Terima Kasih Sudi Like

Friday, January 22, 2016

TIPS MENJAGA ALAT SOLEK

www.tips-fb.com

TIPS MENJAGA ALAT SOLEK

Salam


Cuba cakap perempuan mana yang tidak sukakan kecantikan? Semua perempuan zahirnya memang sukakan pada kecantikan. Perempuan dan kecantikan biasanya memang tidak boleh dipisahkan . Tapi kalau suka cantik je tapi tidak menjaga alat solek dengan baik tak guna jugak kan? Cuba korang perhatikan dalam handbag memasing mesti  segala mak nenek khazanah alat solek ada dalam tu. Ada tu terbiar je tidak dijaga dengan betul dalam handbag tu betul tak?




Ramai daripada kita yang mungkin tidak mengambil penting mengenai Tips Menjaga Alat Solek mereka. Rata-rata wanita gemar mengumpul alat solek mereka bertahun-tahun walaupun tidak menggunakan lagi. Namun, tahukah korang bahawa penggunaan alat-alat solek yang telah lama disimpan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit muka korang??? Yup, series mesti korang baru tersedar tanpa sengaja kan? Tapi inilah perkara yang bakal terjadi sekiranya korang mengabaikan penjagaan alat solek.

Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita berkongsi sedikit informasi mengenai tips penjagaan alat solek.


Pertama sekali, pastikan korang kerap mengemas beg alat solek korang. Buang alat solek yang terlalu lama disimpan dan tidak digunakan lagi. Terutama sekali bagi alat-alat solek yang sudah tamat tempoh. Haruslah diingatkan bahawa kebanyakan alat solek ini diperbuat daripada bahan kimia yang hanya boleh digunakan pada jangka waktu tertentu.



Kedua, korang juga harus selalu membasuh berus-berus yang anda gunakan untuk solekan. Terutama sekali berus blusher, berus eyeshadow, dan berus menyapu foundation. Rendamkan dengan air suam untuk mematikan bakteria dan bilas dengan bersih.

Begitu juga dengan penjagaan span atau sponge yang digunakan untuk menyapu bedak pada muka korang. Selain membasuh, elakkan juga berkongsi span dgn rakan-rakan korang. No sharing-sharing tau sebabnya dikhuatiri bakteria-bakteria akan tersebar dan terkumpul.



Seterusnya, keraplah mengasah eyeliner atau lipstick pensel korang untuk setiap kali ingin menggunakannya. Bukan apa, ia dapat menyelamatkan korang daripada jangkitan kuman yang mungkin terdapat pada permukaan yang belum diasah



Dan yang terakhir sekali sentiasa memastikan alatan solek anda ditutup setiap kali habis digunakan. Ia bertujuan untuk mengelakkan alatan solek itu tercemar atau rosak.
Oke itu sahaja yang ingin aku kongsikan untuk tips kali ni, Semoga dapatlah serba sedikit membantu korang dalam sama-sama menjaga kebersihan alat solek.  Bak kata pepatah ‘Mencegah lebih baik daripada merawati’.

P/S : Gambar-gambar diatas aku pinjam dari En Google ye ;)



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, January 12, 2016

Inai Daun Dan Servis Lukis Inai Untuk Majlis Kahwin

www.tips-fb.com

Salam

Siapa kat rumah dia ada pokok inai ? Angkat bulu kening, haaa ada tak? oke aku tak nampak hihi...Biasa pokok inai banyak ditanam dekat kampung, rumah tok nenek kita kan, kat bandar ni jaranglah aku nampak sebab kawasan tak berapa nak izinkan bangunan mencakar langit je semua takkan nak tanam dekat balcony pulak kannnn?

Suka pakai inai tak? aku dulu masa sekolah suka gila pakai inai,asal balik kampung je kutip daun inai pastu tumbuk guna lesung batu mak aku sampai dia marah bau inai melekat hikhikhik...

Sekarang aku tengok dah banyak jual dekat pasaran yang instant tu, senang terus pakai je tapi yang instant tu ada bahan kimia tu cepat merah. lagipun warna tak kekal lama dan lebih sesuai untuk ukiran sahaja.

Nah, ni ada berita baik bagi pengemar inai daun macam aku, suka pakai inai kan, tapi nak warna tahan lama, merah paling penting ada bau daun inai, perghhhh suka gilaaa bau diaaaaaa~

Aku ada jual inai daun tu, jangan risau inai daun tu adalah inai daun pokok yang dikeringkan dan dikisar lepas tu dibancuh,aaaaa tanpa sebarang bahan kimia percayalahhh dijamin 100%

Kalau inai instant tu biasa kita pakai kejap je dah merah kadang2 terus hitam tapi tulah sekejap je merahnya pastu kena air kena sabun terus pudar, tapi inai daun ni tak ia bergantung kepada darah seseorang tapi makin lama makin terdedah di udara confirm akan merah.

Warna pun tahan lebih lama kadang-kadang sampai 2 minggu warna masih terang. Kalau aku cakap-cakap ni mungkin kata aku bohong tapi korang cuba dulu lepas tu baru bg feedback baru tau betul ke tidakkkk

Meh aku tunjuk sedikit testimoni dari jiran belakang rumah pakcik, sedara mara belah opah aku, rakan dan taulan aku yang dah cuba inai daun








inai daun dibungkus dalam bentuk kon
1 kon = 40 gram ( 10 jari )

Kalau korang jugak berminat nak pakai inai, meh roger-roger, berita baik jugak untuk bakal-bakal pengantin diluar sana, mulai hari ni aku ada buat servis lukis inai pengantin terus ke rumah anda tau. suka tak? Untuk area batu pahat dan seangkatan dengannya dialu-alukan.Bukan takat pengantin je mak bapak pengantin adik beradik sepupu sepapat jiran sebelah kiri kanan klu nak berinai pun bole. Harga serendah RM10 ye, Pakej pengantin bergantung pada design yang dipilih.Nak tau segala mak nenek pakej yg disediakan whatsapps je no yang tertera.

FB Mila Henna Art
IG : hennaart_bymila
Whatsapps/ msg (only) : 012-2531649

Bila-bila masa klu rasa nak tau lebih info whatsapps je aku, kalau aku lambat reply jangan kau maki pulak, mana tau kot-kot aku tengah berak ke, masak ke tengok cete hindustan ke kan? kan ? tapi better whatsapps la ye cepat sikit aku nak reply.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...