Terima Kasih Sudi Like

Thursday, September 22, 2016

HARIZ TURN'S TWO

www.tips-fb.com

Salam

27 Ogos hari tu birthday anak buah kesayangan aku yang ke dua tahun. Anak along aku, sambut lewat sikit berbanding tahun lepas sebab kena tunggu makcik-makciknya dari KL pulang dulu.Sambutan ala kadar je cuma ajak sepupu kecik sebelah rumah mak aku. Anak paksu aku campur dengan kami-kami semua adalah dalam 15 orang gitu. Tu dah kira riuh dah uma mak aku bergegar gempita lah jugak bila semua balik.


Nin dia birthday boy yang taknak duk diam dah skank berlari je kejenya dah pandai main sendiri, paham bila orang  bercakap dan makin susah nak ajak bergambar.



Taraaaaaa...kek buatan ibu hariz dan decoration by sape lagi makngah dia yang tomei nilaa *puji diri sendiri tu dah memang biasa pengsannnn -.-' Walaupun kaler tak memberangsangkan namun kesedapannya membuatkan aku terliur sehingga ke hari ni.Menu makanan dan belon oleh makciknya cupcakes dan cake oleh ibu Hariz, doorgift oleh mak uda hariz. Semua ada department masing-masing


Yang paling tak boleh blah kebetulan tema kami tetiba sama lak. Diaorang memang rancang nak pakai baju merah, yang aku dengan laki aku memang tak tahu temanya merah, Sekali aku dengan laki pun berdondon merah eh tersama dengan tema. Nampak tak sehati jiwa sangat adik-beradik ni tau, jadilah tema hari tu MERAH orang yang pakai tudung kelabu tu kemain lagi sengih bersuka ria padahal dah nak terberanak. 3 hari lepas tu dia pulak beranak. Nasib baik sebab balik kampung kalau ikut perancangan dia balik kampung 5/9 tetiba dia beranak 4/9 kalau ikut plan awal terberanak dia sorang-sorang kat KL nun.


Atuk je lari tema sikit hihi, atuk Hariz lewat sikit balik sebab ada bacaan tahlil kat masjid jadi dah balik tu terus kami suh bergambar. rezeki Hariz semua ada dalam gambar, kebetulan Pakngah pun cuti time tu dapatlah celebrate reramai.


Ucapan makngah buat Hariz yang makngah sayang sangat-sangat Selamat Hari Lahir semoga membesar dengan sihat,menjadi anak yang soleh pada abah dan ibu, dengar cakap abah dan ibu jangan nakal-nakal oke. Belajar baca buku jangan nak tengok kartun je. Dah besar dah kena berdikari nanti boleh dapat adik lagi haha...Kali ni makngah nak request baby girl pulak kihkihkih...kemain sangat nak request lempang kang ~
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 comments:

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Happy Birthday Hariz...be a good n healthy boy okey..

IMaH said... Click To Reply!

Happy Birthday hariz!! semoga membesar dengan sihat & jadi anak yang soleh

Noor Maizan said... Click To Reply!

Happy birthday baby Hariz.. semoga menjadi anak yang soleh dan brjaya dunia akhirat.

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

hppy birthday syg..

heheh. cun kek tu.. ok laa. lawa tuu. yg pntg sdp kan sis.

Julia Johari said... Click To Reply!

Untung hariz dapat auntie cam akak mila yang baik hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...