Terima Kasih Sudi Like

Friday, January 24, 2014

Percutian Langkawi - Island Hoping

www.tips-fb.com

Salam

Sebelum nak cerita lebih lanjut entry sebelumnya adalah percutian langkawi pengalaman naik train. Dah baca baru paham cerita dalam entry ni hehe....

Pakej Island Hoping ni kitaorang amek sekali dengan sewa kereta so takdelah susah nak beli pakej dekat mana-mana. Island Hoping ni kami amek petang dalam pukul 3 petang. Island hoping dekat Langkawi ni ada 2 sesi satu pada pukul 10 pagi dan satu lagi pukul 3 petang.

Pakej Island Hoping RM35 sorang. Ekutkan boleh je tawar harga tapi disebabkan diesel naik harga lagi terus tak dapat tawar hampeh tol ! 


pick up point berdekatan dengan hotel awana porto malai

Satu boat boleh muat 14 orang group kami dari Malaysia, ada satu family dari India, satu lagi macam dari China, dah macam 1 Malaysia aku tengok ChinDiaYu hahahaha...Sebab kami paling awal duduk belakang group China tengah dan India tu depan sekali. Yang kelakar paling aku tak paham group India tu dah tau nak main air, boleh pulak pakai macam sari ke apa ntah pakaian kebangsaan dialah dengan warna putih bagai..ko ingat nak pergi beraya ke ni nak pergi mandi der tak paham! tak paham!




kecian ayu gambar dia paling tak banyak sebab jadi tukang amek gambar. TQ Ayu sayang ko.


1st : kitaorang pergi Tasek Dayang Bunting




Tengok muka semua kemain suka, senyum dengan riang, time ni belum tau lagi azab nak sampai ke tasik dayang bunting lagi. Boleh lalalalalala lagilah....Posing sana posing sini kan ? kan ?


Hamek kau ! bila dah memanjat anak tangga tinggi ni kemain semputtttt mengahhhh. Ya Allah azab ko tau. giler jauh sebab kena meniti anak tangga dahlah jarak anak tangga ke anak tangga kena langkah besar-besar. Semput mak nok ! eeee tak tau langsung pun kena jalan macam ni kalau tau tak nak pergi. Tapi demi semangat setiakawan yang nak aku minum air tasik tu, terus kuat semangat sebab kawan-kawan support kan sanggup nak pergi jugak so aku pun gigihlah pergi jugak. terharu kita tau kawan-kawan T______T

Panjat anak tangga dah satu hal nak turun ke tasik tu ada pulak sekawan monyet bersidai kat tangga tu. Heiii korang ni buat apa kat situ aku dahla penat panjat tangga yang duk halang aku jalan nape ??? sedih betulaaaa diaowang ni takdelah liar mana tapi akan jadi agresif bila tau ada mcm bau-bau makanan ke plastik makanan ke terus diaowang rebut tau.Aku pegang kemas beg aku sebab dalam tu ada cekedis nak mengunyah.Masa pergi diaowang rilex dan cool je..Bila aku nak balik boleh pulak plastik cekedis ni berbunyi terus dia nak rampas beg kita...Heiiii awak ni kita tak sukalah tak nak kawan awak wuarghhh...T______T


Sekor sesat kat sini, putus cinta ke apa ?


Nampak tak macam menyerupai Dayang Bunting.


Kalau nak mandi ada hadnya, tak boleh lebih dari garisan oren tu.




Jangan harapla kami nak mandi, kami main rendam kaki jerk.


Belah sana tu ada macam yang kayuh2 guna kaki tu ape ntah namanya lupa nak tengok berapa kena bayar. Ada jugak kedai souvenir kotlah nak beli topi ke baju ke,


Tu bukan air tasik ye tu air yang aku beli. Air tasik aku hanya minum 3 kali menggunakan penutup botol mineral sambil selawat hihihi...Aku takdelah percaya sangat tapi kita mencuba tak salah kan ? Rezeki semua Allah S.W.T yang tetap kan :)

Dekat sini lebih kurang 1 jam. Cukup satu jam eh  tak 45 minit kami terus ke tempat boat untuk ke destinasi seterusnya. Masa nak balik ni kitaorang terserempak dengan foreigner yang bawak anak kecik,  satu dah boleh berjalan mayb 3 tahun satu lagi tidur dalam stroller, gigihnya mak paknya ni nak bawak anak kecil mendaki tangga-tangga ni. jauh tau tak. Tempat ni sangat tak sesuai untuk bawak budak-budak bawah 6 tahun ye sebab penat kot. Cian budak !

Next pergi Pulau Singa Besar bagi helang makan. Kat sini lebih kurang 10 minit. Abang boat tu bagi perut ayam kat helang-helang tu semua. Pandai je mereka beratur amek makanan tak berebut langsung. Cuba kalau kita manusia ni kemain potong Q macam hape jer.


Abang boat tu cakap ada dua helang dekat sini putih & merah.

Pulau ketiga adalah Pulau Beras Basah. Kat sini lebih kurang 45 minit. Boleh main jetski kat sini, boleh snorkeling jugak sebab ada kedai yang boleh sewa alat snorkeling tu pasir cantik wey, macam biasa kami bergambar jela. Mandi memang taklah kan huhu...






Ni konon nak lompat tapi tak menjadi hihi...


Belum ready kok dah tangkap gambar tu yang muka jadi gitu -.='

Oke setel part Island Hoping yang lebih kurang 2 jam lebih sahaja. Balik semula ke tempat pick up point. Kemain laju abang boat tu bawak boat siap drift lagi macam kereta melambung-melambung kami ke udara tau bila langgar ombak.Lepas tu boleh tanya kenapa dik ? hoi abang kalau aku mengandung boleh terberanak tau kau ni !!! 


Souvenir Island Hoping, bukan free ye kena beli RM10


Kira-kira perbelanjaan :

Pakej Island Hoping : RM35
Photo Frame : RM10

TOTAL : RM 45

Next review hotel yang kitaorang stay :)









♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

17 comments:

Baiduri said... Click To Reply!

Bez kan island hoping....dlu 30 hinggit je, ye la skrg sume dh naik...kangkung je turun...huhu

careno said... Click To Reply!

Waaa... teringat g island hopping kat Langkawi bln lps... bawak Akiff g sini... bayangkan kena dukung die pergi balik panjat ank tangga tu... seksa diri oii...

dalila said... Click To Reply!

best3
aritu time gi langkawi xpegi pun island hoping..ombak kuat time tu..xbrani..frust pulak..

Kakzakie said... Click To Reply!

Kakak terpikat dgn piring hiasan RM10/- tu cantiklah.

Walaupun panas tapi seronokkan bila pergi dgn geng yg sama sepakat. Muka masing-masing yg ceria pun tahu betapa happynya:)

mia izzati said... Click To Reply!

cantiknyee gambar akak...suka la tengok..kamera apa ni kak?

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

macam tak konfiden je aku nak mandi kat tasik dayang bunting tu...gelappp semacam je, ntah apa lah yang ade kat dalam tu kan...serammm plak ...hehehe...dalam tak tasik tu milo??

mia izzati said... Click To Reply!

mungkin saya tak pandai setting gambo kot..sy pon pakai canon hihi..dulu nak beli kemain macam hapa..dah dapat x reti guna..adehh

- said... Click To Reply!

rindunya nak g langkawi......huhuhu

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

dik milaaaaa naper x leh lps wrna oren hukhukhuk..saspennn niiii

Umi Qi said... Click To Reply!

Seronok yer pi langkawi geng2 girl je dik....weeeee tasik dayang bunting belum pernah pi lagi...byk kali pi langkawi belum sampai...tgk review dik mila nih membuak2 nk pi...tggu Qi betol2 besar baru leh kot heheh...

Dik mila...akak doakan utk dik mila selalu ye...usaha mila akak nampak...Allah lg tahu...selebihnya jgn putus asa...yg ptg always happyyyy yea :) luve u dik

Wan Maruzen Wan Husain said... Click To Reply!

tak sempat lagi nak island hopping walaupon dh gi 2 kali....tp dh rancang nak gi island hopping kalau pegi langkawi lagi

nadia farahida said... Click To Reply!

oooo milo xsnokeling ehhh.. semua kawan2 pon xsnokeling? baiknyaaaaa hihiji

hainom OKje said... Click To Reply!

Banyak kali sampai langkawi tp tak pernah sewa bot gi Pulau pulau tu

Mimi Azirah said... Click To Reply!

dah dua kali pergi langkawi akak x gi island hoping...nih nak bwk keluarga nti akak pkir nak pergi sini la...lgpun kos tak tgi mana kan

::EIDA:: said... Click To Reply!

ida dulu dtg sini pon tak mandi mila.. seram tak nampak dasar. hihihi.. ida tak minum pun.. raup kat muka je... mak paksa minum. eii tak kuasa.. kot2 ade org kencing ke? hahahahhaha *saje kenekan mila* ;p

nik ros said... Click To Reply!

best island hoping ni.seingat sis dulu dpt rm 25 jea kot.maybe time tu bkn ct sekolah :)

Masya said... Click To Reply!

mak aiii baru tau.. kene panjat tangga rupanya nak pg tasik tu yer.. ampun².. tq kongsikan info ni.. maklumlah x pernah sampai huhuhuhu ..

mila.. biar btl minum air tasik tu.. gelap rupenya tu.. tpkan.. kwn akak pun pg sini minum alhamdulillah dia mengandung.. rezeki dia kot.. x percaya pun x blh.. terlalu percaya sgt pun x blhkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...