Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, June 5, 2013

Teaser Photoshoot Anniversary

www.tips-fb.com

Tunjuk sikit je erk teaser kan ? Ni photoshoot Anniversary hari tu, 

Cuba teka kat mana ni ? Kalau teka betul aku bagi hadiah hihihi...tapi ada syarat nak join segmen ni. Mudah je syarat-syaratnya

  • Korang kena like pages @repic photography service
  • Dah like bagi nama FB korang kat komen dibawah dengan jawapan sekali.
  • 2 orang pemenang akan dipilih secara random
  • Hadiahnya takdelah gempak sangat, saja-saja je aku bagi untuk suka-suka je aku bagi topup RM 10 untuk setiap pemenang.

talk to my hand : Bloglist untuk bulan 6 dah update ye rajin-rajin terjah tau !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tuesday, June 4, 2013

Tempat Paling Best Sambut Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Hari ni dah setahun 3 hari jadi kekasih halal Encik Suami, Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Tak taulah nak kata surprise macam tak surprise jerk, sebab Encik Suami macam dah tau apa planning aku, so anggap jela macam tak surprise tapi mampu buat dia terharu huhuhu...

Tempat kitaorang sambut Anniversary yang pertama adalah  dekat Flora Kafe AmpWalk, 1st time datang sini dulu kat entry ini  aku memang dah terjatuh hati dengan Kafe ni, sebab decorationnya yang penuh dengan bunga-bunga yang terjuntai, ekslusif sangat nampak mewah dan mahal gituuuu~ so aku realisasikan impian nak sambut Anniversary kat Flora Cafe AmpWalk. Alhamdulillah dengan izin-Nya tercapai sudahhhh



Makan ala-ala candle light, romantik sangat u olsss datang-datang di sambut oleh Mell ( Restoran Manager ) friendly sangat macam  dah kenal lama aku yang pendiam ni pun eh, pendiam sangat ko nie pun ! boleh meriahnya sembang taknak berhenti kemudian meja kami dihias dengan candle-candle, fresh flower, balloon, romantik kau....Siap dengan alunan muzik dari The Corrs, laki aku memang suka zaman-zaman dia kennnn~~~ Kalau korang nak sambut apa-apa majlis macam Anniversary, Besday, Baby Shower, Annual Dinner ke, better korang booking dulu sebab ianya memudahkan Flora Cafe untuk prepare apa-apa persiapan untuk korang kotlah ada nak decoration macam ni ke macam tu ke. nak ekut tema ke kan ?

Macam kami, kami pilih kepada pakej makan berhidang iaitu pakej Kemboja maksima untuk 2 orang. Menunya terdiri daripada masakan kampung, masakan melayu tau macam Nasi Putih, Asam pedas Johor-Ikan, Ayam Goreng Berempah, Daging Kicap, Sambal Udang, Sayur Kailan Ikan Masin dan Minuman. Masakan memang sedap lebih-lebih lagi daging kicap tu, kenyang sampai malammmm.

Ramai yang ingat harga dekat sini mahal, heiii tak mahal sangat kira mampu milik lagi *macam nak beli rumah pulak kuikuikui...*   Kalau ko makan Secret Recipe atau Kenny Rogers kan macam tulah harganya kat sini, lebih kurang jerk, lagi pun apa ade hal setahun sekali je pun~


Dah kenyang, now time potong kek ! kek ni aku beli senyap-senyap laki aku memang tak tau, kira surprise ni jadilah. Memang hari-hari aku balik naik moto sama dengan dia tapi seminggu sebelum Anniversary aku drive pegi keje sebab banyak tempat aku nak pergi bila balik keje so alang-alang sensorang panjang langkah sikit aku merayaplah tempah kek hihi...







Doakan kami bahagia dunia akhirat.

Kebetulan pada hari yang sama, Kak Ameris pun sambut Anniversary yang ke 5 kat sana. Happy Anniversary kak. Kalau dah blogger sesama blogger bertemu gambar tu memang wajib lah kan, sebelum aku melangkah keluar dengan perut yang kenyang sempat lagi sesi gambar-mengambar sekeping dua.



Sesiapa yang berkeinginan atau terasa nak buat something surprise untuk pasangannya boleh lah datang ke sini, Gambar-gambar ni semua aku amek kat Pages Flora Kafe, diaowang ni bukan sahaja menyediakan makanan yang super duper best tapi ada photografer lagi, kelasssss u olsssss, so takdenye ko tangkap muka laki ko, laki ko tangkap muka ko, diaowang boleh tangkapkan kenangan korang kat sini.Tapi jangan ko ingat tu termasuk pakej makan-makan sampai 2 jam ko kat situ keje bergambar jerk aku pang karang ! haha....

contact no : 03-21618010
                   017-3024112 ( Mell )

Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

Facebook : Flora Kafe Ampwalk


REVIEW PRODUCT




Kepada penggemar inai daun asli, aku nak khabarkan pada semua yang aku ada menjualnya tau. Korang tak perlu lagi nak petik nak tumbuk sampai lumat, semua dah siap dalam bentuk kon tinggal nak pakai je, Bride to be mesti mencari-cari kan ?

Kelebihan daun inai asli ni ialah warna yang lebih tahan lama berbanding instant. Bau seperti daun inai, dah nama daun inai asli kan, yang penting tiada bahan kimia atau campuran pewarna.

Inai daun ni dia akan merah mengikut darah si pemakainya, seeloknya pakai lebih dari 2 jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. beli 1 kon cukup untuk 10 jari.

Berminat nak cuba boleh contact no aku 012-2531649 ( msg/ whatsapps only ) anytime 24 hours !






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...