
Wahai lelaki yang bernama suami,
Fahamilah erti PERKAHWINAN...Perkahwinan menyingkap takbir rahsia,
Sedarlah bahawa isteri yang kamu nikahi itu,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah
Isterimu itu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita untuk menjadi solehah
Perkahwinan mengajarkan makna kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang, kamu menjadi pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, kamu menjadi pengembalanya,
Isteri adalah murid, kamu adalah gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu adalah tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu, kamu tengoklah sepuas-puasnya,
Saat isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang rusuk yang bengkok,
Berhati-hatilah meluruskannya.
Perkahwinan menyarankan kamu perlu ada IMAN dan TAQWA,
Untuk belajar lebih sabar dan redha,
Kerana kamu miliki isteri tidaklah sehebat mana,
Hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi seorang wanita solehah.
Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu juga bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali,
Kamu juga cuma seorang suami akhir zaman,
Yang sedang berusaha menjadi soleh
INFO :
Dalam sebuah hadis,
Ada menyebut tentang seekor syaitan yang duduk bertenggek di atas pintu rumah.
Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah,
Dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Oleh sebab itu, Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehinggalah baginda mendengar jawapan 'SALAM' dari isterinya. Disaat itu, syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Itulah pentingnya memberi salam dan menjawab salam jika ingin memasuki rumah.
credit to blog ni
talk to my hand : semoga aku terhindar dari segala penyakit amin !
6 comments:
as salam,
nice sharing en3 dan sebab itu jugalah akak sedang biasakan diri memberi salam tanpa terburu2 meninggalkan komen..at least ada tanda ingatan untuk pencipta kita Allah S.W.T yang kita terlalu cinta kepada Nya.. :)
@Tihara
sama-samalah kita praktik kan ye kak.
walau takde org dalam rumah pun stil kena bagi salam
yups
tanggungjawab besar ohhh
membaca ini teringat kembali tugas sebagai seorang suami, thanks
betul, kadang2 tak de orang pun tapi dah terbiasa bagi salam hehe..
abg long lagi la..melaung suara kalau bagi salam ;p
nak suroh husband zie baca ah. hehehehehe
Post a Comment