Salam
Tempat Menarik di Penang (Day 2)
Kalau diikutkan tiket flight balik kitaorg
pukul 4.25 ptg tapi Air Asia reschedule so waktu diawalkan 2 jam -.-‘ So
pasrahlah kita kan, tak boleh nak buat aktiviti lagi, just sempat untuk
breakfast je. Kalau ikut perancangan nak breakfast dekat dekat area Airport je,
tapi aku kan dasar pemburu makanan mana mungkin nak makan biasa-biasa saja,
jauh kita dtg wak.
So gigih aku dengan fiza search memalam tempat
breakfast, so kita jumpa makanan yg memang tak pernah aku rasa, nasi lemuni dan serabai, fiza cakap
sedap so apalagi google la tempat yg dicari sek bek tak jauh so esok kitaorg
check out awal.
Tapi setibanya di sana Kedai nasi lemuni tu
tutup U olss, kecewa hati kita, Nasib baik serabai ada dapatlah menutup hati
yang kecewa ini. Tak tau nak describe serabai tu tapi dia dari tepung lembut je
sedap jugak korang kena rasa baru tau rasa dia macamana cicah dengan kuah kaya,
sedappppp.
Lepas breakfast terus pergi Airport dan pulang
kereta. Masa kitaorg sampai airport
lebih kurang pukul 12.00 tghari so kira awal la sampai,tapi takpe dah
sampai tu dah kira syukur lah kann so mereput la kejap before departure.
Perkara pertama cari penimbang sebab aku syak beg kitaorg mesti lebih 7 kg
punya.
Betul jangkaan aku beg kitaorg extra 1kg
akibat jeruk madu pak ali hahaha…beg fiza yang extra 1kg so decide beli beg kecik utk keluarkan
barang, nak buang barang tak tau nak buang apa, takkan nak buang kasut lagi
macam kat Perth hahaha…So kitaorg bertiga sepakat bawak sorang sikit bagi
balance, sebelum masuk kat kaunter Imegresen tu kitaorg doa banyak-banyak
janganlah sangkut.
Legaaaa sebab Air port Penang tak street
sangat syukur ! Maka selamat lah kami berlepas ke Kuala Lumpur. Dah sampai KLIA
2 tetiba perut lapar pulak, memandangkan tadi kami cuma breakfast je dekat
Penang, So igt nak terus lunch je dekat KLIA 2 sebelum memasing berpisah pulang
ke sarang.
Masa pergi ke Penang kitaorang breakfast KFC
so masa balik dari Penang kitaorg makan dekat Kluang Station pulak. Dah kenyang
baru ambil tiket bas ke TBS. So kitaorg berpecah dekat TBS fiza balik ke rumah,
aku dgn laki masih meneruskan perjalanan ke Batu Pahat, tiket bas pukul 7.00 malam
sampai Batu Pahat pukul 11 malam. Esoknya aku keje hahaha… laki aku keje petang
so bermulalah episode kerja sampai lebam !!!!
Entah bila lagi nak g bercuti, rindu nak cuti
lagi tapi tak daya nak kumpul duit reramai tu hahaha…takde ke duit yang jatuh dari
langit terus selepuk kahkahkah…
KIRA- KIRA PERBELANJAAN :
Breakfast serabai (2 org) : RM9.60
Jajan kat Airport : RM 20.00
Lunch Kluang Station (2 org ) : RM 50.70
Tiket KLIA 2 ke TBS (2 org) : RM 22.00
Tiket bas dari TBS – BP : RM 50.00
Makan Malam di Batu Pahat : RM20.00
TOTAL = RM 172.30
TOTAL KESELURUHAN PERCUTIAN KE PENANG 3 HARI 2
MALAM
Tiket Flight, Hotel dan Kereta Sewa = RM530.92
(Day 1 ) = RM133.20
(Day 2 ) = RM198.40
(Day 3 ) = RM172.30
_________________
RM 1,034.82
_________________
3 comments:
wow dah settle penang ! yeayy !
hehe byk tmpt mkn yg best kt penang tp tula kalu masa terhad mmg limited lah perjalanannya.
I constantly spent my half an hour to read this webpage's articles
daily along with a cup of coffee.
Post a Comment