Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, July 30, 2013

Ephyra Baik Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

www.tips-fb.com

Salam

Agak-agak nak tak rasa berseri di pagi hari raya dengan muka yang gebu dan flawless, mestilah korang nak jadi tumpuan orang ramai kan, baru rasa yakin diri, cantik dan anggun. Kalau orang lelaki tu tengok tak berkedip matanya. Rasa diri tu paling cumel lah di abad ni haha...Aku taknaklah cantik sorang-sorang so aku nak share dengan korang pasal produk kolagen ni. Tengok nak sharing lagi, suka tak ? suka tak ?




Mungkin korang pernah dengar produk kesihatan dan kecantikan EPHYRA. tapi kemungkinan tak tahu khasiat-khasiat yang terdapat pada produk ni. Sana sini orang bercakap pasal EPHYRA..Ramai yang sukakan hasil bagus selepas minum EPHYRA..Apakah itu EPHYRA?



Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Masa barang ni sampai dekat opis aku terus bukak, heiiii cantik pulak tengok kotak dia kan dah macam kotak hadiah pulak aku tengok dengan corak-corak bagai lepas tu dalam kotak tu terdapat 30 sachet yang boleh diminum tiap-tiap hari selama sebulan. Macam sayang pulak nak makan sebab cantik sangat huhuhu...



Dapat free gift lagi, botol tu comel kan ?



JOM tengok apa kesan & hasil nyata selepas minum EPHYRA





Kalau nak ikutkan banyak je produk kolagen di pasaran sekarang, tapi EPHYRA semakin mendapat tempat di hati ribuan pengguna setianya. Kenapa EPHYRA lain dari yang lain?


Perbezaan  EPHYRA dengan collagen lain adalah:
  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran.  
          (Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli tauuuu…)
  •  EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan. 
Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton




  • Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti collagen yang banyak sekali ambil tapi amount yang sedikit tp berterusan.Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh buat kegagalan buah pinggang!

  •  EPHYRA ialah skin supplement, (minuman tambahan utk kecantikan kulit) ,tetapi bukan kulit sahaja yang akan dapat manfaat. Ada macam2 lagi manfaat lain selain kulit jadi cerah dan anjal. Antaranya:-
Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat. Siapa yang mudah lesu mmg nampak kesan sbb balik kerja boleh terus bersilat kat dapur. 
Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.
Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA
Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah
Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering
Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit
Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah

Faham dah sekarang kenapa produk kolagen Ephyra berbeza dengan kolagen lain. Banyak lagi sebenarnya khasiat yang terdapat pada produk kolagen Ephyra ni. Ia juga sesuai bagi lelaki dan kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.



  • EPHYRA terbukti berkesan seawal 7 – 14 hari! Boleh tgk youtube sharing dari ramai pengguna setia EPHYRA:
Nak tgk ramai lagi sharing tentang kehebatan ephyra boleh tgk di youtube :
  • Rasa EPHYRA paling sedap di pasaran, diakui ribuan pengguna EPHYRA
Boleh klik link youtube utk dengar sendiri sharing pengguna ttg rasa EPHYRA:
Yang paling penting sekali produk Ephyra ni terbukti halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM, Korang selalu dengarkan banyak lambakan produk diluar sana dijamin selamat dan halal tapi mengejutkan bila dibuat kajian masih banyak produk yang tidak mempunyai sijil yang berdaftar dengan JAKIM & KKM. Sijil ni sangat penting sebab akan menjadi bahan bukti yang sesuatu produk tu selamat dan tidak membahayakan kesihatan.


Sedap kot rasanya macam rasa air oren, macam rasa glukos pun ada, tak masam tak manis sesedap rasa. Bancuh dengan 180ml air kosong. Kalau nak sejuk letak dalam peti ais.  Aku dah minum kolagen  ni  dah 5 hari so far oke, masih menunggu kesannya lagi. Benda ni kena tunggu sebulan kalau nak tengok betul-betul berkesan. Hei tak sabar oke, sekarang pun ada sedikit perubahan bila minum kolagen ni. Korang tunggu tau hasilnyaaaa ~ Minum Ephyra ni memang kena minum air yang banyak sebab kalau kurang air badan akan terasa panas. Panas badan tu adalah salah satu detox dimana toksin dalaman dikeluarkan.

Berikut adalah testimoni dari pengguna :-




Untuk pembelian EPHYRA, sekarang ada harga promosi Hari Raya, dulu RM228 sekarang RM197 sekotak ( mengandungi 30 sachets – 15 gram setiap sachet utk sebulan). Jimat banyak tuuuu~

Untuk maklumat lanjut, boleh layari

1)website official - www.oceanlife2u.com


3)instagram- ephyra2u


Atau hubungi HQ 0341417889 atau sms 019 3999 238

Ada promosi khas  untuk pembaca blog milaahmad.blogspot.com iaitu 2 kotak pada harga RM380 – Apa korang perlu buat cuma email pada syarikat Oceanlife dengan tajuk blog ni untuk  dapatkan harga promosi 2 kotak beserta FREE GIFT (spt gambar di bawah)










♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, July 24, 2013

TQ Nuffnang bagi BE

www.tips-fb.com

Salam

Bukan malas nak update entry tapi minggu ni rasa macam banyak gilaaaaa kerja. mana tak banyak sebab buat kerja orang lain,  ada orang tu makan gaji buta ! heiiiiiii sakit pulak hati kita bila mengenangkan grrrrrrr....Walau macamanapun sakit hati kita sekalipun masih mampu tersenyum bila buka akaun nuffnang tadi nampak ada satu BE baru yang sudi melekat dekat blog picisan kita ni.


Walaupun lama tak update tapi Nuffnang sudi  bagi kita BE. terharunya sobs..sobs..sobs....Terima kasih bebanyak Nuffnang . Kat kawan-kawan jugak terima kasih datang blog kita walau hari-hari bukak entry yang sama je. Apakan daya masa sentiasa mencemburuipun. Damn -.='

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, July 19, 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Blogger

www.tips-fb.com

Salam

Dah nak masuk hari Sabtu balik ko ni mila, baru ko nak update pasal entry berbuka puasa macam siput b.a.b.i  lambatnya -.='. Kalau peram tu boleh jadi ikan perkasam tau goreng pastu makan dengan nasi Haha...

Kiranya ni kali kelima dah aku datang ke Flora Cafe, Ampwalk, kali ni dijemput untuk Food Review sempena Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Before ni, masa Anniversary sambut dekat situ jugak, dekat kot dengan rumah aku naik moto 10 minit je, kalau naik kereta 15-20 minit. Parking pun senang.


Decoration sebelum ni macam garden flower nampak eksklusif sangat, yang ni pulak tema macam ala-ala wonderland gitu~ cantik kan ? superbbbbb...


Bukan takat Anniversary, nak celebrate birthday, baby shower pun bole , kalau ada yang berangan nak kawin dekat sini pun mereka memang ada menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan tu. 

Oke sekarang strait to the point no corner-corner pasal bufet Ramadhan yang disediakan oleh Flora Cafe. Juadah yang disediakan bermula dari pukul 7 malam sehingga pukul 10 malam, boleh je nak melantak tak hengat dunia ye. Kalau dewasa harga yang dikenakan adalah RM45++ manakala budak-budak yang berumur 6-12 tahun dikenakan harga sebanyak RM20++. 


Kurma dan air zam-zam diberikan secara percuma oleh pihak Flora Cafe. 

Bufet Ramadhan ni bermula dari 10 Julai - 5 Ogos 2013, kotlah korang teringin nak bawak family ke nak buka puasa bersama kawan-kawan dan orang tersayang boleh try kat sini. Makanan totally super-duper sedap !

Setiap hari menu bertukar, so korang kalau nak tengok menu setiap hari apa yang Flora Cafe sediakan untuk hari tu bolehla terjah FB Flora Cafe Ampwalk. Antara menu-menu yang disediakan pada hari tu adalah............... eh. eh kejap ni entry makanan tau, jangan terliur pulak kang batal pose :p

Sayur campur udang

Sayur kobis lemak kot !

Sambal udang

Seafood

Ayam berempah

Nasi Beringin

Banyak sangat menunya sampai nama pun aku tak tahu, aku tibai jela bagi nama menu tu erk ? Kalau salah maaf tapi series menu dia banyak gilaaaaaa sampai tak termakan hoiiiii

Kuih-muih

Rojak buah


Paling best ada chocolate fountain

Ikut kan banyak sangat menu, ni baru sebahagian tau banyak lagi tapi sudah cukup sudahla ye bulan-bulan puasa ni gambar makanan  bukan apa risau ada yang tak puasa nanti naya jerk ! 


Disediakan ruang solat di tingkat 2, cantik dan selesa tempatnya.

Bila sesi mencekik selesai, kami together-together bergambar kenangan. Kalau bini-bini tu memang dah tak boleh lari dengan gambar tapi suami-suami pun kemain nak jugak gambar kenangan taknak kalah tu. Haaaaa ameklah gambar secara berjemaah kami semua. Semua blogger yang hadir ni sporting gilaaaaa...memang bestlah !




Terima kasih Mell sudi jemput kami blogger untuk berbuka puasa kat Flora Cafe ni


Akhirnya dapat jugak jumpa si kecik yang gebu ni, heiii cumel sangat tau awak ni, biasa tengok dekat blog je geramnya lahaiiiii~ Budak kecik yang cute ni anak kepada blogger Umi Qi.

Mesti nak tau kan senarai blogger yang hadir pada pada hari tu, ni linknya :-



Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

 Contact no : 03-21618010
                   : 017-3024112 ( Mell )

P/S : Kredit gambar Kak Dayah

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, July 17, 2013

Tempahan Chocolate Moist Sempena Raya

www.tips-fb.com

Salam

Korang dah beli kuih raya ? belum ? oke cun ! Biasa orang beli kuih raya kan, rata-rata tiap-tiap rumah kuih raya je bersepah sampai muntah mongek makan apa kata tahun ni korang buat kelainan sikit ada tambahan Chocolate Moist di pagi raya heee~


Ni aku baru sebut belum rasa lagi, bayang kan, bayang je tau, tak batal puasa kan ? kihkihkihkih...Kek Coklat yang dipenuhi coklat yang melimpah dan meleleh jatuh ke pinggan perghhhhhhhhh....... sedap giler ! Dah sampai tekak dah ni. Hoi tak puasa ke jilat-jilat bibir pulakkk :p



Aku dah rasa dah keenakkan Chocolate Moist buatan air tangan Yaya, ternyata hasilnya sangat daboommmm kebooommmm bombastik chicken-chicken dance tau. Haha...siap nyanyi lagi tau ko bole ? Kalau nak rasa macamana sedap tak sedapnya Chocolate Moist ni boleh tempah dengan Yaya. Aku pun tak tahu dia ni teror sebenarnya buat Chocolate Moist ni.



Takkan nak order satu je mana cukup kata raya mesti ada stok kan, belilah dua, tiga, empat dan sepuluh boleh bagi dekat abang, kakak, mak, abah, jiran dan atuk kat kampung heeee~ Murah je sebijik tu cuma RM30 sahaja. Penghantaran akan dibuat secara by hand oleh Yaya sendiri. So sapa yang teringin nak jumpa dia secara live * macam artis pulak. Haha...* wajiblah order.

Macamana nak buat tempahan, boleh contact melalui :-

email nadiafarahida@gmail.com
hp 019-7564019 (call / sms / whatsapp )

Last tempahan adalah pada 1 haribulan Ogos 2013. Cepatlah buat tempahan sebelum terlambat ! :)






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, July 16, 2013

Tahniah, anda follower yang ke 1000

www.tips-fb.com


Hi tawan-tawan. Ayat macam mintak pelempang kahkahkah...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapatlah saya..... errrkkkk ~ jap dah kenapa aku macam YB kampung pinang sebatang ni kemain berucap bagai haha.

Eh tak sebenarnya nak cakap eh. nak jerit sebenarnyaaaa eh tak.tak nak taip jelaaaa ni nak bagi tau follower ke 1000 telah dijejaki. wuaaaaaaaaa ini semua poyooooooooo haha dush ! dush !

Korang mesti tak nampak kan follower aku, aku je nampak sebab tu nak poyo sikit. sikit jelaa bukan banyak pun tak payah nak buat muncung senget tu aku pang karang !. Terima kasih diucapkan kepada follower yang ke 1000 ni. Anda pemenang bertuah, hadiahnya dapat baca blog picisan aku yang kadang-kadang ayatnya tunggang langgang macam tongkang pecah. *tu kampung aku tu weiii*


Bagi aku bila follower ramai tak semestinya ko dikenali atau trafik ko tinggi, yang penting adalah reader sebenarnya, reader yang memainkan peranan penting bila setiap kali ko up entry. walaupun berjela pun orang still nak baca sebab entry ko tu ada point-point penting.takdelah meraban je end up orang tak paham kan sia-sia jerk -.='

Bukan dia sahaja malah korang, ribuan terima kasih sebab sudi follow blog aku tiba-tiba sayu , pilu sobs..sobs..sobs... T______T. Masih belajar dan terlalu baru dalam dunia blogger. Oh ya aku berblog ni bukan nak glamour ye. diulang bukan nak glamour harap maklum ! cuma kalau ada peluang-peluang yang secebis dua cebis tiga cebis takkan taknak rebut pulak kan ? 

Berkongsi benda baru, minat yang sama, tambah ilmu pengetahuan kan best ! takdelah hidup tu macam katak bawah tempurung biar berkembang sikit. Berada dalam dunia blogger ni jangan nak fake sangat,ikut-ikut orang, tiru penulisan orang, kat dalam blog kemain pong pang pong pang bila dunia nyata diam seribu bahasa, orang senyum kemain lebar sampai telinga dia bagi jelingan tajam no.no. tak baik errrr~ jadilah diri anda sebab diri tu mencerminkan blog anda *eh, ada kaitan ke ? haha....*

Macam aku ni pendiam, pemalu, sopan santun lagi kat dunia nyata pun sama tak berubah pun betul tak tawan-tawan !!!tengok kita tak fake pun haha.... pang ! satu kali....*matakeatastangankebahu* 

Lepas ni tak boleh hide follower dah nak tak nak kena tunjuk sebab ada orang tu marah-marah kita.cakap apa barang sorok-sorok tak rocklah gitu. Haishhh... tak paham pulak aku.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, July 15, 2013

MakeOver Dinding Rumah Secara Percuma Sahaja !

www.tips-fb.com

Salam

Mesti dah tak sabar kan nak tau macamana boleh dapat makeover dinding rumah secara percuma pulak tu. Nilah nak bagitau, meh duk dekat sikit meh, rapatkan saffff kuikuikuikui...Mesti antara korang-korang ni follow blog www.nadiafarahida.com kan. Dia secara officially dah jadik Blogger Manager untuk Wall MakeOver By Na. Kemudian skank ni dengan rasa baik hatinya beliau nak bagi kat korang-korang FREE 3 BUAH RUMAH UNTUK DIMAKEOVER secara percuma ! yessss percuma ! Jangan nak nganga sangat mulut tu kang masuk lalat, ngeeee~~~



3 buah rumah tu mestilah berada di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang sahaja. Kalau yang rumah sendiri tu dah tentulah bestkan kalau dapat, tapi ni rumah sewa pun boleh, rumah mak abang kakak paklong pakteh pun boleeee jugak tak kesah ~ Kalau nak diikutkan harga setiap makeover dinding yang dibuat bernilai RM500 tapi Wall MakeOver By Na bagi free je kat korang-korang ateeee giler la kalau taknak ye dakkkk ? Jangan kata ko aku pun tergedik-gedik siap joget chicken dance lagi punyalah nak tau ! Plessss tolong bagi kita. Pless...plesss

Stop jangan nak merayu-kayu disini, sekarang aku bagitahu macamana cara korang nak dapatkan makeover free ni, mudah dan senang sangatlahnya pun ~

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na tekan sini.

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage yang korang berkenan untuk buat dekat rumah korang. 

4. Buat 1 entry di blog masing-masing, attachkan sekali design yang korang dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat ini, 
" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

Ko karanglah 4 hari 4 malam pun, beliau tak kisah janji ko tunjukkan keihklasan kesungguhan keterujaan korang itu dekat slogan tu.Bagi beliau terharu sikit untung-untung tacing kan terus pilih rumah ko haha...

5. Dah siap entry dengan slogan korang kan boleh tinggalkan link korang dekat SINI 


Orang yang duduk diluar kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang jangan sedih jangan berduka oke, korang masih boleh join jugak, walaupun tak dapat makeover dinding rumah ada hadiah tambahan menanti anda iaitu 6 stensils dengan design yang menarik bernilai RM90. Haaa masih boleh makeover sendiri dekat rumah tau. Best tuuuuu~

Tarikh tutup entry ni pada 18 JULAI 2013 bersamaan hari KHAMIS. So apa tunggu lagi, cepatlah korang buat entry tu tapi jangan lupa follow step-step yang diberikan ye.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, July 12, 2013

Akhirnya, suami jugak terjebak ke dunia blogger

www.tips-fb.com

Salam

Nak cerita pasal Krabi rasa malas, mood pun dah jauh ke tengah laut hikhikhikhik...Korang sabar jelah ye dengan kerenah tuan tanah kedaung ni suka-suka je nak update entry suka hati kan ? Mari pasrah bersama -sama tsk...tsk...tsk... T______T

Kalau sebelum ni aku sorang je yang gigih berblogging, gigih sangat kau ni ! Sekarang ni jangan kata bini, laki aku pun terjebak  wey ~ Akhirnya suami jugak terjebak ke dunia blogger haha...

Tapi genre dan style entry kami laki bini totally different. Kalau penulisan aku kan banyak hentam kromo je cakap pun ikut suka hati, ayat tunggang-langgang kadang kat depan kadang kat belakang, laki aku sopan sikit, skema pun ada jugak tapi bagi aku, aku suka baca blog dia walaupun dia nak update satu-satu entry tu makan masa dua tiga hari kihkihkihkih.....

Yang buat lama sangat nak publish tu sebab explanation dia panjang sangat.kaji selidik sampai akar umbi dah macam buat asignment gitu. Kalau aku macam tu pitammm hokeh ! Tak daya den ~ biasalah orang yang dah lama makan garam dari kita ni cara penulisan lebih puitis ! macam aku yang bajet muda sanggggaaaaattttttt ni banyak penggunaan bahasa rojak Rosakkan bahasa -.='

Taknak taip panjang sebab puasa, eh. ada kaitan ke  taip panjang dengan puasa ? entah pape... Jemputlah baca blog suami comel ku haha... Jangan lupa follow tau ! eh,eh bini promote blog laki kuikuikui


Kadang-kadang ada terpikir jugak kalau rasa malas nak update entry copy-paste je dari blog suami. Dia suka review pasal movie mudah bukan kerja isteri haha....itu salah satu sebab kenapa aku paksa dia ada blog sebab idea dia kadang-kadang menarik jugak untuk dikongsi. Kira senang aku dah ada back up entry blog hoho...



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, July 11, 2013

Nama Blog bagi Bulan Julai

www.tips-fb.com

Salam


Dengan ini diumumkan senarai bloglist bagi bulan Julai 2013


So nama-nama blog yang ada ni harap korang sentiasa update entry er. Nanti senang aku nak terjah !!!!
Setiap bulan bloglist akan dirombak if korang masih nak stay dalam bloglist aku setiap bulan please make sure tunggu entry bloglist setiap bulan serta tinggalkan url blog dekat komen oh ye jangan lupa like FB  dan follow blog aku.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Night Market Krabi Town

www.tips-fb.com

Salam

Ni entry last untuk hari pertama kitaorang sampai, perghhhh.... ingat-ingat balik kemain banyak entry untuk hari pertama je sedangkan 4 hari 3 malam nieeeee pengsannn bangun balik duh !~

Yang mana baru follow blog aku ribuan terima kasih diucapkan harap jangan bosan baca setiap entry aku er,

Nie entry-entry sebelumnya kalau ada yang belum baca lagi :-


Balik ke hotel terus mandi siap-siap untuk ke Night Market Krabi Town, xsempat nak berehat pun terus keluar untuk aktiviti di malam hari. Pergi sana kami semua naik tuktuk, mesti ada yang tanya kenapa tak sewa motor ? Sebab entah erk ? kenapa tak sewa korang ? tapi kalau aku, aku pun taknak sewa motor pergi Krabi Town tu sebab jauh wey kang sesat acaner dahla tak tau jalan negara orang pulak tu baik naik tuktuk senang cuma bayar sorang 100THB pergi balik, aku laki binik 200THB 


Krabi Town ni jauh jugak, heiii suma tempat aku rasa jauhla takde ke yang dekat sikit. Dalam tuktuk ni kitaorang tak tidur buntang je mata memasing mungkin sebab aircond pakai angin semulajadi tu layan keindahan bumi ciptaan Tuhan.

Driver tuktuk ni macam tau-tau je kami suma kaki gambar sampai lebammm boleh pulak dengan sportingnya berhenti satu port baekk punyaaaaa apa lagi semua kemain bergambar sakan u ollssss~


Kadang-kadang tu datang jugak sengal kami laki bini  HARAP MAAF di atas kesulitan haha....





Kemain tegak aku duduk tu sebab nak cover lemak yang tepu kihkihkihkih


Tengah jalan pun boleeeee

Dah sampai Krabi Town kitaorang ingat nak makan dulu sebab dah kebulur tahap dewa, yela tadi lunch nasi kan banyak lekat celah gigi so laparlah driver tuktuk tu dengan baik hati tunjuk gerai nasi ayam halal dekat-dekat situ. Lagi baik hati siap tunggu kitaorang abes shopping kat Night Market Krabi Town tu tau. Dia akan hantar kitaorang balik ke hotel. Baik kan ? so tak payah takut berapa lama kat Krabi Town tu.


Nasi ayam ni harga 40THB, sedap sangat ! sebab sedap aku laki bini siap order dua pinggan sorang, nampak tak nafsu gajah kitaorang haha..xcukup lagi tu siap tapau  satu lagi bawak balik,kira 5 pinggan semua jadi 200THB tak memang kitaorang dari Malaysia memang nak abeskan duit yang 'ramai' tu makan nasi ayam ni je bhahahaha...so jangan nak pelik sangat eih ~hahaahahaha...Minuman kat kedai ni cuma air masak sahaja itupun free sedap jugak kuikuikuikui *kalau lapar apa semua sedap :P *

Lepas tu baru masuk Night Market , ia sama je macam pasar malam kat Malaysia cumanya ada sesetengah barang takde jual kat negara kita, pasar malam Thailand lebih kepada souvenir-souvenir gitu, kira macam uptown laaaa


cantik kan ? dibuat dari sabun lepas tu jadi bunga ~ wangi tau.


Casing phone, berkenan betul aku tgk tapi tak beli takut budget lari -.='


Siap ada budak main alatan tradisional, kita boleh bagi duit, laki aku siap bagi syiling M'sia hohoho....



Kalau datang Night Market Krabi Town tolong beli pancake ni sebab kami-kami semua rasa antara 3 kedai pancake yang kami beli, dekat pasar malam nilah paling sedap dan murah. Sedapnya sampai la ni aku menaip ni terasa di tekak eh puasa milaaa oiiii....nak rasa mende dia nie -.=' TQ Eida sebab belanja kami semua pancake banana chocolate yang sedap ni. Satu pancake ni harganya 30THB


Aku tengok Yaya beli minuman ni aku pun nak beli jugaklah, minuman ni berkisarkan buah-buahan yang diblended bersama air gas, aku beli smothie strawberi blended with green  fanta. Harganya 450THB. Manisnya jangan cakaplah sampai kepala haha....tak digalakkan minum selalu.

Kemudian shopping barang-barang souvenir lain 


Tote bag 130THB


3 fridge magnet batu 100THB
3 keping sticky FM setiap satu 100THB x 3 = 300THB


Keychain pensil 100THB


Baju Krabi, Thailand 2 helai 300THB

Kemudian laki aku beli sedikit jajan untuk dikunyah kalau lapar dalam bilik hotel nanti dekat 7E. Abes  362THB Kalau dekat Thailand nak beli simcard kena sebut fonsim baru diaorang paham kalau tak mengangalah sampai kesudah nak paham ayat ko. Laki aku beli sebab nak calling dengan mak abah kat M'sia aku tak beli pun simcard sebab wifi kat situ bersepah. 

Balik dari Krabi Town pergi ke Ao nang pulak sebab nak cari pakej Phi Phi Island keesokkannya, deal baek punyaaaaa last price kitaorang dapat 1100THB seorang, jadi aku laki bini 2200THB pakej ni termasuk lunch buffet, transport dan peralatan snorkelling .

Kitaorang amek pakej dengan Ao Nang Orchid Resort & Spa, sebelah kedai tu ada jual beg kalis air, beg tu bagus digunakan masa aktiviti air untuk simpan barang-barang macam hp, wallet camera daripada terkena air. Laki aku beli warna biru. Belikan T-Shirt Muay Thai 200THB untuk adik ipar Sempat lagi shopping haha...


Beg water proofing  5 liter  300THB

Sampai hotel kami bagi extra 20THB dekat driver tuktuk sebab sanggup tunggu berjam melayan kerenah kami yang macam-macam ragam tu.

Total Perbelanjaan :
Tuktuk dari Hotel ke Krabi Town pergi balik 2 orang  200THB convert duit M'sia = RM20.90
Extra tips driver tuktuk 20THB convert duit M'sia = RM2.90
4 pinggan nasi ayam 1 tapau 200THB convert duit M'sia = RM20.90
1 ketul tote bag 130THB =RM13.60
Makan / Minum kat 7E 362THB =RM37.80
Smothie Strawberi 450THB =RM4.70
Beg Water Proofing 5 liter 300THB = RM31.35
T-shirt Muay Thai 200THB = RM20.90
FM & Keychain 500THB = RM52.25
Baju Krabi, Thailand 300THB =RM31.35
Pakej Phi-Phi Island 2200THB = RM229.90
TOTAL = RM 466.55





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...