Terima Kasih Sudi Like

Saturday, January 25, 2014

Percutian Langkawi - Malibest Resort

www.tips-fb.com

Salam

Entry sebelum 


Balik dari island hoping kami terus check in dekat Malibest Resort. Hotel yang menepati ciri-ciri kami semua hihihi....Tapi rata-rata orang kat situ pun cakap Malibest Resort memang best. Dah selesai check in kami menuju ke bilik kami. 

Kemain jauh bilik kami, dengan bawak beg beratnya dengan sakit kakinya akibat island hoping tadi.Cramp tau kaki naik tangga kat Tasek Dayang Bunting tu, lepas tu naik tangga lagi ke bilik nasib baik tak tinggi sangat kalau tak aku tinggal je kaki kat bawah sebab tak larat bawak naik atas.

Hotel ni full dengan foreigner, rata-rata orang asing, orang Malaysia dua tiga kerat je. Sebab tu hotel ni fully booked je medang kalau ada kekosongan pun macam kamilah dapat hok hujung2 je. Yang menariknya pasal hotel ni sebab ada rumah atas pokok. hebakkkkk takkk??? 


Pintu bilik kitaorang, Teluk Nyiru, dekat hotel ni dia pakai nama pangkal Teluk


2 katil Queen




Siap ada bathtub

Overall okelah bilik besar, aircond sejuk, tekanan air boleh tahan kebersihan  tandas pun oke jerk. Ada peti ais kecik, ada ditunjukkan arah kiblat. cuma kalau korang nak iron kena request ye. Suis plug ada 4 termasuk bilik air tapi satu tak berfungsi.

Mari kita lawat kawasan sekitar.



Rumah atas pokok macam sesuai untuk yang couple, macam kitoarang ni ramai tak sesuai pulak


Petang-petang penduduk situ main bola pantai, tapi aku tengok ada je foreigner yang join main, meriah tau !



Nampak tak orang yang pakai baju hijau tu, aku rasa diaowang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebersihan pantai ni.



Seriessss pantai Cenang ni cantik dan bersih berbanding pantai port dickson, kira keindahan masih terjagalah belum tercemar lagi. 


Kerusi tu kalau nak duduk kena bayar, RM10 tau mahalnyaaaaa duduk je pun bukan ada minuman,suratkhabar atau orang urut kaki huhuhuhu



Yang ni cafe diaowang kalau korang nak stay hotel ni, korang cari je signboard ni dari jalan mesti nampak.  Ia terletak betul-betul dekat Pantai Cenang.Nampak cafe baru nampak kaunter pendaftaran. Kalau tengok gaya hiasan cafe ni aku rasa macam tak halal je sebab cafe ni macam ala-ala hindustan hahaha...Waiter pun macam Indian je. Orang yang datang pun warga asing so memang takutlah nak makan. Tau tak sepanjang 3 hari 2 malam stay hotel ni cafe ni dokla pasang lagu bollywood je, Hoiii sedap tau lagunya rasa macam nak menari. Kuch-kuch hotai la, dil to pagal hai la Kabhi kushi Khabi Gam la layannnnnn kan je, dan dipahamkan Shah Rukhan pernah datang hotel ni, No wonderlahhh lagu bollywood je ke udara.

Harga untuk 3 hari 2 malam dekat Malibest Resort ni adalah RM400. Bahagi dengan 5 orang kami jadi sorang adalah RM80, tapi pihak hotel mintak deposit RM100 sorang baki RM20 akan dipulangkan bila check out nanti.

Kira-kira perbelanjaan :

Hotel 3 hari 2 malam : RM400/5 Orang = RM80

Aktiviti malam pulak kami terjah pasar malam ayer hangat ! next entry la yeeee ~

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Friday, January 24, 2014

Percutian Langkawi - Island Hoping

www.tips-fb.com

Salam

Sebelum nak cerita lebih lanjut entry sebelumnya adalah percutian langkawi pengalaman naik train. Dah baca baru paham cerita dalam entry ni hehe....

Pakej Island Hoping ni kitaorang amek sekali dengan sewa kereta so takdelah susah nak beli pakej dekat mana-mana. Island Hoping ni kami amek petang dalam pukul 3 petang. Island hoping dekat Langkawi ni ada 2 sesi satu pada pukul 10 pagi dan satu lagi pukul 3 petang.

Pakej Island Hoping RM35 sorang. Ekutkan boleh je tawar harga tapi disebabkan diesel naik harga lagi terus tak dapat tawar hampeh tol ! 


pick up point berdekatan dengan hotel awana porto malai

Satu boat boleh muat 14 orang group kami dari Malaysia, ada satu family dari India, satu lagi macam dari China, dah macam 1 Malaysia aku tengok ChinDiaYu hahahaha...Sebab kami paling awal duduk belakang group China tengah dan India tu depan sekali. Yang kelakar paling aku tak paham group India tu dah tau nak main air, boleh pulak pakai macam sari ke apa ntah pakaian kebangsaan dialah dengan warna putih bagai..ko ingat nak pergi beraya ke ni nak pergi mandi der tak paham! tak paham!




kecian ayu gambar dia paling tak banyak sebab jadi tukang amek gambar. TQ Ayu sayang ko.


1st : kitaorang pergi Tasek Dayang Bunting




Tengok muka semua kemain suka, senyum dengan riang, time ni belum tau lagi azab nak sampai ke tasik dayang bunting lagi. Boleh lalalalalala lagilah....Posing sana posing sini kan ? kan ?


Hamek kau ! bila dah memanjat anak tangga tinggi ni kemain semputtttt mengahhhh. Ya Allah azab ko tau. giler jauh sebab kena meniti anak tangga dahlah jarak anak tangga ke anak tangga kena langkah besar-besar. Semput mak nok ! eeee tak tau langsung pun kena jalan macam ni kalau tau tak nak pergi. Tapi demi semangat setiakawan yang nak aku minum air tasik tu, terus kuat semangat sebab kawan-kawan support kan sanggup nak pergi jugak so aku pun gigihlah pergi jugak. terharu kita tau kawan-kawan T______T

Panjat anak tangga dah satu hal nak turun ke tasik tu ada pulak sekawan monyet bersidai kat tangga tu. Heiii korang ni buat apa kat situ aku dahla penat panjat tangga yang duk halang aku jalan nape ??? sedih betulaaaa diaowang ni takdelah liar mana tapi akan jadi agresif bila tau ada mcm bau-bau makanan ke plastik makanan ke terus diaowang rebut tau.Aku pegang kemas beg aku sebab dalam tu ada cekedis nak mengunyah.Masa pergi diaowang rilex dan cool je..Bila aku nak balik boleh pulak plastik cekedis ni berbunyi terus dia nak rampas beg kita...Heiiii awak ni kita tak sukalah tak nak kawan awak wuarghhh...T______T


Sekor sesat kat sini, putus cinta ke apa ?


Nampak tak macam menyerupai Dayang Bunting.


Kalau nak mandi ada hadnya, tak boleh lebih dari garisan oren tu.




Jangan harapla kami nak mandi, kami main rendam kaki jerk.


Belah sana tu ada macam yang kayuh2 guna kaki tu ape ntah namanya lupa nak tengok berapa kena bayar. Ada jugak kedai souvenir kotlah nak beli topi ke baju ke,


Tu bukan air tasik ye tu air yang aku beli. Air tasik aku hanya minum 3 kali menggunakan penutup botol mineral sambil selawat hihihi...Aku takdelah percaya sangat tapi kita mencuba tak salah kan ? Rezeki semua Allah S.W.T yang tetap kan :)

Dekat sini lebih kurang 1 jam. Cukup satu jam eh  tak 45 minit kami terus ke tempat boat untuk ke destinasi seterusnya. Masa nak balik ni kitaorang terserempak dengan foreigner yang bawak anak kecik,  satu dah boleh berjalan mayb 3 tahun satu lagi tidur dalam stroller, gigihnya mak paknya ni nak bawak anak kecil mendaki tangga-tangga ni. jauh tau tak. Tempat ni sangat tak sesuai untuk bawak budak-budak bawah 6 tahun ye sebab penat kot. Cian budak !

Next pergi Pulau Singa Besar bagi helang makan. Kat sini lebih kurang 10 minit. Abang boat tu bagi perut ayam kat helang-helang tu semua. Pandai je mereka beratur amek makanan tak berebut langsung. Cuba kalau kita manusia ni kemain potong Q macam hape jer.


Abang boat tu cakap ada dua helang dekat sini putih & merah.

Pulau ketiga adalah Pulau Beras Basah. Kat sini lebih kurang 45 minit. Boleh main jetski kat sini, boleh snorkeling jugak sebab ada kedai yang boleh sewa alat snorkeling tu pasir cantik wey, macam biasa kami bergambar jela. Mandi memang taklah kan huhu...






Ni konon nak lompat tapi tak menjadi hihi...


Belum ready kok dah tangkap gambar tu yang muka jadi gitu -.='

Oke setel part Island Hoping yang lebih kurang 2 jam lebih sahaja. Balik semula ke tempat pick up point. Kemain laju abang boat tu bawak boat siap drift lagi macam kereta melambung-melambung kami ke udara tau bila langgar ombak.Lepas tu boleh tanya kenapa dik ? hoi abang kalau aku mengandung boleh terberanak tau kau ni !!! 


Souvenir Island Hoping, bukan free ye kena beli RM10


Kira-kira perbelanjaan :

Pakej Island Hoping : RM35
Photo Frame : RM10

TOTAL : RM 45

Next review hotel yang kitaorang stay :)









♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...