Terima Kasih Sudi Like

Friday, December 16, 2016

Tukar Kad Maybank Visa Debit dengan Gambar Sendiri

www.tips-fb.com

Salam

Since ramai yang tanya macamana nak tukar kad Maybank Visa Debit ni, aku tunjukkan cara macamana nak apply, aku tak pandai sangat nak terang tapi harap dapatlah sedikit membantu korang yang teringin nak Kad Maybank gambar sendiri macam aku.

Ni bagi sesiapa yang belum tukar kad baru tau. Yang dah tukar tu kad gambar buah ceri tu kan, tak pasti pulak boleh tukar ke tidak.

Ni antara langkah-langkah yang perlu korang ikut :-


2. Dah klik, cari bahagian HOW TO APPLY  then click tulisan berwarna biru yang tulis CLICK HERE to apply for Debit Picture Card.

3. Baca terms & Condition and click accept tanda setuju.

4. Untuk upload gambar korang klik pada USE CUSTOME IMAGE. Pastikan korang memilih gambar yang sesuai mengikut spesifikasi size yang diberi. ( tips : cari gambar yang muka korang nampak dengan jelas jangan letak gambar yang menutupi tulisan maybank tu )

5. Dah setel upload masukkan data seperti email, last 4 digit no ic serta tempat cawangan  tempat pengambilan kad. dah siap isi klik continue nanti kad korang akan di review.

6. Pembayaran mesti di buat melalui akaun maybank 2u korang ye. Harga untuk Picture Debit Card ni ialah RM26.50.

7. korang akan dapat macam ni kalau kad tu dah berjaya di apply.


8. Ni email yang seterusnya . untuk maklumkan pada kita yang kad tu dah berjaya di proses. email ni kena print dan bawa semasa korang nak ambil kad di cawangan yang dipilih. Untuk pengambilan kad kena bawa kad bank lama, kad pengenalan dan email seperti dibawah ni, tak boleh wakil kita sendiri yang kena ambil.


9.Kemudian dapat lagi satu email yang memaklumkan kad kita dah ready untuk diambil.


10. yeay !!! kad dah dapat, tak lama sangat pun tunggu. 



Nanti korang cuba ye. aku memang dah lama teringin nak kad MAYBANK gambar sendiri. biasa buat untuk touch & go je, bila Kad Maybank boleh buat gambar sendiri teruja nak buat.nasib berjaya !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, December 9, 2016

#sayajualinaidaun

www.tips-fb.com

Salam

Hi semua, sape minat pakai inai daun dan obses gila dengan inai macam aku ? sep sikit kita geng !. pakai inai tu mudah je tapi nak menyiapkan tu lama. Kalau dulu-dulu rumah atuk nenek kita kena petik daun inai tu kena siat satu-satu lepas tumbuk atau giling.renyah kejenye kena penuh kesabaran gitu.

Sekarang banyak dah kan jual serbuk inai daun tu. Ada yang inai mekah, ada yang inai dari india, ada jugak yang inai dari tempatan. Tapi tak semua inai tu bila kita pakai ia akan merah. ada yang oren. Sebab inai daun ni sangat bergantung pada darah kita.

Eh, sebenarnya aku nak bagitau aku ada jual inai daun yang dah siap diadun menggunakan resepi yang tersendiri, paling penting takde bahan pewarna atau bahan kimia bebas dari tu semua 100% guna bahan semulajadi .  Kalau korang pakai ikut step yang aku ajar, In Sha Allah warna memang meletop. kemerahan inai daun ni bergantung pada darah kita, jadi result yang korang dapat berbeza-beza warnanya.

Before aku terangkan lebih lanjut korang follow la IG kita ni dulu ye hihi..


Instagram : hennaart_bymila

Kalau perasan dekat sidebar aku tu aku dah tempek dah. Just klik pada gambar untuk lihat gambar-gambar feedback dari customer kesayangan aku. Takpun korang search je #feedbackcustkakmila

1 kon 40 gram = RM 10.00 (exc postage )

Inai daun yang dah siap diadun aku akan masukkan dalam kon macam ni, jadi memudahkan korang untuk terus pakai, paling senang untuk bakal-bakal pengantin. Mudah tak? xpayah nak kotorkan tangan, tak payah nak tumbuh bagai, tinggal pakai pengantin pun tak stress.

KELEBIHAN INAI DAUN 

  • warna tahan lebih lama (1 minggu atau lebih )
  • bau daun inai yang segar
  • warna akan menjadi lebih pekat selepas 8 jam pakai
  • dapat merawat kuku dan kulit (cagu dan ketuat)
  • menyejukkan kulit kepala

Ni result inai daun dari customer, banyak lagi gambar yang customer aku share kan, nak tengok kena follow ig tau.tau. Kalau berkenan nak order pun sangat dialu-alukan, whatsapps je no pada gambar tu ye.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, December 7, 2016

Rombongan ke MAHA 2016

www.tips-fb.com

AHAD  4 Disember 2016, aku pergi MAHA 2016 atau nama panjangnya Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism. tak paham lagi google translate naaa...hikkkssss...pergi ramai-ramai satu bas. Kalau aku saja pergi memang takla. Tak sanggup nak redah lautan manusia, jem lagi panas lagi berlecak ketiak kita.

Aku pergi pun under Peladang, mak abah aku ahli peladang jadi diaowang invite sape nak pergi boleh turut serta. tiket bas disponsor dan diberikan elaun makan dan minum.Aku dengan adik bongsu aku pun ngikut jugak kebetulan ada kekosongan tempat duduk. Ada tujuan sebenarnya kenapa aku nak ikut.hihi...

Bertolak dari Batu Pahat pukul 3.30 pagi, diulang 3.30 pagi tau. gila pepagi buta berkumpul dekat dewan peladang. Kitaorg kena sampai awal pagi dekat MAEPS, Serdang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sampai sana lebih kurang kul 8.30 pagi rasanya. itupun kenderaan dah banyak oke, sebab weekend kan. Budak dah start cuti sekolah lagi. So kalau sesiapa nak pergi MAHA tu pergi awal-awal parking pun masih tak penuh.


Aku nak ikut p MAHA sebenarnya nak jumpa budak nila, haha...anak buah aku aryan. rindu sangat kat dia selalu tengok gambar dengan video je so alang-alang dah turun kl aku suh mama dan babah aryan bawak aryan jumpa makngah dia hehe..Adik aku dua orang duk kl jadi kitaorang berjumpa kat MAHA jela. nak tunggu balik kampung tak tau lagi bila.


Dah jumpa atuk, nenek, makngah dan acu budak ni suka diagah senyum je, lepas tu ngantuk tido. orang lain semua sarapan nasi lemak dia bantai mentido atas meja, nasib baik time tu belum panas lagi. kecian budak-budak nak tido kalau panas membahang.


adik aku no 4 pun gigih datang bawak geng sebab nak jumpa mak abah huhu...




Sekejap je tido, dah bangun dah ini budak tetiba je naik bas haha..kitaorang kat MAHA ni macam tak tau hala tuju ikut suka je nak g mana-mana, tengok peta pun macam tak paham, orang beratur naik bas, kami pun ikut tapi pergi mana tak tahu haha..dah tu orang turun, kitaorg turun jugak. pastu beratur naik bas balik. kelakar ! 





Gambar-gambar kat atas ni aku ambil dari dalam bas rapid je, yang mana sempat je sebab bas jalan laju jugak tak berhenti pun. bas bergerak dari point A terus point B tanpa henti. klu nak turun tempat dalam gambar tu mungkin kena naik bas lain kot.Luas gila MAHA 2016 sampai aku pening.


Dalam banyak-banyak tempat aku cuma masuk FAMA - Castle of Fruits sebab paling dekat diantara semua. kira dari tempat beratur bas tu jalan kaki je masuk sini. Mari kita tengok apa ada dalam tu.


Dah kata castle of fruits dalam tu memang semua buah-buahan la, masuk je korang akan nampak orang jual durian belanda, dan jus. Sedap jusnya aku beli 3 botol-RM10 tapi gambar takde lupa tangkap. pure air durian belanda. lepas tu akan nampak bingka jagung ni penuh satu meja. banyak gila disusun mungkin nak buat book of record ke ntah tak tau.





Segala macam buah-buahan tempatan ada jual dalam tu, aku beli buah naga, 2 biji RM5 hihi. ais krim buah ada, ubi rebus, jagung rebus macam-macamlah.

Tempat lain aku tak pergi malas sebab panas hoii..aku stay dekat area food truck je 2 3 jam sementara menunggu pukul 3 untuk gerak balik. Bila dah panas-panas cam tu minum air jela yang mampu nak mkn pun macam malas plus ramai gila orang. Tapi sempat je order cendol durian special cup besar RM10 air A&W ice-cream vanilla RM7.90. keropok lekor, 5 ketul RM2 buah nenas, air mangga. nampak banyak gila minum air lepas tu azab nak g tandas. beratur kat tandas setengah jam tunggu turn -.='



Lebih kurang pukul 4 kami dah nak bertolak balik, keadaan lalu lintas yang memang sesak, nak masuk jem nak keluar pun jem, so pandai-pandai korang adjust time k. better pegi time weekdays la kot tak crowded sangat.

Tips ke MAHA 2016

-Datang awal pagi, parking masih kosong.
-elok pakai t-shirt sebab confirm ketiak akan berlecak punya, panas tak ingat punya!
-bawak payung
-pakai sandle, sneakers atau sport shoes, jangan mimpi nak high heels bagai
-bawak portable kipas untuk anak kecil
-elakkan beli air atau makanan dekat tempat parking, sebab harga lebih mahal berbanding dalam kawasan MAHA.
- kalau tak paham, tak tau tengok peta nak tanya apa-apa soalan, korang tanya pada bebudak yang pakai bid hijau, diaowang sedia membantu.

Oke sekian cerita MAHA 2016 untuk korang. bai!








♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 28, 2016

Resepi : Roti Paratha Inti Ayam

www.tips-fb.com

Salam

Biasa kalau resepi yang mudah dan cepat tu memang aku suka sangat, Nak-nak resepi yang tak melibatkan nasi. Laki aku sekarang memang kena kurangkan nasi dan lauk yang berminyak, makanya marilah kita beralih arah ke resepi yang kurang berminyak dan ekspress untuk disiapkan.

Kalau ikut bahan-bahan dalam gambar aku nak buat kebab tau. Tapi memandangkan kedai area rumah ni roti pita takde tiba-tiba aku tukar menu jadi roti paratha hahaha...jadi aku minimumkan juga bahan-bahan yang digunakan

BAHAN-BAHAN :

1. Roti Paratha jenama KAWAN
2. Burger ayam * patutnya daging kisar tapi takde jual kat kedai tu, lagipun laki xboleh makan daging
3. Bawang Holand
4. Timun
5. Carrot
6. Sos cili
7. Sos tomato
8. Mayonis
9. Butter


1. Bawang holand, timun dan carrot dipotong dadu. kemudian gorengkan bahan-bahan tersebut menggunakan butter. Carrot tu kena masak lama sedikit.

2. Burger ayam tu dilenyekkan biar hancur, kemudian masukkan bersama dengan bahan-bahan yang digoreng. burger ayam tu dah ada minyak ia sendiri so kita xperlu letak minyak biarkan sampai ia masak secukupnya. Inti ayam ni kita taknak ia basah sebab kalau basah takut nanti roti paratha kita koyak pulak kena minyak. jadi seeloknya masak kering sedikit tanpa menggunakan minyak.


3.Setelah inti siap dimasak kita panaskan roti paratha kita dalam pan sahaja. Juga tanpa minyak. Sebab roti tu sendiri dah lembap. guna pan untuk mengelakkan roti paratha melekat pada kuali.



4.Seperti dalam gambar letakkan inti ayam kita tadi, bersama-sama sos cili dan sos tomato, letakkan sedikit mayonis. dan gulungkan roti tersebut.


5. Taraaa..dah siap hidangan kita bolehla disusun dan dihias mengikut kreativiti anda supaya hidangan tu nampak menyelerakan hihi...


SELAMAT MENCUBA SEMUA !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 23, 2016

Kegilaan pada SUSHI

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Biasa kalau aku pergi Aeon Big Batu Pahat mesti nak lalu dekat department jual sushi, kalau tengok yang kecil-kecil tu macam memanggil-manggil suruh aku beli haha..kalau beli tu memang takkan cukup satu, mesti nak beli lebih dari situ. damn perangai sangat !!!!

Sebenarnya start aku suka makan sushi sejak berkahwin dengan laki aku, aku ni sebelum kahwin tekak melayu je, tak kisah bab sangat makan apa ada telan je  tak makan sangat fast food western tak pernah makan, jepun ape tah lagi, disebabkan suami aku bekerja dalam sektor perhotelan dan pandai masak-memasak ni aku pun terjebak ! #mudahterpengaruh

Dan sekarang aku terpaksa layan western , masakan melayu terpaksa dikurangkan, disebabkan laki aku kena jaga makan sebab baru keluar hospital so aku kena ucapkan selamat tinggal pada nasi #saynotorice. Gigih google nak masak western tau 

Tambah-tambah harga minyak yang naik menggila so kurang kan masak makanan yang berminyak. Besar harapan ku dengan kenaikan minyak yang berlaku ni harap-harap ada penurunan berat badan yang berlaku kahkahkah.....Sushi ni pun bagi aku kenyang jugak lagipun bahan-bahan yang digunakan sangat berkhasiat untuk tubuh badan. 

Sesekali macam aku nak cuba buat je kat rumah boleh makan berpinggan-pinggan sebab kalau yang beli tu seketul comotek tu je dah RM 2 - RM 3 tau.


Ini gambar sushi yang aku 'terbeli' tempoh hari. Nampak tak ? terbeli tak sengaja terbeli sampai semua yang ada ko nak rembat. Nafsu Syaitan Nirrojim sangat !


Korang suka sushi tak ? kita boleh geng !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 21, 2016

Rindu makan bersuap dari mak

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Bila aku baca entry Nory yang abah Iqy suap Iqy makan tempoyak, tiba-tiba aku teringat kisah dulu-dulu, mula lah nak throwback balik tetiba rindu haha...  Dulu mak selalu suap kami makan 4 beradik, masa tu adik lelaki aku tak wujud lagi lepas 10 tahun baru dia muncul. Barulah ramadhan berlima hahaaha...suka hati je guna tajuk cerita.

Biasalah bebudak ni bila dah main memang tak ingat makan, selagi tak besuap selagi tu tak makan. jadi mak aku nak bagi anak-anak makan kena suapkan. Yang aku rasa lawak bila teringat balik tu, sebab kalau suap tu kena ikut turn, macam along keluar dulu dari dalam perut so dia kena first makan lepas tu aku, angah , lepas tu kak uda, kak chik yang last.

Gigih sangat time tu sabar tunggu turn tau haha..lps tu makan nak penuh satu mulut. nak pilih lauk nak lauk tu taknak lauk ni.siap kena beratur ni nak kena suap. Mak pun layan je anak-anak dia.Masa tu mak aku dah jadi surirumah dah. Bila nasi dah nak habis mak akan tanya nak lagi tak? semua ckp nakkkkk...Sedap agaknya bila mak masak mak suapkan. Haishhhh rindunya time mak suap. Pernah dengar tak ? Masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia. Aku mengaku tu sebab walau telur goreng dengan kicap tetap sedap bila mak suapkan.

Seingat aku last mak suapkan sebelum aku bergelar isteri. Tapi aku suruh mak suapkan time tu konon-konon utk kali terakhir bergelar bujang lah.Sambil duk bersimpuh bergurau lah cakap.

"Mak, lepas ni tak dapatlah makan bersuap sebab dah kawin dah! jadi angah suruh suami angah pulak suap eh! haahha...*gatai....

Bukan setakat mak je yang suap abah pun pernah suapkan kitaorang. Oh, baru aku terasa abah i'ollss ni sweet jugak haha..Walaupun abah berkerja cari duit untuk kami tapi tetap ada masa untuk anak-anak. Solat jemaah sama-sama bestnyaaaa....

Makan bersuap ni aku rasa elok jugak kita terapkan , sebab hubungan adik-beradik tu jadi rapat sebab tu sekarang ni even masing-masing dah berkeluarga tetap berhubung. Siap ada group whatsapps Ahmad's family.

Bila teringat mak suapkan makan kami adik-beradik aku jadi sebak pulak sebab kalau dulu mak dengan abah boleh suapkan makanan untuk anak-anak dia,aku harap aku jugak boleh suapkan makanan untuk mak abah aku nanti. Syukur alhamdulillah Allah S.W.T sentiasa berikan kesihatan yang baik untuk mak abah.masih boleh makan macam-macam masih suka makan. Suka tengok diaowang makan.


Nila Ahmad's family, Yang tengah berdiri tu along, angah (aku ) belah kanan, uda belah kiri, kak chik kat tengah-tengah antara mak abah, tepi mak tu adik bongsu aku. Ni gambar masa sambutan hari jadi kak cik. boleh baca entry ni    3 dah berkahwin 2 orang masih bujang, baru ada dua cucu lelaki hehe...

Banyak lagi kenangan masih kecik-kecik dulu kami adik beradik, kalau time baik tu baik je, kalau dah gaduh mulut tu semua keluar sape kalah menangislah jawabnya haha.... Rindu kenangan macam tu. okela nanti aku cerita lagi kalau ada yang  teringat. Aku nak p cakap kat mak aku ni, nak mintak suapkan makanan rinduuuuuuu hihi...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, November 17, 2016

Takut Goreng Ikan Keli

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Ye, aku memang takut goreng ikan keli pun, jangan nak gelak sangat eh ! Cepuk kang haha...Ikan Keli Goreng memang kegemaran aku. Tapi kalau masak lemak cili padi lagi aku suka nau..nau...masalahnya aku takut goreng ikan keli sebab letop..letop.. 

Ah ! mesti engkorang cakap mengade sangat letop letop minyak tu biasalah. tapi tak bagi aku, aku tak biasa sebab letop dia tu boleh buat aku lemah jantung. Silap-silap boleh meninggal tau. Aku ni spesis mudah terperanjat tapi bukan spesis terperanjat dan termelatah. Cuma mudah terperanjat je tu tak suka tengok cete hantu, padahal takde lah penakut sangat cuma mudah terperanjat dan lemah semangat je. Samalah kes goreng ikan keli ni, Nampak tak kaitan cerita hantu dengan goreng ikan keli aku cuba related kan kah...kah..kah...

Pernah tau satu hari tu. abah aku nak makan ikan keli goreng, jadi mak aku suruh aku yang masak, heiii mak kita ni pun, tak tahu ke aku ni takut goreng ikan keli.

"Mak, angah taknaklah goreng ikan keli, nanti dia letop-letop angah terperanjat"

Ingat bila cakap macam tu ko ingat mak aku nak dengar lah kan, idaknya... mak aku saiko aku balik tau. Mak aku cakap cam ni.

"Awak masaklah tak kesian ke kat abah dia teringin nak tengok ananknya masak siapkan makanan tuk dia, jangan nanti bila abah dah tak sihat  dah tak boleh makan awak baru hegeh-hegeh nak masakkan."

Saiko gila mak aku ni, makan dalam tau. Aku pun bila teringat abah aku tu tak sihat sebaklah, walau aku takut nak goreng ikan keli demi abah aku pasrah goreng. oh, anak mithali sangat aku rasa.

Goreng ikan keli ni aku rasa macam pergi berperang tau kahkahkah.... Aku masukkan ikan keli tu dalam kuali aku duduk jauh sebatu takut terpercik minyak.pastu aku guna tudung periuk paling besar yg mak aku ada jadikan perisai supaya minyak ikan tu tak meletop kena aku.

Abah aku tengok aku dia gelak besar tau sambil cakap

"Abah tak pernah dengar lagi ada orang mati goreng ikan keli, tula budak bandar sekarang.Kalau tak ajar dari kecik macam nila".Sambung gelak lagi......

Aku dah buat muka 14 sen, malas layan Eh, eh abah kita ni saja je tau mencik!!!!. Tapi bila pikir balik ada betul jugak memanglah dulu membesar kat bandar jarang makan ikan keli aku pun tak pernah tengok mak aku masak. Bila dah duduk kampung ikan keli senang dapat banyak orang bela kan. Tangkap sendiri dekat kolam,murah pun murah Kalau kat bandar  nampak dekat pasaraya. kalau nak makan ikan keli pergi kedai makan je.

Sepanjang aku kawin pun aku tak pernah lagi goreng ikan keli dekat rumah sendiri sebabnya suami aku jarang makan nasi dan lauk. Kalau ada pun menu ayam je, 

Ada orang tua-tua cakap yang letop-letop tu lemak ikan, jadi toskan betul-betul ikan jangan ada air. Ada tu letak tepung pada ikan untuk kurangkan letop.Aku pun tak tahu sebab tak pernah cuba pun. Yang pasti nak matikan ikan keli kena matikan dengan garam hehe..ikan keli kalah dengan air masin abah aku cakap.



Perghhhh sedapnya aku tengok gambar ni, credit to rasapizza.blogspot.com untuk gambar ikan keli masak lemak cili padi

Korang ada petua apa-apa untuk dikongsi supaya ikan keli bila digoreng tak meletop???Meh share dengan aku...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 11, 2016

Petua Nak Hilangkan Daki Pada Kolar Baju

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Rasa macam makcik-makcik sangat bila mana aku nak share satu petua dekat engkorang ni, sebab musabab nak share aku mengamalkan prinsip sharing is caring gitu.....tapi laki kalau sharing aku keluar taring hahaha....

Petua ni aku dapat dari mak mertua, dia yang ajar cara mudah dah cepat.....dan aku praktikkannya....Memang berkesan tau senang gila kerja aku tak payah susah-susah nak gosok nak berus jimat masa jimat tenaga muahaha...

Biasalah lelaki kan kadang-kadang berpeluh lepas tu berdaki dekat kolar baju. kalau t-shirt memang tak nampak tapi kemeja memang jelas kelihatan. macam laki aku kerja memang pakai kemeja. Budak-budak pun kadang-kadang baju sekolah tu berdaki dekat kolar kan ?

Ni petuanya.....guna sabun mandi yang saki baki tu, sabun ketul tau bukan yang liquid tu, kadang saki baki sabun tu jangan dibuang boleh tenyeh dekat kolar baju.Tenyeh tebal-tebal tapi pastikan sabun tu lembap  (macam berlendir)

Takyah rendam bagai baju tu masuk je sekali dengan baju yang lain dalam washing machine In Sha Allah daki akan hilang. Kalau ada yang tak kenal sabun ketul tu camne. Aku boleh tunjukkan haha...




Sumber encik google


Senang kerja kan, boleh goyang kaki je sambil tengok drama 'Awak Sangat Nakal' baju dah hilang daki eh..eh...Dulu jenuh aku rendam dulu bagi kotoran degil tu lembut sikit lepas tu berus lagi sampai keluar seketul muscle tau hebak tak ? Sekarang tak perlu dah aku boleh sayang dan pokpok lemak-lemak yang ada ni kahkah... Kalau yang senang yang mudah tu memang bagi je dekat aku. Dasar femalas sangat !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, November 10, 2016

Kisah Peti Ais Yang Penuh Tragis

www.tips-fb.com

Salam

Al kisahnya, sejak aku pindah rumah kira-kira 2 bulan lalu, peti ais kat rumah tu memang rosak, boleh on tapi tak sejuk, bila aku bukak pintu terus mati, seolah-olah macam punca elektrik tak sampai, gitula kot, aku bukan pandai sangat bab arus elektrik ni.

Dah nama rosak kena lah baiki kan, sebab peti ais ni salah satu benda penting jugak untuk isteri mithali macam aku * muntah hijau nak masak segala macam makan makanan untuk suami tersayang *bajet macam handal masak.

Panggil lah orang datang baiki *kawan suami, biasalah kita ni kena tolong orang melayu dulu, nak-nak kawan-kawan, kang kata menyombong lak. Oke fine bagilah job, tapi sampai seminggu diam, seminggu lagi senyap. eh. eh lama pulak rasa kita nak guna ni peti ais ni.

Call-call kata tak dapat buat hmmmm~ lama tau aku tunggu dengan harapan peti ais aku akan baik semula. Then dia pulang barang yang xdapat dibaiki tu, Next panggil lagi orang lain, Melayu jugak, ye memang nak melayu sebab seboleh-bolehnya nak tolong jugak bangsa kita. Tapi in the end still same bad service, orang nak bagi duit pun susah. Bukan nak kondem tapi tu memang fakta.

So aku pun dah fed up,senyap jela pasal isu ni sebab tak tau nak panggil sape dah tolong baiki...  walau takde peti ais hidup perlu diteruskan ececeh..... Jadi aku pasrahlah dan redha. Aku tetap masak tapi masak yang simple- simple jela, beli bahan yang hari tu masak hari tu abeskan. 

Tragis sangat aku rasa kisah peti ais aku ni, kecian ia mungkin merajuk sebab banyak kali pindah randah, bayangkan dari keramat ke Ampang lepas tu rumah mak aku ( Batu Pahat) lepas tu pindah lagi rumah aku sekarang. kesana kesini aku angkut tu yang dia meragam.

Peti ais tu pun baru lagi aku beli, before tu hat kecik je peti ais (satu pintu)  zaman laki aku bujang bila dah kawin aku nakla yang besar *ikut size bini tuannya yang godang haha......

Tup-tup bulan ni laki aku buat hal lagi, aku balik keje tiba-tiba laki aku cakap abang dah beli peti ais baru untuk sayang. aku like haaaaaaa...what????? Beli????bila????kenapa???? eh aneh-aneh je laki aku ni kadang-kadang. tak bincang tak tanya tup-tup beli seketul peti ais untuk bini. melting kita -.-


Macamana tak terkujat beruk sebab bulan lepas je suami dah hadiahkan INI ko agak-agak kalau mintak nak beli peti ais pulak, tak botak kepala laki aku. Kecian tau. Tapi entahlah mungkin dah namanya rezeki, aku bersyukur jela suami nak belikan, walau ianya seketul peti ais, aku rasa macam laki aku bagi rantai emas tau. 

Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan hari ni, walaupun mula-mula rasa pahit terpaksa ditelan tapi aku yakin akan manis jua akhirnya. Sebenarnya masa aku masuk rumah baru ni, banyak lagi rezeki yang aku dapat nak cerita pun tak tau macamana tapi cukuplah aku boleh cakap yang aku sangat-sangat-sangat bersyukur. nak cerita banyak lagi tak payahla bukan apa takut nanti aku nangis, sebab syahdu sangat cerita aku ni.Jadi biarlah aku simpan sendiri kisah tu jadikan kenangan abadi.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 9, 2016

Wordless Wednesday- Cepat & Mudah

www.tips-fb.com


Gara-gara harga minyak naik, kita minimumkan penggunaan minyak dan bahan-bahan. Guna apa yang ada je. Walau minyak naik harap yang akan turun nanti berat badan muahahaha...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, November 7, 2016

Pengaruh Iklan TV

www.tips-fb.com


Kebanyakan orang Malaysia ni memang suka makan, kiranya kita ni semua dikelilingi oleh makanan, jadi pepatah 'kerja untuk makan' 'hidup untuk makan' harus diguna pakai. Tak lupa juga mati sebab makan. Banyak kan makanan sekarang ni punca kita dapat penyakit.

Aku perasan pengaruh iklan dekat TV pasal makanan pun impaknya sangat besar, nampak macam tak kesah tak peduli tapi kadang-kadang terliur kan ? kan ? nak-nak time lapar suma rasa sedap, sat-sat tu jugak sanggup redah lautan api demi sebuah makanan haha....

Alaaaa...tak payah cakap orang lain aku sendiri pun mangsa pengaruh iklan, haha...boleh pulak terpengaruh tu, entah apa-apa. Contoh paling dekat di perut iklan KFC tu haaa..... Signaturenya adalah ayam, weiii ayam hari-hari boleh makan kot tapi dek kerana iklan KFC yang  perempuan makan ayam Cheezy Onion Crunch penuh ghairah tu aku terpedaya damn ! tak kuat iman betul.



Gigih ajak laki pergi makan. Dah kata suami tak boleh makan fastfood ni kena jaga makan tak boleh makan itu tak boleh makan ini tapi aku tetap nak bawak laki jugak, Kan dapat rezeki jadi kena berkongsi dengan suami. Sweet tak i kachingggg......

Not bad lah menu baru ni, sos dia sedap jugak masam-masam masin manis tapi kalau makan banyak-banyak muak pulak. Dah rasa dah so lepas ni jangan nak jakun sangat tengok iklan tu.

Eh korang dah cuba ke menu baru dari KFC tu ? 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, November 4, 2016

5 Bulan Bekerja Dua Kali Kenaikan Gaji

www.tips-fb.com


Hai korang, ni entry pertama untuk Bulan November 2016. 
Syukur ! hanya itu je yang mampu aku cakap dan luahkan dekat sini....
Tak tahu macamana nak describe perasaan ni
Hanya Allah S.W.T je yang tau.

Aku bersyukur sangat-sangat dikelilingi oleh orang-orang yang baik
Kadang-kadang rasa sebak pulak
Masih ada orang yang baik sekeliling aku *mata berkaca
Mungkin selepas apa yang berlaku dulu *setahun yang lepas
yang aku rasa sedih kecewa pilu air mata kerap jatuh
Sekarang Allah S.W.T rasakan aku nikmat kemanisan

6 bulan aku jadi surirumah jadi isteri mithali,
 lepas tu rasa bosan aku decide nak keje balik
Laki aku oke je kalau aku nak keje 
sebab dia memang tau bini dia memang stok tak reti duk diam
Kalau duk rumah pun dia oke je sebab aku akan jadi macam kucing manja semacam haha...
Sebab nak goda duit suami, nampak tak? mata duitan...

Bukan senang wey bukan senang nak mintak keje dekat sini (Batu Pahat)
Memang banyak kilang tapi resume aku tu macam tak laku sigh -.='
Nak kata takde experience tak mungkinlah banyak kot.
Mungkin tengok gaji terakhir sebelum aku berhenti 
Diaowang ingat aku akan high demand.
Rata-rata mintak tak dapat, aku tak letak pun expected salary
Tapi still tak nak ambil aku keje sedih gila time tu

Sampai satu ketika dan waktu, aku diterima bekerja dengan Company Cina,
Syarikat Kilang Sawit, takde pilihan dalam banyak resume aku anta
Comp ni je yang ambil aku keje aku oke jela malas pk janji keje
Gaji pun aku tak demand dia bagi aku ambil 
sebab aku rasa susah gila nak dapat keje

Company ni mula-mula ajar aku cara timbang sawit.
Lepas tu tetiba je dia suh aku buat account company pulak
Key in datalah, GST la tax invoice, oke aku oke je,
Sebab ada lah sikit-sikit basic acc dgn company lama
Tapi tak tahan lama 3 bulan je bertahan hahaha..
Bukan sebab keje atau staff 
tapi aku tak kuasa nak layan bini bos yang maha cerewet.
Aku memang xleh go dengan company Cina maaf...
Kebetulan dapat offer keje lain, company Melayu aku terima

Tapi...

Company Melayu ni masih baru lagi,terlalu baru
Takde sistem apa-apa lagi, zero
Gaji yang ditawarkan pun lebih rendah dari Company Cina
Tu antara risiko yang terpaksa aku tanggung
Aku mintak pendapat mak abah mertua
Aku solat, aku doa mintak pentunjuk untuk keputusan yang bakal aku buat ni
Lagi beberapa hari nak puasa aku resign.
Notis 24 jam gamble hahaha...nasib dah gaji

Mula kerja aku struggle manage pentadbiran company ni
Seronok walau penat sebab kita bole buat ikut cara kita
Bos baru aku bagi sepenuh kepercayaan pada aku
Untuk tunjuk kepakaran aku,
Satu-satu aku manage buat KWSP buat Socso
Buat online banking, kira gaji pekerja
Buat profile company, kira macam company sendiri
Ada rules sendiri huhuhu...

Memang nak diikutkan gaji tu tak setaraf dengan keje
Tapi soal gaji no 2 sebab bila kita suka dengan keje tu
Kita akan keje dengan ikhlas
Rezeki akan datang kemudian, PERCAYA lah

Bos baik (lelaki) isteri dia pun aku kenal,
 Pekerja semua oke, walau kadang memeningkan kepala aku
Semua pekerja lelaki aku je perempuan tapi aku oke je
Bukan satu masalah yang besar.
Lagipun dulu aku dah biasa keje sensorang.

Dah Sebulan keje, time tu nak raya
Tak pasal-pasal dapat duit raya dari bos
Duit raya dari sub corn lagi
Bulan berikutnya aku naik gaji lagi
Alhamdulillah, nangis lagi sebak + terharu

Keje ni aku tenang je, tak stress
kadang bosan sebab takde keje
Tapi aku buat-buatlah cari keje
Takdelah nampak macam makan gaji buta hehe

Struggle belajar pasal hidraulik
pasal oilseal pasal main pump la
pasal engineering google sana sini
Oh lupa pulak nak bagitau Company Melayu ni 
dia baiki kenderaan yang ada sistem hidraulik
engineering pun buat, mekanikal pun sapu,
So aku kena multitasking. 

Sebelum ni aku dalam bidang construction
Sekarang aku dalam bidang automotif dan engineering
best belajar ilmu baru, Bos banyak tunjuk ajar

Now dah 5 bulan bekerja, pejam celik pejam celik
Sekali lagi rezeki Allah S.W.T limpahkan buat hambanya
Aku dinaikkan gaji lagi
Allah... indahnya percaturan yang telah dibuat.
Keputusan yang betul aku buat. Syukur !

Terima Kasih Bos ! In sha Allah saya akan bekerja lebih rajin, penuh dedikasi, saya akan tolong apa yang termampu untuk company bumiputera.


Aku saja nak coretkan kat blog ni supaya 5 tahun lagi aku nak tgk kat mana aku berada. 
*Jika dizinkan oleh-Nya







♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, October 28, 2016

Tempoh Masak Pasta

www.tips-fb.com

Salam

Siapa suka makan pasta ? Aku percaya ramai yang suka makan dan suka buat western food ni kan, tapi kadang- kadang kita tak pandai nak agak berapa lama tempoh masak (rebus) pasta.

Pasta ada dua jenis iaitu pasta panjang dan pasta pendek. Dan tempoh masa untuk jenis pasta ni pun berbeza. Mari aku sharekan tempoh masak kedua-dua jenis pasta ni. Aku pun bukan tau berapa minit tempoh yang diambil untuk pasta masak dengan elok, selalu kalau masak tu aku rasa aku picit-picit dah lembut oke la tu, tapi kadang-kadang sampai overcook sebab tak pandai agak kan ? nasiblah labu -.='

Pasta Panjang

- Fettuccine                      - 10 minit
- Linguine                        -   10 minit
- Spinach Fettuccine        - 10 minit
- Vermicelli                      - 6 minit
- Spaghetti                       - 13 minit
- Angel Hair                    - 2 minit

Pasta Pendek

- Spirals                           - 6 minit
-Vegeroni Spirals             - 6 minit
-Penne                              - 12 minit
- Small Shells                   - 10 minit
- Elbows                           - 8 minit
- Macaroni                       - 8 minit
- Bowties                         - 10 minit



Jemput makan semua heeee...


* tips :biasanya masa nak rebus apa-apa pasta macam macaroni or spaghetti aku akan letak sedikit  olive oil supaya nanti bila ditoskan air  pasta tu tidak melekat dan kering.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, October 26, 2016

Wordless Wednesday- GWS Husband!

www.tips-fb.com


Sekali lagi, suami kena warded sebab tiba-tiba hidung berdarah waktu tidur. Semoga cepat sembuh dan takde apa-apa yang buruk berlaku. Kita cukup kuat nak hadap ujian ni sama-sama kan ? Cepat sihat please and take a rest at home.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, October 25, 2016

Mintak Satu Dapat Empat

www.tips-fb.com

Salam

Setiap kali aku nak up entry, intro mesti failed -.=' sakit kepala hotak nak pk camne nak bina ayat. Patut BM aku dulu time SPM- B4 kahkah...tak pandai karang ayat rupanya. Type delete type delete bila dah habis.hurmmmm~

Pk lagi, pk lagi camner nak mula ayat, hmmmmm eh susah jugak er nak type padahal kat blog je pun suka hatilah nak type camner pun janji orang paham sudahla bukan ada cikgu nak bagi markah.

Cerita ni antara rezeki aku yang ketiga untuk Bulan Oktober, rezeki pertama, rezeki kedua tak yah cetelah er,cukuplah sekadar aku bersyukur dapat rezeki tu $$$$





Ye itu tayar kereta, sebelum dan selepas cantik ke tidak ? cantik bukan secantik harganya *phewwww lap peluh.

Tapi disebalik tu ada cete tragis aku lalui selama beberapa minggu sebelum suami aku buat keputusan drastik (surprise sangat ) nak tukar kepada yang baru, 

Kereta tu kereta laki aku (manual), tapi buat sementara aku yang pakai untuk pergi keje, kereta aku abah aku pakai (auto). laki aku dia lebih suka merempit pergi keje, senang !  

Aku memang tau tayar belakang sebelah pemandu tu macam bocor sikit, masih boleh guna sebab tempat keje aku bukan jauh pun 5 minit je so malaslah nak tukar memandangkan belum gaji aku relalah tiap 3 hari sekali pergi pam. Tapi sejak dua menjak (minggu lepas) tayar tu dah kronik sangat tau tiap-tiap hari pulak kena pam. Macam makin teruk. tak larat kita nak pam kalau hari-hari muka aku je kat stesen minyak tu.

Bagilah tau kat laki aku dengan nada manja sambil melibas-libas rambut ke depan ke belakang *dah cukup manjala tu konon* ' Abang, tayar kereta abang tu dah teruk sangatlah, tak larat sayang nak pam hari-hari hmmmm,' aku dah nak start berair mata, alaaaaa memang aku ni cenggeng sikit kalau apa-apa. laki aku rilex je diam mungkin pk sesuatu. Kadang-kadang laki ni sukar diramal kdg dia macam dengar tak dengar tapi dia pk sebenarnya

Aku cakap lah kalau takde duit tukar satu je amik secondhand pun takpe lagipun kereta ni bukan buat jalan jauh untuk pergi keje je. Kalau nak jalan jauh alza kan ada. Laki aku pun setuju

Kebetulan nampak sepupu laki aku ada share satu link pusat tayar tengah buat sale kaw-kaw sport rim, bagai pucuk ulam mendatang lah kan aku tunjuk kat suami jom pegi survey kat sini kot ada murah-murah mana tau.

So weekend kitaorg pergi terjah survey survey harga tayar secondhand, dalam pada discuss2 tu sempat jugak menjeling sport rim dekat situ mak aihhhh menggoda sangat eh, memang tengah offer kaw-kaw pun banyak gila design, saja tanya hargalah, kira-kira darab tolak bahagi tambah tetiba laki aku nak tukar sport rim pulak, dahla tu lepas tu nak tukar tayar 4 biji pulak dahla tu bukan secondhand tapi semua baru sudahhhhhh, pekerja cina tu pandai meniaga dia bagi kitaorg the best price kalau jadi ambil, heiiii menaya betul lah ! lagi menaya laki aku boleh pulak on. OMG sangat !

Takpelah aku ikutkan je sebab kete dia kan duit dia, tapi aku yang pakai jadi aku tumpang sekaki seronok apalagi kemain tujuh kali aku tawaf kawasan sport rim pilih mana yang cantik, rambang mata mak nak, tengok ! suma cantik secantik duit yang bakal keluar nanti -.=' jadi kena pilih yang paling cantik dimata aku. 

Ini aku anggap rezeki untuk aku, syukur alhamdulillah sebabnya aku yang pakai walau tu kereta laki aku. Terima Kasih Abang, hadiahkan kita 4 ketul tayar baru macam hadiah birthday pulak haha...





Tengok dah cantik dah lawa, macam sayang pulak nak jual, ikutkan hati kalau aku tak sabar dulu aku dah suruh laki aku jual kereta ni amik je kete auto tapi bila dah pakai sport rim aku tengok lagi cantik dari cik alza sebelah tu huhu, sayanglah nak jual nak bela elok-elok bagi cantik. Berkat kesabaran rupanya dari tukar kereta tambah hutang lagi baik repair je kereta ni, Tula ada hikmahnya bersabar mintak satu je tayar secondhand dapat empat tayar baru huhuhu...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, October 21, 2016

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI JOHOR - FOREST CITY, GELANG PATAH

www.tips-fb.com

Salam

Ahad lepas lepas tak ingat tarikh malas nak tengok calendar, aku suami, abah dan mak mertua serta adik ipar dan biras jenjalan dekat Forest City, ni adalah planning dari adik ipar aku. kami ngeko je, bab berjalan jarang nak tolak haha... memandangkan laki aku time tu 2 minggu strait cuti sabtu dan ahad (AL). Kitaorang  pergi balik hari je memandangkan Batu Pahat dengan JB tak jauh sangat

Nak ke Forest City, Gelang Patah kena ikut lebuhraya Link ke-2 menghala ke Tuas, tapi belok ke kiri menuju ke Gelang Patah / Tanjung Pelepas. Nanti akan ada signboard menuju ke Forest City. Lebuhraya tu masih dalam pembinaan jadi tak siap sepenuhnya tapi kita masih boleh menggunakan untuk ke Forest City.  Apa yang best sepanjang melalui kawasan tersebut korang akan jumpa bunga warna-warni disusun ditepi-tepi jalan lepas tu ada pakej security guard tabik hormat dekat semua kenderaan yang lalu.

Masa tu aku tak tau pun Forest City ni ape kebendanya. Lupa nak google... 1st time datang aku tak buat research haha.... Yang aku tau bila dah sampai tempat tu hijau je semua cantik, menarik kau memang dabomb!

Nak terang pun aku tak pandai tapi korang pergilah sendiri tengok memang cantik hoiii nak bergambar sampai lebam pun boleh terpesona nau-nau. Apa yang aku tau sikit-sikit Forest City adalah kawasan laut yang telah ditambak dan dibina untuk warga antarabangsa terutama warga singapura dan china sebagai secondhome mereka dengan konsep sebuah bandar hijau ala-ala hutan tropika


Kalau boleh nampak ada pantai buatan manusia, nun disana tu Singapura.

Ada jugak mall tapi masih belum beroperasi sepenuhnya,masih banyak lot yang belum dibuka. kitaorg park kereta dalam mall masih tak kena bayar lagi. kalau nak makan sini susah sikit sebab kan baru lagi so tak banyak tempat makan. kalau ada pun non halal aku rasa -.='. So time tu yang ada pun cuma Papa Rich sahaja. gigih makan dekat situ. orang memang full la kat situ. Dah situ je yang orang Islam boleh makan.

Ada hotel jugak dekat sini. Hotel phoenix dekat sangat dengan mall So yang nak stay dekat sini pun boleh. Aku pelik jugak mula-mula mana semua orang pergi sedangkan sebelum aku masuk dalam mall banyak gila kereta, beribu tau macam ada pesta muda-mudi je tapi bila masuk mall nan hado ramai pun orang.



Rupa-rupanya diaowang berpesta dekat sini patutlah dari jauh aku dengar riuh semacam. Ada pool rupanya. tak sure kena bayar ke apa, tapi rasa kena bayar mana ada dalam Malaysia ni free, Selagi dibawah pimpinan Pak najib kahkah.. selautan umat manusia ni riuh rendah.sini rupanya mereka berkumpul. Pool tu aku nampak macam tuk kanak-kanak, mak pak aku tak sure boleh join sekaki ke tidak. Sebab kami takde anak kecil so takdelah pergi terjah. Kami just bergambar jela.

 Cantik kan landskap dekat sini
Tengok laki aku, kemain sangat, masa ni security tak nampak lagi kami ambil gambar, lepas tu adalah bebudak nak bergambar kat situ terus kena tiup wisel hahaha..kesian tak sempat ambil gambar. Sebenarnya rumput dekat situ tak boleh pijak tapi kami selamba badak je posing-posing.


kreatif gila buat pokok macam tu.


Banyak sangat view yang menarik korang boleh bergambar, sebab dekat sini ada arca-arca binatang macam singa laut, ketam, ikan nemo dan lain-lain.


Gambar aku dekat arca nan hado jadi aku tempek gambar adik ipar aku dengan keizinan hokeh takde cilok2 punya

Panas tak hingat dunia, tu mak dengan abah mertua kita, sempoi tau ikut anak-anak berjalan, syukur masih sihat

Gambar pun tak banyak gambar laki bini pun takde, Laki aku tak berapa sihat, panas gila time tu payung tak bawak makanya takdelah bergambar sakan just duduk tempat yang redup. Sebagai isteri yang mithali aku pun ikutlah laki aku takkan aku nak pegi bergambar sensorang pulak takmolah.*redha dalam pasrah daku berserah, . adik ipar aku je dgn suaminya bergambar. Aku, suami dengan abah dan mak mertua cari tempat duduk,

Dah habis sesi bergambar sampai lebam, kitaorang pun berangkat pulang. korang tau time kitaorg dah nak keluar, banyak gila kereta yang nak masuk ke Forest City ni, beratur panjang sampai stuck, berbatu-batu jem, siap ada tu patah balik sebab tak sanggup nak redah. Fuhhhhh, nasib baik kami dah nak balik haha...So aku sarankan kalau nak pergi sini, pergi awal pagi lagipun tak panas sgt. Kalau taknak makan dekat situ bawak bekal.

Next destination kitaorang terjah Restoran Kacang Pool Haji, dah alang-alang sampai JB kenalah jalan-jalan cari makan, kacang pool ni aku pernah rasa sekali dekat shah alam, kira ni kali kedua. sedap gila pekat kuahnya. memang terbaik. Oh ye, buat orang putrajaya yang nak rasa kacang pool haji ni boleh rasa sebab dah ada cawangan dekat Putrajaya.



Sekian abis sudah cerita short vacation yang last minute planning huhu, Segala kos makan, minyak dan tol ditaja oleh adik ipar aku. Terima kasih tau tau semoga dimurahkan rezeki selalu boleh jenjalan lagi. Harap mak abah sihat dan kuat untuk berjalan.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, October 12, 2016

Wordless Wednesday- TQ NUFFNANG

www.tips-fb.com


Syukur alhamdulillah, walau blog suam-suam kuku, hampir setahun menyepi, sekarang je ada rajin sikit buat entry, Nuffnang masih baik hati bagi BE kat blog ni. Terima Kasih daun keladi NUFFNANG

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, October 10, 2016

Happy birthday Kak Chik

www.tips-fb.com

Salam

Dah kenapa berderet-deret je cerita pasal birthday ni, nak buek camno tiap-tiap bulan ada je ahli keluarga yang lahir so wajib celebrate kalau ada kelapangan, ni besday adik pempuan bongsu aku, kira dia pempuan yang last la. Acah-acah manjalah konon puiii ! mengade.Dalam family kitaorg panggil dia 'kak chik'.

Kalau dulu ahli keluarga kesemuanya berada di Kuala Lumpur, sekarang mak abah dah duduk Johor, aku dengan abang pun, so kalau nak meriah celebrate birthday kena balik kampung haha..gigihla adik-adik aku ni balik bercuti sebab nak celebrate birthday sendiri bersama keluarga. Sweet sangat ~


Beriya sangat kali ni adik aku nak celebrate bagai birthday dia. Sebab dia rasa tahun ni tahun bertuah dia tahun kebebasan tahun kemerdekaan tahun kemajuan dan tahun segala tahun kekdahnya. Rezeki yang melimpah ruah dapat naik pangkat so dia nak sebarkan rezeki dia pada keluarga. Masa majlis tu mak aku ada masak rendang pulut kuning,mak aih bapak sedap ! Kak chik sponser satay bape ratus cucuk ntah tak tau aku. Maaf gambar takde sebab dah abis licin semuanya. Esoknya abah aku masak nasi lemak ayam untuk disedekahkan dekat masjid. Niat kak chik sempena besday nak sedekahkan kat masjid. Tak lupa kek yang seketul di atas tu kakak ipar aku buatkan, bahan-bahan dan decoration by aku ~


Nila birthday girlnya, yang ke berapa ntah lupa lak malas kira haha wish pun aku malas, cuma aku nak cakap perangai tu jangan nak menurun sangat eih. Aku peratikan je kau ni Ingat, aku ni contoh masa depan kau kalau ko tak beringat dari sekarang. adik aku ni masih single tau tau tapi not available kot kahkah...*siap promote kemahen*


Gambar laki bini wajiblah tempek bukan senang nak gambar berdua fefeling romantika de amore. Romantika sangat aku tengok senyum dah macam kerang busuk je dedua. Lantak situ janji bahagia.


Alhamdulillah sekali lagi ahli keluarga cukup semuanya siap ada penambahan sorang ahli baru anak adik aku. Kira cucu Ahmad dah dua sekarang ni. Masa birthday hariz *anak buah pertama* bulan lepas temanya warna merah entry ni. Kali ni tema warna biru, kemain siap tema bagai jenuhla kami semua ikut tema termasuk mak dan abah hihi...


Kenalkan anak buah pertama aku Muhamad Hariz umur 2 tahun, banyak akai sekarang ni, dah susah nak dicium, makin melasak makin banyak cakap. susah nak cium, kalau nak cium kena tangkap dia. kawan gaduh tapi tak makan saman, kadang manja kadang liar, kadang taknak kawan. kadang kawan. Time ni atuk tengah baca doa sebelum makan. orang tadah tangan dia kemain selfie dengan makngahnya. Suka tengok muka sendiri dekat fon bajet macho ? batang hidung pun takde. Ada kejadian kelakar time ni, atuk baca doa dia nampak paksu dia *adik bongsu aku*  tadah tangan tapi tak cakap 'amin' dia pergi dekat paksu dia pukul paksunya sebab xcakap 'amin' semua gelak time tu. Heiii macam-macam gelagat tau.


Syukur masih diberi peluang berkumpul satu keluarga. Mak dan Abah masih sihat, Itu pun dah cukup membahagiakan aku dan adik beradik lain. Harapan aku semoga kita semua sentiasa dilimpahkan rezeki.





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...