TIPS MENJAGA ALAT
SOLEK
Salam
Cuba cakap perempuan mana yang tidak sukakan kecantikan? Semua perempuan zahirnya memang sukakan pada kecantikan. Perempuan dan kecantikan biasanya memang tidak boleh dipisahkan . Tapi kalau suka cantik je tapi tidak menjaga alat solek dengan baik tak guna jugak kan? Cuba korang perhatikan dalam handbag memasing mesti segala mak nenek khazanah alat solek ada dalam tu. Ada tu terbiar je tidak dijaga dengan betul dalam handbag tu betul tak?
Ramai daripada kita yang mungkin
tidak mengambil penting mengenai Tips Menjaga Alat Solek mereka. Rata-rata
wanita gemar mengumpul alat solek mereka bertahun-tahun walaupun tidak
menggunakan lagi. Namun, tahukah korang bahawa penggunaan alat-alat solek yang
telah lama disimpan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit muka korang??? Yup,
series mesti korang baru tersedar tanpa sengaja kan? Tapi inilah perkara yang
bakal terjadi sekiranya korang mengabaikan penjagaan alat solek.
Untuk mengetahui lebih lanjut, mari kita berkongsi sedikit
informasi mengenai tips penjagaan alat solek.
Pertama sekali, pastikan korang kerap mengemas beg alat
solek korang. Buang alat solek yang terlalu lama disimpan dan tidak digunakan
lagi. Terutama sekali bagi alat-alat solek yang sudah tamat tempoh. Haruslah
diingatkan bahawa kebanyakan alat solek ini diperbuat daripada bahan kimia yang
hanya boleh digunakan pada jangka waktu tertentu.
Kedua, korang juga harus selalu membasuh berus-berus yang
anda gunakan untuk solekan. Terutama sekali berus blusher, berus eyeshadow, dan
berus menyapu foundation. Rendamkan dengan air suam untuk mematikan bakteria
dan bilas dengan bersih.
Begitu juga dengan penjagaan span
atau sponge yang digunakan untuk menyapu bedak pada muka korang. Selain
membasuh, elakkan juga berkongsi span dgn rakan-rakan korang. No
sharing-sharing tau sebabnya dikhuatiri bakteria-bakteria akan tersebar dan
terkumpul.
Seterusnya, keraplah mengasah eyeliner atau lipstick pensel
korang untuk setiap kali ingin menggunakannya. Bukan apa, ia dapat menyelamatkan
korang daripada jangkitan kuman yang mungkin terdapat pada permukaan yang belum
diasah
Dan yang terakhir sekali sentiasa memastikan alatan solek
anda ditutup setiap kali habis digunakan. Ia bertujuan untuk mengelakkan alatan
solek itu tercemar atau rosak.
Oke itu sahaja yang ingin aku kongsikan untuk tips kali ni,
Semoga dapatlah serba sedikit membantu korang dalam sama-sama menjaga
kebersihan alat solek. Bak kata pepatah
‘Mencegah lebih baik daripada merawati’.
P/S : Gambar-gambar diatas aku pinjam dari En Google ye ;)
P/S : Gambar-gambar diatas aku pinjam dari En Google ye ;)
8 comments:
Nice info...memang jarang2 cek alat make up ni, hi2...
Tq shring :-)
tips yang bagus ni..boleh amalkan
Berus n span makeup paling leceh nak jaga
Mmg penting tips nie utk kaum hawa..
tq sudi share kak..
slmt hari raya.
iyer tau...akak pon suka simpan buat koleksi lagi2 eye shadow... pakai nya jarang2.. jadi sayang nak buang..hahaha.. tapi lelama memang tak berani nau nak pakai.. lagi2 kalau pemerah pipi dan lipstik.. memang risau naik jerawat..huhu.. mascara lagi lah sadis.. tengok2 dah mengeras.. ngeee.. yang paling kerap habes tukar.. cuma bedak compact dan loose powder dan foundation..
neway..thanks tips ni.. teringat pulak sponge tu tak basuh2.. selalu pakai buang..hahaha..dasar pemalas sangat kan...
aduh lama tak basuh span hihihii....
Nice sharing... tq info yang berguna
Post a Comment