Terima Kasih Sudi Like

Thursday, May 24, 2012

cuti yang telah diluluskan !!!

www.tips-fb.com

Sikit punya susah aku nak apply cuti untuk kahwin ! bernanah telinga ni baru dapat cuti, sadis kan ? nak wat camne kalau dpt bos yang pantang ada orang cuti termasuk aku anak saudara dia sendiri heeee...igt senang ke nak dpt cuti nak2 cuti lama-lama ni tapi takdelah mana lama 1 weeks jerk. Orang lain tu ada cuti sampai 2 minggu oke jerk.

Biasa kalau pengantin baru mesti nak cuti lepas majlis tu lama sikit kan maklumlah nak honeymoon bagai tapi aku amek cuti b4 majlis 5 hari awal sebab nak urus macam2. Lepas kahwin aku just amek 2 hari sahaja cuti sebab xde plan nak honeymoon. Kerja terlampau banyak aku xyakin bos akan benarkan aku cuti lama.

So rancangan aku mungkin hujung tahun aku akan merancang untuk bercuti. Destinasi yang ingin dituju masih dalam perancangan. Hope sangat semoga majlis ni berjalan dengan lancar serta dipermudah oleh-Nya. Next weeks dah sibuk dgn persiapan terakhir, nak fitting baju utk kali terakhir nak amek kek lagi dgn majlis berinai, mandi bunga lagi, gubahan hantaran, hiasan bilik tidur, mini pelamin door gift bagai....oh pengsan !!!!! -.='


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, May 23, 2012

wordless wednesday

www.tips-fb.com



talk to my hand : muat ke tidak nak masukkan dalam kereta aku yang kecik tu er ? hmmm..

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, May 22, 2012

Rejab Bulan Allah

www.tips-fb.com

  • Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar dari Allah
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan dari Allah
  • Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allha akan bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal
  • Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
  • Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga
  • Puasa 10  hari - Allah akan memakbulkan permintaannya
  • Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan
  • Tambahan puasa menambah pahalanya
  • Membaca surah al-ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih
  • Membaca al- Quran

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Saturday, May 19, 2012

Guestbook done !!!

www.tips-fb.com

Dari sehari ke sehari aku tangguh nk D.I.Y guestbook nie. Hari ni aku ambil kesempatan nak siapkan xnak dah tangguh2 sebab minggu depan aku dah mula bercuti. Jadi ape yang xsiap tu aku siapkan dalam masa 2 hari ni sebelum aku tumpukan pada kerja diopis sebelum aku mula bercuti untuk majlis besar aku pada  02.06.2012.


Mesti ada yang tanya nape xtempah saja. lagipun skank byk bisnes on9 yang buat tempahan guestbook nie. Aku bukan xnak tapi aku lagi puas D.I.Y sendiri, lagi puas hati nak create cne pun lagipun kalau buat sendiri lebih save badget dari menempah.



Inilah yang telah dapat dihasilkan oleh tangan sendiri. takdelah cantik mane pun namun berpuas ati jugaklah sebab terhasil dari air tangan sendiri hehe...Dan kebanyakkan persiapan untuk hari besar aku, aku D.I.Y sendiri jerk sebab agak cerewet dengan penggunaan warna. Pada kengkawan yang hadir nanti bolehla mencoret sedikit nota ucapan di sini ya ^______^

talk to my hand : ambil masa sebentar untuk jawab soalan poll kat side sebelah kanan ni ya. jasa anda amat saya hargai.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, May 16, 2012

Mari undi !

www.tips-fb.com

 Bukan undi untuk pilihan raya ye kawan-kawan, dalam blog aku ni xde mengandungi unsur-unsur yang berbaur ke arah politik, cukuplah sekadar tahu isu semasa pasal politik. Sekadar mengetahui, baca dan paham kan sahaja, kemudian nilaikan sendiri.

Ni haa nak cakap pasal poll by nuffnang  kat tepi  blog aku ni, Aku ada buat soalan baru, yang selalu tu dah biasa sangat korang baca kan ? So aku ubahla sikit kepada soalan baru. If korang senang-lenang takde mende nak buat tu atau korang saja blogwalking, bolehla sesaat 2 kiranya menjawab soalan yang diberikan ye.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

wordless wednesday-Kad Debit MU

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, May 11, 2012

Terharu, tgk video ni ;'(

www.tips-fb.com



Tadi sesaje blogwalking, nak baca entry blogger lain, then singgah blog ni, ceyes sangat terharu bila tengok video ni tersentuh hati nie bila tengok seorang ibu mendedikasikan video untuk anak tersayang even anak tu tidak sempurna sifat fizikal ni.

Sempena Hari Ibu ni aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat ibuku PUZIAH BINTI RAHAMAT yang berada dikampung mungkin sedang sibuk menguruskan persiapan majlis hari bahagia aku nanti. Sayang mak sangat². Aku berjanji akan sentiasa membahagiakan kedua ibubapa aku sehingga nafas yang terakhir. Love u MOM !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, May 10, 2012

spontaneous thursday

www.tips-fb.com


Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan ia pendampingku jika aku tiba di syurga kelak .

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, May 9, 2012

wordless wednesday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, May 8, 2012

kad mula diedarkan

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

tinggal 3 minggu 3 hari sahaja sebelum aku menamatkan 'zaman bujang' eh bujang lah sangat, haha...tanpa sedar lagi tiga minggu macam xpercaya tapi nilah hakikatnya. oh tidak -.='

Persiapan alhamdulillah 70% dah complete. xmO stress , stress t jerawat batu kat muka ni timbui bebanyak lagi naya. Now , aku dah mula edarkan kad kahwin. inviting from FB dah lama start ujung bulan lepas lagi sekarang fokus pada kengkawan yang mintak diposkan kad untuk mengenalpasti lokasi majlis.

Xlupa jugak pada kengkawan blog, kepada sesiapa yang sudi datang ke majlis perkahwinan aku boleh pm alamat dan aku akan pos kad ye. Majlis persandingan akan diadakan pada 02 june 2012 bertempat di batu pahat, johor.

Harapan aku semoga dipermudahkan segala urusan, berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. sesungguhnya kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya Amin.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, May 7, 2012

seminggu 2x balik batu pahat !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,


Minggu lepas walaupun ada cuti 1 hari dimana hari buruh tapi aku tetap sibuk 24 jam. Walaupun cuti 1 Mei aku telah dikejutkan dengan berita kehilangan datuk tercinta, serta merta aku bergegas pulang ke kampung sambil ditemani encik tunang.

Sangat sedih bila mengenangkan majlis aku yang xlama lagi, betul² 1 bulan dari tarikh kehilangan datuk. Xsempat nak tunggu majlis aku. Perginya beliau menghadap Ilahi tanpa sebarang kesakitan. Pergi dalam keadaan tidur. Aku berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan tempatkanlah atuk ku di kalangan orang-orang yang beriman.

Majlis tahlil diadakan selama 3 hari, hari rabu aku bercuti, mlm tu aku gerak pulang ke kuala lumpur memandangkan keje yang menimbun.kene siapkan sebab jumaat aku nak pulang semula ke batu pahat untuk majlis tahlil hari ketiga atuk.

5/5/2012 pulak hari pernikahan 'bakal' adik ipar aku SITI NADIRAH bersama pasangannya. Dia sangat gojes oke disamping suaminya. Selamat Pengantin Baru diucapkan dan semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Majlis persandingan dia akan dijalankan serentak bersama majlis aku pada sebelah lelaki aitu pada 03/06/2012




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...