Terima Kasih Sudi Like

Monday, October 7, 2013

KL Gangster 2 Terbaik !

www.tips-fb.com



Semalam aku pergi tengok filem ni, gempak giler lah bagi aku, sebab aku rasa pembikinan filem ni macam susah je nak buat sebab kena beraksi lawan-lawan apalah. lompat-lompat terjun bergolek bagai ko ingat senang ke ? Sebab tu aku gigih nak tengok dekat wayang jugak walaupun cerita ni telah ditayangkan sebelum ia keluar ke pawagam oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tak bosan langsung tengok cete ni, semua aksi menarik lebih-lebih lagi watak 'abanglong Fadil' yang dilakonkan oleh Zizan Razak tu kelakar gilaaaa, senak perut gelak tengok Zizan. Eh aku ni tak pandai sangat nak ulas-ulas filem, so aku cete jela apa yang aku rasa best, dan korang patut tonton filem ni dekat pawagam

Antara pelakon-pelakon yang hebat ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak, Rosyam Nor, paling aku suka lakonan Sofi Jikan, hidup gila watak dia, dengan trademark "SENGAT" Rosyam Nor pun bagus dan hebat, nampak lakonan dia kejam dan ganas gila, watak jahat tu memang hidup bila dilakonkan oleh beliau.

Walaupun cerita ni boleh dikatakan ganas sebab banyak aksi-aksi tumpah darah tapi masih diselitkan jugak genre kekeluargaan. Part sedih memang sedih aku rasa, tak pandai nak cakap sebenarnya so korang kena tengok sendiri, baru tau apa yang aku cuba sampaikan.

Sepatutnya review filem-filem ni keje laki aku, tapi aku saja gedik nak review jugak sebab cete ni memang best hoiii...Kalau laki aku yang review lagi details, dapat ke aku lintang pukang jadinya haha....

Tengok tau korang, gerenti korang terhibur !


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

16 comments:

::EIDA:: said... Click To Reply!

best eh milo, ida nak g ajak andi la nnti. hehehhee

Kucing Hitam said... Click To Reply!

tu la kalo berkualiti xkisah kena cetak ka x sure org support

Aniq Bukhary said... Click To Reply!

Nie yg kita nak.. sokong filem tempatan :)

Rosmiza Ali said... Click To Reply!

Dah 2,3 orang jugak yang cakap filem ni best.. Nanti nak heret incit hubby gi tengok.. Hikhik! ^^,
ZON PERMAISURI CHOMEL

ameris said... Click To Reply!

dah tak berpeluang nak tgk wayang sejak ada anak...huhuhu

~AmyLiana86~ said... Click To Reply!

kak shida.. hoyahadis.blogspot.com.. =)

~AmyLiana86~ said... Click To Reply!

eh kita kawin lebih kurang je kan.. sy 1 year 4 month 2 weeks..hehe

eira eixora said... Click To Reply!

bestnya dapat g tgk wayang citer yang best =) saya mungkin tgk kt astro je nnti

Hidayah said... Click To Reply!

hahaha..

klg2 mmg best tapi tak sesuai tayangan budak la kan..

remaja pun tak sesuai sebab boleh jadik ikutan..

tau la bebudak kan.. suka ngekot benda ngarut mcm tu..

akak dah tgk kat hp , donlod tapi sebab rasa bersalah cerita tu mmg best dan rasa berbaloi tgk kat wayang.. maka hari tu pi la jugak tgk kat pawagam haha..

hari ketiga kot.. penuh gak walaupun dah kena cetak rompak kan..

Aty_Fared said... Click To Reply!

dah lame giler tak tengok movie kat wayang....macam tak gigih jer nak bawak anak yang ngah aktif tak duduk diam tu masuk dalam wayang..kang tak pasal..akak yg buat wayang dalam tu kang...hahaha...

Mimi Azirah said... Click To Reply!

Dh lame xtgk wayang..huhuhuhu

Umi Qi said... Click To Reply!

Almost 1 years x tgk wayang kt cinema,winduuu saat itu dik mila heheh...cm best cerita nih aummm

Muhammad Zul Fahmi said... Click To Reply!

thanks for the review.

C.M.A @ CikMoonAdnan said... Click To Reply!

baru je layan citer ni... mmg best :)

zuhdi sanusi said... Click To Reply!

wayang pun dah baper lamer xjejak kaki., huhu.,

Masya said... Click To Reply!

layan kat astro first jerlah.. itu pun kalau hubby ok.. sbb ganas sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...