Terima Kasih Sudi Like

Thursday, February 28, 2013

Spontaneous Thursday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, February 27, 2013

WW - Urusetia Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim

www.tips-fb.com











Rindu nak gaduh, nak bertekak, nak bertomoi dengan korang, 5 kepala 5 perangai tapi apa pun korang memg best dan terbaikkkkkkk ! Lope Uuuuuu



Macam ada jodoh pulak kan ? semua kenderaan urusetia ni adalah putih.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, February 26, 2013

Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim

www.tips-fb.com

Salam


Sesi bergambar para blogger / sukarelawan yang hadir bersama Ustaz Hayaudin dan Kak Zu selaku orang yang diamanahkan untuk menjaga Rumah Amal kasih Bestari nieeeeee


First of all, syukur alhamdulillah Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim ni berjalan dengan sangat lancar seperti yang di rancang. Kutipan sumbangan juga tanpa dijangka sehingga pada hari event berlangsung mencecah RM13K. Terima kasih pada mereka yang masih ingin menyumbang sehingga berlangsungnya event.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada sponser-sponser kami yang sudi menaja untuk event sulung kami nieeee

1. Khemah / Kanopi yang sangat cun melecunnn dari Salamah Catering ( Kak Long )
2. Banner & Bunting warna warni pelangi tu dari OJ
3.Games Planner di handle oleh Bubbles Event Management 
4. Catering dari Fifi  FIEBY'Z Catering 017-03996985
5. Gambar- gambar yang gila banyak dari Zaini Husain Muhammad Little Hannah Collection

Setiap penaja kami akan direview ye tunggu !!!!


Antara urusetia * bersama pasangan masing²* yang bertungkus-lumus siang malam pagi petang siap bergaduh bertekak bagai bagi memastikan event ni berjalan dengan jayanya.
Heiii sayang korang ribu-ribu lemonnnnnn ~~~


Jutaan terima kasih jugak buat para blogger dan sukarelawan yang hadir, yang memberi sepenuh komitmen untuk event ni sampai berpeluh-peluh aku tengok diaowang buat keje, saling bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain, terima kasih banyak-banyak oke. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian membantu anak-anak yatim nieeeee ~


Buat Encik Suami,  terima kasih abang, sebab membenarkan dan mengizinkan saya kehulu-kehilir untuk menjayakan event niieeee. Yang memahami saya sebagai isterinya, seorang yang berkecimpung dengan dunia blogging, terima kasih sangat-sangat ! I LOVE U SO MUCH

Sedikit ungkapan kata dari Ustaz Hayaudin yang membuatkan aku tetiba rasa sebak mendengarnya :'(

- Siapa sangka blogger yang tiada apa -apa, tiada penaja besar, bukan VVIP dan bukan dari Jabatan atau Institusi mana-mana boleh menyempurnakan majlis ini, Ustaz terharu dan berterima kasih kepada semua -

talk to my hand : Kepada semua blogger yang hadir pada hari tu kalau ada yang baca entry ni tolong tinggalkan link untuk aku follow yang mana aku belum follow lagi er ?

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, February 21, 2013

Jom Follow ~

www.tips-fb.com

Salam



Aku tau mesti ramai yang dah ada akaun burung biru tu dengan akaun instagram, cuma aku je yang masih terkial-kial nak buat akaun, kecian kan ? Sekarang nilah baru berjinak-jinak hehe :p

Pada sape yang nak follow mailah follow beramai-ramai ye, nak tambah kenalan ke kan ? oh ye kalau nak add FB aku boleh klik SINI, taknak pun takpe takde paksaan !

talk to my hand : lagi berapa hari je pertambahan umur akan berlaku  tapi still muda lagi usah risau erk ??? hahahaha...hadiah dah dapat dulu hokeh !..nak tau ? tunggguuuu !!!



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Aturcara Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim

www.tips-fb.com


Salam

Tinggal 2 hari je lagi event bersama anak yatim ni bakal berlangsung, blogger yang terlibat sedang bertungkus lumus menyiapkan pelbagai persiapan yang mana tak lengkap, seboleh-bolehnya kami mahukan event ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

PERHATIAN ! ATTENTION !

Kepada sukarelawan / blogger yang join event ini, aku mintak sangat-sangat korang datang awal ye, sebabnya kot-kotlah korang tak tahu jalan ke kan, kalau keluar rumah awal sesat takde masalah kan, aku mohon niiiiiiiii~ Cepat datang cepat kita buat keje cepat habis kannnn ???

Ingat alamat ni kemudian simpan dalam telefon sesiap hokeh !


Telepon korang kan canggih-canggih semua confirm ada GPS kan ? tak pun waze gunakanlah ia supaya anda tidak mahu sesat ye :)

Jumpa disana yawww~~~


ATURCARA PROGRAM MESRA AMAL
 BLOGGER BERSAMA ANAK YATIM


8.00 pagi   : Ketibaan Sukarelawan/Blogger
8.15 pagi   : Taklimat Ringkas Kepada Sukarelawan/Blogger
                 : Ucapan Aluan Daripada Pihak Rumah Amal Kasih Bestari
 
8.30 pagi   : Sarapan
               
9.00 pagi   : Aktiviti Mengecat Rumah Anak Yatim
                 : Aktiviti Gotong–royong Bersama Anak Yatim
               
12.30tghhari: Rehat
                   : Makan Tengah Hari
                   : Solat Berjemaah (sila bawa telekung sendiri - kaum perempuan)

2.00 petang: Aktiviti Bersama Anak Yatim (Games)
                    oleh Bubbles Event Management
               
4.15 petang: Minum Petang
4.30 petang: Solat Berjemaah
5.00 petang: Persembahan Anak Yatim
                  : Sesi Penyerahan Hadiah Games Kepada Anak Yatim
                  : Sesi Penyerahan Sumbangan Dana Kepada Pihak Rumah Amal
                  : Sesi bergambar
                  : Bersurai













♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, February 18, 2013

Jumlah keseluruhan dana terkumpul

www.tips-fb.com

Salam

Sebenarnya kan entry Melaka masih belum habis lagi, entah kenapa mood kemalasan tu terlampau sangat, makanya tergendela sementara entry Melaka tu, sekarang ni kena beri laluan untuk event anak yatim yang bakal berlangsung minggu depan. Oke minggu depan je u ollssss -.='

Mungkin korang nak tau kan berapa jumlah keseluruhan dana terkumpul untuk event anak yatim niiii..Alhamdulillah, masih ramai orang yang berhati mulia yang sudi menderma sebahagian hartanya. Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih hanya Allah sahaja yang dapat memberi pahala kepada kalian.

Jumlah keseluruhan dana yang terkumpul adalah : -

# jumlah terkumpul dari blog nadiafarahida: RM5007
# jumlah terkumpul dari blog ida, mila, nory, mak, onie, nanie: RM4689
# jumlah terkumpul dari kak lim: RM700
# jumlah terkumpul dari kak alia: RM620
# jumlah terkumpul dari kak ngah: RM250
_____________________________________________________
TOTAL KESELURUHAN DERMA TERKUMPUL: RM 11,266.00

Amout yang besar jumlahnya, aku sendiri tak sangka boleh dapat sumbangan sebanyak ini, Alhamdulillah
Kepada sesiapa yang menderma secara langsung atau tak langsung jutaan terima kasih buat kalian. Aku mendoakan korang sentiasa dilimpahi rezeki yang tak putus-putus.

Nak tengok lebih details blog tengok kat blog nadia farahida ye

Mari kita sama-sama amalkan ye :)




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, February 13, 2013

Melaka - Part 4

www.tips-fb.com

Salam

Masih cerita di Melaka, tak tahu bila nak abessss, tapi aku cuba abeskan ye walaupun mood kelautttt. Kalau orang Melaka diaowang mesti tau coconut shake mesti terkenal kat sana. Ramai kawan aku suggest suruh rasa coconut shake kalau pegi Melaka.

Masa on the way ke Pantai Klebang  tak alih-alih sampai ke Pantai Puteri Tanjung Kling, ada jugak gerai jual coconut shake tuuu ~ Aku singgah kat ABC Tanjung, orang Melaka mesti tau gerai nii...

Coconut Shake Special
First time rasa neyyy..sedapnyaaaa...aku beli yang specialnya macam-macam ada dia letak dlm tuuu~harga not badlah cuma RM 4.00, jangan kata coconut shake je yang buat ko terliur ABC dia pun menarik perhatian beb !!!


haaaa~ kan aku cakap korang mesti terliurnya laaa... so pada korang2 yang ingin pergi melaka wajib rasa coconut shake tu tauuuu

Lagi satu makanan korang patut cuba kt Melaka tu adalah Mee Bandung Muar * original resepi punya * kuah dia memg terbaek ! 


Selain Mee Bandung Muar kat kedai ni ada jugak jual aneka sup dengan harga yang berpatutan.


Ini adalah makanan kami untuk hari pertama sampai ke Melaka

talk to my hand : tengok ni [ official trailer Iron Man 3 ] mcm gempak jerk wey !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, February 7, 2013

Melaka - Part 3

www.tips-fb.com

Salam

Hari kedua kami berada di Melaka, pagi tuuuu..pagi x pagi sangatlah ~ ajak encik suami pergi pantai Klebang. Jalan punya jalan ekutlah signboard Pantai Klebang tapi tak alih-alih terus sampai Pantai Puteri, Tanjung Kling, 


Aikkkkk, confius aku kejap..manenya Pantai Klebang ni ??? xpuas hatilah takut salah jalan ke kan, tapi xmungkin sebab encik suami tahu jugak jalan-jalan kat Melaka ni. Baru aku teringat masa nak sampai ke Tanjung Kling memang ada perasan pantai-pantai yang kelihatan ditambak sebab nampak sayup je dari jalan raya, pantai tu jauh ke tengah jadi aku pikir mungkin itu Pantai Klebang la kan ? 

Takpelah Pantai Klebang takde kita pegi Pantai Puteri janji pantai aku sukaaaaaaa je ~


Tenanggg dan nyaman je aku rasa walaupun matahari dah tegak atas kepala. Kat situ tak ramai sangat orang mungkin sebab waktu panas nanti dah petang-petang ramailah kot ~ 





Gasak panas-panas kami bergambar..fedulikkkkk kenangan kan ? ntah bila lagi nak sampai sini lagi ye dakkkk? Dah puas bergambar pastu pekena cendul dengan pisang goreng, pergghhhh terbaik !

talk to my hand : kat Melaka, coconut shake sangat famous er ~~~

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Melaka - Part 2

www.tips-fb.com

Salam

Lepas check in, kami rehat sekejap bagi hilangkan penat dan kepanasan diluar, dah rehat dua jam lebih kurang pukul 5 lebih kitaorang mulakan misi menjelajah Bandar Melaka ni.


Nampak kan fly over tu? laluan tulah yang boleh lihat hotel kami, mudah kan ? gambar-gambar ni ditangkap di sekitar hotel kami jer kira xjauhla situ-situ jugak


Benda PERTAMA SEKALI  yang aku nak buat  ialah naik beca. Ko tau betapa jakunnya dan excitednya aku nak naik beca weyyy. Mula-mula nak bergambo je pun, tapi 'budak beca' siap offer lagi nak bawak jalan-jalan sekitar Melaka selama 15 minit, terus aku setuju dengan kadar bayaran RM 20 selama 15 minit.Alang-alang dah sampai melaka rugi kalau tak merasai pengalaman naik beca tauuuu..Siap diringi lagu 'Apa kono eh jang' lagiiii....Terbaik beb ! Kau hadoooooo...


Menurut kata 'budak beca' ni pokok ni batang dia besar tapi isi dalam kosong, cuba perhatikan bebetul pada pokok ni, silap haribulan korang pun boleh masuk tau, boleh bygkan macamane kuatnya pokok ni berdiri megah sedangkan bahagian dalam atau isi pokok tiada.


Kemudian aku bergambar di Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka dan tembok dimana meriam-meriam berada disitu * x tahu nama tembok niiiii*


Lepas tu ke Pintu Gerbang Santiago,bergambar kat bawah jerk, time tu waktu dah petang so kitaorang x pergilah naik sampai atas keesokan baru cadang nak sambung jelajah bahagian atas lak.Kami patah balik semula ke tempat beca tadi, kat situ ada satu bangunan diberi nama Christ Church Melaka yang dibina pada tahun 1753. Cuba kira berapa usia bangunan tu ?


Tepi bangunan tu adalah mcm pasar menjual kraftangan, key chain dan FM Melaka. Tanpa buang masa takut kat tempat lain takde jual macam ni atau aku xberkesempatan nak beli lagi ke kannnn, aku terus rembat beli sedikit souvenir buat kawan-kawan kat KL tu~


Sempat jugak melalu kat Muzium Samudera dimana kapal besar berada. Aku ingatkan dah tutup sebab macam takde orang lagipun hari dah hampir gelap, rupanya muzium ni ditutup pada pukul 8.00 malam ye. Kami merancang keesokkan harinya juga untuk pergi ke muzium Samudera niiii

Talk to my hand :  Jom buat survey ni, sambil menderma RM 1












♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, February 6, 2013

Melaka- part 1

www.tips-fb.com

Salam

Bagi yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur jumaat aitu mesti korang cuti kan ? sebabnya hari Wilayah yeay ! Aku pun cuti jugak, so dah cuti tiga hari tu memg aku planning nak pergi bercutilah. Planning ni dah lama bulan 12 lagi,perginya bulan 2 , aku memg suka wat planning awal2 sebab taknak kelam kabut, lagipun ada masa untuk kira-kira dan survey tempat percutian tu.

Gigih cari-cari hotel ko tau, search tu search ni siap mintak tolong kawan blogger bagi link hotel 
mana best mana cantik mana murah padahal aku ke Melaka je pun heee~~. Tapi aku kalau nak cari hotel mesti nak cantik warna-warni bagai nape ntah -.='. Mungkin sebab aku rasa tempat tidur tu yang paling best dari semua ekekekekek... Lagi satu aku nak hotel aku tu nanti berada dekat dengan tempat2 yang aku nak lawat.

Korang tau kat Melaka tu rupanya banyak gila hotel oke ! jangan risaulah kalau xbooking awal2..aku ni semangat booking bulan 1 takut full, rupa-rupanya sederet hotel tempat aku menginap tu bersepah sana-sini hotel dan motel ye -.='.

Hotel yang menjadi pilihan hatiku adalah Venus Boutique Hotel. Kenapa aku pilih hotel ni ? sebab ia terletak betul-betul ditengah bandar Melaka tu, lagipun xsusah nak cari, dari fly over kita boleh nampak dah hotel ni. Hotel ni berdekatan dengan Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Walk.

Kalau rasa nak exercise jalan kaki pun boleh ke Mahkota Parade ye. tu yang bestnye hotel ni, harga pun aku rasa berpatutan, kira mampulah bagi orang-orang macam aku ni hehe...Harga untuk bilik standard bagi 2 orang kat hotel ni selama 3 hari 2 malam cuma RM280 jerk.

Dalam banyak-banyak hotel, aku suka hotel ni sebab tema hotel ni warna ungu, ungu terang tu, kalau dah bangunan pun cantik ape tah lagi setiap bilik yang disediakan. Memg  tak mengecewakan :)

Bilik standard  untuk 2 orang
Coffee table 
Bilik air

Ada pengering rambut jugak, 
Jugak disediakan shampoo, sabun, shower cap dan berus gigi.

Yang bestnye dalam bilik air tu disediakan tempat untuk sidai kain, so xyah risau baju kotor ke, baju basah ke ? tuala lembap korang boleh je sidai kat dalam bilik air tu.

Dalam banyak-banyak hotel yang aku pergi rasanya hotel ni disediakan suis paling banyak, so xpayah ko nak bergaduh dengan laki ko pasal nak charging ke, nak charge bateri ladtop ke ? nak masak air ke? ada 3 suis disediakan. Pakai setiap sorang oke. Biasa encik Suami kena bawak plug tambahan kalau pergi hotel ni, yela banyak benda guna kuasa elektrik kan ?

 Cuma apa yang kurang memuaskan kat sini adalah sistem wifi lembap giler, sangat lembapnye mengalahkan siput b**i. Line 3G pun kejap ada kejap takde * macam biskut chipmore * Sabar jelah aku ni..



Tepi tu meja untuk sape-sape nak online, aitu aku ada nampak orang online pasang you tube lagi, kemain laju je running, asal kat bilik aku lembap giler, confius jap ! Haaa..basikal tu kotlah sape-sape nak sewa ronda2 bandar Melaka nak exercise ke, kadar bayaran hanya RM20 per day.

Kepada sape-sape yang nak p Melaka jenjalan boleh booking hotel ni, aku bagi link terus website hotel ni, mungkin harga lagi murah dari agensi yang mengiklankannya. Just email dan tanya harga untuk pakej yang dinginkan :)

Talk to my hand : Lepas check in rehat sekejap, petang tu kami terus berjalan hehe...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, February 4, 2013

Photoshoot di Agro Farm

www.tips-fb.com

Salam

Baru je balik dari bercuti 3 hari 2 malam di Melaka pre-honeymoon la kengkonon!. Best Oiii, naik keje terus lemau segala-galanya lemau oke ! Penat + panas kat Melaka tu terasa lagi..tapi puas hatilah bercuti kali ni. Entry percutian nanti-nanti aku update ye still terasa kelemaunya lagi hadoiii..-.='


Kotlah korang masih ingat bulan 12 hari tu aku ada cakap nak buat photoshoot kan ? gigih aku buat props comey-comey belaka tapi satu pun aku xpakai haha..sediihhh betul la..tapi takpe abg dgn tunangnya je pakai props tu pun dah kira oke :)

Ni entry photoshoot outdoor untuk abang tersayang kataaaa kOooo...Acely aku yang gedik sangat nak berphotoshoot bagai, dah alang-alang abg aku bertunang so aku sponsor sekali, photoshoot ni 2 jam makanya abg aku shoot 1 jam aku shoot 1 jam heee~~~


Softcopy aku belum dapat lagi, ni aku amek dari FB abang man OP yang bertanggungjawab shoot gambar kami yang awesome ni ! Nanti dah dapat softcopy aku upload sampai lebam korang tgk. Ada yang nak ckp kami masih dalam mood pengantin baru ke ? erk? hahaha..pitammmmm~

Puas hati kot ambil abang man ni...

Dahla orangya sempoi, sporting abes beb, aku yang malu-malu tapir ni dah hilang malu dibuatnya

Abang man ni biasa shoot orang utara jaa xpasti selatan dia buat job ke tak...so pada korang yang  bakal melangsungkan perkahwinan tahun ni boleh hire abang man ! aku yakin pasti korang berpuas hati punyalah !

Nasib baik aku kawin kat Johor kalau aku kawin kat Perak dah confirm² aku hire abang man punya.

Love this picture ^____^

Sape-sape yang nak hire or nak tanya harga pakej gambar yang abang man shoot korang boleh je add FB abang man ni er....FB Suazman Mahmud

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...