Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, September 20, 2016

ADA HIKMAHNYA DISEBALIK APA YANG TERJADI

www.tips-fb.com

Salam,

Sambungan dari entry ni , sebenarnya tanpa sedar banyak hikmahnya yang berlaku, Tuhan makbulkan doa aku nak balik kampung dalam sedar tak sedar hakikatnya aku tak yakin sebenarnya nak mencari rezeki di kampung dengan komitmen yang banyak untuk ditanggung. Tapi Rezeki Allah S.W.T tu luas, dan aku mula percaya rezeki ada dimana-mana selagi kita berusaha.

Bila aku mula berhijrah ke kampung, aku pasang niat dalam hati aku nak betulkan kehidupan sebelum ni, mungkin aku dah banyak bazirkan masa pada perkara yang kurang beri manfaat, aku mungkin leka dan sedikit alpa. Niat paling utama aku nak jaga mak abah nak berbakti pada mereka selagi hayat ada, mungkin cara  tu je yg dapat tenangkan hati aku dapat hapuskan dosa-dosa yg lalu, dapat tenangkan hati aku dan bahagiakan kedua ibu bapa ku. Memandangkan mertua aku pun di Batu Pahat jugak menjadikan perancangan ini sangat dipersetujui oleh semua maka aku dan suami pun berpakat untuk berhijrah ke kampung.

Dekat kampung ( Batu Pahat ) aku dan suami duduk dengan mak abah aku . Rumah mak abah baru je siap, sebelum ni diaowang duduk dekat KL, bila rumah kat kampung dah siap so parent aku akan pulang ke  kampung dengan aku-aku ikut sekali huhu.

Kat sini lah hikmah pertama bermula.Kenapa aku dan suami memilih untuk tinggal di rumah family aku ? Ini adalah disebabkan kami telah membina sebuah bilik rumah di rumah family aku, tujuan utama dulu ( sebelum balik kampung) sebab senang bila kami balik ke kampung bercuti selesa lah sebab ada bilik sendiri kan. Konsep abah dulu buat sebijik rumah tapi anak-anak kalau nak bilik setiap sorang kena keluar modal. Ikutkan aku, xde pun nak merancang untuk buat bilik dalam masa terdekat sebabnya rumah mertua pun dekat so takde masalah kalau balik kampung tapi kita ni merancang Allah S.W.T yang tentukan. Abah paksa aku buat jugak bilik dia cakap klu tak buat duit abis jugak seolah-olah abah macam tau apa nak jadi dia berkeras jugak suruh aku buat bilik. Dalam pasrah daku menyerah. Bayangkan deal bincang2 dalam bulan puasa kira costing bentuk ukuran.Ngam2 raya siap selang dua bulan aku terus buat keputusan mengejut nak berhijrah ke kampung. See betapa hikmahnya apa yg terjadi. Aku berhenti keje, balik kampung ada tempat berteduh sementara nak bangun balik.


Yang berbumbung tu bahagian dapur kering dan dapur basah, yang baru naik batu blok sebahagian bilik (3 bilik) dan ruang tamu.bilik aku belah kiri depan tapi tak wujud pun lagi sebab takde perancangan kan nk buat bilik patutnya.



Bila ruang tamu dah siap 60% baru bilik aku menyelit.Pintu dalam gambar tu adalah pintu terus ke bilik aku..Maknanya kalau aku nak keluar boleh terus keluar tanpa guna pintu utama.


Yang besar tu pintu Utama terus ke ruang tamu rumah parent aku. pintu aku sebelahnya.Masa design memg aku nak mcm tu supaya senang nak keluar masuk tanpa ganggu org dalam rumah lagipun kadang-kadang laki aku balik lewat malam so senang nak bukak pintu terus ke bilik.


Bilik aku on progress, maaf tak ingat keluasan mungkin dalam 20 kaki berapa ntah.


Dalam gambar ni paksu aku dia yang buat bilik aku. time tu dia nak buat toilet dalam bilik aku


Ni pintu dari ruang tamu rumah parent aku.


Dulu kami berdua keje bila balik kampung suami je yang bekerja manakala aku masih belum merancang untuk bekerja kembali, jadi kami terpaksa cut cost segala macam mak nenek. Sebab tulah kami duduk sementara kat rumah parent aku. Kini Alhamdulillah setahun je duduk dgn my parent lepastu aku dan suami berjaya duduk rumah sendiri walaupun sewa. Aku pun dah selamat berkerja kembali setelah 6 bulan jadi surirumah, lama-lama tak kerja bosan gila mgkn dah biasa kerja jadi bila xkerja otak jadi tepu haha. Dapatlah cari duit poket singgit dua inggit walaupun nafkah laki aku dah bagi.Oh ye bilik aku skank jadi bilik menjahit mak aku, ruang solat dan untuk bilik tetamu yang datang memandangkan ada toilet jadi senang xpayah nak ke toilet kat dapur. Dalam rumah tu ada 4 toilet. Bilik aku, bilik abah dan 2 lagi dekat dapur. so xpayah nak berebut mandi ye.



Sofa aku bg mak aku, meja makan memang aku tinggalkan malas bawak sebab berat gila bawak kerusi je. meja komputer aku xsempat ambil lagi.




Ni toilet dalam bilik aku haha, nak kena tunjuk sebab toilet adalah hadiah surprise dari bapak mertua ku. Plan asal memang nak buat toilet tapi xde tile sebab budget takde. Masa tu aku masih kat KL belum pindah jadi segala urusan pembikinan bilik aku ni abah aku handle. Jadi abah aku dengan abah mertua ni kawtim berdua. Yang peliknya abah aku boleh call tanya 'awak nak mozek camne dalam tandas' aku cam peliklah kenapa tiba2 tanya aku tanya balik kenapa bah? eh orang *aku bahasakan org klu sembang dgn abah aku takde budget tau nak pasang tile dlm tandas aitu org cakap je belum nak buat lagi, abah aku boleh cakap cam ni' eh abah saja tnya nak tgk harga je abah kt kedai mozek ni"so aku xde syak apa2 aku bagitahu nak kaler hitam dgn kelabu. Rupa-rupanya abah mertua kita sponser tile tu dgn tandas, Sebak hoiii baiknya abah. Aku sampai je kampung (Batu Pahat) tengok dalam bilik toilet lawa gilaaa mcm yang aku idamkan lah. Sebak kitaaaaaa terharu tau. Mekaseh Abah !

Gambar bilik  kat atas semua diambil setelah aku selamat berpindah aku tak sempat ambil sepanjang aku duduk kat situ pasalnya bilik aku abis aku sumbat dengan segala barang macam TV mesin basuh peti ais haha....selagi boleh sumbat kan sebab tu aku cakap bilik tu rumah, cuma dapur je xmuat kalau muat aku masak dah kat dalam bilik haha...gilaaaaaaaa


Nila gambar penuh tapi xpenuh sangat pun lupa ambil haha..aku curi gambar adik aku je, sebab kdg datang rumah parent lepas tu asikla lupa ambil gambar ni je yang ada tengok ada dua piring astro satu aku punya satu lagi parent punya. tak berebut tgk tv dengan anak buah aku haha.. tapi kadang2 anak buah masuk bilik aku tengok kartun dia. Aku pasrah jela tak memasal tengok kartun, Sebab duk dengan anak buah sekali aku terjebak tengok kartun yang selama ni xtau rancangan apa terus tau cerita robocar poli, upin-ipinlah, thomas apa kebenda ntah, tobot boboiboy dan banyak lagi.

Ini sahaja perjalanan cerita aku untuk tahun 2015 oke boleh tutup buku yang lain biar menjadi kenangan di dalam sanubari ku haha....k.bai












♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

3 comments:

ezy.fia said... Click To Reply!

saye skrg duk ngn mak saye..
ikotkan lg selesa laki bini duk umh sndiri..
tp mak saye duk sorg2.. kesian plak kat die..
walaupon jaoh ngn tmpt keje tp puas hati sbb dpt temankan mak saye.. =')

::EIDA:: said... Click To Reply!

bestnyaa dalam bilik ade toilet. hihihi.. o skrg mila dah menyewa luar ehhh..

Mun said... Click To Reply!

xpe mila..duk ngan parent...ada hikmahnya...
dan senang juga nak jaga mak abah tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...