
Salam
Tanpa membuang masa sebab hari ni dah jumaat aku separuh hari je nak pulang ke kampung belah utara nun ( kampung abah ) aku jadi driver bawak mak pak kita heeeee. Jadi makanya update laju-laju.
Kalau dah namanya gilaaaa gambar pantang nampak promo kat mana-mana confirm nak grab, itupun setelah dicongak hitung bahagi duit syiling yang disimpan dalam tabung katak mencukupi dengan harga promo photoshoot studio ni haha...sadis tak cerita perjalanan aku ni. Oke aku tipu sila percaya !
Kali ni aku amek dengan photografer dari The Photolicious. Masa aku nampak je promo ni dekat FB aku terus call dan tanya pasal promo ni, then macamana pembayaran. Harga tak murah dan tak mahal. Kira aku puas hati sebab aku rasa kalau murah sangat pun servis cam haram payah jugak. Aku dah pernah terkena kan dengan sorang photografer ni bulan 12 hari tu. Disebabkan aku booking tapi belum bayar deposit dia suka-suka je nak tukar-tukar tarikh lepas tu bila dah set appoinment boleh pulak lupa, tak angkat fon tak reply whatsap. Sakit hati ggggrrrrrr~
Alhamdulillah deal dengan The Photolicious ni sangat best dan menyenangkan. Buat je pembayaran aku maklumkan pada owner dia Kak Zara. Akak tu terus noted. 2 hari sebelum photoshoot aku remindkan lagi sekali sebab aku taknak jadi macam pengalaman lama. Sehari sebelum photoshoot boleh pulak bagitau ada job lain so tunda hari lain. Nampak tak layanan bila kita dah byr deposit dengan tak. Bila harga murah dan mahal sedikit.
Gambar-gambar yang dishoot ni aku sangat puas hati tak payah susah-susah nak edit dah cantik dah hihihi...* puji diri sendiri nampak * Sesi berlangsung selama 45 minit. Gasak laki bini kemain posing ala-ala macam cumel je macam cantik je macam-macam je kat situ. Photoshoot ni sempena besday aku gedik sangat nak photoshoot bagai. Eh tak tak kebetulan diaowang buat promo antara tarikh besday aku so alang-alang aku shoot la sekali heeee~ Celebrate besday aku pulak diadakan di Flora Cafe ( Link ) sesi makan bersama keluarga tercinta.
Tengok jangan muntah tau ~
Gambar aku kecik kan sedikit, tak payah nak besar sangatlah kan bukan cantik pun, Oh ye kalau korang dah tau atau biasa dengar The Photolicious biasa amek job retissss tau. Antaranya Apek (penjaga gol) tu, pernah shoot ella kawin, Aqasha, Bienda ramai lagilah..Nak tengok gambar-gambar artis yang ohsem tu kat pages dia berlambak. Cantik-cantik hoiii. Yang terbaru ni diaowang shoot newborn Apek dan Leuniey -Kayla Elayna, comel tau. Cute sangat.
Yang masih mencari-cari photografer di hari bahagia korang, bolehlah hire mereka ni. Aku pasti mesti puas hati beb ! Mujur aku dah kawin kalau tak confirm-confirm aku booking diawang tapi takpe masih banyak masa lagi kalau diizinkan-Nya aku pregnant boleh booking kan? kan?
Facebook : The Photolicious
Adress : No 55C, Jalan Wawasan 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor