Terima Kasih Sudi Like

Thursday, May 9, 2013

Santai Travel Blogger di Flora Cafe, Ampang

www.tips-fb.com

Salam


Kalau ekut tarikh tu event ni dah lama berlangsung, tapi biasalah aku sebagai manusia yang kemalasan baru sekarang terkedek-kedek kata koO nak update. Maafkan saya penunggu gua teheeee~

Event Santai Travel Blogger ni dianjurkan oleh SOTA, apa itu SOTA ??? SOTA adalah ringkasan kepada Smart Online Travel Assistant.Ia amat sesuai bagi korang-korang yang gemar melancong, SOTA ni memang dapat membantu anda. Kalau susah sangat atau tak paham penerangan dari aku korang boleh terjah laman web SOTA. Kat web tu lagi details, maka ia akan menghuraikan segala kekusutan korang dalam memahami ayat tonggang-langgang aku ni hohoho...

Sebelum ni kalau korang perasan kami semua pernah menghadiri event KLTA golden jubilee dinner kan,kiranya KLTA dan SOTA dibawah satu agensi yang sama dalam sektor perlancongan juga.

Kali ni SOTA ajak kitaorang join event diaorang yang diadakan di Flora Cafe, Ampang.Tujuannya adalah untuk  mengenali satu sama lain antara blogger, macam sesi suai kenal gitulah, sesi beramah mesra pun ye jugak, nama pun dah Santai Travel Blogger kan ? Oh ye kebanyakkan blogger yang hadir ni memg suka giler travel kekdahnya.






Event Santai Travel Blogger ni dah tentu-tentu buat aku teruja bila ada kawan blogger aku ajak pergi manelah tau kan untung-untung dapat sponser travel hikhikhik...Lagi triple-miple terujanya sebab event ni buat kat Flora Cafe, Ampang... Ate tak gila ke mak jemah oiii...Flora Cafe tu, tak pernah sampai lagi tapi biasa dengar dari kawan-kawan je.  Set kat mind ni tempat tu mesti cantik penuh dengan  ribu riban dgn bunga-bungaan jerk. Sekali kau bila datang, perghhhhh terbeliak mata cantiknya lahaiiiiii....Hiasan Cafe tu penuh dengan bunga lepas tu dengan lampu yang suram ala-ala romantik ,susun atur kerusi dan mejanya lagi buat i terjatuh hati u ! sumpah cantik, macam nak buat planning sambut anniversary kat sinilah nanti ^___^
* kelipkelipmatakatsuami *


memasing tengah menekun dengar penerangan dari Project Manager SOTA, nampak kami seragam je kan ? Pakai baju sama weeee~~yaya cakap kami macam pakej buy 1 get 4 free, so jangan heran kalau kat mana-mana event ada je muka kami berlima. Sebab kalau sorang di invite, sorang tu akan ajak geng-geng dia yang lain join jugak. Biar berjemaah bersama, suweeeet tak we ollsssss


Kenalkan ini ialah Encik Zainal Abidin Othman, selaku Project Manager SOTA, mula-mula aku ingat dia ni chinese, bila tengok nama Melayu laaaa...Muka macam Chinese look beb !




Time makanlah paling ditunggu-tunggu sebenarnya ! percaya tak, balik keje langsung tak makan sebab nak makan kaw-kaw kat Flora Cafe tu, haha...Bila dah lapar semua makanan sedap ye dak ? tapi aku dalam banyak-banyak makanan boleh pulak berkenan dengan ubi goreng jerk ! Nak-nak ada pulak lawannya kuah kicap cili padi tu, heiiii,tengah menaip ni pun tiba-tiba terliur tau tak ! grrrrrr...sedapnya jangan cakap pedasssssss tak ingat tapi marveles, ko tengok kat Cafe ada ubi goreng, kental tak kental, penuh satu pinggan aku isi dengan ubi goreng tu.

Perut dah kenyang penuh dengan ubi goreng tinggal nak menjadi pepejal je kehkehkeh, sebelum berakhir biasalah sesi bergambar tu wajib.


Antara blogger yang hadir untuk event Santai Travel Blogger ni


Kengkonon free style katanya


Bersama orang kuat SOTA, kak syuhaida dan nill lagi sorang tak tau nama, sorry ye heeee~


Kami bersama Project Manager Sota, Encik Zainal Abidin Othman. Dah kenal pun. aku nak kenalkan juga rakan seperjuangan dalam arena blogger dari kiri Eida, akualyzasheila nadia dan nory

Alamat Flora Cafe : 

Lot G..08B-1Ground Floor,
 The AmpWalk, 218 Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur.
Tel : 03-21618010




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

12 comments:

Sheila Salim said... Click To Reply!

assalamualaikum mila. waaa sheila org terakhir nak up cerita ni. huewhuew. maafkan patik penunggu gua. heee :D

Rosmiza Ali said... Click To Reply!

Cantik tempat ni! Romantik abis kalau sesekali dapat pegi dinner ala2 candle light dinner kat sini.. =)

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

restoran cantikkk..nnt blh cuba hehehehe..romantik2 jer..

NM02 said... Click To Reply!

canteh weh cafe tu...

:: Mrs.Eady :: said... Click To Reply!

besttt nyer!!

ameris said... Click To Reply!

ujung bulan 5 ni anniversary akak.
nnt nk diner sini lah...

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

yeayyy!!! best2..jom kita dating kat sini lagii..hehe

C.M.A @ CikMoonAdnan said... Click To Reply!

wahhh best gitu....

::EIDA:: said... Click To Reply!

Nak hi tea pehlisss.... Hikhik

nadia farahida said... Click To Reply!

yaya tengah maraton BW laju2 ni T___T

Alldent Darzunt said... Click To Reply!

wah kayaknya nyaman nih tempat :D

Remy hazza said... Click To Reply!

wow.... menarik...flora cafe tu pun nampak sweet sangat deco dia.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...