Terima Kasih Sudi Like

Monday, August 26, 2013

Ephyra Kolagen Terbukti Berkesan !

www.tips-fb.com

Salam

Kalau siapa yang follow insta dan facebook aku, mungkin perasaan aku ada mencuba produk Ephyra. Kalau sebelum ni pun aku ada war-war kan pasal Ephyra ni, boleh rujuk pada entry sebelum ni. Dah sebulan dah makan. Alhamdulillah produk ni serasi dengan aku. Kesan yang sangat positif.Memang nampak hasilnya.

Sekarang nak masuk kotak kedua dah yeay ~ Apa yang best Ephyra ni, dia dalam bentuk serbuk, kita bancuh je dah boleh minum, rasa pun sedap macam jus oren kalau kapsul mungkin kadang-kadang lupa nak makan

Kesan yang paling ketara sekali bila guna produk Ephyra ni, kulit jadi gebu, licin dan bersih. Biasa kulit muka aku ni kering pastu kusam  tak berseri sekarang tak bersolek pun muka suci bersih je, naik seri macam orang baru kahwin ? eh ? baru kahwin sangat haha....

Bila minum Ephyra ni kena banyak minum air , sebab kalau kurang air badan akan sedikit panas, minum air banyak ni oke untuk menyahkan toksin dalam badan.

Dulu tumit aku ni mcm kering dan merekah, buruk macam anak 10 kekdahnya padahal cuma ada anak kucing je seekor, bila kena aircond dekat opis tu bertambah-tambahlah keringnya, tapi bila minum Ephyra ni tumit jadi lembap dan soft, sampai aku paksa laki aku rasa dengan tangan tumit bini dia licin ke tak haha....Bukan takat tumit je tangan kaki semua lembut bak sutera.macam kulit baby kata kooo.

Lagi satu dia mencerahkan kulit yang kusam dan gelap. Bukanlah kata ko kulit gelap boleh terus putih melepak tapi Ephyra ni perlahan-lahan mengebukan kulit dan mencerahkan kulit supaya nampak flawless gituuuu~

Kalau cakap je korang bukan nak percaya kan, apa kata korang cuba dulu kalau tak cuba tak tahu nanti kata aku tipu pulak. Tapi bagi aku, aku sangat berpuas ati sebab tu aku repeat lagi minum Ephyra ni masuk kotak kedua.


Nampak kat dahi tu, bersepah jerawat-jerawat kecil, kelihatan kotor je kan ?


Lepas sebulan guna, jerawat hilang muka pun nampak berseri walaupun tak pakai sebarang bedak pun ! Nampak perubahan warna kulit lepas sebulan menggunakan Ephyra ni.


Gambar latest, eyeback makin kurang dari sehari ke sehari.


 Memey Suhaiza merupakan salah seorang pengguna Ephyra yang sama-sama dapat hasil berkesan setelah mengambil produk Ephyra ni. Memey ni asalnya hanyalah pengguna macam aku, bila dia pun rasa dan nampak perubahan yang ketara setelah minum Ephyra ni dia pun order lagi untuk kotak ke 2, Oleh itu HQ Oceanlife, selaku pengeluar produk Ephyra berbesar hati mengambil Memey untuk menjayakan kempen bulan Ogos & September dimana Memey akan share pengalaman dia yang sebenar minum Ephyra di Instagram beliau.

Sesiapa yang ingin mengetahui kesan hebat Ephyra ni jangan ketinggalan untuk tengok dekat FB Oceanlife atau insta official, @ephyra2u, Selain tu boleh tengok jugak dekat insta Memey @memeysuhaiza


Gambar testimonial terbaru untuk pengguna Ephyra. Korang nampak kan perubahan kulit muka yang begitu ketara sebab tulah Ephyra menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya. Ribuan pengguna sangat berpuas hati dengan Ephyra. Berbaloi dengan harga kerana Ephyra terbukti berkesan dan dijamin selamat & halal oleh JAKIM.


Kotak baru Ephyra version "GO GREEN"

Ephyra skank juga terdapat dalam kotak versi baru, dimana ini adalah untuk kempen GO GREEN dari pihak syarikat untuk sama-sama menyokong kempen kitar semula dalam usaha menyelamatkan alam sekitar. Dijamin kualiti adalah tinggi dengan kotak sebelumnya. Oh ya sebarang pertanyaan korang boleh call HQ di 03 - 41417889

 Untuk maklumat lanjut, boleh layari
1)website official - www.oceanlife2u.com




3)instagram- ephyra2u


Untuk info @ pembelian boleh email di info@oceanlife2u.com


Atau hubungi HQ 0341417889 atau sms 019 3999 238

  Berita baik untuk pembaca blog milaahmad.blogspot.com dimana masih terdapat promosi harga sekiranya membeli 2 kotak iaitu pada harga RM380  kalau satu kotak berharga RM197 better beli 2 jimat banyak kan ? – Apa korang perlu buat cuma email pada syarikat Oceanlife dengan tajuk blog ni untuk  dapatkan harga promosi 2 kotak tu tau.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Raya !

www.tips-fb.com

Salam

Fuh ! Fuh ! awat penuh sawang sangat ni , haishhhh lupa dah berminggu lamanya aku tinggalkan blog tercinta ni, cinta sangatnyaaaaaaaa -.=' .

Macam biasa kalau aku busy tu bukan tandanya aku makin kaya tapi aku rasa bila busy ni aku rasa macam aku hamba kerja eh ? eh ? sadisnya aku hanya kuli jalanan sobs sobs sobs....Korang masih mood beraya kan ? Aku 50% raya - 50% kerja . Masih belum basi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ni beraya macam tahun sebelum-sebelumnya ala kadar je, tahun ni tahun kedua beraya bersama suami. Ye masih bersama suami sahaja,  In sha Allah jika diizinkan oleh Nya bertigalah kami. Tahun ni turn  beraya rumah aku pasal tahun pertama standard lah beraya di rumah keluarga suami kan. Tapi takde beza pun tiap-tiap tahun dua-dua belah keluarga aku dan suami pergi beraya pasal rumah kitaorang bertemu dapur haha.... 10 langkah dah sampai. So pagi raya tu rumah aku petang dah boleh tidur rumah keluarga suami. Senang dan jimat bukan ?

Tahun ni tema raya aku takdelah tetapkan warna apa,tapi dah kata raya mestilah kena baju raya yang sedondon tapi takyah tunggu raya hari-hari biasa pun kami suka pakai warna sama. jangan kata pergi kerja kat rumah pun kadang-kadang pakai baju sama sampai tuala pun sedondon kan abang ? hahaha...sengal jugak kadang-kadang laki bini ni siap tulis nama kat tuala takut salah ambil.


Raya pertama hijau


Raya kedua biru


Raya ketiga merah


Raya keempat biru lagi


Raya kelima biru jugak !.

Oke baru aku paham tahun ni tema raya aku biru hahaha...Ada sebab kenapa dok berkenan biru sebab aku nampak muda bila pakai biru ! muda sangat kata kooooo.....puiiiii !

Dengan ini saya Nor Syamila binti Ahmad dan Suami ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, perbuatan sama ada sedar tak sedar, menyinggung perasaan mana-mana pihak. ada yang terguris hati ke apa ke, mintak halal sumanya ye. Buat pembaca blog picisan saya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti, Maaf Zahir dan Batin.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...