Terima Kasih Sudi Like

Friday, April 24, 2015

Lasertag Permainan Yang Havoc !

www.tips-fb.com

Salam

19 April 2014 bertempat di Wangsa Walk Mall diadakan satu event blogger dimana kami semua akan berperang habis habisan secara berkumpulan untuk merebut takhta sebagai juara dan memenangi medal untuk dibawak pulang. Haaaaaaa..very de skema ayat gitu.....lantaklaaaaaa....takde idea nak intro guano so aku bedal jela labu. 

Seumur hidup aku tak pernah main pun menatang ni, even dari kecik pun tak pernah didedahkan dengan game-game adventure gini so adalah menjadi kejakunan bagi aku bila dah tua-tua gini bermain. Tapi suatu pengalaman barulah bila kita jadi blogger dapat merasai pengalaman macam ni. Adventure sangat kauuuuu 3 hari 3 malam terkesan dengan permainan ni mengigau malam aku hahaha...Sebab apa adventure? nanti story telling k.






Masa aku melawat kawasan untuk berperang ni aku rasa macam cerita ninja turtle versi kartun ko tau, rasa macam duk bawah terowong haha...pakai cengkerang pegang senjata tengok ada musuh ke tak, kawasan lebih kurang sama ada tong-tong mcm minyak tu, dengan mural yang macam hidup dengan lampu yang samar-samar adventure sangat !



Inilah senjata  yang akan korang pakai masa berperang nanti. Dalam kawasan tempat tu gelap ada sedikit pencahayaan je, jadi bila kita pakai sut ni hanya cahaya pada badan kita je yang kelihatan untuk musuh nampak kita, sebab tula kita kena bersembunyi supaya tidak ditembak .Macam main aci nyorok tu huhu...Lasertag ni sejenis permainan indoor ye korang. dan permainan ini tidak bahaya pun. sebab dia hanya menggunakan laser sepenuhnya...Hanya perlu tembak pada musuh, menggunakan laser pada gun tu, haaaaa tak sakit dan menyakitkan. kalau terkena laser tu kita akan mati selama 5 saat lepas tu kita boleh pegi berperang lagi heeee...


Sebelum nak g berperang kita bergambar dulu, benda wajib ni!


Siap sedia untuk berperang.


Ini ahli kumpulan aku, kumpulan 5 dari kiri abang syafiq abang jamar,Ujang, Syafiq dan Andi. Aku sorang je pempuan rasa nak menangis je sebab takde geng -.=' tapi kita takleh tunjuk kita lemah kita kena kuat jugak, mungkin ini kelebihan untuk aku rilex sedikit sebab ada banyak bodyguard yang akan backup hahaha....tapi tak best jugak sebb pempuan kan nampak macam lemah je so diaowang akan attacked kita dulu! mencik !!!

1st game tenaga banyak lagi, lari sana sini kemain tembak-tembak ambush musuh,pantang nampak lampu kelip kelip musuh nak tembak je, mati tu takyah cakap banyak kali berpeluh tiak kauuu, macam zumba kaedahnyaaaa masuk 2nd game 3rd game tepu pulakkk tenaga dah abes...nak lari pun rasa slow je hahaha..pancit dahhhh tulaaa klu dah gemuk sangat apa pun tak boleh ggrrrrrrr...



Ni last game penentu siapa juara, Kumpulan 4 berentap dengan Kumpulan 5. Kemain semua muka-muka kemenangan hahaha...Time ni tenaga tinggal 30% jee...tak larat dah aku nak berlari-lari sudahnyaaaaa aku duk satu tempat sampai  abes game haha....tembak jela ikut suka hati hakikatnyaaa aku rabun. Aku perasan aku selalu tembak tak kena sasaran tengok mata pada gun asikla tak gerak-gerak rasa macam aku dah tembak je semua musuh.Aku rabun jauh, so klu nak dpt mata banyak kena tembak dekat-dekat. Ate nak mati ke pegi dekat musuh tembak dia dekat2.Untung mati tak untung dia mati aku yang mati hahahaha..


Muka puas sebab menang ! yang belakang tu macam xpuas hati je hahaha...Pingat Emas dimenangi oleh Kumpulan 5, gud job korang, xsia-sia aku terpekik terlolong mintak tolong macam kena rasuk sebab diaowang asikla nak tembak aku je -.='

Berminat nak rasa betapa havocnya game ni dan nak tau harga dan pakej yang disediakan korang refer gambar bawah ni


Nak lebih details boleh call je no yang tertera. 03-41310006.Semua event boleh nak buat event party ke, team bulding ke tournament office family gathering pun bole.Janji cukup 15 orang korang dah boleh proceed untuk game.



Terima kasih daun keladi weeewee kepada Yaya sebab sudi invite mila dan tq so much Laserwarzone for this game yang awesome. Sebelum main sila buat warming up ye kawan-kawan sebab masa main tu takdela adventure sgt lepas main game akan rasa adventure gilaaaaa sebab 3 hari 3 malam akan jalan mengangkang hahahaha...abes cramp kaki tangan suma. Malam-malam mengigau nangis sebab kaki kejung.

Dah main, dah peluh, dah kenyang, dah menang kita wefie wefut seketul, mendongak kelangit semua yawwwwwww~

Berminat nak try Laserwarzone hubungi 03-41310006 untuk tempahan

Like



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 comments:

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila, bestnya seketul bunga dalam team. heheh menang best tu... nanti repeat lagi, kena warming up ;p

ieza ashaari said... Click To Reply!

Untg r ada medal. Hahaha. nanti kte main lg eh.

JMR said... Click To Reply!

best giler main hari tu..terbaik lah Puan Jeneral! Kami ada untuk cover keselamatan puan dalam Arena.

ammelia yusoff said... Click To Reply!

terbaikkk la ada game macam ni..macam best je kalau pergi lepas tension after test.

::EIDA:: said... Click To Reply!

kemain puan jeneral abg jamar kataaa hihihi. untung laa.. tapi ida pun untung sbb medal andi ida punya kan kann HAHHAHHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...