Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, January 12, 2016

Inai Daun Dan Servis Lukis Inai Untuk Majlis Kahwin

www.tips-fb.com

Salam

Siapa kat rumah dia ada pokok inai ? Angkat bulu kening, haaa ada tak? oke aku tak nampak hihi...Biasa pokok inai banyak ditanam dekat kampung, rumah tok nenek kita kan, kat bandar ni jaranglah aku nampak sebab kawasan tak berapa nak izinkan bangunan mencakar langit je semua takkan nak tanam dekat balcony pulak kannnn?

Suka pakai inai tak? aku dulu masa sekolah suka gila pakai inai,asal balik kampung je kutip daun inai pastu tumbuk guna lesung batu mak aku sampai dia marah bau inai melekat hikhikhik...

Sekarang aku tengok dah banyak jual dekat pasaran yang instant tu, senang terus pakai je tapi yang instant tu ada bahan kimia tu cepat merah. lagipun warna tak kekal lama dan lebih sesuai untuk ukiran sahaja.

Nah, ni ada berita baik bagi pengemar inai daun macam aku, suka pakai inai kan, tapi nak warna tahan lama, merah paling penting ada bau daun inai, perghhhh suka gilaaa bau diaaaaaa~

Aku ada jual inai daun tu, jangan risau inai daun tu adalah inai daun pokok yang dikeringkan dan dikisar lepas tu dibancuh,aaaaa tanpa sebarang bahan kimia percayalahhh dijamin 100%

Kalau inai instant tu biasa kita pakai kejap je dah merah kadang2 terus hitam tapi tulah sekejap je merahnya pastu kena air kena sabun terus pudar, tapi inai daun ni tak ia bergantung kepada darah seseorang tapi makin lama makin terdedah di udara confirm akan merah.

Warna pun tahan lebih lama kadang-kadang sampai 2 minggu warna masih terang. Kalau aku cakap-cakap ni mungkin kata aku bohong tapi korang cuba dulu lepas tu baru bg feedback baru tau betul ke tidakkkk

Meh aku tunjuk sedikit testimoni dari jiran belakang rumah pakcik, sedara mara belah opah aku, rakan dan taulan aku yang dah cuba inai daun








inai daun dibungkus dalam bentuk kon
1 kon = 40 gram ( 10 jari )

Kalau korang jugak berminat nak pakai inai, meh roger-roger, berita baik jugak untuk bakal-bakal pengantin diluar sana, mulai hari ni aku ada buat servis lukis inai pengantin terus ke rumah anda tau. suka tak? Untuk area batu pahat dan seangkatan dengannya dialu-alukan.Bukan takat pengantin je mak bapak pengantin adik beradik sepupu sepapat jiran sebelah kiri kanan klu nak berinai pun bole. Harga serendah RM10 ye, Pakej pengantin bergantung pada design yang dipilih.Nak tau segala mak nenek pakej yg disediakan whatsapps je no yang tertera.

FB Mila Henna Art
IG : hennaart_bymila
Whatsapps/ msg (only) : 012-2531649

Bila-bila masa klu rasa nak tau lebih info whatsapps je aku, kalau aku lambat reply jangan kau maki pulak, mana tau kot-kot aku tengah berak ke, masak ke tengok cete hindustan ke kan? kan ? tapi better whatsapps la ye cepat sikit aku nak reply.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

16 comments:

NM03 said... Click To Reply!

wow... jari akak kau ni cukup 1 kon dik? hehehehe

::EIDA:: said... Click To Reply!

kakk, nak sekarung inai boleh takk? pls kakk.. mihmihmih

MizzTina said... Click To Reply!

waaa..akak peminat inai.. ms skolah dl, asal cuti skolah je mesti nk pakai.. awak xde cmpur pape ke? mcm nk beli je..buh kt kuku je la..

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila.. lawanya inai.. alaaaa rugi lambat tau kalau tak boleh beli masa kenduri along sheila. hihiii inai ori cantik~~~

cik mah said... Click To Reply!

Cantik...ni wat terngin nk pkai ni...boleh kira brp kali pkai..

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Kalau jari gemok2 n kontot2 mcm iolls ni cukup tk utk 1 kon tu...? Hihihi

sab said... Click To Reply!

Nak order la nanti!!

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

cntik tp dah lama yui xpakai..zaman budak2 suka..

Bunda a.k.a KN said... Click To Reply!

Salam ukhuwah dari Bunda...

Abang Bear said... Click To Reply!

inai? belum rasa suka nak pakai... kalau nak pakai inai india jer...

Anonymous said... Click To Reply!

Salam, nak tanya sikit, kalau daun inai tu dah warna kekuningan masih bole guna tak?

Mila Ahmad said... Click To Reply!

apa yang mila tau kalau daun dah kekuningan tu warna akan menjadi kurang pekat.kebiasaan tompok2 hitam pada daun inai tu yg akan menjadikan inai merah pada tangan.

Anys Hazwanie said... Click To Reply!

saya pon suka jugak pakai inai tp hanya utk sekadar hiasan jer.
hehe

http://myartcrafting.blogspot.com/2015/07/syawal-giveaway.html

Nabila Syifa said... Click To Reply!

umah nenek ada pokok inai.time raya suka pakai

Unknown said... Click To Reply!

Mila klau dok jauh blh pos ke

AkuSeorangTraveler said... Click To Reply!

salam singgah :) follow #1042

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...