Followers

Twitter

Instagram

Instagram

anda suka x bl0g cik mila???

Thursday, May 16, 2013

Fantasia Shower Scrub Menggebukan Kulit

www.tips-fb.com

Salam

Aku tau ramai wanita yang inginkan kulit gebu bak kapas kan ? Biasalah wanita ni, pantang ada produk-produk kesihatan, kecantikan mesti nak try, tak payah pergi jauh, orang yang menulis ni pun sama, pantang sangatnya. haha....

Biasa kalau aku dah cuba dan feedbacknya sangat memuaskan, confirm aku akan share dengan korang-korang, yela benda baik apa salahnya share kan, sharing kan is caring ! sweet tak i olsssss share dengan korang suma, mila sayaaaaaaaang suma * tiru macam ali raja lawak 7 tu *



Nilah nak habaq mai pasal Fantasia Shower Scrub, tak tau menatang apa ? kalau dah ada shower scrub mestilah produk ni pasal mandian takkan pasal masakan pulak ye dak ~~~

Kulit kita ni kan kadang-kadang...eh tak selalu terdedah dengan udara luar yang kotor sewaktu bekerja, pastu lak seharian duk dalam bilik aircond, pun tak elok jugak nanti kulit jadi kering, kusam jadi untuk nak memutihkan kulit atau gebukan kulit supaya nampak berseri jerk aku syorkan Fantasia Shower Scrub ni

Ia bukan sahaja mencerahkan kulit, tapi menghilangkan daki-daki yang melekat, juga untuk mencerahkan bahagian bawah lengan yang gelap.

Khusus untuk penjagaan kulit yang rapi. Ianya mengandungi manik-manik halus yang bertindak menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit korang agar kelihatan bersih, segar dan putih.Bau dia wangi tau macam sabun mandi tu. So kalau korang nak guna hari-hari sebagai sabun pun boleh :)

Dengan agen pemutih dari ekstrak semulajadi (buah terpilih) berkesan mencerahkan kulit. Ianya juga berkesan membantu memecahkan lemak.

Kegunaan:

1) Mempunyai "extra whitening" (agen pemutih semulajadi) berkesan mencerahkan kulit.
2) Mempunyai agen anti lemak, membantu melangsingkan tubuh.
3) Adunan agen pencuci semulajadi dan minyak aromatheraphy berkesan menanggalkan
4) kotoran degil dan sel-sel kulit mati serta merehatkan tubuh badan yang keletihan.

Ada yang berminat nak cuba scrub ni? jomlah kita gebu-menggebu berjemaah haha....

Tak mahal cuma RM26.00, 300 ml. kat mana nak dapatkan, korang klik Facebook ni just pm je kalau nak buat pembelian ye. Tak pun email je kalau berminat. Ni emailnya shadee@yahoo.com


Aku yakin korang akan berpuas hati sebab aku yang pakai pun berpuas hati...

Tuesday, May 14, 2013

Star Trek Into Darkness 3D at One Cinemas

www.tips-fb.com

Salam

Fuh ! minggu lepas Sabtu dan Ahad boleh dikatakan fully activities bersama blogger,sangat seronok walaupun penat tapi berbaloi sebab banyak ilmu pengetahuan dapat ditimba, dulu sekolah belajar tak tinggi sekarang dah tua, eh, dah tua sgt ke aku ni mmmmm.... seronok pulak nak belajar macam-macam :).  Sabtu terlibat dengan event #TSdayout at Skypark Subang ( next entry aku cerita tau ). Ahad pula aku dapat jemputan sebagai wakil media blogger untuk tayangan filem Star Trek Into Darkness 3D dekat One Cinemas.


Seperti biasa, aku perkenalkan antara blogger yang hadir pada hari tersebut :-


Biasa korang dengar MBO, TGV, GSC kan ? Pernah dengar pawagam One Cinemas? mungkin ada yang dah tau dan mungkin ada yang tak tahu kan, meh aku nak sharing pasal sesuatu yang baru yang korang patut pergi dan rasa kemudian nilaikan lah oke ke tak pawagam tu, kenapa korang patut cuba ? sebab aku dah cuba korang kenalah cuba boleh gitu ~~~ haha....

One Cinemas ni memulakan operasi pada 19 Januari 2013, terdapat 6 buah panggung digital termasuk 1 panggung 3D untuk tayangan filem.Memiliki bilangan tempat duduk sebanyak 767, kira besar dan luaslah jugak panggung ni kan ~ masih tak ramai lagi pengunjung yang datang kat One Cinemas Spektrum Ampang sebab masih baru, tapi kalau aku, aku suka sebab tak perlu nak beratur panjang atau bersesak nak beli tiket. Staff kat situ semua friendly u olssss....


Nampak tak ada seekor kumbang ditengah tu, beliau adalah orang kuat One Cinemas Encik Ady namanya, beliau yang invite kitaorang untuk mewakili media blogger tengok filem yang bagi aku gila gempak niiii ~

Sepanjang berada dalam panggung tu, aku sangat berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan dari segi penghawa dingin, sound system tempat duduk semua selesa, yela sebab masih baru kan kalau dah lama nanti aku harap masih sama atau di upgrade lagi heee~~~tandas pun dekat je dengan setiap panggung,jangan tak tahu tandas pun selesa gak macam nak tido aku rasa haha....*melebih pulak ~~~*. Tempat parking pun senang :)

Berbalik pada movie yang ditayangkan Star Trek Into Darkness 3D tu, bagi aku movie ni best giler kot ! tu bagi aku kalau korang tak tahulah kan, atau aku je yang baru tau yg cete ni best, aishhhh ~ rasa batak pulak baru tengok movie Omputih ni kuikuikui... Super Duper best sampai terkesan dihati beb sungguh tak tipu T____T


Sedikit sinopsis yang dibuat laki aku, sekarang ni entry kami berkongsi aku buat ayat sikit laki aku karang ayat sikit, lama-lama blog ni jadi blog husband & wife gituuu ~. haha...

Star Trek Into Darkness kali ni merupakan kesinambungan dari Filem yang ditayangkan pada tahun 2009 dulu. Dalam filem ni interaksi antara Kapten James T.Kirk dan Pegawai Turus Pertama Spock lebih padat dimana ianya mengukuhkan persahabatan mereka berbanding dri filem sebelumnya.

Antagonis dlm filem ini pula ada 2 orang, Khan Noonien Singh atau Khan ( watak hitam ini pernah muncul dlm filem ke-2 Star Trek : The Wrath of Khan pada thn 1982 ) yang mana pada asalnya dikawal oleh Laksamana Armada Alexander Marcus yang licik tapi akhirnya memberontak memerangi Pertubuhan Starfleet secara solo.

Dapatkah Kapten Kirk dan krunya mengalahkan Khan dari menghancurkan Bumi ? Jeng..jeng...jeng...tetiba aku yang rasa suspen walaupun dah tengok -.='. Kalau nak tau kesudahannya, mailah datang One Cinemas, alami pengalaman menonton wayang secara 3D.

Oh ye, berita baik untuk korang yang ingin mendapatkan tiket free, mudah je korang perlu like FB One Cinemas kemudian PM nama dan details korang. Haaaa ape tunggu lagi like lah sekarang. :)

Tak tahu alamat One Cinemas ni kat mane ? Aku bagi alamat k.

3rd Floor,
Spectrum Shopping Mall,
Jalan Wawasan Ampang 4/2
Bandar Baru Ampang
56000 Ampang

tel : 03-4203395

tak pun korang boleh terjah laman web diaorang http://www.cinema.com.my






Monday, May 13, 2013

Muka Sendiri Dalam Utusan Malaysia

www.tips-fb.com

Salam

Gempak tak tajuk entry, amek kau tajuk macam tak boleh nak blah aku rasa tapi aku tak fedulikkkkk walau badai melanda, walau laut bergelora aku nak buat jugak tajuk yang gila gempak tu muahahaha...Itu adalah sebahagian keterujaan, erkkkkk ? cuma sebahagian sahaja ye ! keseluruhan  keterujaan aku belum tampil lagi kalau tampilkan jugak mau aku sendiri yang fengsannn~

Gambar laki aku pun ada beb ! Haiii, untunglah abang dapat bini blogger kan ? kuikuikuikui..... *tangandibahumatakeatas*

First of all, i would like wish thanks to my beloved blogger friend Nory sebab sudi letak gambar aku dalam surat khabar * nampak guna ayat skema beb ! kau hado ???*  Wartawan tu temuramah Nory bukan aku er, tapi memang sentiasa nak over letak tajuk entry tak boleh blah, konon-konon tu macam cerita akulah haha....


Cerita tu berkenaan dengan percutian bajet ke USS yang kitaorang pergi tempoh hari so haruslah ada muka aku, sebab kami-kami semua ni biasa kalau sorang masuk paper atau majalah atau ada event mana-mana yang sorang tu akan heret 4 orang yang lain join jugak. kira macam pakejla "buy 1 get 4 free" kihkihkihkih....

Dan lebih gigihnya pagi keluar muka dekat Utusan Malaysia petang tu jugak aku, NoryYaya pergi cari frame dekat Kaison KL Festival Mall. Nampak-nampak macamane terujanya bila muka sendiri keluar surat khabar !!! tu baru sipi-sipi je muka aku belum lagi gambar aku penuh satu surat khabar tu maunya aku pitammm bangun balik 44 hari ! *dah macam orang pantang bersalin jerk :p* 


Alhamdulillah, ada jugak rezeki keluar surat khabar kan, hope lepas ni makin banyaklah gambar aku keluar surat khabar lagi, eh, eh,apa aku taip ni, macam tak bersalah jerk statement aku ni  hahaha....Apa yang penting ini semua bukan poyooooo~~~ *ayat kat atas ni macam mintak orang lempang 150 juta kali je kan ? *


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...