Terima Kasih Sudi Like

Thursday, November 1, 2012

review kad kahwin

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Bunting dan kad kawin ni aku tempah sekali satu tempat jerk, senang dan mudah ! macam biasa malas nak semak kan kepala aku ni. Mungkin ada yang nak tengok bunting aku boleh klik sini. Aku tempah kad kawin dan bunting ni lagi 3 bulan aku nak kawin. Apa yang buat aku sangat puas hati dengan perkhidmatan LH Creative Concept ni, perkhidmatan diaowang sangat cepat dan mudah berinteraksi dengan para pelanggan. Dalam masa kurang sebulan kad aku dapat disiapkan.

Kad kawin ni pun aku tempah xbanyak dalam 600 keping jerk, 200 untuk kawan terdekat 400 lagi untuk saudara-mara dan sahabat rapat mak dan abah, yang lain aku invite dekat FB jerk skank  zaman kan dah canggih dan moden janji celik IT semua boleh huhu.. Aku order 600 keping tapi diaowang bagi extra 50 keping lagi. Bagus kan ?
draf kad kawin yang baru di design
Pelan rumah pengantin hehe :)

Seingat aku harga untuk 600 keping kad kawin tu diaowang cas RM0.70 sekeping. sangat berpatutan dengan kualiti design kad yang aku pilih. Mungkin lebih banyak korang tempah harga lagi murah tau ! Tapi aku ingatkan koranglah before nak buat tempahan kad kawin baik korang sediakan dulu pelan rumah atau lakaran rumah pengantin, ini bertujuan memudahkan proses tempahan kad tu.

Bila datang ke kedai tu, aku pasti korang akan rambang mata tengok pelbagai design yang ada siap jela duit ye :) Dah confirm nak design yang mana nak korang kena isi satu form dimana korang dikehendaki mengisi  maklumat- maklumat hari bersejarah korang. Masa tu jugak pelan rumah korang kena bagi. Mudah bukan ? kemudian buat advance payment, yang ni aku lupa kena bayar berapa % dari jumlah harga sebenar maaf ya huhuhu...

Kemudian korang akan berhubung melalui email sahaja. Kalau beri kerjasama dengan kadar cepat, cepatlah korang dapat kad korang tu.

Peach lembut oke tak design nye ? Berbaloi dengan harganya :)
Corak yg terdapat pada kad ni timbul tau sebab tu aku suka design ni nampak exklusif  gitu heee~~~Sampul surat pun korang boleh request ye sama ada nak bercetak atau tak, aku pilih yang bercetak sebab design sampul yang bercetak macam cantik jerk. Kalau ada Bride to Be yang berkenan dengan design-design kad macam aku ni bolehla berkunjung ke LH Creative Concept.

talk to my hand : eh, eh Hanis Zalikha pun join racers ni ???




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Review guestbook

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Jenuhla aku selongkar bagai cari balik blog ex Bride to Be yang aku pernah ambil contoh guestbook template tapi hampa xjumpa-jumpa. series aku lupa blog Bride to Be. maafkan saya ye sebab xsimpan link anda ~~~~

Meja guestbook yang diletakkan disebelah khemah pelamin

Untuk pengetahuan semua, guestbook tu aku DIY sendiri, Cuma template guestbook tu aku amek dari idea Bride To Be lain, tapi maaf sekali lagi sebab aku xsimpan link blog tu :'(

Pandangan dari muka depan
Pandangan dari bahagian dalam

Guestbook tu aku guna kertas size A4 je buat secara landscape. Kertas berlambak kat opis aku print out jela bebanyak hahaha....nasib baik bos aku xbaca blog ni kalau dia tau aku print out guna photostat opis dia mesti dia potong gaji aku kuang3 :').

Guestbook tu aku binding je sendiri, kemudahan dah ada kat opis so gunakan jela, bukan apa boleh jimat, jimatkanlah duit aku dari mengalir keluar ye dak ? Kulit guestbook tu aku nak bagi tebal sikit dari helaian kertas tu aku letak span bagi dia tebal then balut dengan pembalut warna itam dan silver. Barang untuk hiasan guestbook korang boleh dapatkan di kedai-kedai hantaran pengantin.


Dah lapan bolas kali aku baca ucapan dalam guestbook aku ni dan lapan bolas kali jugak aku senyum sorang-sorang nasib baik encik Suami takde kang ditegornya aku xbetul pulak sebab senyum sengsorang, padahal aku geli hati baca ucapan dari sahabat handai dan saudara-mara. Apa-apa pun terima kasih bebanyak yang sudi datang memeriahkan lagi majlis persandingan aku :)

talk to my hand : Ada yang teringin nak tambah koleksi jeans Levi's ? meh klik sini

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...