entry k. 

Kalau sapa ada follow insta aku, aku ada upload satu gambar dimana gambar tu adalah photo magnet lekat je dekat peti ais, kotlah mana tau ada yang nak tempah jugak kan ? Mesti ramai yang suka fridge magnet kan ? kaki travel memang wajib beli benda-benda macam ni, tapi photo magnet ni ia letak gambar.

Tak ingat bulan berapa aku pergi rumah Eida aku nampak photo magnet ni banyak dekat peti ais rumah dia, masa tengok tu teringin nak buat tapi duk hold dulu, alasan sebab peti ais kecik cenonet.*alasan peti ais kecik supaya encik suami belikan yang lebih besar, alhamdulillah dapat dah peti ais besar *

Bila dah ada peti ais besar ni barulah boleh berangan nak letak foto-moto bagai, tapi takdelah beli peti ais baru semata-mata  nak letak photo magnet, parah laki aku cenggitu. I pujuk banyak kali tau baru dapat kalau tak jangan harap huh !


Cumel ke tidak ???

Ni bahagian atas peti ais, tidak dinafikan dah penuh tempat dengan fridge magnet, Kebanyakan FM ni semua ada yang aku pergi bercuti, tak pun souvenir dari adik ipar dan kawan sekerja yang memang kaki melancong.

Semangatnya lain macam bila tiap kali bukak peti ais tengok gambar sendiri laki binik hikhikhik..... sengih menyeringai tengok gambar sendiri walaupun 14 kali bukak peti ais, nasib baik takde sape nampak, cuma kucing aku si cici je yang perhatikan aku dari jauh. hahaha..kalau boleh cakap dia pun akan cakap dah teruk sangat tuan aku ni asal tengok gambar sendiri sawan sengih.

Korang nak sengih macam aku tak ? bila tengok gambar sendiri yang bajet cun kalah Siti Nurhaliza tu ? Nak ? korang boleh order dengan kak Jueliana, aku tempah dekat dia. Sekarang ada promosi tau. Blog dia pun ada pasal Photo Magnet ni. Ni blog dia. 

Aku rasa cumel plak * perasan * bila letak muka sendiri, lagi cumel bila gambar suamiku cumel tu hahaha..... kalau korang nak letak gambar lain pun boleh, gambar anak ke, gambar kereta ke, gambar raya ke boleh jugak ekut citarasa masing-masingla. Rasa macam nak tempah lagi tapi aku belum kira duit syiling dalam tabung lagi nie, macam over budget pulak bulan ni T_____T. Kalau ada duit jatuh dari langit confirm aku tempah lagi ! Cantik tak gambar kite ? Cepat cakap kalau tak kita pang sorang-sorang 18 ratus kaliiiiiiii~


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, July 15, 2013

MakeOver Dinding Rumah Secara Percuma Sahaja !

www.tips-fb.com

Salam

Mesti dah tak sabar kan nak tau macamana boleh dapat makeover dinding rumah secara percuma pulak tu. Nilah nak bagitau, meh duk dekat sikit meh, rapatkan saffff kuikuikuikui...Mesti antara korang-korang ni follow blog www.nadiafarahida.com kan. Dia secara officially dah jadik Blogger Manager untuk Wall MakeOver By Na. Kemudian skank ni dengan rasa baik hatinya beliau nak bagi kat korang-korang FREE 3 BUAH RUMAH UNTUK DIMAKEOVER secara percuma ! yessss percuma ! Jangan nak nganga sangat mulut tu kang masuk lalat, ngeeee~~~



3 buah rumah tu mestilah berada di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang sahaja. Kalau yang rumah sendiri tu dah tentulah bestkan kalau dapat, tapi ni rumah sewa pun boleh, rumah mak abang kakak paklong pakteh pun boleeee jugak tak kesah ~ Kalau nak diikutkan harga setiap makeover dinding yang dibuat bernilai RM500 tapi Wall MakeOver By Na bagi free je kat korang-korang ateeee giler la kalau taknak ye dakkkk ? Jangan kata ko aku pun tergedik-gedik siap joget chicken dance lagi punyalah nak tau ! Plessss tolong bagi kita. Pless...plesss

Stop jangan nak merayu-kayu disini, sekarang aku bagitahu macamana cara korang nak dapatkan makeover free ni, mudah dan senang sangatlahnya pun ~

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

Ko karanglah 4 hari 4 malam pun, beliau tak kisah janji ko tunjukkan keihklasan kesungguhan keterujaan korang itu dekat slogan tu.Bagi beliau terharu sikit untung-untung tacing kan terus pilih rumah ko haha...

5. Dah siap entry dengan slogan korang kan boleh tinggalkan link korang dekat SINI 


Orang yang duduk diluar kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang jangan sedih jangan berduka oke, korang masih boleh join jugak, walaupun tak dapat makeover dinding rumah ada hadiah tambahan menanti anda iaitu 6 stensils dengan design yang menarik bernilai RM90. Haaa masih boleh makeover sendiri dekat rumah tau. Best tuuuuu~

Tarikh tutup entry ni pada 18 JULAI 2013 bersamaan hari KHAMIS. So apa tunggu lagi, cepatlah korang buat entry tu tapi jangan lupa follow step-step yang diberikan ye.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, October 12, 2012

Hasil tangkapan di IKEA

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Entry yang ditangguh disebabkan memberi laluan pada entry gambar wedding aku.Sebelum cerita ni basi baik aku kasi up ini entry larh. Weekend lepas aku bersama dengan Encik Suami pegi IKEA. Motif utama pergi sana adalah semata-mata ingin menternak lemak dengan memakan 'meatballs' tiada niat yang lain pun tapi entah bagaimana dan macamane tidak semena-semena aku menangkap hasil tangkapan barang disana tanpa rasa bersalah -.='. 



Gambar sebenar ape yang aku makan xsempat nak tangkap sebab masa tu memg ramai gila orang kena tunggu turn dah dapat turn kena makan dengan kadar laju 120km/j sebab nak bagi orang lain mencekik pulak, so aku amek gambar dari catalog IKEA jela ye. Masa nak makan kena tunggu turn, masa nak park kereta pun lama giler nak dapat. jenuhlah kami pusing² round the world cari parking kat IKEA tu.Kira nasib baiklah pergi IKEA tu sebelah pagi bukan sebelah petang kalau tak sejam dua baru dapat parking. Eh tapi dengar² la kan xlama lagi ada MRT kan dekat² situ, bestlah oii..xyahlah nak sesak² naek kete mengadap jem lagi naek je MRT senang abes cete ^_____^

Eh agak pelik bin ajaiblah kalau kata datang ke IKEA xbeli pape. gila kau barang kat sana boleh ko tak beli pape ? mane boleh xbeli pape rugilah, nasib baiklah bulan ni duit aku x 'ramai' sangat untuk peruntukan barang-barang kat IKEA ni kalau tak abeslah aku, eh? tapi Encik Suami kan ada, macam biasalah buat muka 14 sen sambil kelip2 mata lapan belas kali *bajet cumelll..ahakssss* goda duit dialah ape lagi huhuhu....*cian encik suami, kata sayang bini kan ?*

Sebelum di 'on'
bila dah 'on' time ni lampu dipadamkan tapi sebab guna flash so sama je kecerahan dgn gambar sebelum dihidupkan
Lampu tu ada 3 warna hitam.merah dan putih, aku pilih warna hitam sebabnya entah aku pun xtahu nape pilih warna hitam mungkin match dengan semua warna kot, kalau ada ungu confirm² aku dah rembat dah. Harga lampu tu RM 16.90


Hasil tangkapan di IKEA
Tupperware tu aku beli 1 set dengan harga RM 14.90 ada 17 pcs semuanya dalam pelbagai size. Encik Suami yang beli sebab senang nanti nak letak apa-apa kat fridge kan. Yang lain banyak peralatan dapur jerk. Barang macam tu je sekali dengan makan apa semua abes RM180++. Dalam masa 1 hari boleh abes RM200 kalau tiap-tiap minggu ???? tak ke pengsan -.='



Hari tu aku ada tengok kat blog mane ntah biskut ni, lupa dah tapi memg tau ni biskut IKEA, cuma masa aku pergi ari tu takdelah bajet nak beli, dah terjumpa kan so beli jela not badlah biskut ni. kena rasa oke ! Lastly Encik Suami amek kan catalog ni untuk aku. Boleh kan nak amek yela t boleh aku mentelaah barang ape aku nak beli lagi kan ? dah tau harga boleh bajet $$$$$.
 
talk to my hand : badget 2013, adakah korang berpuas ati ? banyak beri benefit ke ? kalau oke boleh complete ur survey here, just jawab soalan yang diberikan. TQ :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, October 5, 2012

raya dah abes, tapi balang kuih raya masih kemas tersusun

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kat rumah korang ada tak yang masih berbaki kuih raya ? mesti dah abes kan ? kan ? paling tidak pun tinggal yang serdak-serdak tu ye dak ? orang cakap kuih raya yang ujung-ujung tulah sedap. Ni cete bulan lepas bulan raya hari tu tapi aku cete lepas raya la takpe kan :p

Orang sibuk beraya, aku beraya. Orang sibuk beli kuih raya, aku pun nak jugak beli, xmo ketinggalan jugak. tapi lepas raya kuih orang dah abes kuih aku sikit pun xluak kui.kui.kui. Yang abeskan pun family aku dengan mertua itupun still xbergerak kuih aku. Paling koman pon satu 2 balang je kosong yang lain masih penuh -.=' 


Mane tak abes kuih rumah ko tu. Kalau ko beraya kat kampung sampai seminggu, pastu bila orang nak datang raya rumah ko medang je takde kat rumah bizi la konon ! Bayangkan tiga minggu tu majlis kahwin penuh setiap minggu~~~. Beli kuih tu xnak nak satu sampai 10 balang ko beli konon nak cukupkan balang yang kat rumah tu. Last-last muntah lah ko laki-bini abeskan, eh tak, aku jek byk makan laki aku makan sikit jek.heee...


2 balang yan besar gedabak ni bestfriend aku yang hadiahkan sempena aku kahwin. Balang-balang kuih raya yang ada tu pun aku xbeli semua hadiah dari wedding aku hari tu. Diowang pikir aku kahwin kan dah nak dekat raya jadi teruslah bagi balang kuih tu. So xdelah susah-susah aku nak p beli balang kuih lagi.


Kalau dah balang kuih raya ada, mestilah meja untuk letak kuih pun ada takkan nak letak kat meja makan lak kan, meja makan aku tu kecik cemotek jerk nanti kalau letak kuih-kuih tu semua xmuat lak aku nak letak makanan yang aku masak *bajet aku ari² masakla puiii...* .Gigihla aku ajak laki aku p cari coffee table untuk letak kuih raya aku tu haaa...

Coffe table nak tempered glass konon² nak sama macam meja makan jugak. Masa nak beli tu agak peningla jugak nak pilih design, cantik-cantik kau juling mata aku. Kalau nama dah cantik harga pun mesti 'cantik' gak. Last-last aku pilih yang ni, tanya encik suami boleh ke tak nak yang ni ? dia boleh buat muka blur sebab mengenangkan coffee table tu jenis kaca mesti kena jaga baik-baik.  Sebenarnya encik suami oke je dengan pilihan aku, dia memg suka wat muka nak cari gaduh dengan aku, dia memg tau bini dia memg suka melenting kalau apa² tu pasal dia macam tu.  Dah wat muka blur pastu lama pikir terus cakap OK ! aku pun sukalah heeee :D Berat oke meja ni, kalau angkat xboleh nak angkat bahagian atas kena angkat dari bawah.

Patutnya coffee table tu letak di antara sofa tapi memandangkan ruang tamu rumah aku tu kecik aku postpone dulu untuk beli sofa, InsyaAllah ada rezeki bulan depan grab sofa :D.  Jadi coffee table dengan almari kasut aku rembat beli dulu, kebetulan ada offer takkan nak lepaskan peluang tengah ada sale tu.

talk to my hand : minggu ni nak p IKEA, time aku belanja makan 'meatballs', weekend lepas Encik Suami belanja makan kat Secret Recipe heeee~~~~
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, October 2, 2012

Sebelum dapat baru beli ni dulu lah.

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Dah lama cakap dengan encik suami nak bantal 4 segi yang besar tu. Biasa orang guna bila duk ngadap depan tv tu, bulan lepas ada gak survey² kat KLFC, kat situ kan banyak kedai² home deco, saja try masuk, survey harga bantal tu mahal kaw ! sebijik jerk sampai RM 65 aku dahla nak beli 2 kalau RM 65 x 2 dah berapa ? kira mahal jugak tu. Memglah 'kegebuan' bantal tu boleh tahan not bad tapi ada je kot lagi murah dari tu kan ?


Last² aku beli kat Kaison jauh lebih murah even takdelah gebu sangat sebab bukanlah diperbuat dari kekabu, kalau kekabu lagi empuk bantal tu oke. Kat Kaison harga sebantal cuma RM 15.90 takde sekali dengan sarung bantal, sarung bantal tu pulak RM12.90 sehelai.

RM 15.90 x 2 =  31.80
RM 12.90 x 2 = 25.80

Jauh lebih murah kan ? tak kesahlah kalau xgebu macam yang mahal tu yang penting hado ! Disebabkan aku nak sangat² bantal ni so aku buat muka seposen depan encik suami maka encik suami bagi duit aku beli lah heeee...

Acely tengah berkira-kira samaada nak beli sofa atau tak, yela bukan apa kalau aku beli sofa confirm makin sempit ruang tamu rumah aku tu. tapi kalau takde sofa macam xbest lak macam xlengkap lak kelengkapan dalam rumah tu, atlest bila ada sofa bila family aku dan mertua datang bolehla duk atas sofa kan,


Nak beli sofa pun, xmaulah besar gedabak paling koman beli sofa bentuk L jek, janji ada sofa, tengoklah macam mane nanti. bulan depan kot baru survey² harga sofa. Biasa aku survey area Bandar Baru Ampang jek sebab kat situ banyak kedai perabot. Dah bagitahu encik suami, dia oke jek. Jadi sebelum dapat beli sofa baru aku gunalah dulu bantal 4 segi tu dulu hohOho...

Oh ye before nie karpet aku mcm kat entry ni, sekarang dah tukar karpet warna ungu. karpet lama aku letak dalam bilik sembahyang. Jauh aku beli karpet ni sampai ke Sungai Petani, Kedah. Tu dia jauh kan ? Kebetulan harga boleh tahan murah aku rembatlah. Beli karpet ni bukan main jauh lagi sebab ada majlis kahwin kat Kedah.

Sepanjang pindah ke rumah baru ni, banyak jugaklah barang yang dibeli, kiranya tiap² bulan ada jek barang rumah yang nak dibeli tapi xsempat nak buat entry malas beno nak upload gambar. Nantilah bila-bila ada waktu kelapangan aku update ya.

talk to my hand : Alhamdulillah, dapat 3 BE lagi, TQ nuffnang.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, August 14, 2012

Kabinet raya

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

Hai blogger- blogger yang masih berjaga macam aku, berjaga sebab xbole tidur atau dalam erti kata lain encik suami takde disisi kerana menunaikan tuntutan ibadah mencari rezeki diluar heee~~~Macam lagu atilia tu dinda keje siang kanda keje malam xperlu bertengkar xperlu bermasam mukaaaa..lalalalala~~~entah betul ntah tak hentam saja lah labu.

Buat makluman semua aku baru je pindah rumah lebih kurang dlm sebulan boleh baca entry ni so bila pindah rumah mestilah banyak nak pakai duit lebih-lebih lagi nak penuhkan isi rumah baru yang kosong tu. Dah hampir sebulan berpindah so far kehidupan bersama orang tersayang banyak memberikan impak maksima yang tinggi dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Tapi itu adalah moment yang paling best dalam hidup bila dapat berkongsi hidup dengan orang tersayang ^_____^

Aku ni kira senang jugak sebab encik suami dah ada siapkan kelengkapan dalam rumah seperti dapur, peti ais mesin basuh so xperlulah nak pening-pening pikir pasal duit untuk kelengkapan tersebut, seyes bila ko pindah rumah baru ko memg banyak pakai duit oke ! i admit it ! pengalaman tu. dan aku kira bertuah gak sebab owner rumah yang aku sewa tu dah memg menyediakan half furnished so xyah jugak aku pening-pening dan serabut nak bawak katil almari aku yang kat johor tu pindah sini mayb lepas raya aku bawak ke KL.

Yang takde sekarang ni ialah sofa dan kabinet TV, sofa tu aku postpone dulu memandangkan ia takdelah penting sangat sebab rumah kitaorang ni dahla kecik sekangkang kera jerk kang beli sofa gedabak besar terus pack ruang tamu kami tu so pikir-pikir balik nanti dululah lagipun kami nak elakkan dari buat pembayaran ansuran, interested tinggi dan ia amatlah merugikan. Jadi kami kena simpan duit dulu dah cukup baru beli.

Cuma yang dibeli baru-baru ni adalah kabinet TV sebab nak letak TV aku tula, xkan TV besar-besar letak bawah lak kan. Lagipun encik suami dah janji nak belikan aku kabinet TV so aku on jela kan ^_____-^. Beli secara tunai no hutang-hutang. TQ Encik husband.


Design pada kabinet tu yang buat aku tertarik untuk memilikinya, setelah 2-3 kedai aku masuk untuk buat perbandingan harga akhirnya aku pilih kabinet TV design camni berwarna coklat, dan untuk pengetahuan korang kebanyakkan perabot dalam rumah aku berwarna coklat. memang aku memilih warna tu sebab nampak macam klasik gitu. kalau hitam tu macam dah biasa sangat. Tidak memilih warna putih sebab taknak amek risiko kekotoran yang degil terserlah nanti. Aku ni bukanlah rajin sangat nak jagai nye pun :p

Boleh nampak kan kiri dan kanan TV tu aku letak frame-frame masa aku photoshoot pre-wedding dan sebelah kanan tu aku letak gambar-gambar family aku. So bila rindu aku boleh tengok mereka-mereka hihihi....Dalam kabinet tu pulak aku boleh susun hadiah-hadiah macam gelas dan pinggan mangkuk masa wedding aku haritu. Dah jimat ruang bukan ? Errrmmm okelah sampai disini saja aku meraban ada cete lain aku update yaa...selamat berpuasa

talk to my hand : tinggal bape hari lagi nak raya wey !



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...