Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, November 13, 2013

Makan Besar di Restoran D'Warisan, Teluk Batik

www.tips-fb.com

Salam

Ni cerita Hari Raya Haji hari tu, ye aku tau lama dah kan tapi ni tak lama sangat berbanding Percutian Krabi ,yang tu lagi lama sampai tak tahu jaman bila aku nak buat sambungan entry tu hakhakhak...Percutian Krabi tu dia punya cerita paaaaaaaling complicated aku rasa berbanding akaun yang aku buat hari-hari kau tahu ???? *takleh gambarkan complicatednya *

Raya Haji tahun ni aku tak beraya di Johor seperti selalu, selalu balik Johor kan ? Kali ni tak aku balik nun ke Utara iaitu di Perak, rumah sebelah bapak aku, sebenarnya balik ke Perak ni bertujuan, dalam setahun 1 2 kali je balik Perak maklumlah Johor ke Perak jauh tuuuuu~tujuan balik ni pun sebab menguruskan sedikit hal persiapan perkahwinan abang aku yang bakal berlangsung tak lama lagi, dia dapat orang Utara.

Satu family balik ke sana kecuali adik aku yang no 3 dia tak dapat cuti kena kerja, kecian ko kan ? Momantai lepas ni ko takkan tertinggal lagi. Kalau aku cuti ko pun cuti, lepas ni aku kan bos kau haha...

Dah sampai Perak memang panjang langkah memasing termasuk mak bapak aku, yelaaaa bukan senang nak balik Utara, ate sekali balik kau merayap jela. Makan besar kot dekat sini. Yang aku konon takde duit tiba je sana tiba-tiba berduit memboronglah jugak laki aku siap geleng kepala nasib kau lah bang oiiii dapat bini macam saya ~

Sampai je Kuala Kangsar wajib singgah makan dekat kedai kat Lembah Sungai Sayong tu, menu wajib mee hailam atau mee goreng basah. Terbaik beb ! Lepastu letak pulak dengan kuah cili jeruk, heiiii tengah menaip ni kecur air liuh aku hahaha...


Lapar pulak perut ni tengok mee goreng basah ni T____T

Dah makan, dah memborong shopping dekat Arena Square, lepas tu terus pergi ke Manong rumah adik abah yang bongsu, kami menginap disitu, menginap sangattttt, makcik ku jangan serik kami tumpang tido rumah makcik ye~ dah kenyang haruslah membutaaa...hujan lak tu celik je mata lapaaaaarrrrrrrr, abah tanya nak makan dekat mana ? makcik suggest kat Teluk Batik, kemain semua melompat macam nak roboh rumah siap-siap terus keluar. Oh ye dari Manong ke Teluk Batik makan masa 1 jam lebih tak silap aku.

Sampai Teluk Batik kalau tak beli pape adalah rugi besar sebab bukan senang nak sampai, nak harapkan aku jaman firaun belum tentu sampai so pikir-pikir kena beli juga souvenir dari sana. Nah sedikit souvenir buat diri sendiri jadilah kan dari takdeeeeeee kuikuikukui.....



Pergi jeti je, mungkin satu hari nanti dapat jejak pangkor pulak :)


Dah puas jalan-jalan habiskan duit yang ramai tu kami menternak lemak pulak di sini

Apa yang aku boleh cakap dekat sini makanan kat sini sedap ! Not Badlah tapiiiiii ada tapinya servis macam kurengggg sikitlah agak lambat. Makanan sampai dulu air kemudian lepastu lauk dah sampai nasi tak sampai-sampai, yang lain oke, harga bagi aku murah kot berbanding dekat KL ni.Puas hatilah jugak.


Siakap Tiga Rasa


Daging Masak Merah


Tomyam Campur

Ni je gambar makanan yang sempat aku snap yang lain dah selamat masuk dalam perut kihkihkih...Makan dalam 10 orang. Antara menu yang kitaorang order ialah :

-Siakap tiga rasa 2 set
-Tomyam Campur 2 set
-Telur Goreng 2 set
-Nasi Goreng Kampung 2 set
-Nasi Goreng Ayam 1set
-Maggie Goreng 1 set
-Sup Tulang 1 set
-Nasi Goreng Pattaya 1 set
-Laici Kang 5 set
-Milo Ais 1 set
-Laici 3 set
-Teh Tarik 1 set

Total Harga = RM1++.++ * maaf tak tau lah sebab bukan aku yang bayar, my abah yang bayarkan haha...*

Bagi aku murah kot sebab aku je dengan laki aku makan kadang-kadang cecah RM80.00 2 orang ni 10 orang memang murah kan ??? So korang kalau nak try makan kat sini dipersilakan

Alamat 

Restoran D'Warisan
No 12, Jalan Teluk Batik,
Kg Teluk Murok,
32200 Lumut Perak.

Tel : 05-6838391

Waktu Operasi : Mon : 7.30 am - 1.00 am
                          Wed - Sun :7.30 am - 1.00 am





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 6, 2013

Majlis Makan Malam Bersama Memey Suhaiza & Norman Hakim

www.tips-fb.com

Salam

Cerita ni bertarikh pada 26.10.2013 ( Sabtu ). Ye tau dah lama tapi kita kan dah 18 ratus kali cakap kita bizi sangat walaupun korang taknak tau, tapi ada kita kesah, janji kita update cerita Makam Malam yang ohsem bersama retisssss gituuuu~

Makan Malam bersama pasangan yang sweet dan romantik Memey Suhaiza & Norman Hakim ni ditaja oleh Oceanlife Marketing. Oceanlife Marketing ni adalah sebuah syarikat pengeluar barangan kesihatan Ephyra. Ala produk yang aku minum tu, ingat tak ? Kalau lupa terjah link entry berkaitan produk ni.


Jangan tak tau aku terpilih antara 10 pemenang yang bertuah untuk Makan Malam bersama Memey Suhaiza & Norman Hakim. Kan hari tu aku ada post gambar bersama kotak Ephyra sebab tu menang kalau aku post gambar dgn kotak milo confirm tak menang miahahaha... Kalau tak menang pun aku masih berpeluang untuk makan malam bersama retis sebagai media blogger.


 Invitation Card


Glamour kau tempat press conference, aku yang nak berucap tu, kenal tak model dekat bunting tu ? Belah kiri tu dah tentu korang kenal Memey Suhaiza yang kanan tu kalau korang nak tau beliau adalah CEO syarikat Oceanlife Marketing ni, Kak Amiza Amiruddin


Tadi tu dekat bunting je kan, haaaaaa ni aku kasi tengok gambar real CEO produk Ephyra yang aku minum tu, cantik tak korang cantik kan ? Sumpah aku tengok depan-depan kak Miza ni mak aiiii cantiknya flawlesss gila kulit dia, bila tanya kak guna produk apa cantik gitu kak Miza cuma amalkan minuman Ephyra tiap-tiap hari selama setahun lebih. Aku bila dengar gitu terus otomatik hari2 rajin minum nak cantik punya pasal tapi badan tak leh maintan mcm kak Miza pasal aku ni nafsu gajah muahahaha...


Cantik sangat Flora Terrace, Hampshire Place ni. grand giler !


Dari kiri yaya, Kak Miza ( CEO Oceanlife ) dan aku, gambar kitaorang mesti ada wajib


Eida, Kak Miza dan Nory


Bukan takat dapat makan malam bersama Memey Suhaiza & Norman Hakim, kitaorang dapat lagi souvenir berupa cawan I LOVE EPHYRA, coklat ferrero Rocher dan trial pack 10 sachet Ephyra. Yeayyyyy dapat lagi kauuu~~~Oke makin cantik lagi lepas ni jangan jeles tau.tau.tau.

Sebenarnya bukan sahaja diadakan Makan Malam bersama artis tapi Malam itu juga menjadi satu kenangan bersejarah buat  syarikat Oceanlife yang telah melangkah setapak lagi ke hadapan, dengan pelancaran perlantikan duta pertama EPHYRA , Memey Suhaiza & Norman Hakim. Pasangan ini bermula sebagai pengguna setia EPHYRA pada August 2013.




Amiza Adnan selaku emcee malam tu, kecoh sangat, sporting kelakar, malam tu jugak kak Amiza Adnan siap nyanyi satu lagu, kemain ada bakat terpendam rupanya.

Lepas makan-makan ada sesi karaoke, Norman Hakim berduet dengan salah seorang pemenang,lepas tu Norman Hakin berduet dengan memey. Oiii sweet sangat ! Rasa macam nak duet dengan lakik aku je. Abang jom duet satu lagu please tapi kita nyanyi lagu Kuch-Kuch hotai apa macam ada beran ???




CEO Oceanlife serta adiknya pun tunjuk bakat tau nyanyi lagu Ombak rindu tuuuuu, caya larh kak Miza.



Biasalah kami mana pernah puas gambar, selagi tak penuh memory card selagi tu bergambar, tadi indoor ni outdoor pulak tapi gambar  tak berapa nak cantik almaklumlah HP xcukup canggih huhu....


Memey ni tinggi sangat, kulit pun gebu weyyy~


Ingat bini-bini je ke yang nak bergambar, laki-laki pun nak jugak, takpe kasi can hokeh !


Kemain laki aku nak bergambar dengan Amiza Adnan dan Norman Hakim.


Para suami bergambar dengan Norman Hakim


Tengok tinggi kan Memey, kami semua rendah je. Alamak awish (anak Memey ) pandang belakang pulak !

Antara blogger yang hadir :

Yaya
Eida
Nory
Yana Ujang
Kak Ina KL
Kak Mialiana
Bro Eyriqazz










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 1, 2013

Tempahan Photo Magnet

www.tips-fb.com

Salam

Ini adalah entry pertama yang ditulis oleh tuan tanah kedaung setelah berlakunya sedikit 'construction'  di blognya setelah terbiar lama bersawang hahaha... Siapa yang bertanggungjawab membaikpulih blog aku  supaya kelihatan cantik berseri-seri  akan diceritakan kelak pada  next entry k. 

Kalau sapa ada follow insta aku, aku ada upload satu gambar dimana gambar tu adalah photo magnet lekat je dekat peti ais, kotlah mana tau ada yang nak tempah jugak kan ? Mesti ramai yang suka fridge magnet kan ? kaki travel memang wajib beli benda-benda macam ni, tapi photo magnet ni ia letak gambar.

Tak ingat bulan berapa aku pergi rumah Eida aku nampak photo magnet ni banyak dekat peti ais rumah dia, masa tengok tu teringin nak buat tapi duk hold dulu, alasan sebab peti ais kecik cenonet.*alasan peti ais kecik supaya encik suami belikan yang lebih besar, alhamdulillah dapat dah peti ais besar *

Bila dah ada peti ais besar ni barulah boleh berangan nak letak foto-moto bagai, tapi takdelah beli peti ais baru semata-mata  nak letak photo magnet, parah laki aku cenggitu. I pujuk banyak kali tau baru dapat kalau tak jangan harap huh !


Cumel ke tidak ???

Ni bahagian atas peti ais, tidak dinafikan dah penuh tempat dengan fridge magnet, Kebanyakan FM ni semua ada yang aku pergi bercuti, tak pun souvenir dari adik ipar dan kawan sekerja yang memang kaki melancong.

Semangatnya lain macam bila tiap kali bukak peti ais tengok gambar sendiri laki binik hikhikhik..... sengih menyeringai tengok gambar sendiri walaupun 14 kali bukak peti ais, nasib baik takde sape nampak, cuma kucing aku si cici je yang perhatikan aku dari jauh. hahaha..kalau boleh cakap dia pun akan cakap dah teruk sangat tuan aku ni asal tengok gambar sendiri sawan sengih.

Korang nak sengih macam aku tak ? bila tengok gambar sendiri yang bajet cun kalah Siti Nurhaliza tu ? Nak ? korang boleh order dengan kak Jueliana, aku tempah dekat dia. Sekarang ada promosi tau. Blog dia pun ada pasal Photo Magnet ni. Ni blog dia. 

Aku rasa cumel plak * perasan * bila letak muka sendiri, lagi cumel bila gambar suamiku cumel tu hahaha..... kalau korang nak letak gambar lain pun boleh, gambar anak ke, gambar kereta ke, gambar raya ke boleh jugak ekut citarasa masing-masingla. Rasa macam nak tempah lagi tapi aku belum kira duit syiling dalam tabung lagi nie, macam over budget pulak bulan ni T_____T. Kalau ada duit jatuh dari langit confirm aku tempah lagi ! Cantik tak gambar kite ? Cepat cakap kalau tak kita pang sorang-sorang 18 ratus kaliiiiiiii~


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...