Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday - Keyword

www.tips-fb.com


keyword guestbook tu paling ramai orang search tapi guestbook kahwin nurul tu aku xkenal la pulak nurul mane ? nurul artis kot kan ? nanti aku buat review pasal guestbook yang aku DIY sendiri.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, October 30, 2012

review bunting

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Semalam aku MC jadi xsempat nak post apa-apa entry pun. Kebetulan masih di Johor lagi atas sebab-sebab tertentu. Walaupun ada berukband encik Suami tapi kemalasan melebihi segalanya, ditambahkan dengan keadaan diri yang kurang sihat.

Bagi korang yang tercari-cari kedai untuk tempah kad untuk majlis bahagia korang, aku syorkan korang memilih LH Creative Concept . Design yang cun melecun tertarik menarik kau memg daboOm !!! Harga pun aku rasa sangat berpatutan. Lagi banyak ko tempah kepingan kad lagi murah harganya.

LH Creative Concept


Aku tak buat banner jadi aku gantikan pada bunting. Bunting pulak aku tempah dua. Ukuran yang aku pilih size 2 x 4". Kalau nak panjang lagi boleh request ye. Gambar pada bunting ni pulak masa aku buat photoshoot pre-wedding. Harga untuk satu bunting yang bersize 2 x 4 " cuma RM 40.

Design pada bunting boleh request jugak, tapi aku pilih design daripada catalog yang disediakan. *malas nak cari idea *  huhu... Mudah je kan ? xpayah nak pening-pening. 


Bunting tu diletakkan di kiri dan kanan khemah pelamin. Rasanya xrugi pun kalau tempah bunting ni sebabnya lepas kahwin pun kita boleh gantung kat rumah kita. Ko tataplah puas-puas muka laki ko muka bini ko haha.. Aku kalau gaduh dengan encik suami bila tengok gambar pada bunting ni terus sejuk hati xjadi marah kihkihkihkih...

talk to my hand : kad kahwin aku update kemudian ye :)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sebelum dan selepas kahwin

www.tips-fb.com

Assalamualaikun and hello ;)

Bila baca 15 perkara yang kat bawah ni, aku bersyukur sangat sebab sebelum kahwin xpernah rasa mcm tu, so skank bila dah kahwin baru nak rasa bercinta jadi perkara yang sebelum kahwin tu dilakukan selepas kahwin, ia adalah sesuatu yang indah buat aku ! betul lah org ckp bercinta lepas kahwin memg sgt Heaven ^______^

Credit to here

Perkara
Sebelum Kahwin
Selepas Kahwin
1.ANGKATKAN BEG
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!
2.TERSUNGKUR BATU
'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu macam besar pun tak nampak!
3.PAKAI SEXY
Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!
'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'
4.MANJA DI PUBLIC
Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!
Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!
5.KEMPUNAN
U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg... 
Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!
6.KECANTIKAN
Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!
7.KEKAYAAN
U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.
Tu la, dulu tak nak blajar betul2. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?
8.SEX
Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u. 
Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!
9.KESABARAN
Sudahlah syg, jgn merajuk.. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang.. I minta maaf. Maafkan i eh?
Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku! 
10.MASAKAN
Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?
11.DUIT NO PROBLEM
Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...
Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah! 
12.LUV PEGI LUV BALIK
Bye syg, I luv u too.. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)
Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!
13.PENGORBANAN
Takpe Sayang, I tak kisah.. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?
You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!
14.JUMPA LAMBAT
Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai
Takpe la. Da biasa da!
15.BUANG ANGIN
You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni!  *cubit-cubit*
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, October 25, 2012

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


Apabila seseorang mencemburui kamu, ini bermakna kamu sudah selangkah lebih maju dari mereka. 

talk to my hand : Selamat Hari Raya AidilAdha, berhati-hati dijalan raya ye :)
Sape yang bosan tak tau nak buat apa time raya tu jom kita tengok Finding Nemo in 3D

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, October 24, 2012

Review kek dan cupcake

www.tips-fb.com

Assalammualaikum and hello :)

Jenuh kO cari balik entry yang aku nak, berpinar mata aku ni haaa duk godek-godek entry 2011, nasib baik jumpa. Dulu aku pernah cerita pasal kek dan cup cake masa hantaran tunang aku tahun lepas, boleh refer entry ni.

Kat entry tu jugak aku ada melahirkan hasrat dimana bila time aku kawin nanti aku nak tempah kek dan cupcake kat Cuppacake-BLicious lagi, tapi malangnya tarikh kawin aku, akak tu dah close order for kek sebab nak tumpukan pada tempahan kuih raya sahaja. Oke agak sedih jugak ! sebab dah berkenan dengan hasil tangan beliau.

Tapi tetap xberputus asa cari pembuat kek lain. Cari-cari jumpalah dengan Lovely-Cakes, pembuat kek yang tidak kurang hebatnya. Bincang-bincang so deal and confirm aku tempah dengan kak Leya.Disebabkan tema aku warna peach takkan kek aku warna peach jugak kan ? so aku request another colour like orange or pink. Kombinasi warna yang menarik akan menyebabkan kek aku kelihatan anggun gitu. Cun mane pun last-last kena ngappp jugak kan ? Lain la kalau ko sayang nak makan biar je berkulat hahaha...



Cantik bukan ? Design ni aku yang request kat kak Leya. Aku saja taknak bertingkat-tingkat sebab aku ada order kek lain yang biasa-biasa je stand by if xcukup ke kan, lagipun aku dah order cupcakes so rasa macam membazir tempah banyak-banyak kek. Lagipun kalau dah bertingkat harga pun bertingkat ye dak ? Harga untuk kek dan cupcake ni sekitar RM3++.

Sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan. Kalau mahal sekalipun tapi servis tip top kita pun xkan teragak-agak nak tempah lagi kan ? Tak pun kita boleh rekomen kat kawan-kawan untuk order kek diaowang.





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

wordless wednesday - Situasi di Opis

www.tips-fb.com


Mesti hari ni ada rasa mengantuk @ lemau kat opis kan ?
Lebih-lebih lagi kalau hati tu dah dekat kampung sebab cuti hari raya AidilAdha.
Nak hilangkan ngantuk @ lemau mesti korang buat macam ni kan ? haha..
kalau bukan korang mesti kawan-kawan korang ? 
Cuba tengok betul tak aku cakap.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, October 23, 2012

Review Inai @ Henna

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and Hello :)

Sesetengah orang suka pakai inai kat jari je, sesetengah suka buat ukiran pada tangan. Dependlah kan ekut citarasa masing-masing. Macam aku, aku suka yang berukir-ukir, tapi takdelah ukiran yang macam ukiran orang Hindu, yang tu aku tengok crowded sangat. Ukiran yang aku nak yang simple-simple jerk yang penting takde lambang apa-apa dan hanya berkisarkan tumbuhan dan daun-daun sahaja

design by : AzidiaBridalCouture

Boleh pulak masa aku nak buat inai ni gambar ukiran yang aku nak jadikan contoh aku xbawak balik kampung. Mungkin masa tu kelam-kabut nak balik aku cuma pikir yang besar-besar je macam tudung dan veil nikah, sampai lupa gambar contoh ukiran inai aku padahal aku dah print gambar ukiran yang aku nak tu, boleh plak aku lupa nak bawak balik kampung kan -.='

So pasrah jela aku ni bila dah terlupa so aku kata kat Azi *yg buat henna tu* buat jela design apa-apa pun xkesah janji cantik  ! Dalam hati dah nangis xberlagu ni sebab kecuaian diri sendiri sobss..sobss.sobss... sape suh lupa kan ? kan ?

Aku nak design macam Ayu Raudhah ni...

Cantik kan ?
Disebabkan tertinggal gambar tu kat KL xdapatlah aku nak pakai inai corak inai Ayu Raudhah.
Ermmm..mungkin lain kali kot aku buat. eh..eh.. bukanlah nak kawin lagi, hari selain daripada majlis kahwin pun boleh berinai kan ? heeee~~~~



Walau bagaimanapun tetap berpuas hati dengan hasil ukiran dari AzidiaBridalCouture :)

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, October 22, 2012

review MUA

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Sepanjang majlis hari besar aku, sebanyak 4 kali aku dimake up oleh MUA yang berlainan iaitu time nikah, sanding, malam berinai dan sambut menantu belah lelaki. Korang tau lagi nak dekat hari majlis lagi galak jerawat pasir aku keluar bagaikan cendawan tumbuh kata kooO ! Dan aku rasa sepanjang aku hidup di dunia ni nilah pertama kali jerawat aku tumbuh paling teruk damn ! 

Ekutkan kulit muka aku dari zaman muda lela dulu bukanlah jenis berjerawat, berjeragat bagai, boleh kata licin macam kulit telur tu  haha..kejadah apanya aku cakap gitu ! oke tipu-tipu jgn percaya tau tapi kira bersihlah dari anasir-anasir halus ( jerawat ) melainkan datang 'peod' adalah seketul dua yang datang melekat.

Tapi yang ni aku rasa dah macam penyakit kulit, bukan takat dahi jerk kat pipi-pipi aku sekali dia melekat. Serius tension gggrrrr...Sebenarnya faktor stress jugak penyumbang kepada ketidakstabilan hormon dlm badan aku ni, dengan tak cukup tidur lagi~~~~ Macam-macam dah aku buat, buat treatment buat facial pakai Oxy tapi takde perubahan malah lagi teruk oke ! peringatan pada Bride-to be anda dinasihatkan tidak stress untuk menghadapi majlis besar anda

Rasa down gila dan susah hati tapi nak buat macamane kan dah berusaha so tawakal jelah manelah tau kot2 ada keajaiban time majlis akad nikah tu jerawat aku tetiba hilang ekekekek~~~ tapi sampai sudah takde keajaiban berlaku sighhh...-.='. Nasiblah MUA aku boleh adjust supaya jerawat tidak kelihatan itu pun aku rasa putih macam tepung gomak akak tu make up kan sebab nak tutup jerawat pasir tu.

make up by : Kak Mai  ( nikah )

make up by : Kak Eilla ( Sanding )

make up by : Sepupu ( Malam berinai )

make up by : ????? tak tahu ni family Encik Suami uruskan aku follow je~~~~


Antara 4-4 MUA tu korang rasa mana yang paling cantik hasil contengan ke atas muka aku ? Sila bagi susunan dari no 1 hingga 4 ye ^_______^ 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Review Malam Berinai

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Malam berinai ni diadakan pada hari yang sama aku bernikah, aku nikah petang jumaat lepas asar, malam berinai ni  belah malam lebih kurang pukul 9 malam. tapi aku bersiap agak lambat, pukul 10 camtu. jenuhlah budak kompang main kompang lebih kurang sejam jugaklah nunggu kami bersiap. Cian diaorang tapi takpe dapat pekena sup ekor kan haha...cantiklah tu...

sungguh-sungguh bebudak ni main kompang kan ? sedap oke !
Kalau nak ekutkan dalam list aku ni memg takde langsung acara malam berinai ni sebabnya aku rasa dah cukup penat 3 hari tu, jumaat nikah, sabtu sanding dan ahad sambut menantu 
( belah lelaki ) tapi ni request dari maklong aku yang tersayang nak kan anak saudaranya pakai sepersalinan baju untuk malam berinai. Majlis ni pun khas untuk saudara-mara terdekat jek. So kata anak yang solehah kan ? so turutkan jela.  Lagi seminggu  nak bersanding aku baru mesej kat akak butik tu nak kan satu lagi baju persalinan untuk malam berinai. Aku decide nak 'white theme' sebabnya mungkin matching dengan warna pelamin sanding aku kot ! takde masalah sebab akak tu kata baju putih banyak dan boleh datang butik untuk fitting. Fuh lega !



Bila pakai persalinan putih ni aku kelihatan sangat gemuk ! k fine pasrah dalam tangisan -.='



tepung tawar dari mak saya 
Tepung tawar dari abah pulak !

Nama je malam berinai tapi aku dah berinai khamis malam hari tu sebelum majlis akad nikah esoknya. Malam berinai ni lebih kepada acara menepung tawar sebenarnya. Ada yang tak tahu ? Ala yang renjis-renjis kat pengantin tu. Tak paham ? google sendirilah ye hehe...

Ingat senang nak pose macam ni, 2 orang adik aku tolong angkat kaki aku yang berat tu tau ! haha...

I'm the super women huhu...



Malam tu kalau tak silap aku ada karaoke kot sampai kul 12 jek. Eeee..memg aku xboleh nak pikir ape dah. Duk sibuk sana-sini sampai lupa apa yang berlaku rasa-rasanya ada, tapi gambar takde eih tak teringat langsung nak suh adik aku tangkap gambar orang karaoke tu. 

Lepas abes malam berinai tu Encik Suami kena pulang ke rumah keluarga beliau seorang diri sebab xboleh tidur lagi dengan saya heee...kena kuarantin dulu walaupun dah jadi yang halal beberapa jam yang lalu, sebab esok ada majlis persandingan pulak, memg cam tu kot adatnya. Entah aku pun xtau sangat. Nasib baik rumah keluarga beliau dekat :)

Satu hari dah berlalu dengan lancarnya, Alhamdulillah.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, October 21, 2012

Review Pelamin Sanding

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

spoil pulak kain tutup bunga telur tu -.='

Ya inilah dia pelamin sanding yang kontroversi tu, disebabkan mempunyai size yang agak besar ia terpaksa diletakkan di bawah khemah dan bukan di dalam rumah, dan disebabkan itu jugak dapatlah aku merealisasikan impian aku yang nak mini pelamin ^_______^

Yang impian tu dah terlaksana tapi disebabkan impian tu jugak aku terpaksa keluar $$$$ untuk pelamin yang besar gedabak ni bila last minute ia terpaksa dipasang bawah khemah, Korang tau jalan kat rumah atuk aku tu xrata sebenarnya berbatu-batu dan bertanah merah, pastu kedudukan khemah pelamin ni pun sebenarnya adalah senget. 

Banyak pula tunggul-tunggul kayu kat sekitar khemah pelamin tu, xsilap aku tepi khemah ni ada pokok pelam yang xberbuah dah setelah arwah atuk dan nenek meninggal. Ukur punya ukur memg xmuat pelamin tu nak dirikan dekat situ sebabnya pokok tu dok tercongok kat situ.

Sumpah aku serabut time tu. yela mana taknya bila paksu aku bagitahu kalau nak bagi sama rata tanah tu kena ditambak biar sama tinggi. That mean aku kenalah keluar duit tu beli batu dan tanah. Bukan sikit oke RM400 cost tanah dan batu untuk bagi sama rata kedudukan tanah tu. Berpeluh ketiak cheq keluar duit *oke tu aku tipu * Masa tu dah hari khamis aku nikah jumaat petang nasiblah sempat buat semua tu dalam masa 1 hari cuak jugak kalau nak diikutkan. Terima kaksih jugaklah kat paksu aku sebab susah payah tolong potong dahan pokok pelam, dan buang tunggul-tunggul kayu yang ada tu. 

Jangan ingat masalah selesai disitu je tau. Masalah khemah la pulak. Before ni kan xdecide nak buat bawah khemah jadi bila kata dah xmuat pelamin kat dalam rumah buat pulak kat bawah khemah maknannya khemah makan akan kurang satu untuk dijadikan khemah pelamin. Abah aku pinjam kat dewan org kampung cuma 5 khemah itupun 3 untuk tetamu 1 untuk makan beradap 1 lagi khemah untuk orang memasak. 

Itupun aku dah pening dah oke. sebab kalau 5 khemah confirm xkan cukup sebab jemputan mungkin dalam 1500 orang. Ni dah nak pakai 1 khemah untuk pelamin pulak ! confirm-confirm tak cukup punya lah ! Aku try mintak abah tanyakan AJK kampung kot-kot ada extra khemah, Alhamdulillah, nasib menyebelahi aku ada extra 1 khemah untuk aku Syukur ! :)



Nampak betapa kontroversinya pelamin ni tau -.='

Kalau ekut design asal bukan macam ni pelamin yang aku nak, pelamin aku tu 1 panel jerk simple sangat cuma aku request nak kerusi macam kat pelamin tulah. Tapi masa aku pergi ke butik untuk ukur baju entah macamane akak butik tu rekemen kat aku panel 'bentuk telur' tu. Ko tau jelah aku rambang mata tengok macam cantik jek.Cuma tambah rm300 je untuk panel tu, masa tu Encik Tunang ( suami ) dah tak cakap pape that mean setuju la kan ? mak aku pun macam xboleh ckp jugak sebabnya dia memg tau anaknya degil kalau kata hitam, hitamlah kata aku lagipun duit aku hihi..so on jela :).

Total untuk pakej perkahwinan ni sebenarnya xsampai pun RM2K kalau xsilap hanya RM1850 kot  tapi disebabkan aku ni cerewet sangat cecah RM 2+++  jugak lah. Apa yang ada dalam pakej ni ialah

1 pelamin sanding
2x make up
bantal nikah dan kipas
aksesori majlis sanding dan malam berinai
baju persandingan ( baru )
baju persalinan ( malam berinai )
arch flower
hiasan bilik tidur
hiasan meja makan beradap

Kat mane aku ambil pakej perkahwinan ni ??? bagi yang duk area JOHOR korang boleh hire Butik Pengantin Anjung Mustika

talk to my hand : Dengar suara dia sedap kan ????




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, October 20, 2012

Warkah Buat Suami

www.tips-fb.com



Wahai lelaki yang bernama suami,
Fahamilah erti PERKAHWINAN...

Perkahwinan menyingkap takbir rahsia,
Sedarlah bahawa isteri yang kamu nikahi itu,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah

Isterimu itu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita untuk menjadi solehah

Perkahwinan mengajarkan makna kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang, kamu menjadi pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, kamu menjadi pengembalanya,
Isteri adalah murid, kamu adalah gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu adalah tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu, kamu tengoklah sepuas-puasnya,
Saat isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang rusuk yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya.

Perkahwinan menyarankan kamu perlu ada IMAN dan TAQWA,
Untuk belajar lebih sabar dan redha,
Kerana kamu miliki isteri tidaklah sehebat mana,
Hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi seorang wanita solehah.

Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu juga bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali,
Kamu juga cuma seorang suami akhir zaman,
Yang sedang berusaha menjadi soleh

INFO :

Dalam sebuah hadis,
Ada menyebut tentang seekor syaitan yang duduk bertenggek di atas pintu rumah.
Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah,
Dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan 'SALAM' dari isterinya. Disaat itu, syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Itulah pentingnya memberi salam dan menjawab salam jika ingin memasuki rumah.

credit to blog ni

talk to my hand : semoga aku terhindar dari segala penyakit amin !
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, October 19, 2012

Review Mini Pelamin

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kalau nak diikutkan mini pelamin ni sebenarnya bukanlah aku perlu sangat sebab under badget, kiranya lepas semua setel ada balance baru aku buat mini pelamin, ni konon2 lah kan tapi tau jela aku selagi xdapat apa aku nak, aku mesti bagi cukup.Kebetulan, last2 minute aku telah di 'sponsor' oleh my big bos a.k.a pakcik aku a.k.a majikan ( terima kasih bos ! ). rezeki tuhan nak bagi kan, apa yang aku nak masa wedding tu terlaksana jua.Cuma keinginan nak videographer je xtercapai.

Kata persiapan dah last minit kan so takdelah aku nak tempah mini pelamin kat butik yang sama aku ambil pakej pelamin tu. Tapi aku memg nak sangat mini pelamin tu yang pertama sebab dah ada badget dan yang kedua last minit pulak pelamin aku tak muat nak buat kat dalam rumah, Ketinggian pelamin lebih tinggi dari ketinggian tiang rumah.Maklumlah buat kat rumah datuk aku, so paham2 jelah rumah kampung macam mane kan ?

Dan yang ketiga nak sangat mini pelamin tu sebab aku  bernikah di rumah bukan di masjid jadi  pelamin yang besar gedabak tu pasang kat khemah maknanya nanti ruang dalam rumah tu jadi kosong. That y bila ada mini pelamin tu macam jadi penyerilah masa majlis akad nikah nanti. (nampak ? ada je alasan aku nak jugak mini pelamin tu ekekekek....)



Baru aku teringat sepupu aku ada buat andaman dan pakej pelamin ni, so aku tanya dia rate untuk mini pelamin discuss punya discuss aku deal la dengan sepupu aku tu. So confirm mini pelamin aku hire sepupu aku. Mini pelamin tu kalau boleh aku nak ringkas dan simple jerk sebab nikah sekejap jerk jumaat petang lepas asar kemudian sebelah malamnya ada malam berinai pulak dah tentu aku akan duduk kat pelamin besar tu.



Paper wheel tu aku buat sendiri ye, DIY sendiri gigihla aku nyiapkan benda alah tu. aku requestkan kat sepupu aku nak letak pada pelamin. Ala stapler je pada kain kat mini pelamin tu dah setel. Mungkin ada diantara korang nak tahu bagaimana nak buat paper wheel boleh tengok kat you tube ye ? banyak toturial yang ditunjukkan.


Paper latern tu lak aku beli on9 kat De' home project, sekarang memg trend kan orang guna paper latern tu letak kat pelamin.Masa aku order tu aku ingat bila xde mini pelamin aku nak letak la kat dalam bilik pengantin tapi bila aku confirm nak pakai mini pelamin so aku decide biar paper latern ni kat mini pelamin cun sikit.

talk to my hand : tengah hari macam ni sedap kalau pekena ice-cream BR



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, October 18, 2012

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


talk to my hand : macam tak berapa sihat la ari ni emmm..;'(

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, October 17, 2012

review baju nikah

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Patutnya aku review baju nikah  ni dah terbalik review baju sanding dulu ntah pape, tapi takpelah yang penting aku boleh kongsi-kongsi cerita persiapan untuk majlis besar aku 4 bulan yang lalu. Dah 4 bulan wey, baru sekarang tergerak nak review -.='. Sebenarnya ekut mood, kalau busy je sepanjang tahun memg taklah aku nak review tapi ni dah mcm makan gaji buta jerk aku nak lah buat review xsalahkan hikhikhik. Sharing is caring kan :)

Tema untuk majlis pernikahan adalah turquoise colour. Dulu-dulukan before kahwin la kan aku berkenan no dengan warna silver konon2 time nikah nanti nak buat warna idaman ni lah tapi hampeh disebabkan pendirian aku yang xtetap ni boleh lak aku beralih arah pilih warna turquoise.


Aku beli baju ni kat Jakel Jalan Tunku Abdul Rahman, kain jenis shiffon beaded, biasalah masa tu kat Jakel memg sentiasa ada buat pakej pengantin kan. Lagi-lagi time tu design shiffon tengah 'up' orang lain pakai aku pun nak pakai. Harga 1 set pakej baju pengantin ni termasuk kain untuk baju lelaki bidang 60 tau dalam lingkungan RM6++ kot. maaf xingat harga detail sebab resit dah buang huhu... Veil pun aku rembat kat situ jugak, salesman tu kata kalau beli dengan sekali veil dia boleh bagi murah. Veil pun dari jenis shiffon, aku cuba nak ingat harga tapi sumpah lupa lah.Total semua kalau xsilap dalam RM7++ mcm tula.Ni tak temasuk kain samping.

bersama bonda tersayang


posing-posing sebelum bertukar 'status'

close up sikit dari dekat baju tu :)

Baju nikah aku buat jenis kurung moden sebab nanti bila lepas kahwin boleh pakai lagi, *kalau rasa xmengembang lagi lah* :p that y aku pilih chiffon dari kain lace yang sarat dengan kerawang-kerawang yang boleh menyebabkan kegatalan pada kulit aku yang sensitif ni~~~ Baju kami tu tempah kat makcik Encik Suami.

Penyerahan mas kawin sebanyak RM22.50 ( Johor )

Encik Suami pulak lebih selesa dengan design teluk belanga beliau, katanya orang johor memg terkenal dengan teluk belanga nak-nak beliau tu keturunan jawa memg ngam lah kan, tapi mujurlah Encik Suami xpakai songkok yang 5 inci macam nak joget zapin tu kalau tak aisssshhh malu teman nak ngaku laki hahahahaha...

talk to my hand : Macamane xkantoi kalau dah macam nie haha.. ^______^
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Review Baju Persandingan

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

the perfect palette
Dah start untuk sesi review-mengreview *sesuka hati guna ayat rojak*. Untuk baju persandingan sebelah aku, tema 'peach' telah dipilih tapi ramai yang cakap warna oren, mungkin sebab oren lebih menyerlah dari warna peach. Memandangkan kombinasi slow ( peach ) + terang ( orange ) macam hokeh jerk, aku pun jalan jela.

Butik Pengantin Anjung Mustika telah dipilih bagi majlis persandingan aku yang diadakan di rumah datuk ku di Batu Pahat. Kenapa aku pilih butik tu sedangkan banyak butik lain ? Faktor utama sebab dekat dari rumah datuk aku, Kedua harga oke lah, dan ketiga aku malas nak pening2 kepala pikir untuk pulang ke BP bincang pasal hari besar aku ni. Bayangkan aku bincang dengan akak Mai (owner butik ) hanya melalui FB sahaja.

Pertama kali jumpa aku dah confirm kan aku akan hire dia *kes xnak peningkan kepala*. See mudah kan, pembayaran sebanyak rm150 telah dibuat tanda jadi, kemudian perbincangan yang lain diadakan secara online di FB jerk.Perbincangan dari segi tema pada hari tersebut, design pakaian dan design pelamin. Aku yakin Kak Mai mampu realisasikan impian aku di hari bahagia. Kebanyakan benda-benda ni aku dah surver2 kat internet, cari je menggunakan encik google kemudian discuss dengan Kak Mai design yang aku inginkan. Aku bagi contoh baju dan pelamin yang aku nak kak Mai buat masa majlis besar aku tu. Takdelah 100% Kak Mai buat apa yang aku inginkan, atlest dia cuba untuk puaskan ati customer dia yang cerewet ni.

Seingat aku banyak kali jugaklah aku tukar design baju, sebabnya patern yang aku pilih tu xbersesuaian dengan bentuk badan aku yang rendang ni ha -.=' sedih oke, makin nak dekat majlis makin mengembang badan aku mungkin stress barangkali pikir macam2 nak selesaikan, dengan jarak perjalanan yg beribu-batu dari KL ke Johor, dengan keje yg membukit menambahkan lagi stress aku ni.

Maaf, ni tak ingat ambil dari mana ???


1st design aku nak macam design dari Rins Suzana tu, tapi biasalah kan bila ketinggian xmencukupi terpaksalah dibatalkan. Lagipun Kak Mai cakap kain yg digunakan akan melebihi dari 4 meter.Lagipun xsesuai buat kat rumah, sebab kain dia akan meleret dahla tanah rumah datuk aku bukan jalan tar takut kotor pulak kan, so terpaksalah cancel.

Aku cari design lain pulak. Acely aku nak baju baru, aku nak design yang aku pilih dan baju tu bila aku pakai aku nampak tinggi walaupun aku gemuk muahahaha...Untuk baju baru tu aku kena tambah RM200 bagi baju Lelaki dan Perempuan. Gambar kedua menjadi pilihan aku :)





See lebih kurang sama kan ? cuma warna je yang berlainan. Aku memg puas ati dengan hasil kerja Kak Mai walaupun aku hanya fitting baju tu sehari belum aku bersanding ! fuh, nasiblah semuanya oke dan berjalan ekut flow~~~~

talk to my hand : tukar HP baru :)


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, October 16, 2012

Biar miskin hal dunia tapi kaya hal akhirat

www.tips-fb.com



talk to my hand : entry paling ringkas huhu...ada yang rasa-rasa nak tukar HP baru ke ? meh tgk sini canggih tu !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, October 15, 2012

Hey, budak kenapa kau comel sangat !!!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Antara baby boy dan baby girl, aku lebih suka baby boy, entah kenapa tak tahu, berkenan sangat kalau ada gambar baby boy yang cute-mute, hari-hari duk perhati jerk. stalker dan stalker. Mujur aku belum ada 'rezeki' kalau tak aku pun nak anak lelaki, tapi xkesah pun, laki ke perempuan yang penting ia anugerah dari Allah S.W.T.





Sumpah kau cumel kan budak ? aishhh rasa nak cubit-cubit pipi tu. Mungkin ada yang xtahu ni adalah anak Fynn Jamal, ada yang xkenal ? korang boleh search google cari siapa Fynn Jamal. Dan aku penah buat entry pasal si juna ni kat entry ni. Siapa tahu budak cumel ni dulu pernah terseksa disebabkan jantung yang membengkak, dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM35K tapi syukur alhamdulillah berkat usaha rakyat Malaysia meringkankan beban ayah dan bonda juna, juna membesar dengan sihat :). x puas lagi nak tengok gambar juna ni yang sangat fotogenik depan camera aku letak lagi .


cumel sungguh !!!

talk to my hand : bulan kesedaran kanser payudara sedunia, sambil membeli softlan boleh menderma
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...