Assalammualaikum,
Hai tawan-tawan, eh dah mcm orang takde lidah aku bercakap huhu..manja la gitu konon puiiii...hari ni puasa ke berapa er ? sejak dah bertukar keje shift malam ni, hidup aku dah macam xteratur, orang keje siang, aku tidur siang orang tidur malam aku keje malam walaupun hanya bersifat sementara cukup terseksa ko tau !!! grrrr.....
Biasa aku keje admin tapi sekarang aku dah lari bidang kerja aku. Semua ni gara2 bos aku yang kejam, seeeeddiiihhhhhh :'( rela dalam paksa.Tabah dan sabar menghadapi dugaan dari Nya. Tetiba beremosi lak aku ni.
Oke-oke back to basic, sempena nak raya ni kami adalah buat gerai jualan Jeans Picasso mungkin ada yang tak tahu ape itu Jeans Picasso korang boleh refer ENTRY ni, gerai tu terletak di uptown danau kota, so sape2 la yang berkenan nak beli seluar jeans untuk raya yang xlama lagi boleh datang ke gerai kami.
Buat pengetahuan semua, harga yang ditawarkan sangat-sangat-sangat berbaloi dan takkan dapat dimana-mana, sumpah aku tak tipu. takde sebarang penipuan disini ya, xbaek aku nak tipu bulan-bulan puasa. Harga ditawarkan memg cukup-cukup rendah. Ini adalah kerana kami ingin menghabiskan stok-stok seluar jeans yang ada.
Sekiranya korang beli satu seluar di gerai kami, kami tawarkan dengan harga RM50, TAPI sekiranya korang beli 2 helai kami bagi harga RM80, manakala beli 3 helai kami bagi harga RM100, cukup murah bukan ? Lagi banyak korang beli lagi murah kami bagi harga, harga bagi setiap pembelian masih boleh dibincang. Korang boleh rasa material yang digunakan untuk penghasilan jeans ni. Aku yakin korang akan berpuas hati dan sangat berbaloi dgn harganya.
Stok-stok jeans yang ada ni sangat limited, hanya ada 3000 helai seluar pelbagai size dan design untuk dijual siapa cepat dia dapat. So tunggu apa lagi, mari lah dapatkan seluar jeans untuk hari raya anda ^______________-^
Tuesday, July 31, 2012
Kini jeans picasso di uptown danau kota
Sunday, July 29, 2012
Wanita peminat anak patung berwajah hantu
Kalau dah nama anak patung Barbie confirmlah yang cute mute kan ? mane ada yang hodoh bagai. Ada ke yang suka pada anak patung yang menakutkan dan mukanya ganas.. Ada tak??? Sape suka cuba angkat hidung dan pusing 45c sekarang muahahaha...
Sebenarnya ada yang meminati anak patung berwajah hantu ni beliau ialah Marilyn Mansfield 33 tahun. Dipaham kan beliau telah mempunyai lebih 500 koleksi anak patung berwajah hantu. Beliau menjaga semua anak patung beliau seolah-olah anak patung itu hidup. Emak kepada tiga cahaya mata ini tidak pernah keluar rumah tanpa anak-anak patung dia. dan dianggarkan nilai setiap anak patung hantu beliau adalah $2500 setiap satu dan koleksi keseluruhan dianggarkan ratusan ribu dolar.
Thursday, July 26, 2012
Spontaneous Thursday
Wednesday, July 25, 2012
Monday, July 23, 2012
Ramadhan pertama di Batu Pahat
Mak-mak saya, love both of u very much ! |
Friday, July 20, 2012
Dulu kecil + kurus, lepas bersalin gebu yang amat heee...
Assalamualaikum,
sumber dari sini |
Yang aku ni belum ada anak pun berat dah macam gajah, kalau ada anak t mcm manelah beratnye kan -.=' tapi memg ramai mcm tu masa belum kahwin kurus giler bila dah kawin hamek kaw besar tong membesar haha...Takpelah janji sihat takde penyakit ye dak ?
talk to my hand : dulu aku gemuk, skank aku makin gemuk ! eh ? ape nie???? nak lari ujung dunia stresssslah haku -.='
Thursday, July 19, 2012
sayu baca kisah Fynn Jamal tentang anaknya :'(
Assalamualaikum,
Tadi duk on9 FB bosan2 pegilah stalker sana-sini, hanya silent stalker sahaja, eh, ada ke ayat cam tu ? mmmm...bantai jela. then tetiba terbaca satu artikel yg dipost oleh Fynn Jamal , series sangat terharu dan sayu membacanya :(. Mungkin ramai yang tidak mengenalinya tapi dia orang seni jugak. Dia adalah penyanyi lagu 150 juta. Kalau nak tau lagu tu boleh search kat You Tube
Kalau nak tau lebih lanjut tentang cerita pasal anaknya korang boleh tengok di FB nya. Ni antara kata-kata yang diluahkan oleh seorang ibu pada seorang anak.
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.
kita.
rakyat malaysia.
semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.
ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.
dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.
terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.
ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.
ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.
dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.
"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.
dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"
aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".
*pause*
kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.
pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?
DALAM SATU HARI.
aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.
aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.
aku tak kira.
yang penting, jantung juna.
dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.
dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.
tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.
*pause*
kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.
kita.
rakyat malaysia.
terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.
juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.
sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.
*pause*
kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.
tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.
assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.
semoga juna cepat sembuh dan dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain :)
Wednesday, July 18, 2012
Asid folic & Virgin Coconut Oil
Assalamualaikum,
Macam confiuslah aku ni, nak mintaklah sedikit pendapat dari korang-korang dan korang. Pernah dengar VCO @ nama panjangnya Virgin Coconut Oil. Ada sapa-sapa pernah makan tak ? Kalau pernah mesti tahu khasiatnya. Ni antara khasiatnya yang buat aku tertarik untuk menggunakannya.
Kebaikan VCO/MINYAK KELAPA DARA:
KESIHATAN LUARAN
-mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolic
-menghasilkan tenaga segera
-jika disapu, mengurangkan infeksi,mencegah garis halus,hilangkan sterch marks, parut jerawat as well as jerawat,jeragat
-kulit muka tidak berminyak
-lenguh badan hilang
-sering kelihatan bertenaga
KESIHATAN DALAMAN
-bagus untuk ibu mengandung juga..
-bantu hilangkan keletihan
-meningkatkan daya tahan fizikal dan mental
-melindungi tubuh dari risiko kanser,penyakit jantung, tekanan darah tinggi,dan lain2
-gigi jadi kuat dan melindungi diri dari serangan osteoporosis
-memperbaiki kandungan asid dalam rahim wanita
-mengatasi masalah monopos
-regularkan semula PMS anda
-kesuburan
-kurangkan senggugut
-membantu sistem penghadaman dan pencernaan
KESAN SEGERA
-melegakan pernafasan
-melegakan batuk
-melawaskan pembuangan air kecil dan besar
-meningkatkan kadar metabolic
-mengurangkan rasa mudah lapar
-mengurangkan kolestrol dan kadar lemak dalam badan
-mempercepatkan sel-sel kulit mati dengan sel-sel baru(jerawat adn jeragat)
-memusnahkan virus,bakteria,kulat (keracunan makanan)
-tenaga segera
Banyak kan khasiatnya ? Skang yang menjadikan aku pening sedikit. Aku tertarik jugak dengan Asid Folic dimana ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. Bagi wanita yang merancang kehamilan atau nak hamil dengan cepat disarankan mengambil vitamin ni 3 bulan sebelum kehamilan. Macam aku ni dah kahwin barulah tau ape menatang asid folic ni kalau dulu before kahwin blur-blur je nak paham sekarang barulah dok sibuk kaji itu dan ini heeee...teruuukkk kan ?
Apa yang menjadi masalahnya skank boleh ke kalau aku nak amek kedua-dua vitamin ni dalam satu masa. Takut ada apa-apa efek ke kan ? manelah tau kan, tapi dari apa yang aku baca VCO jugak elok untuk ibu yang mengandung jugak, macam xpe kot makan dua-dua. Ada sapa-sapa boleh share sikit pasal benda ni. Harap korang dapat membantulah insan kerdil ni -.='
Tuesday, July 17, 2012
failed, please try again !
Monday, July 16, 2012
Dapat BE baru semangat nak update entry huhu.....
Secara rasminya telah berpindah rumah.
Ruang tamu yang masih belum dikemas |
Bilik tidur utama. Katil dan almari solek disediakan |
Kabinet ni nak letak kat dapur bawak dari Johor |
Barang² penyewa lama, ni belum kemas lagi, dlm proses ! * maaf mls nak rotate heee... |
Sebahagian hadiah aku susun jerk kat almari tanpa pintu ni, almari tuan rumah dia tinggalkan |
Friday, July 13, 2012
aktiviti minggu ni -.='
Thursday, July 12, 2012
post wedding 24062012
Wednesday, July 11, 2012
Tuesday, July 10, 2012
dah 40 hari baru nak tunjuk !
Assalammualaikum,
Alhamdulillah hari ni dah 40 hari aku bergelar isteri orang dan setakat ni jugak aku cuba belajar menjadi isteri yang taat pada suami ceh, ayat propa giler ! walaupun kadang2 aku mengaum macam harimau dan membebel2 macam bertih jagung dekat en suami. beliau tetap mampu tersenyum walaupun dalam hati selautan air dah banjir hakhakhak...Beliau juga banyak ajar aku erti kesabaran tatkala aku hampir-hampir menjadi hulk ! :p
Makin lama makin sayang walaupun aku banyak buat muka ketat dari muka semanis kurma sebab en suami selalu bikin panas sama aku punya hati. Ada je benda nak bagi aku bebel kat dia tapi berlainan pula encik suami dia cakap lagi suka sebab itulah perkara-perkara manis yang mengeratkan lagi hubungan antara suami-isteri. Kami xpernah bercinta sebelum ni jadi bila dah kahwin ni amek masa nak sesuaikan diri masing-masing. Tapi alhamdulillah semuanya under control heee..
Dan sebab 40 hari nila baru aku nak tunjuk gambar-gambar sekitar majlis hari bahagia kami, tapi ni gambar sebelah lelaki sebab gambar dari pihak aku siap lewat sedikit. Sabar dengan sepenuh hati tau walaupun tau penantian tu satu penyeksaan.
menunggu ketibaan pengantin lelaki |
Bersama adik ipar ku |
Keluarga besar belah pengantin lelaki |
Acara potong kek |
Bersama adik-beradik pengantin lelaki |
Bersama nenda tercinta. |
nota kaki : album post wedding dah siap dan boleh amek ari ni. sumpah xsabar kot ! excited terlebih ni haha..