Terima Kasih Sudi Like

Thursday, August 30, 2012

ISTERI yang baik

www.tips-fb.com



talk to my hand : akhirnya encik suami follow blog aku jugak, selalu stalker je kan ngehngehngeh.... follower ke 708


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Hari ni aku dah pun start bekerja. Lemau sesangat ko tau sebabnya esok aku cuti balik untuk pergi ke Kedah bagi menghadiri majlis perkahwinan adik ipar sebelah lelaki. Oh ye, masih belum terlambat lagi kan aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada kalian-kalian semua. Sekiranya tersalah atau terkasar bahasa haraplah dimaafi sesungguhnya aku ini hanya manusia biasa.

Sambutan raya tahun ni di kampung Batu Pahat, Johor seperti tahun-tahun lepas bersederhana sahaja tapi yang membezakannya adalah tahun ni aku beraya sebagai isteri orang dan tahun ini jugak buat pertama kalinya aku beraya di rumah mertua heee..Pengalaman baru mengenal dan beramah - mesra dengan ahli keluarga dan sanak - saudara sebelah encik suami.

Raya pertama
Gambar-gambar raya pun xbanyak hanya beberapa keping jerk, malas beno rasanya nak bergambar mungkin letih beraya dikedua-kedua rumah sanak-saudara aku dan encik suami. Maklumlah kampung kitaorang sama kat Batu Pahat jugak. Bila keadaan camtu pegi sana makan pegi sini makan makanya berganda-gandalah berat aku naik -.='.

Raya Ketiga
Raya tahun ni gak banyak sepupu-sepupu aku yang kahwin. Mak aih bukan dekat-dekat kendurinya, ada kat Kelantan. kat Kedah kat Peraklah. tapi xsemualah aku dapat pergi jauh sangatlah lagipun kerja kan hanya cuti weekend jerk. Ape² pun aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kat korang² yang nak mendirikan rumahtangga, semoga bahagia hendaknya ^________^

Talk to my hand : Minggu ni ke Kedah attend wedding adik ipar minggu depan ke Perak sepupu kahwin, jalan sakan duit pun sakanlah $$$$$$$$ T______T
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Thursday, August 16, 2012

semakin galak membeli !

www.tips-fb.com

Waduh makin gawat nie, lagi ditahan lagi menjadi lagi dilarang lagi merakus apekah simpton yang melanda diriku ??? teeeeerrruuukkkk xboleh dibendung lagi. rasanya baru minggu lepas aku dah rembat 3 pasang kasut dan selipar yang aku beli kat uptown Danau Kota. Korang boleh baca entry ni,  3 pasang kan ? kini telah menjadi 4 atau mungkin lebih eh ? rasa xbersalah jerk ckp mungkin -.='


Ni mungkin kasut raya aku atau mungkin tidak eh, ckp ape kau ni ? heee~~bukan apa takut pakai kejap jerk pastu nanti aku tibai pakai selipar jepun je p beraya rumah orang kita tengok jelah nanti. Masa beli tu bukan main lagi ko kata cantiklah cunlah sedap pakailah bila dah dapat hampeh pakai sekali tu jerk pastu tempat kasut tu dlm kereta ko mila bersepah dah mcm butik kasut dalam kereta. T_______T

Kenapalah perempuan ni xboleh tengok benda yang cantik ? asal cantik mesti beli asal lawa mesti beli oh ye terlupa perempuan xpernah  lari dari fenomena sukakan kecantikan ye dak ? so xheranlah kalau asal ada kasut cantik jerk mesti nak beli, dan aku percaya perempuan diluar sana mesti memiliki kasut kat rumah tu lebih dari 3 pasang kan ? kan ? betul tak ? sape rasa betul angkat ibu jari kaki sekarang ! haha....


Oke fine kali ni aku rembat kasut ni kat Vincci, Sogo KL dah opis aku memg area situ so tanpa melengah lagi aku melangkah kaki ku ke Sogo.Baru dapat bonuslah katakan hihi...Sampai sana Orang jangan ckplah memg ramai dan xkan pernah surut punyalah ! Lagi-lagi kalau ada sale yang menggila sehingga 70% sape yang taknak kan ? Korang mesti nak kan, dah jom p serbu heeee~~~~

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Semua Blogger dan Reader, yang balik kampung tu hati2 ye ingatlah orang yang tersayang. Aku pun besok pagi selepas Sahur gerak untuk pulang ke kampung halaman Batu Pahat. Doakan aku selamat sampai ye ^_____^.



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Bacaan dan makna Doa Qunut

www.tips-fb.com


talk to my hand : Alhamdulillah BE makin melimpah ruah, tQ kengkawan yang support blog picisan aku ni T________T
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, August 15, 2012

wordless wednesday- making the fried rice for sahur

www.tips-fb.com




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, August 14, 2012

Kabinet raya

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

Hai blogger- blogger yang masih berjaga macam aku, berjaga sebab xbole tidur atau dalam erti kata lain encik suami takde disisi kerana menunaikan tuntutan ibadah mencari rezeki diluar heee~~~Macam lagu atilia tu dinda keje siang kanda keje malam xperlu bertengkar xperlu bermasam mukaaaa..lalalalala~~~entah betul ntah tak hentam saja lah labu.

Buat makluman semua aku baru je pindah rumah lebih kurang dlm sebulan boleh baca entry ni so bila pindah rumah mestilah banyak nak pakai duit lebih-lebih lagi nak penuhkan isi rumah baru yang kosong tu. Dah hampir sebulan berpindah so far kehidupan bersama orang tersayang banyak memberikan impak maksima yang tinggi dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Tapi itu adalah moment yang paling best dalam hidup bila dapat berkongsi hidup dengan orang tersayang ^_____^

Aku ni kira senang jugak sebab encik suami dah ada siapkan kelengkapan dalam rumah seperti dapur, peti ais mesin basuh so xperlulah nak pening-pening pikir pasal duit untuk kelengkapan tersebut, seyes bila ko pindah rumah baru ko memg banyak pakai duit oke ! i admit it ! pengalaman tu. dan aku kira bertuah gak sebab owner rumah yang aku sewa tu dah memg menyediakan half furnished so xyah jugak aku pening-pening dan serabut nak bawak katil almari aku yang kat johor tu pindah sini mayb lepas raya aku bawak ke KL.

Yang takde sekarang ni ialah sofa dan kabinet TV, sofa tu aku postpone dulu memandangkan ia takdelah penting sangat sebab rumah kitaorang ni dahla kecik sekangkang kera jerk kang beli sofa gedabak besar terus pack ruang tamu kami tu so pikir-pikir balik nanti dululah lagipun kami nak elakkan dari buat pembayaran ansuran, interested tinggi dan ia amatlah merugikan. Jadi kami kena simpan duit dulu dah cukup baru beli.

Cuma yang dibeli baru-baru ni adalah kabinet TV sebab nak letak TV aku tula, xkan TV besar-besar letak bawah lak kan. Lagipun encik suami dah janji nak belikan aku kabinet TV so aku on jela kan ^_____-^. Beli secara tunai no hutang-hutang. TQ Encik husband.


Design pada kabinet tu yang buat aku tertarik untuk memilikinya, setelah 2-3 kedai aku masuk untuk buat perbandingan harga akhirnya aku pilih kabinet TV design camni berwarna coklat, dan untuk pengetahuan korang kebanyakkan perabot dalam rumah aku berwarna coklat. memang aku memilih warna tu sebab nampak macam klasik gitu. kalau hitam tu macam dah biasa sangat. Tidak memilih warna putih sebab taknak amek risiko kekotoran yang degil terserlah nanti. Aku ni bukanlah rajin sangat nak jagai nye pun :p

Boleh nampak kan kiri dan kanan TV tu aku letak frame-frame masa aku photoshoot pre-wedding dan sebelah kanan tu aku letak gambar-gambar family aku. So bila rindu aku boleh tengok mereka-mereka hihihi....Dalam kabinet tu pulak aku boleh susun hadiah-hadiah macam gelas dan pinggan mangkuk masa wedding aku haritu. Dah jimat ruang bukan ? Errrmmm okelah sampai disini saja aku meraban ada cete lain aku update yaa...selamat berpuasa

talk to my hand : tinggal bape hari lagi nak raya wey !



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Sunday, August 12, 2012

2 hari bersospink !!!

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Bila mood shopping dah sampai memg payah la nak tahan bila duk tahan-tahan nilah akibatnya sampai 2 hari duk shopping-moping dari siang sampailah ke malam, Bonus belum keluar lagi tapi aku dah abeskan duit yang ramai macam aku lak dapat bonus macam orang keje gomen heee~~~~

Dengar-dengar cete jumaat aitu nak dapat bonus tapi tunggu punya tunggu bulan xtimbul-timbul eh bukan , bonus xdapat-dapat bos lupa barangkali kan ? this week jela pun yang ada masa nak shopping next weeks dah raya kaw 1! so nak xnak haruslah sosssspinggg

Jumaat aritu g jalan TAR memandangkan opis aku kat Dataran Merdeka dah confirm2 lah aku membeli dan blah kat situ, keluar time lunch fuhh ,org memg ramai majoriti perempuan la kan sebabnya lelaki p solat jumaat mana lelaki xsolat dia pondan ekekekekek.


Baju ni aku beli kat jalan TAR ni bukan baju raya harap maklum ! ni baju warna tema untuk adik ipar aku yang akan bersanding belah lelaki lepas raya nanti kat Kedah. Dah alang2 dekat raya so boleh pakai time raya kan ? kan ? Acely baju raya aku beli kain pasang dah pun hantar pada tailor makcik encik husband tapi baju dapat disiapkan lepas raya sahaja, maklumlah hantar dah lewat walaupun sebelum puasa tapi makcik encik husband tu banyak tempahan so redha jela ye T________T. Ko pakai jela baju raya tahun-tahun lepas ye mila itu pun kalau muat lagi sadisnye...sobs..sobs...sobs...sobs....T_____________T


Ni baju encik Husband, satu t-shirt satu kemeja. aku suka warna terang bederang biar dia nampak muda walaupun hakikatnya beza kami 10 tahun hehe...ce teka umur dia bape ? jawapan ? rahsia oke ! haha....xkisahla muda ke tua yang penting kami bahagia kan encik husband ? baju ni aku beli kat Parkson KLFC skank tengah sale tau kowang. Ala tapi xheranlah memg parkson tu hari-hari sale xpenah xsale pun kan. Kebanyakkan baju Encik Husband aku memg suka beli kat parkson xtaulah nape wey tapi memg suka shopping kat situ. Baju aku ??? xpernah pun beli kat parkson sebabnya rasa membazir , mahal kot ! haha..xberbaloi...


Motif beli kasut dan selipar ni , xde sebab pun saje je nak membazir haha.... teeerrruuukkk kan perangai syaiiiitannnn nirajim betul -.='. Kasut yang ada pun xterpakai bersepah kat rumah aku suka-suki menambah-nambah. Hai bilalah nak ubah perangai ni kalau satu takpelah ni sampai 3 apa pesen orang ntah. Encik Husband xtahu ni kalau dia stalker blog aku ni comfirm2 dia tahu dah, t dia baca mesti geleng-geleng pale tengok perangai bini dia silap hari bulan dia suruh aku makan kasut-kasut yang ada -.=' Kasut-kasut ni aku rembat beli kat Uptown danau kota semalam. tu lagi satu tempat ramai giler orang walaupun dah pukul 2-3 pagi, memg orang-orang KL xreti tidur duk merayap-rayap lagi. Aku parking kete tudia jauh kemain masa pergi macam dekat je jalan dari kete ke uptown bila balik bukan main jauh lagi dah macam  acara pejalan kaki  aku melangkah.

talk 2 my hand - dapat bonus macam nak melaram 'isi' rumah pulak rasa, rumah pun nak raya gak ape hihi....
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, August 8, 2012

wordless wednesday

www.tips-fb.com


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, August 7, 2012

zakat dah pun dibayar ^_____^

www.tips-fb.com

 Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

Tahun ni tahun pertama zakat aku dibayar oleh Encik Suami.Eh, dah bersuami rupanya aku ingatkan masih single hoHoho -.='  Di Kuala Lumpur zakat yang dikenakan bagi setiap orang adalah RM 7.00. Before ni abg aku yang bayar memandangkan aku dengan dia duduk dan bekerja di Kuala Lumpur.Walaupun aku dah bekerja tapi seorang abang yang bertanggungjawab haruslah bayar zakat untuk adiknya ye dak ? baru macho muahaha. Korang dah bayar ke belum ^____________* ?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, August 3, 2012

Dah jumaat rupanya -.='

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

Mati-mati aku ingatkan hari nie hari khamis rupa-rupanya dah jumaat -.='. Sebab tu aku xpakai kurung hari ni, entah pape sampai hari pun bole lupa, ni sebab aku keje lari bidang la nie. baca entry nie

Tapi skank aku dah diserapkan kembali ke dalam admin atas alasan bos aku cakap xcukup staff, ramai staff kena p site so aku kena stay kat opislah , tahu pun ko kan xcukup staff, pastu suka-suka nak campak aku sana-sini mcm bola. oke fine aku redha dan pasrah T______________T.

Hari ni dah 14 hari kita berpuasa betul tak ? Kalau salah maafkan aku ye. Xsempat nak kira hari dah bila keje banyak sangat ni. rasa mcm kejap jerk masa berlalu. Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin ni rasa seronok sangat walaupun masa dengan suami agak terbatas sejak waktu bekerja telah bertukar ni. Tapi tula pengorbanan yang terpaksa kami lalui. pasraahhhh jela sobs.sobs.sobs.

talk to my hand : dengar kata bos bagi sebulan gaji untuk bonus raya, fuh! alhamdulillah.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, August 1, 2012

Akibat mercun boleh jadi OKU segera !

www.tips-fb.com

Assalamualaikum,

POP !!!  POP !!! POP !!! bunyi mercun sana sini, bingit telinga aku ko tau tak ? dahla aku ni lemah semangat mudah terkejut kalau dengar bunyi letupan. Boleh meninggal dengan cepat aku nie -.='. Jangan kata kat kampung meriah dengan bunyi letupan mercun sana sini, bandar pun sama naik bebudaknya.

Setiap tahun kalau takde yang cedera main mercun ni memg xsah la kan, baru masuk 10 hari berpuasa dah ada yang cedera buta mata lah putus jarilah, macam tak pernah serik dan ambil iktibar dari kes-kes tahun lepas. Tak paham pulak aku dengan manusia-manusia yang xreti bahasa atau xpaham bahasa. Korang xtakut er jadi OKU segera? Korang suka er jadi cacat, handsome ke klu cacat ? 

Tuhan tu dah bagi cukup sempurna anggota badan kenapa korang nak hilangkan nikmat tu. bersyukurlah dikurniakan anggota badan yang sempurna, jgnlah dicederakan pulak. Ada setengah orang tu yang cacat penglihatan, yang takde kaki, takde tangan nak jadi sempurna mungkin yang kita ni senang-senang je cederakan anggota badan yang sempurna ni.

Pada adik-adik tu beringatlah bila nak main mercun tu, berpada-pada jgn disebabkan keseronokan bakar mercun tu sampai terkorban diri. Kalau ada yang nak jadi OKU segera bolehla main mercun sampai lebam yea *_________________^. Sepatutnya bulan ramadhan ni kita perbanyakkan amalan-amalan ibadat, kejar pahala pada bulan yang suci ni buat amal ibadat ke kan ? barulah puasa sebulan tu dimanfaatkan ke arah kebaikan, pahala pun berganda oke !


talk to my hand : Alhamdulillah, rezeki meniaga melimpah ruah ^______^
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...