Terima Kasih Sudi Like

Friday, November 7, 2014

The Picnic Table by SIMPLY SANDWICHES

www.tips-fb.com

Salam,

Hi korang,ketemu lagi kita dalam rancangan masak-masak. Eh, masak-masak sangat ! masak takde makan akulah orangnya hehe

Hari tu * bulan 10 punya cete ni -.='* aku bersama suami di jemput untuk menikmati kelazatan sandwich di sebuah cafe baru yang terletak di Kota Damansara. 

Kami pergi bukan berdua, tapi berjemaah beramai-ramai memenuhi ruang-ruang kekosongan bersama si kembar aku tula yaya dan ida. Nory last minute cancel sebab kesihatan Iqy kurang baik. Biasanya kalau bab-bab makan ni kami jarang melepaskan peluang yang ada.

Bertemakan 'We Bring The Picnic To You' Simply Sandwiches merupakan cafe pertama yang menyediakan  makanan yang berkonsepkan "indoor picnic". Biasakan kalau kita pergi berpicnic tempat terbuka bawak tikar bekal makanan segala mak nenek makanan siap payunglah, tapi kadang-kadang kalau salah timing hujan tak dapatlah kita berpicnic jadi muncul la cafe berkonsepkan indoor picnic dimana kalau cuaca hujan korang masih mampu berpicnic santai dengan aman. Sebijik macam picnic yang sebenar tapi ni jenis indoor.

Bukan itu sahaja, The Picnic Table juga turut membawakan satu konsep pemakanan sihat. kira macam 2 in 1 berpicnic sambil mengamalkan pemakanan yang sihat.

Menu utama yang disajikan adalah sandwich yang pelbagai.


Selain sandwich tersapat juga makanan lain, dan percayalah kesemua menu yang terdapat dlm gambar tu aku dah rasa, perghhhh marvelouss!!!












Sedap ke tidakkkkkkk? sedap bukan, kalau nak tau sedap ke tidak pergilah rasa sendiri, paling penting kebanyakkan makanan di cafe ni adalah makanan yang sihat. 


Kemain budak dua ni kelaparan tahap maksimaaaa




 Masa sampai je cafe ni aku was-was nak pijak rumput ni rasa macam sayang je pijak pakai kasut haha..memg boleh pijak pun lagi best ko boleh makan bersila atas rumput palsu tu style kan cafe ni ????!



 Senang hati perut dah kenyang, goreng gitar pulak, dah macam Do Re Mi dah haaaa, oh ye cafe ni jugak ada live band tau, diaowang akan hiburkan korang-korang semua sambil menikmati hidangan masing-masing.


Nampak bunga pun promote The Picnic Table ni, dia kata best dapat lepak gosip-gosip dengan mama daddy apak sumaaaa, walaupun terkulat2 belum boleh makan solid food lagi, bunga behave je kat cafe tu.


Kalau takde gambar ramai-ramai tak sah, masa ni semua blogger dah balik, kami je yang tinggal jadi kami ajak Nanie selaku MC pada majlis pembukaan cafe tu untuk bergambar. Beliau juga yang invite kami untuk majlis pembukaan cafe ni. Gracias Nanie. 


Memperkenalkan owner cafe The Picnic Table by SIMPLY SANDWICHES, Shaheera Djafar dan Sharin Sharif. Merekalah yang mewujudkan konsep indoor picnic dan menu sandwich yang lazat tu. Kreatif kan diaowang.Bukan itu sahaja, mereka ada membuat tempahan sandwich secara online. Bagi mereka yang ingin menempah untuk sebarang majlis bolehlah hubungi mereka.

Bagi korang yang berminat nak mencuba makanan atau nak tau lebih lanjut berkaitan harga or menu-menu silalah berkunjung di :

Alamat Cafe :

THE PICNIC TABLE by SIMPLY SANDWICHES
62-A, JALAN 5/21
THE STRANS KOTA DAMANSARA
47180, PETALING JAYA

Website   : www.simplysandwiches.my
Email       : simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @simplysandwiches

-----------------------------------------------------------------------------------------------
PRODUCT REVIEW


Bagi yang berminat nak pakai inai daun asli korang boleh whatsapps aku ye, 1 kon boleh pakai 10 jari, dijamin warna tahan lebih lama berbanding instant. Tanpa sebarang bahan kimia, Kalau nak COD pun boleh dekat lrt Setiawangsa dan Ampang sahaja !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, October 14, 2014

Short Vacation for 2nd Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Toraaaaaa datang lagiiii...Banyak ko punya tora kan, pang nak ? haha...Taknak cakap banyak kenapa tak update blog sebab biasalah jawapan 'klise' sampai dah muak orang nak baca.Strait je pada cerita ye.

Cerita dah basi aku kira bulan 6 hari tu, Anniversary kami laki bini yang kedua tahun. Kitaorang sambut masih dalam kawasan KL/Selangor je. Tak pergi jauh pun pasal suami aku payah nak cuti time tu.

Kalau nak tengok photoshoot Anniversary kami yang kedua klik sini

Hari-hari kami berdua masing-masing sibuk dengan kerja, kadang waktu tu tak menentu, nama je satu company tapi department lain-lain. Macam aku ikut opis hour tapi laki aku waktu bekerja tak menentu, sebab tu aku rasa setiap kali ada hari-hari special macam besday ke Anniversary ke wajib nak celebrate. Time tulah kita spent together.Rilex n chill.

Macam biasalah kalau bab yang surprise ni akulah yg overnyaaa laki aku tu ??? nan hado dia tak romantik pun tapi ada manisnya hikhikhik, yang penting dia folo je rentak bini dia ni.

Kami sambut Anniversary kami dengan check in hotel je. Bajet fefeling romantik, padahal hotel tu dekat Cheras je haha...Korang tau Hotel Silka dekat Cheras Central, orang cheras mesti tau kan hotel tu sebab dekat situ ada shopping mall baru buka.

Ni aku bagi link Hotel Silka

Masa aku nak booking tu ada promotion sebab baru-baru buka kan. so rate 1 malam adalah RM168 include breakfast. Sekarang aku tak surela rate sama ke tidak korang terjah web hotel sendiri la ye.Aku booking melalui Agoda tak silap, patutnya boleh je suruh laki aku walk in untuk booking (dekat gila dgn tempat keje ) tapi gedik sangat konon nak buat surprise booking sendiri tapi last-last kantoi sebab kena mintak no kad kredit laki hahaha..bengong !





Bilik aku ada bath tub, ada yang takde tau



Aku rasa kelebihan bilik standard room ni ada bath tub, sesetengah bilik takde, mungkin time promo hari tu diaowang bagi aku bilik yang ada bath tub la kot naaaaa...overall cantik, puas hati bilik air cantik oii cermin banyak gila, dimana-mana boleh selfie tau. Konsep more to modern sebab hotel ni tengah bandar kan. Hotel pun warna ungu lavender i likeeeee heeee~

Hotel ni sangat strategik sebab terletak ditengah bandar lepas tu bersambung dengan shopping complex,jalan kaki je ke shopping mall, nak tengok wayang nak shopping nak makan semua ada.siap jela duit. Senang jugak nak dapatkan pengangkutan awam macam bas dan teksi.





Nampak tak setiap cermin aku selfie haha...



Sebenarnya dah lama gila aku nak beli belon helium yang jenis angka tu, dari time besday aku sampai bawak ke photoshoot Anniversary tapi malang betul nasib dua kali pegi dua kali tutup, kali ketiga pegi baru dpt beli, Harga satu belon bentuk angka tu RM50 -.='. Mengalahkan budak kecik nak jugak aku beli jugak bagi puas hati kan. yang kecik tu aku beli dalam 10   ( RM39.90 kot lupalah ) pecah satu dalam kete sebab berhimpit2 kan ramai so ada yang lemas mungkin haha...


Aku tempah kek tapi tak makan pun balik uma bagi kat adik-adik aku mkn abes licin.

Sekian cerita basi dari tuan tanah kedaung !



Nak cepat whatsapps je terus tau no ni 012-2531649 inai daun asli ni ready stok !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, August 26, 2014

Photoshoot 2nd Anniversary

www.tips-fb.com


Salam

Fuh..Fuh..Fuh awat penuh sawang blog aku ni ? oh lupa tuan tanah kedaung dah berjaman tak update blog hikhikhik~ Ni tetiba ingat nak update blog tapi update cete dah nak basi ape daaaaa~

Photoshoot ni sempena Anniversary ke- 2 bulan 6 hari tu, ni dah nak penghujung bulan 8 oiiii, nasiblah labu aku ekut suka hati je rasa nak tulis tulis nak update update heeee~ Tapi korang-korang jangan jemu datang blog picisan aku tau walaupun buka blog balik-balik entri yang sama tau tau janji jangan jemu tau, kalau tak nangis tepi tangga.








Nin dia 1/4 sahaja gambar yang dipilih untuk masuk dalam blog kesayangan, banyak lagi tapi malas aku nak pilih satu-satu random jela ye. Yang lain dalam FB tu pun dalam 20 keping lebih kurang. Yang lain biar aku tatap sendiri tengok puas-puas senyum sengih sorang-sorang haha..

Semua gambar awesome, puas hati sangat-sangat. macam biasa setiap kali photoshoot apa-apa majlis aku tak pernah ambil photografer yang sama. Aku suka mencuba yang lain. Kali ni aku ambil pakej dari Samraisphotography. Acely aku dah lama stalker photografer ni dari aku kawin lagi tapi aku ingatkan pakej yang ditawarkan mahal tapi masih mampu poket rupanya T_____T.

Jangan tak tau bila aku post dekat FB gambar-gambar photoshoot ni ramai rupanya member-member FB hire diaowang ni. Feedback memang daboom !

Dahla gambar aku semua rasa cumel  nak hentak-hentak kaki 2o kali.Kalau kawin dulu aku hire mesti gempak macam photoshoot ni. Ah benda dah lepas jangan dikenang oiiii...Korang-korang yang masih terpisat-pisat cari photografer mana nak hire, aku sarankan boleh ambil pakej dari Samraisphotography

Gerenti pasti puas hati dan berbaloi paling penting tukang ambik gambo sempoiii bak ang gila-gila. Percayalahhhhhhh ( nyanyi macam lagu dato ct tu ).

Talk to my hand : Entry celebration Anniversary bakal menyusul lepas ni

# Awak-awak saya ada jual inai daun asli 100% tanpa bahan kimia, sape-sape berminat bole pm FB saya
 ye :)


nak pantas terus whatsapps tau 012-2531649






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, July 16, 2014

Super Raya Sale by Lazada

www.tips-fb.com

Salam
Korang-korang ni mesti dah sibuk kan buat persiapan raya, buat kuih, tukar langsir baru beli baju raya, kasut raya, siap duit raya untuk aku eh ? eh ? ingat muda nak duit raya huhu... Ada ke yang masih belum buat persiapan apa-apa macam aku ni ? Well jangan tak percaya tau, aku masih belum beli apa-apa pun heeeee~ aku nak tunggu duit jatuh dari langit baru nak shopping haha...tak pun harga runtuh kaw-kaw bila nak dekat-dekat raya time tu baru aku shopping sampai lebam. Tapi ada ke yang buat sale macam tu erk ?


Jawapannya ada weyyyy, berita baik untuk semua termasuk aku percayalah korang bahawa sesungguhnya pada 16 JULAI 2014, Rabu. Lazada dengan baik hatinya akan mengadakan SUPER RAYA SALE BY LAZADA. Ini bermakna korang dan aku dapat shopping sampai lebam dengan harga diskaun yang meletopppppsss kebabommm~


more info klik pada gambar :)






-Sale for Samsung Items ( Best of Samsung)



-Fashion Sale for Hari Raya
-Hatta Dolmat Raya ( more info klik pada gambar )




Bukan setakat diskaun je pihak Lazada baik hati nak bagi tau,  tapi diaorang jugak ada mengadakan program Wheel Of Raya dimana kita sebagai customer berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan melalui cabutan bertuah, best kan???? Untung-untung menang lucky draw dapat hadiah percuma.


Antara hadiah yang boleh dimenangi untuk Wheel of Raya ni adalah :-
1.       Joy Dishwashing Liquid
2.       10 x Voucher RM100.00
3.       10 x Voucher RM50.00
4.       500 x RM 50.00 of Home Appliances ( dengan pembelian minima RM350 )
5.       500 x RM 25.00 of Home Appliances ( dengan pembelian minima RM170 )

Kesemua voucher2 ini valid hanya pada 16 JULAI 2014 sahaja ye, so sekiranya korang memenangi voucher tersebut cepat-cepat redeem pada hari berkenaan tau.

Tak payah nak berlengah-lengah lagi, yang mana masih belum beli apa-apa persiapan bolehlah cuci mata kot-kot ada yang berkenan dihati terus grab kan. Harga memang gila-gila kaw murah dari biasa.

Oh ye sebelum terlupa, ni ada sedikit infografik Super Raya Sale by Lazada untuk makluman korang.


 more info klik pada gambar :)

Jangan lupa tau korang 16 julai 2014, ingat 16 Julai 2014 sahaja tick siap-siap dekat kalendar depan pc tu ada Super Raya Sale By Lazada. Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan di bawah ini


http://www.lazada.com.my/super-raya-sale  (available 16 julai 2014 sahaja)






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, June 27, 2014

Sajian Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

www.tips-fb.com

Salam

Tinggal satu hari je lagi kita nak melangkah ke bulan ramadhan al-mubarak, so mesti ramai di antara korang-korang yang duk teringin berbuka puasa kat luar bersama family, kawan-kawan jiran tetangga serta binatang peliharaan kannnn ~~~~

Aku nak suggestkan kat korang yang mana tercari-cari tempat nak berbuka puasa nanti, apa kata korang pergi Bangi Golf Resort, sebab apa kena pergi berbuka puasa dekat sana sebab aku dah pergi miahahahahaha~ motiffffflah kau ni ! Tapi korang kena pergi kalau nak rasa pelbagai menu. Cuba bayangkan sekarang, bayangkan cepat ! ada lebih 200 menu disediakan phewwwww~~~ mengah perut ko nak hadam tau ! 

Nin dia antara menu yang hampir ke semuanya aku rasa keenakan dan kelazatannya. Yummy ~ dandan tengah menaip ni aku lapar tengok gambar ni.


Kalau taknak makan berat, or diet ke (diet sgt puasa2 ni ) kan boleh telan Garlic Bread ni


Kuih-muih


Western punya makanan, see banyak choice kan ? jangan menjejes air liur depan pc pulak er...er...er...


Ni menu melayu sikit if korang nak makan nasi berlauk, ada butter prawn lagiiiii


Kerabu perut tu sedap gilaaaa okeh !


Feveret selamanya Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api


Pelbagai Buah-buahan


Rojak


Pencuci Mulut


Cake pun ada

See, macam-macam ada kan ? tu pun baru sikit je aku rasa kalau semua sekali aku mkn masa tu silap haribulan aku merangkak balik rumah huhu... Belum lagi aku tayang kambing golek, nari-nari ari ya baba lagi,


Kambing golek in the house, bagi penggemar kambing golek bolehla fokus menu ni, terbaik wok !


 Antara semua menu tadi yang aku tunjuk, makanan ni yang paling menarik perhatian aku, sebabnya jarang nampak kat tempat lain kan ? untuk pengetahuan semua nama makanan ni adalah Saus Vide Eggs with Mushroom Espuma, kemain nama berpintal lidah aku nak sebut. Makanan ni adalah telur separuh masak yang dicampur bahan macam kicap blackpepper, mushroom, tgk mcm pelik tapi rasa sedap kot wey boleh ditelan, aku ni kurang suka makan telur nak-nak kalau bergoreng muaknya lahai, tapi benda alah ni aku makan dua pinggan tau jangan tak tau hahahaha, kemain sedappppp sampai jilat sudu.


Dari kiri, FBI kot namanya :p, abam pappappapIdanoryyaya, syafiq dan andi

Oh ye terima kasih kat abam pappappap  sebab gambar makanan di atas ni adalah hasil tangan beliau, kami mintak pinjam memandangkan gambar-gambar kami semua tak boleh bukak dekat pc. Mintak halal ye  abam ^____^


Sempat jugak bergambar dengan kak Neena, by the way kain akak cantiklaaaa



Nak dapatkan harga istimewa, korang kena beli voucher dulu, jangan lepaskan peluang berbuka puasa di Bangi Golf Resort, harga voucher bagi dewasa cuma RM50 nett manakala budak-budak cuma RM25 nett, CEPAT BOOKING SEBELUM TERLAMBAT !

Nak walk in pun boleh je, tapi harga bagi dewasa RM65 nett / kanak² RM30 nett, mahal kot better beli voucher jimat banyak !

Untuk sebarang tempahan call 03-89253728 atau 03-821000265

Alamat Bangi Golf Resort : Bangi Golf Resort Restaurant,
                                          No 1, Persiaran Bandar
                                          43650 Bandar Baru Bangi
                                          Selangor Darul Ehsan

Facebook                        : BangiGolfResortRestaurant



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...