Terima Kasih Sudi Like

Thursday, April 25, 2013

Rahsia Lelaki di Bilik Air

www.tips-fb.com

Salam



Shhhh...hei korang aku ada satu rahsia ni nak kongsi, bila kita sharing kan rasa is caring ye dak ? cerita ni berkenaan RAHSIA LELAKI DI BILIK AIR, hahaha....suspen tak ? suspen tak ? benda ni macam fakta tapi adalah orang Belanda tu cc : yaya, xberapa suka kalau aku cerita fakta-fakta ni sebab dia kata aku macam fake sangat ! nak skema bagai padahal aku ni sengal ubi kentang kuasa dua. So aku olah sedikit ikut versi sendiri tapi masih mengekalkan point-point penting gitu..... gigih kaw ~~

Korang rasa antara lelaki dan perempuan mana paling lama duduk dalam bilik air?

Yes ! mesti ramai yang cakap *especially lelaki* kaum perempuan yang paling lama duduk dalam bilik air. Kalau ada kaum lelaki mandi lama dalam bilik air mesti ada  suara-suara sumbang cakap :

"Hoi, lamanya ko mandi macam perempuan abes suma nak belek !"

Tapi pernah tak korang terpikir *especially perempuan* apalah yang lelaki buat lama-lama  dalam bilik air tu.

Haaaa...aku terpikir sebab tu aku gigih cari fakta kenapa, mengapa dan bagaimana lelaki ni boleh lama dalam bilik air, sebabnya ? sebabnye kadang-kadang laki aku ni pun berejam duk dalam bilik air tidur ke mengemas ke tak tahulah kan. eh jap ! jap ! nak say HII !!! kat laki aku,  laki aku tengah baca entry ni kang dia sentap pulak aku bukak rahsia dia hikhikhik... Meh baca antara RAHSIA LELAKI DI BILIK AIR

Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, impaknya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu. Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Namun, bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian sahaja. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Ia bergantung kepada individu. - oke, paham dah kenapa laki aku mandi lama-lama, tapi kadang-kadang dia mandi kerbau jugak hihi....

Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika 'melepaskan hajat'. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel mengenai isu semasa. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri. - haaaa..yang ni macam laki aku tak buat sebab setiap kali kalau dia masuk tandas memang takde bawak apa-apa bahan bacaan mungkin dia fokus terhadap proses bahan buangan hahaha....

Waktu ini dianggap sebagai masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki menjinjit buku masuk ke dalam bilik air. Cukup berlainan daripada wanita. - Kalau berfikir tu aku tak tahulah kan sebab dia takde pulak cakap lepas ke toilet dia cakap apa-apa dengan aku. contoh macam ni " yang, tadi masa tengah u'uk abang teringat sesuatulah so nakk bagitahu sayang ni ! " tapi aku rasa bila masuk tandas tu nak lama-lama sebab nama komersial pun 'bilik termenung' tu pasal la asal masuk je kena lama-lama sebab nak termenung. termenung kena lama mana boleh kejap tak feel beb ! haha....

Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dahulu sebelum bercukur. Merapikan janggut sahaja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan juga mandi. -yang ni memg aku setuju, laki aku bercukur bukan kat bilik air tapi kat meja solek kuikuikui...dalam bilik air dahla lama pastu sambung belek muka kat meja solek dah jatuh setengah jam tu huhuhu...

Jadi selepas ini jangan anda berasa hairan jika suami atau adik beradik lelaki anda lama ketika menggunakan bilik air.- oke fine sekarang aku tak pelik dah, semua dah jelas hihihihi....


http://kartikel.com/news/71405/rahsia-lelaki-di-bilik-air
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, April 24, 2013

Birthday Party VS Event Blogger

www.tips-fb.com

Salam

Ohoiii... agak basi jugaklah entry ni tapi aku xkira aku xfedulik nak type entry jugak ! huhu....first of all perghhhh speaking kauuuu ~ haha... kalau bahasa melayunya, pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih daun keladi dekat Kak Ameris sebab sudi jemput aku untuk sama-sama menghabiskan makanan yang banyak tu.

Kedua nak ucapkan Happy Birthday kat Rayyan ( 2 tahun ) dan zara ( 1 tahun ), dah lepas baru nak ucap hihihi....Semoga menjadi anak yang baik kepada ibubapa ye.



Bukan takat Birthday party je tau, ni jugak merangkumi event Blogger jugak, sebab apa aku cakap gitu sebab ramai sangat blogger yang datang huhu...xsangka dapat jumpa dua blogger yang memang aku follow mereka. Nama pun blogger mestilah pantang jumpa camera, kejap-kejap posing, kejap-kejap posing dari sekecik-kecik camera sampailah sebesar-sebesar camera doklah bergambar, phewwww, kalah retisss U olssss....




Neena Anuar memang peramah gila oke ! Sangat friendly festime jumpa macam dah kenal lama, dia sangat best ! xlekang senyuman :)).


PinkyMomma ( kanan sebelah nory tu ) jugak antara blogger yang aku selalu terjah entry dia. kira selalu komen2 kat entry dia. Aku sangat teruja bila tau dia pregnant twin baby aigoooo..aigooo..aigooo boy pulak tu ~~~ hope lepas ni turn aku yihaaaa~



Eh, motif letak gambar coklat fountain nie ?

Ingat tak aku pernah buat entry Chocolate Fountain. Kalau sape yang tak tahu lagi owner coklat fountain ni adalah ieda, Kak Ameris ni menggunakan perkhidmatan coklat fountain beliau so dengan tidak semena-semena aku merasai jugaklah kelazatan coklat ieda. Perghhhhh..tak tipu beb gua dah rasa memang sedap...pekat likat apa yang penting rasa coklat bukan rasa pahit oke !

So berminat nak booking untuk sebarang majlis anda korang boleh klik :




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, April 23, 2013

Rakaman Karoot Komedia X lagi

www.tips-fb.com

Salam

Again, again dan again ! ye kenapa tak percaya ? rajin tak aku ? gigih tak aku pergi tengok rakaman karoot Komedia X lagi sedangkan rakaman karoot komedia hari tu pun masih belum ditayangkan, karoot komedia ni episodnya banyak gila, aku tak pastilah sesi rakaman yang aku pergi tu episod ke berapa tapi korang tunggu jela er kang ada muka den, den kabor la...*bajet retis letewwwww pui ~~~*


Kali ni punya rakaman Nabil takde tapi digantikan dengan Shuib, tak kesahla sape-sape pun yang penting diawang ni memang kelakar kalau tak putus urat kentut ko memang ko yang tak betul hahaha...ketawa sampai boleh hilang suara waaa cakap luuu...bagi aku semua kelakar, paling kelakar Pak Yus sebab dia jadi hantu langsuir versi gemuk, ko boleh bayang kan ? hahaha...

Tak boleh cerita lebih-lebih sebab belum ditayangkan, so korang kena tengok tau.


Tak nampak pun sebab guna camera cap ayam jerk -.='. Awok-awok semua diconteng mukanya, buruk beno rupanya sejibik macam orang minyak, bila menyengih nampak gigi je bersusun haha...


Ni iklan sekejap sebelum sesi rakaman bermula, kenal tak dengan diaorang-diaorang ni ? Mereka inilah antara barisan-barisan raja lawak musim ke-7  yang datang untuk memeriahkan lagi  majlis :)


Sebelum bersurai, eh bersurai kauuuuu macam perhimpunan sekolah dolu-dolu jerk, kami sempatlah snap-snap dengan pelawak-pelawak Karoot Komedia, tapi sempat dengan Ebby Yus jela yang lain kemain orang kerumun...malas waaa nak rebut-rebut....

Tapi adik aku lagi hebat berjaya jugaklah bergambar dengan artis kesayangan beliau si Jep tu, malam tu ntah boleh tidur malam ke ntah tidak dia tu sebab duklah tengok gambar 88 kali bersama Jep tu hahahaha...Yelah orang ada artis kesayangan beb ! aku artis pujaan hatiku cuma panda comey pakai baju biru tu :p


Tengok dua-dua sengih kemain lagi lebaunya hukhukhuk


Hari tu kami pergi under fan club Jep Sepah, kali ni kami walk in sahaja caranya mudah hanya tulis nama masa sesi pendaftaran tu. Rakaman ni dibuat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil start pukul 8 malam. Ada yang teringin nak pergi ? korang boleh pergi pada 29 April 2013 ada sesi rakaman Karoot Komedia X Raya pada pukul 7.30 malam kalau tak silap aku lah tempatnya adalah sama di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, eh jap korang kena pakai baju raya tau sebab ni rakaman untuk raya so nak nampak macam raya kena pakai baju raya warna-warni oke !

dah semangat nak type banyak entry boleh pulak pendrive gambar tak bawak apa pun xboleh grrrrrr.. -.='

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tune Hotel Johor Bahru

www.tips-fb.com

Salam

Masa trip ke USS hari tu, sehari je masuk Singapore tapi bermalam di Johor Bahru, kiranya 2 malam di Johor Bahru. Malam pertama aku bermalam di hotel budget jerk di Culture City Inn. Memang budget gila weyyy ~ Satu pasangan cuma kena bayar RM 30 sahaja.

Keluar je dari Singapore memang masing-masing dah lemau, yelaaa seharian kot kat USS tu, main sampai lebam so kami prefer nak check in hotel yang selesa sikit tapi still dengan harga yang berpatutan.

Acely hotel ni kami dah booking lebih awal ieda yang tolong booking sebab dia rajinnnn sangat ~~~ hotel pilihan kami adalah Tune Hotel Johor Bahru. Kami semua booking double room je atau dalam erti kata lain bilik yang togel bukan bogel muahahaha...



Tune Hotel ni ia pesen ko kena add on segala macam yang ko nak sebab ia tak sediakan jadi ko kena request. Harga untuk double room yang togel ni cuma RM 67.28, Kalau ko tak bawak alatan mandi ko kena request, kalau ko nak tengok TV ko kena add onn kalau nak Wifi dalam bilik ke , nak aircond ke semua kena add on la. Siap jela duitnya huhu....


Macam aku hari tu, cuma add on aircond kena tambah RM 16.00 so total keseluruhannya adalah RM 83.28,  add on benda-benda ni masa ko nak check in yeEkutkan tak yah add on aircond pun takpe sebab kipas memang disediakan tapi biasalah waaa kan gedikkk nak feeling cool duk hotel kenalah ada aircond kalau pasang kipas jerk kat rumah pun ada hikhikhikhik...


Apa yang bestnye kat Tune Hotel JB ni ialah part parking sebab parking kereta dalam kawasan berpagar so tak payah nak risau sangatlah pasal keselematan kereta korang. Dalam satu bangunan hotel yang sama ada kedai 7/11 bila korang rasa lapar jerk boleh turun beli makanan,  ada HQ Tune Hotel lepas tu ada office bas Odyssey dimana korang boleh naik bas ni untuk ke Singapore. 


Mungkin ada yang tak tahu cara nak booking dekat Tune Hotel kan ? jangan kata korang aku pun  tak pandai jugak haha.....korang refer SINI er...siap ada tutorial lagi...rajin kan ieda ?

Ini alamat Tune Hotel JB

Tune Hotel - Danga Bay, Johor
Lot PTB 22819, Jalan Skudai, 
Mukim Bandar Johor Bahru, 
80200 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07 - 2329010

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, April 19, 2013

Universal Studios Singapore - Part 6

www.tips-fb.com

Salam

Perut sudah pun kenyang so boleh nyanyi lalalaalalalaaaaa, oke skank kita pergi ke zon The Lost World ni zon yang ke 5, kat sini banyak juga daya tarikannya dan kebanyakkan permainan berkisarkan dinasour. Antaranya Jurassic Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino- Soarin, Amber Rock Climb dan Water World.



Seperti biasa bergambar dulu sebelum menikmati permainan kat zon ni


standard korg standard setiap pelusuk, inci, ruang yang ada memang gambar kami je, sabar jela er ?


Ini namanya Canopy Flyer, disebakan hujan renyai kami masih memakai baju hujan tu, tengok laki aku, dia nak tidur tu sebab kenyang sangat agaknya haha...Kau tau masa kitaorang nak naik menatang ni kami tanyalah budak tiket tu game ni bahaya ke tak ? takut ke tak ? lepas tu dia kata game ni 'for kids'  so bila dah dengar kata untuk budak aku legalah kan maknanya takdelah serammmmm sangat macam Revenge of the mummy tu,

Heiii sekali amek kauuuuuuu, dia punya speed tak nak  laju pulak kan ??? berpinau mata aku, jerit memamg tak ingatlah siap cakap tolong ! tolong !....tangan ni duk pegang lengan laki aku, yang laki aku ni pulak rilexxxxx je aku dah gelabah dah xberani pandang bawah kaki dah tergantung mata aku tutup rapat-rapat, rasa macam nak terjatuh dari awangan tau, kenapa budak tu tipu aku kata 'for kids' tapiiiiiiii sadissssssnya  pentipu betul lah. T_____T

Lagi sadisss bila nak pergi ke WaterWorld tiba-tiba show tu tak boleh masuk sebab show start pukul 4.00 p.m kitaorang lewat 20 minit jerk, firust idaaaaaaaa, dia yang nak sangat masuk show tu takde rezeki kami nampaknya kan ida ?




Next zon kami pergi ke zon Far Far Away . Daya tarikan kat sini adalah Shrek 4-D Adventure, best weyyyy,kerusi ia gerak-gerak seolah-olah kita dalam filem Shrek tu, tapi kita kena pakai spek 4D baru feel ~ dalam cete ni ada donkey tu suka bersin asal bersin terpercik air kat muka kita macam betul wey  pengotor haha...how dare u donkey !!! Lepas tu labah-labah banyak lalu dekat  bawah kaki kitaaaa geli-geliman eeuwwwww ~ meremang bulu tengkuk. tapi tak best sebab part naik kuda nak selamatkan Princess Fiona tu Shrek naik kuda, tengok orang lain kemain lagi kerusinya bergerak-gerak macam naik kuda yang kerusi aku ni macam hidup segan mati xmau je, alah-alah dia punya gerakkkk sikit jerk....sedihhhh betul lah.



kemain tinggi hadi melompat erk ? aku risau je masa melompat tu terlanggar kepala andy kang tak memasal kena pangggg dengan ida pulak


Gambar ni untuk cover album ye sekian hahaha...

Zon Madagascar kami cuma lalu sahaja sebab nak kejar masa diaowang ni dah tergedik-gedik nak naik roller coaster Battlestar Galactica, aku ? aku tak gedik sebab aku tak naik kan yaya ? kan shiela ? haha....*kitaorang geng sebab tak nak naik, takut maaaa*

Fuhhhh! tarik nafas hembus tarik nafas hembus, legaaaaa kau dah siap buat entry USS ni, aku rasa ida mungkin ada episod 7,8,9  sampai ke episod 86 mungkin lah kan ! sebab dia sangat teliti orangnya waaa salute beb, tapi aku tak mampu nak buat detail, ni pun agak stress nak mengabeskan part by part.

Next entry cerita di luar USS, stay tuned !





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, April 18, 2013

Universal Studios Singapore - Part 5

www.tips-fb.com

Salam

Selain Transformer The Ride kat zon Sci- Fi City ni ada lagi satu daya tarikan yang best, orang lainlah kata best tapi aku serammmmm kot ! takde keberanian disitu, iaitu Battlestar Galactica CYLON & HUMAN. Sepatutnya time tu kitaorang naik eh tak diaowang je naik ~ aku terkecuali :p tapi disebabkan hujan renyai-renyai mula membasahi bumi game tu terpaksa diberhentikan buat seketika atas faktor keselamatan aku rasa.

Kemudian kami terus ke zon Ancient Egypt, dimana daya tarikan di sini  adalah Revenge of the Mummy. Aku rasa naik roller coaster ni boleh tertinggal jantung kot, sumpah laju berdesupppppp ia pergi...sangat laju dan penuh dramatik ko tau...dahla laju lepas tu ia pecut selaju mungkin kalau jalan lurus je takpe ni ia mendaki menjunam menyenget dengan siap gear reverse ke belakang lagi, cer korang bayangkan best memang best tapi kalau aku diberi peluang naik sekali lagi aku tak mo weyyyy T______T


hujan renyai-renyai time ni, kenapa baju hujan kami ada putih ada kuning sebab yang kuning tu dari Malaysia yang putih ada 'orang tu' kata nak ada tulisan Singapore, sanggup beli u olssss...:p


 Sebelum masuk kena bergambar dulu hikhikhik...



Seeee, kan aku tak cakap bohong memang laju beb, pejam mata aku dengan nory sebab laju lagipun kami kat depan, so apa yang kat depan kami nampak dulu, oke tu takpe lagi cuba tengok laki aku kat sebelah dia boleh rilex macam takde suara aku dah jerit keluar anak tekak ni, aku ciap cakap kat suami aku,

'abang, abang oke tak ? asal orang lain jerit macam tertelan microfon abang boleh cool je ni -.=' '

Yang tudung merah tu tak boleh blah aku tengok muka dia, terpancar ketakutan sampai ke pundi kencing, hahaha...berzikir tu beb jangan memain oke ! Gambar tu ditangkap secara candid memang kita takkan sedar bila diaowang tangkap, dan gambar tu dijual dengan harga 20 SGD sekeping,  kira-kira RM50 kalau duit Malaysia , pasrah + redha jela -.='.

Hujan renyai-renyai kan? dah tentu perut tengah menari rentak tango, so dengan kadar segera kami mencari restoran dalam zon ni,


Nama restoran di zon ni adalah Oasis Spice Cafe dimana menu-menu yang disediakan terdiri daripada nasi-nasi , ayam-ayam, kambing-kambing macam style arab la gituuuuu ~ dan jangan risau restoran ini disahkan halal, tengok tanda tu ye. Makanan dia so far so good sedap dan mengenyangkan, Korang patut cuba makanan kat restoran ni.





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, April 17, 2013

Universal Studios Singapore - Part 4

www.tips-fb.com

Salam

Tergendala sekejap entry pasal USS ni sebab memberi laluan kepada entry-entry yang penting dulu ye, Wah macam tak caya je tiba-tiba aku rajin update entry ye ! * tangan ke bahu mata ke atas *. Hei takdelah rajin pun tapi atas desakan ! haaa desakan kauuuuu dari jiran sekampung dengan pantasnya aku update entry selaju168km/jammmm...phewwwwww ~~~ mujur tak terbabas kauuu...

Universal Studios Singapore ni ada 7 zon tau iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City,  Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar, masuk-masuk terus nampak Hollywood gila kau sejibik wey, sejibik ! jalan kaki je terus sampai Hollywood hebat haha....Sama tapi bukan diaaaa~~~~


Tak banyak karakter yang dapat kami ambil gambar sebab nak kejar masa main game kan ???So mana sempat kami ambil jerk itu pun jenuhla beratur sebelum nak tangkap gambar bersama . Antara yang sempat adalah karakter ape ntah tak tahu tapi macam penyanyi koir kot ! suka hati je bagi title penyanyi koir haha..tibaiiiii...

Tengok laki aku tu baru masuk Hollywood, bukan New York lagi dah duduk sakit kaki hikhikhik ciannnn abang ! kan orang dah cakap nak masuk USS ni stamina kena kuat sebab kena jalan guna kaki kan dalam tu, kalau ada motor takpela jugak, ada kereta tapi untuk display jerk tak boleh tumpang huhuhu...




Bersama Beetlejuice, seram aku tengok dia nieeeee

Daya tarikan kat Zon Hollywood ni adalah Monster Rock, iaitu teater Universal Classic Monster, ia macam ala-ala teater musikal la, Nyanyi menari sama-sama, lagu-lagu yang diaorang nyanyi kira popular lah jugak biasa kita dengar kat corong- corong radio, suara semua tip top beb ! tapi aku heran tak penat pulak kan terkinja-kinja lepas tu menyanyi.


 Teater ni start pukul 11.00 a.m, kitaorang masuk lambat 15 minit masuk-masuk diawang dah start beraksi, nyanyi menari tapi memang bestlah tak bosan, terpukau pun ada, menjerit-jerit kitaorang setiap kali diaowang nyanyi lagu. Teater ni ada waktu dia iaitu 11.00 a.m, 2.00 p.m dan 5.00 p.m

Dari Hollywood, kami terus ke New York hanya dengan berjalan kaki, hebat tak ? hebat tak ? ahahaha....Nak tau apa daya tarikan New York bagi kami-kami yang dah tua bangka ni, ialahhhhhh Lights,  Camera , Action by Steven Spielberg. Cuma berdiri hanya 15 minit kami ditayangkan bagaimana pembikinan filem sebenar di buat ! Fuh nerbes tau....Macam ditempat kejadian dengan keadaan ribut taufannya air laut bergelora guruh berdentum, sedikit kebakaran berlaku, terasa bahang api tu waaa cakap lu. Dan part paling best ada kapal besar lautannnnn * bayangkan besar lautan ye haha...* tiba-tiba datang dari arah tepi korang macam nak hentam koranggggg..seriau tak ??? Aku dah jerit sampai terkeluar halkum dah niieeee...* eh ada pulak halkum ! *  Ni wajib tengok tau !



berjalan, jalan dan terus jalan lepas tu kami stop di Zon Sci-Fi City iaitu Zon Transformer, daya tarikan kat zon ni dah tentu-tentulah Transformer The Ride : Unlimate 3D Battle. Masa menunggu  kat sini memang lama lebih kurang 1 jam 10 minit tapi takdelah bosan menunggu sebab kita dapat melihat Pameran Transformer sebelum turn kita sampai. Naik Transformer Ride ni kita kena pakai spek mata 3D baru nampak real transformer tu berlawan, aku kan sebenarnya tak tengok pun cete transformer ni so aku tak tahulah nama-nama karakter transformer tapi ape yang aku boleh cakap game ni gila syokkkkk wooo so kena try oke ! sumpah best gilerrrrr duh ~~~



Bergambar kenang-kenangan bersama Bumblebee, benda nilah yang buat salah sorang kawan aku 'teriak' nak memilikinya heiiii,, xpaham-xpaham ingat budak darjah enam ke hahahaha.... *opssss, terlebih sudaaaa, mesti kena bahan sat lagi *


Laki aku tu nak mendarat ke nak melompat ? confiussss, wah andy bukan main kopak lagi kaki tu ye, syafiq aku tengok sopan giler kepit-kepit ye time melompat ni, seronok erk ?


Bergambar dalam pameran Transformer, tunggu turn lambat lagi.....


Kitaorang masa kat USS suka sangat nak melompat, tak tahu lah kenapa pantang ada ruang luas sikit, agak-agak muat bontot memasing mesti nak melompat. Haaaa....tengok siap ada tenaga pengajar lagi cara-cara nak melompat ye.

" Korang, lompat macam ni tau, lepas tu jangan lupa lompat pandang camera, kata yaya kepada kami ~ "

Hahaha...tapi yang ajar lain yang buatnya lain orang lain melompat aku melangkah je sebab berat kahkahkahkah tak tercapai nak angkat berat sendiri -.='


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, April 16, 2013

Surat untuk Pemandu Kereta

www.tips-fb.com

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal ( sebenarnya pembonceng jerk :p )
seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi
kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi
penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang/ pembonceng
motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di
dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai
LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi

kepada kami.

1) Jangan kedekut bagi signal kalau nak ke kiri atau ke kanan 
bateri kereta takkan abes kalau pakai signal pun 
tu bukan bateri energizer yang boleh pakai buang tu, 
kereta puluh ribu takkan signal tak hidup mustahil sgt !

2) Jika pemandu kereta ingin memotong
kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak di
hormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang
dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar
lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami
BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati
sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok,
jangan sesuka hati mencampakkan puntung
rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau
pengguna jalanraya yang lain. Puntung
rokok yang masih berbara itu
berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami
menunggang motorsikal. Allah dah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu
berbangga dengan harta dunia.

 Ko tau tak lebih jimat dari segi wang ringgit dan masa bila naik motor tau.
 tu bagi akulah orang lain tak tahu
 sebab aku boleh buat duit minyak kereta dan tol untuk pergi travel kihkihkihkih....

Sekian.

Yang menunggang/ pembonceng  motorsikal...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

KLTA Golden Jubilee Dinner

www.tips-fb.com

Salam

Hei tau tak KLTA tu menatang apa ? KLTA bermaksud Kuala Lumpur Tourism Association, masih tak tau lagi ? korang search google ye... nanti mesti pahammmmm :)) 

12-04-2013 bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur telah diadakan sambutan KLTA Golden Jubilee Dinner yang ke 50 tahun dimana KLTA ni adalah pertubuhan yang tertua didaftarkan di Malaysia. Fuhhh ! lap peluh jap gilaaaaaa skema tak skema ayat akuuuuu..sat lagi ada yang PM kat Facebook aku cakap hoi miloooo awat kau skema sangat !!!! fakta betul laaaa...flush dalam jamban sat g kohkohkohkoh * gelak sape nie *

Tak nak bagi penerangan panjang berjela sebab aku yakin sangat korang takkan baca pun ! so korang boleh baca sendiri salah silah berkaitan dengan KLTA ni dekat www.klta.org.my oke ! Kami berlima mewakili media dijemput hadir pada malam tu untuk sesi menternak lemak kahkahkah..sebab makan je sanggup aku datang oke, jangan kata aku, aku angkut sekali laki aku hebak tak ? hebak tak ?.


Ukiran berais dengan simbol 5o tahun KLTA



Opening gambit oleh mereka-mereka ini, ada yang style Elvis Presley, Michael Jackson serta kemunculan istimewa dari Dato' Khadijah Ibrahim, suara memukau sangat !


Pengacara majlis adalah Sazzy Falak, kecil molek je orangnya. tak macam stok mak dua anak kalah kau jahhhh ~ Kalau korang nak tau Presiden Kuala Lumpur Tourism Association adalah bapa kepada Sazzy Falak ni iaitu Y. Bhg Dato' Shamsul Falak Tan Sri Abdul Kadir, so no wonder la anaknya jadi emcee untuk majlis bapanya hehehe....

Part paling best adalah makanan dia, sedapppp giler beb ! giler pun xmacam nieeeeee


Haaaa...menjejes tak air liur korang, dah cakap giler sedapppp, ni aku letak sikit je sebenarnya ada beberapa menu lain, tapi takpela aku letak sikit je jadilah kan sebagai tatapan umum jerk.

Eh, jap baru perasan gambar sendiri takde pun kihkihkihkih..mane boleh tak letak ni kan blog aku bukan blog kucing jiran kan ? kan ? bukan senang tau nak makan free.. eh tak ? tak ? nak attend dinner besar-besar macam ni jangan kau mimpi tau u olllssss... kalau nak mimpi tu biar sampai ke bintang tinggi sikit lepas tu gapai bintang-bintang sekalian * suka meraban -.='*


   dari kanan berdiri ieda, aku
yang duduk dari kanan nadiasheilanory


Acara potong kek ulangtahun KLTA


Persembahan terakhir dari Ratu Jazz R&B Malaysia kita iaitu Atilia, banyak jugak lagu yang dia nyanyikan,  bayangkan dari penuh dewan tu dengan orang sampailah beberapa ketul je yang tinggal tapi persembahan dia tetap maintain, terhiburlah.


Bersama orang kuat KLTA yang baju biru berkain hitam tu adalah Chief Operation Officer (COO) bagi KLTA ni kak Noraziah Binti Saidin, terima kasih kak sebab sudi menjemput kami semua walaupun last-last minit dapat tau pasal dinner ni.


Lelaki ini yang murah dengan senyuman tapiiiiiiii laki aku lagi handsome hendaknyaaaaa beliau ini adalah En. Rohizam Md Yusoff, selaku CEO Creative Advances Technology S/B, selain tu beliau juga handle SOTA nak tau lebih lanjut apa itu SOTA korang boleh pergi ke laman web www.sota.travel yang mana kaki-kaki jalan tu ini adalah laman web untuk anda dapatkan segala info mengenai travel



Mereka-mereka ini sangat tak sombong wey, walaupun blog kami semua hanya suam-suam kuku jerk tapi mereka sudi jemput kami untuk join event mereka, kami percaya antara kami semua ada kekuatan masing-masing betul tak korang ? Oke lepas ni kita ke mana beb ? tunggu yaaaa....




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, April 15, 2013

Mengungkit Bila Memberi

www.tips-fb.com

Salam

Sape perangai macam ni ? angkat tangan sekarang ! aku jenis pemantang sikit kalau dah beri pastu mengungkit, bercakap-cakap, paling pantang bab makanan, makanan tau dah tentu-tentu  akan jadi darah daging mungkin akan jadi taik jugak yerk -.='

Jenis aku kalau orang yang rapat yang kenal aku kalau bagi makanan ke ape ke, memang aku akan ambil aku tak tolak melainkan aku dah kenyang, tu memang tak lah aku nak tapi macam kat pejabat ni kalau makan memang bagi-bagi suka kongsi-kongsi, makan rebut-rebut ni orang cakap best heeee~~~

Tapi,

Ada tapinya, aku tak suka bila dah bagi ko sebut-sebut, ko cakap-cakap, ko ungkit-ungkit walaupun ia hanya nada gurauan, tapi bagi aku bila ko bercakap atau bergurau ko memang maksudkannya, so aku fikir kalau ko bagi makanan dengan niat supaya ko sentiasa dimurahkan rezeki tapi ko menyebut mengungkit, aku rasa niat ko tu masih tak betul.

Sekali mungkin tak kisah dan aku anggap ia gurauan jerk, tapi kalau berkali-kali takkanlah aku tak boleh berpikir guna otak aku ni haaa yang paling kanan yang ko sedang mengungkit pasal makanan yang ko bagi tu kan ?

Kita ni jadi orang bila orang belanja makan ke ? mestilah kita berterima kasih dan mendoakan orang tu supaya dimurahkan rezeki tapi macam kes kau ni, aku rasa doa aku pun jadi tak ikhlas sebab kau, so dari tak ikhlas baik aku xpayah ambil apa-apa dari kau.

Mungkin orang lain akan cakap aku 'demand' atau seangkatan dengannya, aku tak kisah dah, kalau mulut jenis macam tu muka nampak macam baik tapi hati masih tak ikhlas ketika memberi, xrugi rasanya aku berlagak dengan kau. Orang lain aku tak tahu, mungkin tak kisah di 'jatuhkan maruah' dengan memberi makanan sahaja, aku nak cakap apa ? ni baru makanan bukan duit, kalau duit aku tak tahulah kan ~

Kehidupan memang macam ni kan ? manusia memang ada yang tak sempurna tapi ada yang berlagak macam sempurna sehingga terlupa diri sendiri, bercakap macam tak ingatt nyawa dan harta tu semua pinjaman sementara.

Eeee ikut sakit hati aku ni, mau je aku jadi kurang ajar, tapi tak boleh aku di didik dengan sempurna, hindarilah dari perasaan yang macam tu.

Eh, nak berzikirlah..supaya hati jadi tenang tak sepanas api yang membara...








♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, April 12, 2013

Universal Studios Singapore - Part 3

www.tips-fb.com

Salam


Kalau dah sampai Singapore tak bergambar kat benda alah ni, memang rugilah, inilah tanda mercu untuk Universal Studios Singapore, sampai-sampai je terus menuju benda ni tapi aku sampai-sampai cari tandas dulu hehe.... 

Untuk pengetahuan semua tandas kat USS tu takde kepala paip, so agak payahla kalau nak mencuci apa-apa yang patut, so korang-korang kena standby botol minuman yang kosong atau pun tisu basah kalau pergi sana oke :)




Gambar laki bini ni haruslah ada kan ?

See muka memasing yang sangat teruja dan tak sabar-sabar nak terjah semua game kat dalam USS kan ? aku paham, aku paham, tabik spring dulu babe sebab kita dah berjaya sampai ke sini dengan jayanya.


Kami sampai pukul 9.30 a.m pintu masuk bukak pukul 10.00 a.m, ramai dah yang beratur termasuk kami semua, dalam pada beratur tu pun masih sempat nak snap-snap gambar ye, untung ramai jurugambar yang tak berbayar ni kihkihkihkih....

Bila sampai betul-betul dekat gate masuk tu korang tau apa jadi ??? dari 11 orang daripada kami hanya 3 orang je yang lepas iaitu eida, yaya dan syafiq kami semua xlepas sebab bila scan error je, dah cuak dah ni, risau ntah pukul berapa la dapat masuk, nasib baik ada ida dan yaya tolong setelkan hal ni, TQ korang love u..mmmmuahhhh, agak kecewa sikit sebab pukul 10.45 a.m baru dapat masuk tapi okelah kan, mana nak jangka benda-benda cam nie nak berlaku, lagipun bukan kitaorang jerk yang kena ramai rupanya.

Lepas dapat masuk terus kami menuju kat Universal Studios Store, kat situ macam-macam souvenir ada macam baju, topi, key chain, fridge magnet, frame gambar. Kami semua nak pakai baju sama, so kami pergilah situ untuk dapatkan baju sama weeee~.


Last semua sepakat untuk pilih baju warna hitam, maka secara berjemaahla kami memakainya. Baju hitam manakala seluar adalah colourfull, masing-masing memang dah rancang nak pakai gitu kengkonon ala-ala K-pop.


Cool tak kami semua huhu ~










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...