
Sikit punya susah aku nak apply cuti untuk kahwin ! bernanah telinga ni baru dapat cuti, sadis kan ? nak wat camne kalau dpt bos yang pantang ada orang cuti termasuk aku anak saudara dia sendiri heeee...igt senang ke nak dpt cuti nak2 cuti lama-lama ni tapi takdelah mana lama 1 weeks jerk. Orang lain tu ada cuti sampai 2 minggu oke jerk.
Biasa kalau pengantin baru mesti nak cuti lepas majlis tu lama sikit kan maklumlah nak honeymoon bagai tapi aku amek cuti b4 majlis 5 hari awal sebab nak urus macam2. Lepas kahwin aku just amek 2 hari sahaja cuti sebab xde plan nak honeymoon. Kerja terlampau banyak aku xyakin bos akan benarkan aku cuti lama.
So rancangan aku mungkin hujung tahun aku akan merancang untuk bercuti. Destinasi yang ingin dituju masih dalam perancangan. Hope sangat semoga majlis ni berjalan dengan lancar serta dipermudah oleh-Nya. Next weeks dah sibuk dgn persiapan terakhir, nak fitting baju utk kali terakhir nak amek kek lagi dgn majlis berinai, mandi bunga lagi, gubahan hantaran, hiasan bilik tidur, mini pelamin door gift bagai....oh pengsan !!!!! -.='
