Terima Kasih Sudi Like

Saturday, August 15, 2020

CAMPUR-CAMPUR KITCHEN MASAKAN GABUNGAN TIGA NEGARA

www.tips-fb.com

 Salam 1 Malaysia

Setiap hari kalau makan benda yang sama bosan jugak kan ? Mesti rasa nak cuba sesuatu menu yang lain daripada lain tapi tetap mengenyangkan. Haaaa...apa kata korang cuba try makan di Campur-Campur Kitchen yang terletak di Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya

 

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa nama restoran ni Campur-Campur Kitchen, oke mari anak-anak cikgu terangkan hahaha...Buat pengetahuan semua, segala menu yang ada di sini adalah gabungan makanan popular dari Indonesia, Chinese dan Thai, jadi kalau korang rindu makanan Indonesia atau Thailand tak perlu travel jejauh kat sini dah boleh rasa feel macam kt dua negara tu.

Baru tengok buku menu belum order dah terliur  rambang mata  macam semua sedapnya lahaiiiii. Terdapat lebih dua puluh menu di Campur-Campur Kitchen jadi wajib rasa tau

Bagi aku yang jenis kena makan berat macam nasi sebab kita dah ada gastrik wak ofkos lah kita memilih menu yang berunsurkan nasi, 


Campur Belacan Chicken Fried Rice RM 13.90


Fried Prawn With Egg Yolk Rice RM 19.90


Ayam Bakar Rice RM 15.90

Salted Egg Yolk Octopus Rice RM 16.90

Kalau korang jenis yang tak makan nasi sebab diet ada je menu lain yang disediakan so jangan risau kalau datang sini. Walaupun bukan nasi korang tetap akan rasa kenyang sebab portionnya agak besar

 


Cantonese Kuey Teow With Seafood RM 16.90


Salted Egg Yolk Chicken Boxing RM 13.90


Pan Fried Beef Kuey Teow RM 13.90


Butter Chicken Chop RM 16.90


Crispy Baby Crab RM 12.90

Dessert pun tak jugak kurang hebatnya tau tetap mengiurkan untuk sesiapa yang makan di restoran Campur-Campur Kitchen ni, wajib cuba sebab kalau tak nanti korang terbayang-bayang bila dah balik rumah


French Toast With Honey RM 6.90


Banana Toast With Chocolate RM 7.90

Makanan dan dessert dah ada takkan air takde pulakkan hihi...Macam biasa air jugak mempunyai banyak pilihan, yang bestnye dia tak gunakan gelas biasa tapi guna bekas plastik size besar so senang kalau tak habis boleh bawak balik.




Coffee Lover U guys should try this !


Nak rare boleh cuba minuman dalam mentol ni comey teruk wey

Sambil tunggu makanan yang dipesan korang bolehla menikmati terlebih dahulu Salad dan Popcorn yang disediakan secara PERCUMA. 


Amacam menarik tak menu makanan dan minuman di Campur-Campur Kitchen, jadi lepas ni bolehla terjah bawak keluarga atau kengkawan makan dekat sini kan dah tak perlu pening-pening mana nak cari tempat makan best di Cyberjaya


Nama Restoran : Campur Campur Kitchen 
Alamat : Campur Campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre, 
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya
 






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

TEMPAT MAKAN BEST DI CYBERJAYA

www.tips-fb.com

 Salam 1 Malaysia

Dengan ucapan tengah buat apa tu? Dah makan ke belum? hihi...Weekend2 ni mesti ada yang malas masak kan jadi nak makan kat luar betul tak ? So apa kata korang ajak satu keluarga ke Cyberjaya dan try makan di RESTORAN SANA SINI yang terletak di DPULZE SHOPPING CENTRE.

Dengar-dengar macam terdapat lebih dua puluh menu yang menarik dekat restoran ni, betul ke? kalau nak tahu korang kenalah singgah dan rasai sendiri makanan dekat restoran ni.

 


Ni bahagian pintu masuk RESTORAN SANA SINI




Jangan risau masih mengikut SOP yang ditetapkan siap ada bear cumel yang akan check suhu korang hahahaha...




Unikkan restoran ni siap deco dengan tin biskut kreatif sangat



 Dekat restoran ni juga disediakan ruangan sekiranya ingin sambut birthday yang tersayang 


Bagi yang bawak anak kecil jangan risau sebab restoran ni menitikberatkan keselesaan keluarga dimana ibubapa boleh menikmati hidangan sambil anak-anak boleh bermain di ruangan ini

Mari kita tengok menu yang terdapat di RESTORAN SANA SINI, antaranya ialah :


1-Nasi Ayam 7 Adik Beradik
2-Salted Egg Chicken Wing
3-Curry Laksa Noodle
4-Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom
5-Sizzling Ayam Bakar Rice
6-Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette
7- Pineapple Seafood Fried Rice 
8-Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop
9-King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg
10-Claypot Beancurd With Vegetable 
11-Butter Chicken With Egg Floss Rice
12-Spicy Szechuan Chicken Rice
13-Classic Chicken Carbonara
14-Spaghetti Aglio Olio With Seafood
15-Fire Flame Cajun Chicken Chop
16-Black Pepper Beef Rice
17-Sweet And Sour Fish Rice
18-Salted Egg Yolk Squid Rice
19-Sambal Prawn Rice
20-Butter Milk Chicken Rice


Black Pepper Beef Rice


Nasi Ayam & Adik Beradik


Butter Milk Chicken Rice


Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop


Pineapple Seafood Fried Rice


Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom


Steady lagi tak korang..ke ada yang dah tertelan air liur tengok gambar makanan yang mengiurkan ni hihihi, bukan setakat menu makanan je banyak air pun banyak pilihan ye bekas dahla besar memang puas minum






The best part is yang aku suka restoran ni sebab ada FREE ice-cream dan popcorn setiap hari tau bebudak confirm suka alaaaaa bukan budak je bapak budak mak budak semua sukalah sebab ianya FREE hihi





Jadi dah tau kan tempat makan best di Cyberjaya untuk bawak isteri dan anak-anak weekend ni, trylah makan confirm tak menyesal sebab menu dia semua ohsem !


RESTORAN SANA SINI 

Nama Restoran : Restoran Sana Sini 
Alamat : Lot Number: LG 01 , DPULZE SHOPPING CENTRE, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya, Selangor.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, August 27, 2018

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI PENANG (DAY 3)

www.tips-fb.com

Salam

Tempat Menarik di Penang (Day 2)



Kalau diikutkan tiket flight balik kitaorg pukul 4.25 ptg tapi Air Asia reschedule so waktu diawalkan 2 jam -.-‘ So pasrahlah kita kan, tak boleh nak buat aktiviti lagi, just sempat untuk breakfast je. Kalau ikut perancangan nak breakfast dekat dekat area Airport je, tapi aku kan dasar pemburu makanan mana mungkin nak makan biasa-biasa saja, jauh kita dtg wak.

So gigih aku dengan fiza search memalam tempat breakfast, so kita jumpa makanan yg memang tak pernah aku rasa, nasi lemuni dan serabai, fiza cakap sedap so apalagi google la tempat yg dicari sek bek tak jauh so esok kitaorg check out awal.




Tapi setibanya di sana Kedai nasi lemuni tu tutup U olss, kecewa hati kita, Nasib baik serabai ada dapatlah menutup hati yang kecewa ini. Tak tau nak describe serabai tu tapi dia dari tepung lembut je sedap jugak korang kena rasa baru tau rasa dia macamana cicah dengan kuah kaya, sedappppp.

Lepas breakfast terus pergi Airport dan pulang kereta. Masa kitaorg sampai airport  lebih kurang pukul 12.00 tghari so kira awal la sampai,tapi takpe dah sampai tu dah kira syukur lah kann so mereput la kejap before departure. Perkara pertama cari penimbang sebab aku syak beg kitaorg mesti lebih 7 kg punya.

Betul jangkaan aku beg kitaorg extra 1kg akibat jeruk madu pak ali hahaha…beg fiza yang extra 1kg  so decide beli beg kecik utk keluarkan barang, nak buang barang tak tau nak buang apa, takkan nak buang kasut lagi macam kat Perth hahaha…So kitaorg bertiga sepakat bawak sorang sikit bagi balance, sebelum masuk kat kaunter Imegresen tu kitaorg doa banyak-banyak janganlah sangkut.

Legaaaa sebab Air port Penang tak street sangat syukur ! Maka selamat lah kami berlepas ke Kuala Lumpur. Dah sampai KLIA 2 tetiba perut lapar pulak, memandangkan tadi kami cuma breakfast je dekat Penang, So igt nak terus lunch je dekat KLIA 2 sebelum memasing berpisah pulang ke sarang.



Masa pergi ke Penang kitaorang breakfast KFC so masa balik dari Penang kitaorg makan dekat Kluang Station pulak. Dah kenyang baru ambil tiket bas ke TBS. So kitaorg berpecah dekat TBS fiza balik ke rumah, aku dgn laki masih meneruskan perjalanan ke Batu Pahat, tiket bas pukul 7.00 malam sampai Batu Pahat pukul 11 malam. Esoknya aku keje hahaha… laki aku keje petang so bermulalah episode kerja sampai lebam !!!!

Entah bila lagi nak g bercuti, rindu nak cuti lagi tapi tak daya nak kumpul duit reramai tu hahaha…takde ke duit yang jatuh dari langit terus selepuk kahkahkah…

KIRA- KIRA PERBELANJAAN :

Breakfast serabai (2 org) : RM9.60
Jajan kat Airport : RM 20.00
Lunch Kluang Station (2 org ) : RM 50.70
Tiket KLIA 2 ke TBS (2 org) : RM 22.00
Tiket bas dari TBS – BP : RM 50.00
Makan Malam di Batu Pahat : RM20.00

TOTAL = RM 172.30


TOTAL KESELURUHAN PERCUTIAN KE PENANG 3 HARI 2 MALAM

Tiket Flight, Hotel dan Kereta Sewa = RM530.92
(Day 1 )                                             = RM133.20
(Day 2 )                                             = RM198.40
(Day 3 )                                             = RM172.30
                                                 _________________
                                                         RM 1,034.82
                                                  _________________



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, April 30, 2018

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI PENANG (DAY 2)

www.tips-fb.com


Salam


Hi korang kalau masih ada yang belum baca entry sebelum-sebelumnya boleh klik link biru tu ye. Oke sambung untuk hari kedua di Penang. #Kemanakitaharini untuk hari ke 2? Pagi-pagi lagi dalam pukul lapan pagi macam tu kitaorang dah get ready untuk breakfast.Tempat ni memang paling famouslah kalau time breakfast. Dia kena goyang dulu baru bole makan eh !

ROTI CANAI TRANSFER ROAD

Rata-rata kalau orang yang travel ke Penang mesti wajib makan dekat sini sebabnya roti canai dia unik sikit bagi aku lah. Kat sini pun famous dengan roti telur goyang, marilah bergoyang eh! eh! marilah bergoyang eh eh…eh engkau over pulak kan ?


Ane, roti canai kuah banjir satu ! Siap ! Sekali amek kauuuuu memang banjir dia bagi lepas tu tertonggok seketul ayam dalam pinggan kau. Aku ingt ayam tu dia potong kecik-kecik tau sekali segedabak besau dia bagi. Roti canai dia memang tak dinafikan sedap dan lembut memang kenyang sehari lah.

Lepas tu aku order roti telur goyang. Masa makanan tiba tu, orang sekeliling dah tengok semacam dah sebabnya kita 3 orang tapi order makan macam 6 org punya makan Ada aku K? kata memang datang penang nak makan kan apa lagi makan puas-puas lah.

Alamat : NO 56, Jalan Transfer Road, Georgetown 10050 penang
Waktu Urusniaga : 7.00 pg – 1.00 tghari

Seterusnya kita ke mana? Perut dah selamat di isi memang kenyang gila puas hati. So next destination adalah :-


PENANG HILL

Aku risau masa g penang tak dapat pegi Penang Hill tau, sebab aku ada baca post Kak Neena (blogger) time tu bulan 11,2017 dia pegi tutup under construction sebab Penang baru lepas banjir. So aku kena cari aktiviti lain untuk gantikan kalau x dapat p penang hill tu.Kemudian tak lama lepas tu ada sorang lagi kawan aku dekat FB nampak dia update dia g Penang Hill time tu bulan 2,2018 so aku tnya lah, fuh legaaa Penang Hill dah dibuka semula.



Acely laki aku bukan main suka lagi dapat g penang hill, rupanya impian dia sejak belas tahun yg lalu huhuhu…Tak sangka pada hari birthday dia kita sambut nun tinggi di atas bukit bendera bang oiii..sweet angat-angat bini awak ni tau. Saya mampu sambut dekat bukit ni je bang, In Sha Allah ada rezeki mana tau sambut dekat gunung kinabalu ke kan hikhikhik…


Bukan selalu tepek gambar berdua, sesekali bagilah can siked ....

 
Ni bff kita since darjah 1 oke !, bila aku cakap ada tiket murah, nak tak gi Penang ? dia terus on haha...

Sebenarnya kita g Penang Hill tu kan bukan ada pape pun, kita sebenar-benarnya Cuma nak rasa ice kacang lily je hahahaha..Tengok macam menarik beno rupanya warna-warni kita suka mengoda sgt tau ! kata food hunter kan so mestila try semua.





*Tips : Disarankan datang pepagi sebab tak ramai lagi orang, bawakla topi ke, kipas tangan ke sebab panas lit lit dekat atas sana walaupun baru pukul 11 tengah hari. Walaupun bukit tu tinggi tapi tak rasa sejuk pun.

Alamat : PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
                Jalan Stesen Bukit Bendera 11500 Air Itam, Pulau Pinang

Kaunter Tiket : 6.20 am -10.30 pm
Jadual Train   :  6.30 am – 11.00 pm ( berlepas setiap 30 minit )
Tiket Masuk : RM 10.00 seorang
Instagram/FB  :mypenanghill


WONDERFOOD MUSEUM

Jam menunjukkan pukul 11.30 lebih kurang, masih awal lagi kalau nak lunch sebab perut masih kenyang akibat penangan sarapan pagi tadi. So kitaorang decide pergi wonderfood museum dulu. Apa yang ada dekat museum ni??? Semuanya replica makanan tapi jenis gergasi. Nampak macam real beb! Series tak tipu tau !!! Tak caya meh layan gambar-gambar yang ada.












Alamat : NO 49, lebuh pantai,10300 Georgetown Penang
Tiket Masuk : RM 15.00
Instagram : wonderfoodmuseum
Facebook  : Wonderfood Museum Penang

RESTORAN KAPITAN

Lunch untuk hari kedua kitaorang memilih Restoran Kapitan. Dari blog-blog yang aku baca, antara menu yang best adalah Briani Claypot dan Ayan Tandoori. Acely banyak lagi menu yang sedap dan famous tapi masa aku pegi tu tersangatlah panas bak ang lepas tu kena jalan kaki bapak jauh sebab parking takde tu yang sampai tak boleh pikir so decide menu Briani Claypot itupun kongsi sebab rasa macam banyak, kongsi pun tak habis ko tau. Tak taulah sebab kenyang lagi ke tau panas sangat sampai makanan tak habis huhu…



Alamat : NO 93, Jalan lebuh chulia, Georgetown penang

Lepas makan kitaorang balik ke hotel untuk solat dan berehat sebentar untuk meneruskan aktiviti pada belah petang pulak.


STREET ART PENANG

Sebelum g street art tu kitaorang singgah kejap dekat Market Chowrasta untuk beli jeruk pak ali untuk mak abah, adik beradik dan mertua. Tak lupa souvenir untuk kawan-kawan kita jugak. Tak boleh beli banyak sebab tak add on luggage lagipun dah check in sesiap so terbatas untuk borong satu kedai hikhikhik..Selamat duit hahaha...

JERUK MADU PAK ALI
PINK LADIES ENTERPRISE (MARKET CHOWRASTA)

ALAMAT : 423 & 425, JALAN PENANG 10000 GEORGETOWN PENANG
WAKTU URUSNIAGA : ISNIN-KHAMIS ( 9.00 PG- 8.00 MALAM ) JUMAAT- AHAD
                                        ( 8.30 PG – 8.30 MALAM )
WAZE : JERUK MADU PAK ALI JALAN PENANG

Lepas tu baru pegi street art. Cuaca boleh tahan jugakla berkicap ketiak kita wak, tapi demi meneruskan misi gagah jugakla mencari mural-mural untuk bergambar. Mural dekat penang dia bukan duduk setempat kita kena pandai cari. Kalau ada peta senanglah mencari,lagipun jalan kaki wey tak daya nak pegi jauh. So mana ada tu jela dan tangkap gambar, janji ada sekeping dua keping jadilah nak…







MEE SOTONG HAMEED PATA

Untuk makan petang kitaorang nak cuba mee sotong pulak. Aku kalau mee ‘kureng’ sikit lagilah sambal sotong yang jenis kurita tu. Tapi mee sotong ni memang sedap gila wey~~ Tak tahulah resepi dia macamana tak sama macam mee goreng biasa tu, perah dengan limau lagi terangkat kesedapannya.

Yang buat mee tu sedap sambal sotong dia tu, lagi satu mee sotong mesti kena order dengan coconut shake baru boleh shake-shake u ollssss~



Alamat : NO 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Medan Espelanade) ( pukul 8 malam tutup )

*seeloknya jangan datang lewat sebab kekadang belum pukul 8 malam mee sotong dah habis !


Oke itu sahaja itinerary untuk hari kedua, malam kitaorg tak keluar sebab perut kenyang di isi memacam sepanjang hari, so lepak sahaja di bilik mengemas apa yang patut untuk ready check out esok harinya.

KIRA- KIRA PERBELANJAAN :
Breakfast roti canai  transfer road (2 org) : RM16.00
Roti Telur Goyang (2 org) : RM8.00
Air : RM3.00
Tiket Penang Hill (2 org ) : RM20.00
Ice Kacang Lily (2 org) : RM24.00
Tiket Wonderfood Museum (2 org) : RM30.00
 Lunch Restoran Kapitan (2 org) : RM17.70
Shopping dekat Jeruk Madu Pak Ali : RM63.20
Mee Sotong Hameed Pata :RM 16.50
TOTAL = RM198.40


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...