Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, August 24, 2016

2015 TAKKAN AKU LUPAKAN

www.tips-fb.com

Salam

Lagi beberapa bulan je nak dah nak abes tahun 2016, aku sibuk nak throwback 2015 yang pahit tu. Bukan nak throwback sangat pun cuma skank aku ada sedikit kekuatan meluahkan apa yang dilalui sepanjang 2015 yang mengamit memori tu sangat. Lama aku simpan aku pendam aku rasa hanya Allah S.W.T je yang tahu perasaan aku berperang dengan emosi dan diri sendiri.

Aku nak abadikan dalam blog picisan aku ni supaya menjadi pembakar semangat untuk aku terus maju pada kehidupan yang akan datang. Banyak peristiwa yang berlaku yang membuka mata aku yang menyedarkan aku dari terus leka dengan duniawi yang sementara.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu aku telah berhijrah dari Bandaraya Kuala Lumpur ke Batu Pahat, Johor. Itulah satu keputusan drastik yang tak pernah aku buat sepanjang hidup aku. Keputusan yang dibuat tanpa berpikir panjang tapi aku yakin inilah yang aku cari dalam hidup aku.

Sebenarnya ada sesuatu yang aku rasakan dalam diri seolah-olah hati tak tenang seolah-seolah jiwa kosong padahal kehidupan aku seperti juga orang lain makan jalan-jalan kerja bahagia je hari-hari. Tak tau nak huraikan macamana tapi sesuatu yang hilang tapi tak tau apa. 

Emosi kadang-kadang terganggu kadang-kadang tak gembira. Yang aku perasan aku paling malas nak pergi keje. Takde mood selalu datang lewat ke office padahal bukan jauh mana 5 minit je. Bila kat opis rasa nak balik je. Selalu cakap dengan officemate nak berhenti. nak berhenti nak berhenti tanpa sebab alasan yang kukuh pun. Selalu gurau hujung tahun ni nak berhentilah nak balik kampung, masa tu aku takdelah serius sangat tapi memg dah takde hati dah nk kerja tak tahu kenapa.

Setiap malam selesai solat  doa selalu menangis hati jadi sayu sebak entah kenapa. boleh dikatakan setiap kali solat air mata mesti mengalir. Aku berdoa mintak petunjuk pada Allah S.W.T tunjukkan sesuatu yang baik untuk aku teruskan perjalanan ni.

Bila aku nekad untuk balik kampung ini bermakna aku sanggup untuk menerima perubahan kehidupan yang berlaku. 360 darjah celcius bertukar. Aku tinggalkan 'kehidupan' di bandar untuk aku berhijrah ke sesuat tempat yang lebih tenang dan bahagia. Ak percaya semua yang berlaku ni Allah S.W.T dah atur cantik-cantik untuk kami suami isteri.

Masa dalam proses perpindahan tu Allah datangkan rezeki buat suami, dimana dia ditawarkan bekerja di Hotel Katerina, Batu Pahat sebagai Duty Manager. Jadi sebulan awal dia pulang ke kampung manakala aku masih di KL untuk packing barang-barang sambil ditemani keluarga yang tercinta. Mak abah aku duduk di KL tapi lepas rumah kat kampung siap mereka akan pulang. Mungkin tu jugak salah satu faktor penguat aku untuk berhijrah. Nak ceritakan lagi memang panjang lebar, tapi lain kali lah aku cerita lagi. Cukup setakat ini luahan hati seorang insan yang jiwanya, hati dan nurani yang kosong dan sepi

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 comments:

Nadia Johari said... Click To Reply!

Bila hati tak tennag selalu berdoa dengan Allah, insyalahh dapat jawapan kan. Semoga mila sentiasa kuat dan mulakan kehidupan dengan baik. Semoga rezeki datang mencurah walau dekat mana berada

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Nory pon tengah fikir-fikir nak berhenti kerja jugak ni...nak duduk umah lah, malas pikir kerja-kerja opis ni..kalau opis sendiri best jugak..hehehehe...milo sambung entry lain lagi taw....kipidappp n dongibab...miss u milo..kim salam mcdee..

::EIDA:: said... Click To Reply!

Semua orang ada kisah pahit. Lupakan yang pahit kenang saja yang manis. ewahhh~ Semoga milo capai apa yang dikehendaki. Makin bahagia tak sekarang? hehe.

Orked said... Click To Reply!

husband pon kt batu pahat ke mila? all the best taw.

Aty Fared said... Click To Reply!

orang kate.. bila kita dalam keadaan macam ni.. berhijrah..[tak kire dalam bentuk mana] pon salah datu cara terbaik.. pasti ada bahagian yang baik.. mungkin rezki yang berbeza lebih baik jugak..insyaa ALlah.. percaya diri..dan yakin jer dengan perancangan Allah..

akak dulu pon..tetibe jer pindah ke Rawang..dari shah Alam.. heheh..tak lah jauh tapi ..effected jugak lah.. alhamdulillah.. lama2 ok jer..

may be.. awak perlu carik sumting yang menggembirakan..[pernah jer jadi kat akak].. hobi baru may be..:)

neway.. gud luck Mila...

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

semua ada hikmahnya kan sis.

ameris said... Click To Reply!

ada hikmah tu mila. Allah dah atur baik utk kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...