Terima Kasih Sudi Like

Monday, December 30, 2013

Wishlist 2013 yang terlaksana !

www.tips-fb.com

Salam

Lagi satu hari je nak masuk tahun 2014, oh cepatnya masa berlalu 2013 dah nak melabuhkan tirainya, 2014 bakal menjelma. Macam biasalah tahun baru azam baru, semangat baru, yang penting wishlist pun kena baru huhuhu...

Apa wishlist aku pada tahun 2013 ni boleh tengok dekat sini LINK. Alhamdulillah walaupun tak semua wishlist aku tercapai atlest ia cukup buatkan aku bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T bagi untuk aku.Melimpah ruah sangat aku rasa sampai tak mampu dan tak layak nak minta apa-apa cukuplah dengan apa yang ada ni Allahuakhbar ! T________T

Antara wishlist yang tercapai bagi tahun 2013 adalah :-

http://milaahmad.blogspot.com/2013/03/salah-satu-wishlist-tercapai.html
honeymoon - Melaka
honeymoon - Singapore
honeymoon- Krabi


Yang mana belum bertanda kita bawak ke hadapan teheeeee~ mungkin masih belum ada rezeki lagi untuk tahun ni, takpe-takpe jangan give up, orang yang sabar ni pahalanya banyak, harap aku jugak tergolong daripada golongan yang sabar aaaaammminnnnnn ~

Aku percaya pada rezeki Allah S.W.T mungkin aku terkurang disini tapi terlebih disana, syukurlah dengan apa yang ada sekarang. Setiap orang rezeki tak sama, selagi kita usaha dan tidak jemu berdoa In Sha Allah akan ada bahagian untuk kita.

Korang nak tahu apa wishlist aku untuk tahun 2014 ??? Tunggu ya will be update soon !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, December 20, 2013

Budget Keseluruhan Percutian Krabi, Thailand

www.tips-fb.com

Salam

Finally habis jugak entry Krabi aku ni setelah terperam berbulan-bulan hikhikhikhik....Dasar femalas kemainnnnn kau ni.Sambung cerita semalam pukul 5.00 pagi terus pergi airport, dekat airport diowang sunyi sepi langsung takde orang yang ada kami-kami jelaaaa~ sampai airport sambung tido balik krohkrohkroh.......

Flight pukul 7.40a.m sampai LCCT dalam pukul 11.00 pagi lebih kurang then naik shutter bus turun jalan Ipoh.Tiket bas sorang RM8, 2 orang RM 16,dari Jalan Ipoh amek teksi terus ke rumah Yaya RM 5.

Total perbelanjaan adalah :

Tiket shutter bas 2 orang = RM 16
Tambang teksi = RM 5

TOTAL = RM 21

Ini adalah turutan entry-entry Percutian Krabi, Thailand selama 4hari3malam.


Budget Keseluruhan ke Krabi, Thailand

Tiket Air Asia Flight return 2pax  4H3M include return meals  :RM 500.91
Hotel 4 hari 3 malam termasuk breakfast : RM258
Cab ke KL Central ( midnight ) : RM18.40
Bas ke LCCT 2 orang per way : RM16.00
Airport transfer return 2 orang   : 3000 THB/11 orang = 273THB x 2 = 546 THB
                                                  convert duit M'sia =546 THB x 10.45 = RM57.00
Air mineral kat LCCT                : RM1.50
Pakej Elephant TrekkingEmerald Pool, Hot Stream : 2000THB convert duit M'sia =RM209
Air mineral kecil 2 botol :20THB convert duit M'sia =RM 2
Tips guide : 50THB convert duit M'sia = RM5
Air Kelapa 40THB convert duit M'sia = RM4.20
Ice-cream 2 biji  140THB convert duit M'sia = RM14.60
Vitamilk + bebola 80THB = RM8.40
Tuktuk dari Hotel ke Krabi Town pergi balik 2 orang  200THB convert duit M'sia =RM20.90
Extra tips driver tuktuk 20THB convert duit M'sia = RM2.90
4 pinggan nasi ayam 1 tapau 200THB convert duit M'sia = RM20.90
1 ketul tote bag 130THB =RM13.60
Makan / Minum kat 7E 362THB =RM37.80
Smothie Strawberi 450THB =RM4.70
Beg Water Proofing 5 liter 300THB = RM31.35
T-shirt Muay Thai 200THB RM20.90
FM & Keychain 500THB RM52.25
Baju Krabi, Thailand 300THB =RM31.35
Pakej Phi-Phi Island 2200THB = RM229.90
FM Maya Bay 60THB convert duit M'sia = RM6.30
Frame Phi Phi Island = RM10.00
Tuktuk pergi balik Ao Nang Town utk 2 orang 80THB  convert duit M'sia = RM 8.40
Tuktuk pergi amek barang tertinggal utk 3 orang 60THB = RM 6.30
Makan Chaba Thai 760THB = RM 79.40
Pancake banana Chocolate 40THB = RM 4.20
Lampu tidur 300THB = RM 31.40
Beg Syiling 250THB = RM 26.10
Selipar 50THB = RM 5.20
Baju Dragon utk kawan mcdee 200THB = RM 20.90
6 helai t-shirt 840THB = RM 87.80
Redbull 10THB =RM 1.00
Topup 110THB = RM 11.00
Suar Pendek mcdee 240THB = RM 25.00
Air Mineral 10THB = RM 1.00
Coke tin 60THB = RM 6.30
Pakej 4 island with longtail 800THB 2 orang  convert duit M'sia = RM83.60
Kayak 2 orang 500THB = RM 52.30
2 Air tin 80THB ( mahal ) = RM 8.40
Makan di Restoran Sarefah 335THB 2 orang convert duit M'sia : RM 35.00
Oil Massage 250THB = RM 26.10
Thai Massage 250THB = RM 26.10
Solution Lense Mcdee 60THB =RM 6.30
Tuk tuk Kolid 40THB = RM 4.20
Beg balik kampung 150THB = RM 15.70
Keychain Gajah 100THB = RM 10.50
Keychain Pensil 100THB = RM 10.50
Beg burung hantu 150THB = RM 15.70
Tiket shutter bas 2 orang = RM 16
Tambang teksi = RM 5

GRAND TOTAL : RM 2,197.26


REVIEW PRODUCT



Kepada korang-korang yang suka pakai inai tu, aku nak bagitau aku ada jual inai daun tau, ni inai daun asli yang petik dari pokok tu, inai daun tulaaaaa, xpayah susah-susah nak petik nak tumbuk bagai 1 kon tu tinggal pakai je, mudah dan cepat

1 kon inai tu cukup 10 jari, 6 bulan tahan kalau disimpan dalam peti ais bahagian beku.

So berminat nak cuba,boleh contact aku 012-2531649  ( msg & whatsapp only )

Nak cod pun boleh tapi hanya di lrt setiawangsa dan lrt ampang sahaja !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, December 19, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Spa di Dara Massage

www.tips-fb.com

Salam

Kalau ada yang terlepas nak baca entry percutian Krabi aku ni dari mula korang boleh klik link Krabi, situ semua cerita dari hari pertama sampai Krabi sampai hari ketiga. So jangan risau ye ! oke entry before ni kitaorang buat 4 island dan kayak, balik dari buat aktiviti tu kami pulang ke hotel siap-siap untuk keluar makan lewat petang hihihi...


Untuk hari ke tiga di Krabi ni kami pilih makanan dari Restoran Sareefah, tak jauh pun dari hotel jadi kitaorang jalan kaki beramai-ramai mencari restoran tu. Kalau dari hotel kami dia sebelah kiri jalan. Apa yang penting restoran ni HALAL jugak ;).


Fried Rice Chili Paste with Chicken 60THB, Ice Lemon Tea 40THB


banana pancake with chocolate 25THB

*makanan laki aku tak tangkap gambar pasal kami duduk asing suami geng suami isteri geng isteri senang nak bergosip kehkehkehkeh*

Kali ni aku catat dalam phone apa yang aku makan, aku order Fried Rice Chili Paste with Chicken 60THB, Ice Lemon Tea 40THB , Oren juice 40THB , Fried Rice Tomyam Seafood 70THB  dan Crab Omelette 100THB. Menu wajib adalah banana pancake with chocolate 25THB muahahaha, 3 hari dekat Krabi 3 harilah tibai makan pancake sedap Ooooo...Total semua adalah 335THB



Lepas makan jalan balik ke hotel, plan nak buat massage pulak ! Aktiviti yang ditunggu oleh semua orang, 3 hari berhempas pulas bermain air, melompat apa suma badan mesti sakit-sakit dan letih jadi makanya marilah beurut time yahoooo~ Untuk massage aku pilih oil massage 250THB, laki aku pilih thai massage 250THB. Urutan selama 1 jam ea.


Massage time !gelap muka aku time ni, berjemur je bila minum Ephyra jadi cerah kembali ;)

Selesai 1 jam sesi urut mengurut jangan kau harap kami akan balik hotel, wang yang masih 'banyak' berbaki di tangan, eh banyak kauuuuuu haha~ padahal berapa je tinggal , gigih ni berjalan ke kedai berhampiran tengok kalau-kalau ada yang berkenan nak bawak pulang ke Malaysia hari last kan rugilah xabeskan duit yang ada esok nak pulang dah.

Yang berjaya dirembat oleh aku adalah :-


Beg burung hantu 150THB


keychain anak gajah 100THB keycain pensil 100THB


Beg balik kampung 150THB

Dah puas shopping balik hotel naik tuk tuk Kolid kena 40THB memasing tak larat dah nak jalan kaki. Sampai hotel geng suami suma naik atas mentido yang geng isteri ni masih stay lagi dekat bawah cit cat cit cat sampai kul 3 pagi. Kul 3 baru naik atas kemas barang apa suma pukul 5 dah check out untuk pergi Airport. Naik je van terus semua bantai tido krohkrohkroh....

Total Perbelanjaan :
  
Makan di Restoran Sarefah 335THB 2 orang convert duit M'sia : RM 35.00
Oil Massage 250THB = RM 26.10
Thai Massage 250THB = RM 26.10
Solution Lense Mcdee 60THB =RM 6.30
Tuk tuk Kolid 40THB = RM 4.20
Beg balik kampung 150THB = RM 15.70
Keychain Gajah 100THB = RM 10.50
Keychain Pensil 100THB = RM 10.50
Beg burung hantu 150THB = RM 15.70

TOTAL = RM 150.10

* tak sabar dah nak kira perbelanjaan untuk percutian Krabi ni, sebab sampai hari ni aku sendiri tak tau berapa habis T________T. stay tuned yaaaa~




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, December 18, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Pakej 4 Island

www.tips-fb.com

Salam

Dah masuk hari yang ke- 3  ( 24.6.2013 )

Masuk hari ke tiga masih dengan aktiviti air nya, pergi Krabi tak main air rugilah, so kitaorang pergi snorkeling di 4 island. Pakej yang ni kami naik long tail sebab semalam dah naik speedboat hari ni nak rasa kelainan naik long tail pulak. Hari ni punya pakej siap ada kayak selama 1 jam  yeay !!!

Macam biasa breakfast dan tunggu van pick up kitaorang semua ke Ao Nang Beach, kami naik dari sana. Sampai je terus isi maklumat dekat kertas yang diaowang bagi, Tujuan maklumat diisi sebagai insurans jika berlaku apa-apa perkara semasa berada di pulau.


Apa-apa kita sarapan dulu


Tu diaaaaaaa Syafiq menunjukkan cara-cara pakai sunblock kot hahaha, pemakaian sunblock penting tau kalau buat aktiviti outdoor 

Dah siap isi segala ready to goooo~ eh bukan nak pergi dah tapi nak bergambar hahaha. Kan benda wajib tuuuuu~


Dah kenapa Yaya sorang je patern lain lompatnya haha....




Lelaki kalau suruh melompat memang style la kan ~

Serius aku cakap naik long tail ni memang mencabar gila, kalau speedboat boleh tahan laju long tail ni slow sikit slow satu hal hei rendahnya boat ni bila ombak besar datang langgar long tail ni kecik besar kecik besar usus perut aku -.='. Mabuk jugaklah tapi tak muntah. Long tail ni dia tak digalakkan berdiri sebab nanti boat tak seimbang tergolek pulak boat tu. Kesan naik long tail ni bila ko dah balik hotel nak mandi pun terasa-rasa macam ko atas long tail terhuyung hayang macam tu sekali tau penangannya hebakkkk tak ???

1st destinasi stop dekat Phranang Cave, situ masuk toilet je kena bayar 10 THB sorang mahal kan ? pastu beli air tin 20THB, kat situ cuma 45 minit je jadilah kan dapat tengok monyet berlonggok-longgok dekat situ, jinak jugak tak liar pun.Nak jalan jauh lagi takut kena tinggal pulak sebab masa yang diberi pun tak lama so teruslah ke long tail.





Next pergi Poda Island kat sini kitaorang lunch, lepas makan kita buat kayak. Group kitaorang je yang buat kayak group lain snorkeling. Kayak amek masa 1 jam. 


Lunch time jangan kau mimpi nak makan ada meja ada kerusi bersila sudaaaa~


Ready nak buat kayak time ni


Takutnya hanya Allah je yang tau -.=' bila naik kayak dekat laut tak sama dengan tasik tau. Ombaknya lagi tenaga kena pakai banyak.

Kayak ni memanglah best tapi penat sebab kena kayuh, nasib baik 1km je kalau 7km pitam aku rasaaaaa Dahla tak pandai berenang laki aku asik nak ketengah je makin lama makin jauh ketengah aku dah kecut perut dah sampai gaduh² dibuatnya.


Muka penat mengayuh, agak-agak boleh kurus 18kg tak berkayak muahahaha....



Bila berkayak ni bukan ekut suka mengayuh dia kena sama-sama kalau kiri-kiri kalau kanan-kanan org depan kena bagi arahan sebab orang belakang yang nampak orang depan. Kalau degil memg tak bergeraklah kayak ko tu.Kalau tak seiring kayuhan tu kita akan jadi lebih penat sebab tak seragam 

Guide group kayak kitaorang ni namanya Mr Dome, dia bawak kitaorang pergi satu pulau dimana pulau ni dulu ditutup  sebab memberi laluan untuk pengembaraan filem ' Castaway '.


Nie salah satu tempat dalam filem 'Castaway',



Masing-masing posing bersama pengayuhnya.Ada macam atlet tak? Ada pulak atlet kayak ahahahaha...

Next  kami melalu dekat Chicken Island, kenapa namanya Pulau Ayam ? sebab bentuknya macam ayam kot huhuhu....Hari ke dua snorkeling ni aku langsung tak turun untuk snorkeling. Entahlah rasa macam malas je nak turun dari boat, kita kan tak pandai berenang nanti lemas susahkan orang so decide baik takyah turun.



Kat Chicken Island ni lagi banyak ikan berbanding Phi Phi Island, Tapi ikannya satu jenis jela takpe la kan dari takde huhu....


Tulah bentuk long tail yang kami naik, agak-agak korang  tak seram ke ~



Kalau buat aktiviti air beg waterproofing diperlukan untuk simpan hp, wallet dan camera

Last destinasi adalah Tup Island, tempat paling ditunggu dimana kat sini terdapatnya pulau bersambung. Menariknya pulau bersambung ni kita boleh berjalan kaki sahaja atas pasir untuk ke pulau sebelah itupun kalau air surut, kalau air pasang korang takkan dapat seberang ke pulau sebelah.




Time diaowang seronok amek gambar sana sini kami laki bini pergi beli air tin dekat gerai berdekatan


Total Perbelanjaan :

Pakej 4 island with longtail 800THB 2 orang  convert duit M'sia = RM83.60
Kayak 2 orang 500THB = RM 52.30
2 Air tin 80THB ( mahal ) = RM 8.40

TOTAL = RM 144.00

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, December 17, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Ao Nang Town

www.tips-fb.com

Salam

Lagi dan lagi huhuhu....tengah rajin kan ? jangan tegur tau diam-diam je baca. Tak suka baca tekan butang pangkah dekat atas yang paling kanan tu.


Balik dari Phi Phi Island, takde maknanya nak berehat bagai masa tu kan emas mane boleh dibiarkan begitu sahaja rugi woOOOoo dekat hotel discuss dengan Nong pasal pakej untuk esoknya pakej 4 island dan kayak, riki riki harga dapat 400THB seorang untuk 4 Island with long tail dan 250THB seorang untuk kayak. Total untuk dua orang adalah  1300THB

Dah siap-siap mandi apa semua,turun dekat lobi dan planning beramai-ramai pergi cari kedai makan untuk mencekik, lapar bukan main lagiiii. Kedai makanan yang menjadi pilihan adalah Chaba Thai Kitchen And Seafood Restaurant. Ni restoran HALAL sebabnya owner ni orang Kedah, Tak payah nak tergeliat lidah speaking omputih naaaaa.


Mencari kedai makan untuk diserang oleh kami


Datang Krabi boleh singgah makan dekat sini HALAL tau


Actually dah lama xbuat entry lupa pulak air apa T______T


Siakap tiga rasa


Tomyam Kong


Ni pun tak ingat huhu...tapi sedap !


Telur dadar

Kaw-kaw makan ! total makan dekat sini 760THB. Dah setel makan pergi Ao Nang Town pulak yeay !. Kitaorang naik tuktuk masa datang tadi. Sorang pergi balik 40THB. Ao Nang Town ni lagi banyak souvenir berbanding Krabi Town, harga boleh tawar lagi.

Masa jalan-jalan nak pilih souvenir tu terjumpa gerai jual pancake apalagi semua, pantang wey, pantang nampak pancake dah kenyang tapi nak rasa jugak pancake. Aku order banana chocolate  40THB



Rasa not bad lah lagi sedap dekat Krabi town

Laki aku beli redbull 10THB, dekat Krabi redbull adalah air paling murah tau, jangan tak tau cuba dekat Malaysia mahal kemain -.='. Kemudian topup phone nak call mak mertua dekat Malaysia heeee~ orang sana panggil topup adalah popup, popup dalam 110THB

Mari tengok hasil tangkapan yang berjaya dibuat masa dekat Ao Nang town


Lampu tidur comey tak??? lampu ni dibuat daripada tempurung kelapa tau, aku beli yang duduk sebab nakkan dia stabil kalau yang berdiri tu tak berapa nak stabil !


Beg wang syiling


Baju adik beradik,Ieza dan suami ( Nas Arab )

Selipar, tiada gambar !


Cap tu untuk abah, aku  pesan dekat Eida suruh dia belikan, tapi aku rasa aku xbayar lagi duit cap ni dekat dia haha....
Beg tu besoknya baru aku beli.malas nak crop masuk je sekali hahahaha...

Dah puas tawaf satu Ao Nang Town kitaorang pun balik ke hotel naik tuk tuk 2 orang kena 40THB. Sampai je hotel boleh pulak laki aku teringat yang barang dia tertinggal dekat kedai last masa kitaorang beli baju . Nak tak nak kenalah patah balik, masa ni geng suami jela yang ekut, geng isteri lepak dekat lobi sembang-sembang tunggu suami balik Sempat pulak laki aku beli seluar pendek 240THB masa pegi amek barang tertinggal tu. Tepat pukul 12.00 malam masing² pulang ke sangkar huhuhu...

Total Perbelanjaan :
Tuktuk pergi balik Ao Nang Town utk 2 orang 80THB  convert duit M'sia = RM 8.40
Tuktuk pergi amek barang tertinggal utk 3 orang 60THB = RM 6.30
Makan Chaba Thai 760THB = RM 79.40
Pancake banana Chocolate 40THB = RM 4.20
Lampu tidur 300THB = RM 31.40
Beg Syiling 250THB = RM 26.10
Selipar 50THB = RM 5.20
Baju Dragon utk kawan mcdee 200THB = RM 20.90
6 helai t-shirt 840THB = RM 87.80
Redbull 10THB =RM 1.00
Topup 110THB = RM 11.00
Suar Pendek mcdee 240THB = RM 25.00
Air Mineral 10THB = RM 1.00
Coke tin 60THB = RM 6.30

TOTAL = RM 314.00





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, December 16, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Phi Phi Island

www.tips-fb.com

Salam

Jangan pelik tetiba aku muncul ye, sekarang gigih nak abeskan entry pasal Krabi sebab ada percutian lain bakal menanti heeee~

Imbas kembali entry hari pertama di Krabi






Hari ke dua - 23 Jun 2013

Hari kedua kitaorang buat aktiviti air, jam 7.00 pagi dah turun ke lobi utk breakfast sebab pukul 8.00 pagi dah nak gerak ke Noppharatara Beach naik tuk tuk dari Aonang Orchid Resort *dalam pakej Phi-Phi Island disediakan *


Di ingatkan sebelum buat aktiviti di pagi hari, pastikan korang breakfast dulu dekat hotel. Add on siap-siap sebab kalau tak confirm takkan sempat nak breakfast dekat kedai luar.

Sebelum nak buat aktiviti update IG dulu kihkihkih....

Tepat jam 8.00 pagi tuk tuk datang amek kitaorang dan terus pergi ke Noppharata Beach. Dekat situ  akan ada speedboat yang ambil kami untuk pergi ke Phi-Phi Island. Sementara tunggu speedboat datang kami pun apa lagi berposing sakan sampai lebam ni, tak hirau pun org tengok fedulikkkk janji kami happy.

Muka memasing yang nak pergi main air



yihaaaaaaa


Yang perempuan boleh tahan jugak mane nak kalahhhhh, agak lompat tirus tu boleh tinggi gamaknyaaaa


Sedondon buah kedongdong

1st kami di bawa ke Bamboo Island perjalanan pergi sana lebih kurang 45 minit. Kemain laju speedboat tu bila langgar ombak besar macam nak terbang aku rasa, berdebar² tapi cool je siap pakai spec hitam lagi.Kena pakai walaupun tak panas dalam boat tu sebab senang nak mentido orang tak nampak hikhikhik....

Ada peristiwa time sebelum sampai Bamboo Island ni, aku baru nak terlelap tiba² dengar macam buah jatuh kot teanjat gegurl rupa-rupanya ada seorang laki dia mabuk laut dan terus muntah kecian bininya abes kena muntah suaminya tu takpe tahan lagi ni dengan aku aku sekali terkena percikan muntah dia -.='. Takpe dimaafkan nak buat macam mane dah mabuk laut kan. Sek baik aku tak mabuk laut kalau tak aku muntahkan balik kat dia hahahaha jahatttttttnya aku !

Sampai Bamboo Island kitaorang cuma mandi-manda sambil snorkeling je, Takde apa-apa pun cuma laut very the cantik u olsssss 1 jam dekat sini.


Muka aku masam mencuka tahan panas, baru 1 jam dah hitam melekut kulit -.='

Next destination pergi Phi Phi lay, dekat sana ada Viking Cave tak boleh turun cuma ambil gambar dari atas bot je, Heiiii ya Allah cantiknya pemandangan.




Subhanallah, air laut biru kehijauan tuuuu~

Kemudian pergi Phi Phi Lagoon, mandi lagi nama pun aktiviti air mesti mandi je setiap masa. Sepatutnya kitaorang pergi Maya Bay tapi terpaksa batal sebab ombak besar sangat tu yang digantikan ke Phi Phi Lagoon tapi cantik jugak dkt situ.

Jangan tak tau dekat sinilah aku lemas kehkehkeh~ Bodoh tau tak tahu berenang tapi nak berenang kan dah lemas. Nasib Baik takde pape. Ceritanya macam ni, orang lain semua dah terjun tinggal aku dengan Yaya adalah 2 3 orang lagi je yang belum terjun, nak terjun tapi takut-takut sekali guide tour suruh aku 'jump' 'jump' gelabahlah aku tu, aku pun terjunlah sekali kau amek tenggelam kot hampir separuh baju jaket pun tak dapat tampung berat aku dah macam nak lemas aku rasa aku capai tali dengan orang depan aku, nak nangis pun ada, laki aku masa tu mane ntah tengah syok berenang agaknya, biar je aku terkontang kanting nasib baik ada Syafik dengan Yaya  tolong imbangkan badan. Wuuuuaarrrgggggghhhhh bila tak pijak dasar aku rasa gelabah gila tu yang boleh lemas tu 10-15 minit dah oke sikit tapi masih takut, aku tak berani nak pergi jauh so mengekor jela kawan-kawan pergi mana.


Muka orang lemas tu tapi berlagak cool, ini semua poyooooo~


Ni dah oke sikit bolehla nak posing haha...



Cantikkan tempat ni, air lautnya gunung-ganangnya tapi tempat ni 'keras' oiiiii

Dah puas mandi perut dah bunyi rentak Zapin Melayu, jom kita lunch ! makan tengahari termasuk dalam pakej ea. Kitaorang makan dekat Phi Phi Don, jangan risau makanan ni HALAL area situ jugak ada jual souvenir, disebabkan tak dapat pergi Maya Bay jadi kami beli FM Maya Bay sahaja.


Menu tengahari aku, kenyanglah jugak



FM Maya Bay 60THB



Dah macam pasukan bola sepak aku tengok gambar ni

Aktiviti terakhir adalah snorkeling di Shark Point ( Hin Pae ), nama je Shark tapi takde jerung , kalau bertuah jumpalah tapi confirm² kau mati dekat situ huhuhuhuh...Kat sini ombak kuat, aku dah lemas² tadi pun turun jugak berani kan ? dalam takut-takut pun ku gagahkan jua sebab kawan ^_____^


Sejuk mata memandang cantik giler walaupun ombak agak besar !

Time dekat sini memang aku pegang tangan kawan memang tak lepas takutnya jangan cakap berapa kali tertelan air masin, nak nangis dah tapi tak nak naik hahaha...gigih Zul dengan Nory stabilkan aku, dalam air kalau rasa gelabah nak lemas jangan cakap diam je supaya air tak masuk mulut, tapi tau jelah aku lagi nak lemas lagi mulut tu membebel mana tak masuk air hahaha...TQ tau korang tolong kita yang nak lemas ni hahaha....

Balik tu da sampai pantai jangan lupa beli frame gambar korang tau. ada macam meja jual2 frame tengoklah kot-kot muka korang ada.


masam gila orang dalam gambar ni, gaduh ke apa haha....


Beginilah jadinya kalau gambar candid hasilnya muka aku masam mencuka huhuhu...ni tengah fokus tengok hp tu yang gitu je...lain kali korang jalan pimpin tangan baru sweet ^______^ Frame ni kitaorang bayar guna duit Malaysia RM 10.00 je.

Total perbelanjaan :

FM Maya Bay 60THB convert duit M'sia = RM6.30
Frame Phi Phi Island = RM10.00

TOTAL = RM 16.30






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...