Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, October 6, 2015

R.I.N.D.U

www.tips-fb.com

Salam.

Sesungguhnya aku rindu nak berblogging, nak membebel nak meluah nak bercerita, In Sha Allah jika diizinkan aku akan start berblog balik. Semoga diberi kekuatan. Mungkin lepas ni akan lebih banyak masa kotlah banyak masa huhu...nanti aku jenjalan blog korang k. Selongkar,stalker apa yang patut rindu sangat kat blog yang satu ni banyak kenangannya~

Banyak perkara yang berlaku dalam masa setahun ni, ada baik ada yang buruk, yang mana banyak buat aku belajar tentang erti hidup, banyak yang buat aku tersedar kehidupan ni bukan selalunya kita berada di atas, macam roda berpusing ada masa di atas ada masa dibawah. Setiap yang berlaku ada sebab musababnya yang mungkin kita tak nampak dan langsung tak terpikir kan. Tapi inilah qada dan qadar yg Allah S.W.T dah tentukan untuk umatnya, Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati terbuka

Nak cerita panjang lebar 4 hari 4 malam tak habis nantilah bila dah ada kekuatan akan aku coretkan disini suatu hari nanti. Doakan semoga kehidupan yg aku lalui sekarang lebih bahagia dan tenang.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, August 20, 2015

Epic Fit Meals Co - Healthy Food For Diet.

www.tips-fb.com

Salam 
Berita baik buat orang-orang yang sangat mementingkan pemakanan yang berkhasiat kerana telah wujudnya satu cafe dimana semua menu makanannya terdiri dari makanan yang berkhasiat dan rendah kalorinya,Epic Fit Meals Co adalah sebuah cafe yang menyajikan menu makanan yang sihat dan segar. 

Cafe ni sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet dan yang suka main gym. Segala menu yang dihidangkan mempunyai kiraan kalori, jadi sebelum makan kita bolehla kira berapa banyak kalori yang telah selamat masuk dalam perut kita kan hikhikhik..... Selain itu bahan-bahan yang digunakan bagi setiap penyediaan adalah segar, sihat dan berkhasiat. Tiada bahan yang dibekukan pun. Kiranya kalau kita order, mereka akan siapkan hidangan mengikut tempahan kita. Setiap tempahan yang diterima mengambil masa 45 minit untuk disiapkan.


Antara makanan yang disediakan di Epic Fit Meals Co adalah, 



TriColour Margarita (380kcal) RM17.80


-Epic's Italian flag pizza with red tomatoes, white mozarella and green basil. Its a vegeterian delight.



 Shrimpy Affair (489kcal) RM19.80


A delicious taste of the sea combining flavours of fresh prawns. real mozarella cheese, cherry tomatoes and English parsley



 Sam's Hawaiian Luau (509kcal) RM19.80

A luau (feast) of real mozarella cheese and spiced lean chicken strips, onions and pineapple.


  Epic Pesta RAYA Special *new Nasi Lemak Pizza (591kcal) RM19.80


Our original and special tribute to the nasi lemak and it includes spiced lean chicken strips, eggs, peanuts, achovies, cucumber, real mozarella cheese and of course our fire S.O.S



 Epic Pesta RAYA Special *new 3A : Apple, Ayam & Api (545kcal) 
RM 19.80

Fiery Pizza with minced chicken, real mozarella cheese, onions and caramelised apple.



 OZ'Beef Delight (567kca)RM19.80


Delightful combination of pulled Australian beef, pineapple, onions, tomato and sesame seed.


Kesemua diatas telah selamat aku telan, ternyata perutku menerima menu tersebut. Semua sedap, semua best aku paling suka Nasi Lemak Pizza dgn 3A Pizza sebab macam ala-ala kampung. Kan tekak melayu hihi...pizza ni bukan dibuat menggunakan tepung tau sebaliknya menggunakan bread crump dan ada bahan lain, jadi ia kurang berminyak.


Selain pizza, cafe ni jugak ada hidangan ayam bagi penggemar yang sukakan ayam. Epic Chicken terdiri daripada dua hidangan iaitu :-

Epic Grilled Chicken (249kcal)
Epic "Fried" Chicken Schnitzel ada dua pilihan sama ada nak classic (381kcal) atau Fire (403kcal)

Kalau nak order secara ala carte harga adalah RM 12.80 (Grilled) manakala RM13.80 (Fried)






Kalau kata dah jemu asik makan pizza dan ayam masih ada sides dish tau yang boleh diorder secara ala carte


Irish Colcannon (122kcal)
RM4.80




 Aglio E Olio  297kcal RM5.80



 Crunchy/Fire Chookies (233kcal) & Mashed Sweet Potatoes (271kcal)
RM 5.80




 Cilantro Lime Rice 217kcal RM4.80 

Brownie Oat Rice 176kcal RM4.80
 Epic's Cauli Rice 134kcal RM5.80




 Spiced Baked Wedges 132kcal RM4.80





Garden Salad 91kcal RM4.80




 Frugertii 98kcal RM5.80



Red Apple Honey Smoothie 79kcal RM8.80

Coolie Beauty 41kcal RM7.80
Classic Trifecta 78kcal RM 7.80
Agua Mello Smothie 61kcal RM 8.80

Epic Fit Meals Co ni, sebenarnya lebih kepada perkhidmatan delivery ke rumah. Walk in pun boleh tapi better korang take away sebab kalau nak makan dekat situ kawasan adalah terhad.Antara tempat penghantaran secara percuma hanya di Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Taman Tun Dr Ismail, Bandar Utama, Kota Damansara, Tropicana, Damansara Kim, dan Damansara Uptown. 

Hanya dial 03-7733 3375 jika ingin membuat sebarang pesanan.

Waktu Operasi jam 11am hingga 11pm. 

Bagi yang nak walk in dan makan di cafe, korang boleh ke


E105, Block E, East WingMetropolitan Square
Jalan PJU 8/1
Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Layari laman web rasmi Epic Fit Meals, dan jangan lupa follow FB dan IG bagi  mengetahui segala maklumat mengenai cafe ni.
Facebook : Epic Fit Meals Co 
Instagram : @EpicFitMealsCo

Thank you so muchh Epic Fit Meals Co sudi jemput kami semua bagi merasai segala menu berkhasiat di cafe ni.Tak lupa jugak pada ida yang sudi share gambar makanan terima kasih daun keladi ye :)) 






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, April 29, 2015

Coway Water Purifier Memudahkan Kerja Seharian Dirumah.

www.tips-fb.com

Salam

Aku dah lama dengar pasal menatang Coway Water Purifier ni, tapi masih kurang pengetahuan pasal kegunaan dan kebaikannya sehinggalah aku berpindah ke rumah baru, barulah tergerak hati nak pakai. Itupun banyak sebabnyaaaaa~

Sekarang pun kualiti air pada paip tak terjamin kebersihannyaa, banyak sangat klorin, dengan berkarat macam air teh kata koo  T_____T. So kami decide untuk minum dan memasak kami beli dekat mesin air tu, ala yang 1 liter RM0.20 sen tu. Masa tu baru-baru kawin, lagipun duk berdua je takpela beli air tu, rumah pun tingkat 1 je larat je laki aku tu nak bawak setakat dua tiga tong air tu. Orang kata apa masih gagah perkasa hahaha...tapi gagah tak gagahla 2 tahun mengangkut air muahaahaha...Masa tu tak mampu la nak beli penapis air yang harga ribu riban, yelaaa orang tua- tua kata baru nak hidup. Yang mampu beli air kat mesin air jela.

Lepas 2 tahun aku pindah rumah yang lebih dekat dengan opis. Sepanjang duk kat rumah baru ni ingat okela kan air nyaaaa rupanya sama je hmmm hmmm hmmm, air dia berkarat sangat-sangat xdaya aku nak cuci pinggan nak masak  guna air kuning2 nilaaaa~ Boleh dikatakan setiap kali nak guna air.air keluar kotor dulu lepas tu barulah jernih.

Lagi satu rumah aku tingkat 4 tau ni aku bayangkan dulu yang negatif dulu sebelum positif, dulu tingkat 1 bolehlah naik tangga sebab 1 tingkat je pun. ni tingkat 4 kalau lif rosak kena angkut air yang bertong-tong mau tak terkeluar otot-otot nihaaaaa...Laki aku pun sekarang berkerja diluar kawasan kadang-kadang balik lambat setiap hari kalau stok air abes siapa yang nak g beli takkan aku??? matilah nak...macam alasan je kan nak pakai Coway haha..hakikatnya banyak senangkan keje aku kot.



Villaem CHP -08AR jenis table top.


Takpela kalau kena bayar sebulan RM125, tapi dalam banyak hal dia memudahkan kerja aku. I LOVE COWAY. Aku amek secara installment je mudah sebab takdelah terasa sangat nak bayar tiap-tiap bulan berbanding kelebihan menggunakan Coway ni.Apa yang kita akan dapat bila guna secara installment ni adalah free maintenance, service setiap 2 bulan sekali, dan tukar 6 filter setiap 6 bulan sekali serta cover rosak luar dan dalam. Ia juga 0 interest 0 deposit dan 0 guarantor.






Aku amek yang jenis ni sebab dia ada 4 fungsi dimana ada butang untuk Cold, Ambient, Hot dan Warm. Hanya pusingkan je button tu ke arah jenis suhu yang kita mahukan secara automatik suhu bertukar.Buat yang ada anak kecik kadang2 merayap ke dapur, nak dibuat cerita main benda alah ni jangan risau, untuk button air panas tu selagi tak tekan butang push air panas takkan mengalir keluar, ini bermakna kebimbangan terkena air panas terjaminlah sikit. Kira macam unlocked la button air panas tu, kena buka lock baru air panas keluar.

Line yang berwarna merah dan biru tu adalah sukatan liter air di dalam tangki, kalau kata kita dah gunakan banyak liter dan air dah abes digunakan. lampu akan menyala pada low water maka air sedang dipenuhkan semula. Jumlah kandungan air pada setiap suhu adalah  Hot (1.2L) Cold (3.7L) dan Ambient (6.4L)


Kalau tetiba tetamu serbu kerumah secara berjemaah korang xpayah risau dah nak kelam kelibut buat air. Coway ni dah siap air panas tinggal tekan punat je tadah. siap ! macam tu jugak air sejuk, kadang2 kita dari luar panas-panas haus kan, balik rumah amek cawan tadah je dah lega tekak. eh mudah gilaaaaa, senang keje aku ni hahaha, suami pun boleh bantu kita apa. Kadang nak minum air panas kan tapi nmpk macam isteri tengah kusyuk layan drama TV3 sambil sila panggung fefeling macam heroin dalam watak *aku la tueeeee sebenanrnya*, Para suami pergi je dapur buat air panas sendiri 3 in 1 sahaja. terus dapat gelaran suami mithali hikhikhikhik...

Sekarang ni semua benda yang melibatkan air aku guna air Coway je, nak bilas, nak masak nasi nak rebus apa2 semua guna air ni, dalam peti ais dah takde air untuk disejukkan, so jimat ruang bole letak benda lain.Nak buat air panas, sekejap je siap xpayah nak tunggu panaskan ke apa. Takde lagi dah cerek aku berlubang sebab selalu sangat masak air je hari-hari haha. Nak masak magie pun senang kalau dah lapar malas nak kotorkan dapur dengan periuk masak je magie cup setel *dasar malas ya amat*. Bila ada coway ni memang banyak senangkan aku sebabnya laki aku boleh buat sendiri, yela dia balik lewat kadang2 aku buat air dah sejuk bila dia balik so dia boleh buat sendiri kan if nak air panas.

Air Coway ni confirm-confirm la dijamin bersih dan halal sebab filternya melalui proses pembersihan dan penapisan sebanyak 6 peringkat bagi memastikan kebersihannya terjamin, jadi kita memang memerlukan air yang bersih dalam badan. 70% dalam badan kita mengandungi air, cuma bayangkan klu air yang kita minum tu tak selamat dan  kurang bersih kemungkinan untuk dapat penyakit tu senang. So aku syorkan korang-korang yang memang menjaga kesihatan tu gunalah air dari Coway ni, Kita sama-sama mencegah dari merawat.


Xperlu pasang lampu, nak air tekan je, jimat elektrik sikitlaaaa hihi..

Aku memang berpuas hati lah dengan Coway ni, bukan aku je guna malah family aku pun guna jugak. Kalau kata dah ada Coway ni pun masih malas lagi nak buat air panas, baik potong tangan jelaaaa..Mungkin ramai yang ingat Coway ni adalah mahal, memangla tak mampu kalau beli seketul tapi kita ada inisiatif lain kalau korang berminat nak cuba.Aku pun dulu ingat Coway ni mahal gila tapi bila mereka terangkan bole installment aku rasa mampulah sedikit, lagipun tak rugi pun sebab kita menggunakannya. Anggap jela kita guna kita bayar !

Eh, eh aku bukan dealer atau agent jual Coway tau, aku cuma share je dengan korang je betapa bagusnya bila ada Coway, mana tau korang pun menghadapi masalah macam aku kan, heeeee~

Nak tau lebih lanjut atau maklumat yang lebih terperinci pasal Coway ni, korang boleh contact dengan Su 012 - 5090556  tanya je apa-apa yang korang nak tau pasal air Coway ni, bukan takat air ni je Coway ada jual barangan rumah yang lain jugak. Aku memang ambil dengan Kak Su ni, mak mertua aku yang duduk dekat Johor pun aku amekkan dengan dia, senang bila kita dah kenal orang tu, apa-apa yang tak faham boleh refer dia.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, April 24, 2015

Lasertag Permainan Yang Havoc !

www.tips-fb.com

Salam

19 April 2014 bertempat di Wangsa Walk Mall diadakan satu event blogger dimana kami semua akan berperang habis habisan secara berkumpulan untuk merebut takhta sebagai juara dan memenangi medal untuk dibawak pulang. Haaaaaaa..very de skema ayat gitu.....lantaklaaaaaa....takde idea nak intro guano so aku bedal jela labu. 

Seumur hidup aku tak pernah main pun menatang ni, even dari kecik pun tak pernah didedahkan dengan game-game adventure gini so adalah menjadi kejakunan bagi aku bila dah tua-tua gini bermain. Tapi suatu pengalaman barulah bila kita jadi blogger dapat merasai pengalaman macam ni. Adventure sangat kauuuuu 3 hari 3 malam terkesan dengan permainan ni mengigau malam aku hahaha...Sebab apa adventure? nanti story telling k.






Masa aku melawat kawasan untuk berperang ni aku rasa macam cerita ninja turtle versi kartun ko tau, rasa macam duk bawah terowong haha...pakai cengkerang pegang senjata tengok ada musuh ke tak, kawasan lebih kurang sama ada tong-tong mcm minyak tu, dengan mural yang macam hidup dengan lampu yang samar-samar adventure sangat !



Inilah senjata  yang akan korang pakai masa berperang nanti. Dalam kawasan tempat tu gelap ada sedikit pencahayaan je, jadi bila kita pakai sut ni hanya cahaya pada badan kita je yang kelihatan untuk musuh nampak kita, sebab tula kita kena bersembunyi supaya tidak ditembak .Macam main aci nyorok tu huhu...Lasertag ni sejenis permainan indoor ye korang. dan permainan ini tidak bahaya pun. sebab dia hanya menggunakan laser sepenuhnya...Hanya perlu tembak pada musuh, menggunakan laser pada gun tu, haaaaa tak sakit dan menyakitkan. kalau terkena laser tu kita akan mati selama 5 saat lepas tu kita boleh pegi berperang lagi heeee...


Sebelum nak g berperang kita bergambar dulu, benda wajib ni!


Siap sedia untuk berperang.


Ini ahli kumpulan aku, kumpulan 5 dari kiri abang syafiq abang jamar,Ujang, Syafiq dan Andi. Aku sorang je pempuan rasa nak menangis je sebab takde geng -.=' tapi kita takleh tunjuk kita lemah kita kena kuat jugak, mungkin ini kelebihan untuk aku rilex sedikit sebab ada banyak bodyguard yang akan backup hahaha....tapi tak best jugak sebb pempuan kan nampak macam lemah je so diaowang akan attacked kita dulu! mencik !!!

1st game tenaga banyak lagi, lari sana sini kemain tembak-tembak ambush musuh,pantang nampak lampu kelip kelip musuh nak tembak je, mati tu takyah cakap banyak kali berpeluh tiak kauuu, macam zumba kaedahnyaaaa masuk 2nd game 3rd game tepu pulakkk tenaga dah abes...nak lari pun rasa slow je hahaha..pancit dahhhh tulaaa klu dah gemuk sangat apa pun tak boleh ggrrrrrrr...



Ni last game penentu siapa juara, Kumpulan 4 berentap dengan Kumpulan 5. Kemain semua muka-muka kemenangan hahaha...Time ni tenaga tinggal 30% jee...tak larat dah aku nak berlari-lari sudahnyaaaaa aku duk satu tempat sampai  abes game haha....tembak jela ikut suka hati hakikatnyaaa aku rabun. Aku perasan aku selalu tembak tak kena sasaran tengok mata pada gun asikla tak gerak-gerak rasa macam aku dah tembak je semua musuh.Aku rabun jauh, so klu nak dpt mata banyak kena tembak dekat-dekat. Ate nak mati ke pegi dekat musuh tembak dia dekat2.Untung mati tak untung dia mati aku yang mati hahahaha..


Muka puas sebab menang ! yang belakang tu macam xpuas hati je hahaha...Pingat Emas dimenangi oleh Kumpulan 5, gud job korang, xsia-sia aku terpekik terlolong mintak tolong macam kena rasuk sebab diaowang asikla nak tembak aku je -.='

Berminat nak rasa betapa havocnya game ni dan nak tau harga dan pakej yang disediakan korang refer gambar bawah ni


Nak lebih details boleh call je no yang tertera. 03-41310006.Semua event boleh nak buat event party ke, team bulding ke tournament office family gathering pun bole.Janji cukup 15 orang korang dah boleh proceed untuk game.



Terima kasih daun keladi weeewee kepada Yaya sebab sudi invite mila dan tq so much Laserwarzone for this game yang awesome. Sebelum main sila buat warming up ye kawan-kawan sebab masa main tu takdela adventure sgt lepas main game akan rasa adventure gilaaaaa sebab 3 hari 3 malam akan jalan mengangkang hahahaha...abes cramp kaki tangan suma. Malam-malam mengigau nangis sebab kaki kejung.

Dah main, dah peluh, dah kenyang, dah menang kita wefie wefut seketul, mendongak kelangit semua yawwwwwww~

Berminat nak try Laserwarzone hubungi 03-41310006 untuk tempahan

Like



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, March 26, 2015

KURUS DENGAN CEPAT DAN SEMULAJADI DENGAN ASSEZ SLYMM

www.tips-fb.com

Salam

Wuarghhh lama sangat tak mengetuk keyboard dekat blog picisan aku ni haaaa..keciannya lahaiiiii~rindu amat deyh, tapi apakan daya kekangan waktu demi mencari sesuap nasi....*klise sangat*


Busy tu memang busy sampai kadang-kadang tak sempat makan tapi yang herannyaaa badan tak kurus-kurus pun, stresnyaaaaa, kalau tengok makanan tu berahiiiiiii je hahaha..opssss......berahi kauuuu jangan main-main nafsu aku ni pelik tau.

So makin hari makin stress makin hari makin tak muat baju makin hari makin tak cukup duit nak beli baju seluar (sospink) marilah kita mencari solution, kita mencari sesuatu yang boleh diminum untuk kurus dengan cepat tapi secara semulajadi. Yang paling penting tak rasa lapar dan makan dengan banyak. Minum ni je dah rasa kenyang.


Memperkenalkan Assez Slymm

Ape kebendanya itu ? Meh ceq nak habai  mai. Assez Slymm adalah minuman kesihatan yang membantu menurunkan berat badan, membakar lemak dengan cepat, menghalang penyerapan karbohidrat yang menjadi lemak melawaskan (DETOX ) menegangkan kulit dan menambah tenaga.

Formula Assez Slymm akan membolehkan kita untuk kurus dalam masa yang cepat mudah dan pantas Ia akan memberi rasa kenyang yang berpanjangan tanpa rasa sakit perut.

Semua di atas aku setuju, sebab aku mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan. Dah seminggu cuba best sangat. Cuma mula-mula rasa badan cepat berpeluh nak ke tandas je membuang kecil dan besar, dan paling penting sentiasa  rasa kenyang je. 

Pagi-pagi biasa aku ambil sarapan sebb takut lapar memandangkan keje tak tentu masa kadang-kadang lunch pun lewat, tapi masalahnya kalau amik makanan yang heavy macam nasi lemak ke roti canai pukul 10 .00 je mata dah kuyu camne nak buat keje..mengantuknyaaa jangan cakap sampai kena letak batang mancis kat mata, langsung lembik melonglai je, so bila aku ambil Assez Slymm ni ia mampu tahan sampai tengahari, tak rasa lapar , mata pun tak mengantuk bertenaga je. Minum pulak panas-panas perghhhhh sedapnya rasa perut. Tiba masa ke tandas lah kita, perut rasa selesa je, baru boleh buat keje.


Kalau tengok kan dibahagian belakang kotak dinyatakan isi kandungan minuman kesihatan tu, jangan khuatir ia bukan dalam kategori ubat tapi terdiri daripada bahan-bahan herba 100%.Minuman ni juga sesuai untuk ibu mengandung dan yang menyusukan anak. Siap ada terangkan lagi cara menghidangkannya. Minuman ni memang best kalau minum panas-panas. Rasa sedap je boleh ditelan macam oat, macam nestum pun ada, bau macam soya, paling penting kenyang,



Aku memg bergantung pada minuman ni pagi-pagi sebab taknak perut kosong nanti masuk angin lagi sakit. Lagi satu mudah dan cepat ambil cawan buka 1 sachet tuang air panas kacau-kacau minum mudah 1 minit je dah siap, tau jela aku ni kadang-kadang pagi suka terlewat masuk opis so nak yang yang mudah-mudah je.Yang penting pantas cepat kenyanggggg, kurus ! eh hahahaha...kurus sangat !



Biasa normal price RM150 tapi jangan tak tau sekarang ada harga promosi hokeh cuma RM99 je, diulang RM99 sahaja. So kalau korang berminat nak merasai kurus dengan cepat dan semulajadi boleh contact no hotline 013-9200106, sebarang tempahan dan pertanyaan mengenai Assez Slymm boleh sms, call dan whatsapps no tersebut. Setiap pembelian Assez Slymm ni korang akan dapat e-book secara percuma !

Jangan lupa juga follow Instagram dan Facebook Assez Slymm tau. tau.

Instagram        : ASSEZ.OFFICIAL
No hotline      : 013-9200106


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...