Salam
Hi korang kalau masih ada yang belum baca
entry sebelum-sebelumnya boleh klik link biru tu ye. Oke sambung untuk hari
kedua di Penang. #Kemanakitaharini untuk hari ke 2? Pagi-pagi lagi dalam pukul
lapan pagi macam tu kitaorang dah get ready untuk breakfast.Tempat ni memang
paling famouslah kalau time breakfast. Dia kena goyang dulu baru bole makan eh
!
ROTI CANAI TRANSFER ROAD
Rata-rata kalau
orang yang travel ke Penang mesti wajib makan dekat sini sebabnya roti canai
dia unik sikit bagi aku lah. Kat sini pun famous dengan roti telur goyang,
marilah bergoyang eh! eh! marilah bergoyang eh eh…eh engkau over pulak kan ?
Ane, roti canai
kuah banjir satu ! Siap ! Sekali amek kauuuuu memang banjir dia bagi lepas tu
tertonggok seketul ayam dalam pinggan kau. Aku ingt ayam tu dia potong
kecik-kecik tau sekali segedabak besau dia bagi. Roti canai dia memang tak
dinafikan sedap dan lembut memang kenyang sehari lah.
Lepas tu aku
order roti telur goyang. Masa makanan tiba tu, orang sekeliling dah tengok
semacam dah sebabnya kita 3 orang tapi order makan macam 6 org punya makan Ada
aku K? kata memang datang penang nak makan kan apa lagi makan puas-puas lah.
Alamat : NO 56, Jalan Transfer Road, Georgetown 10050
penang
Waktu Urusniaga : 7.00 pg – 1.00 tghari
Seterusnya kita
ke mana? Perut dah selamat di isi memang kenyang gila puas hati. So next
destination adalah :-
PENANG HILL
Aku risau masa g
penang tak dapat pegi Penang Hill tau, sebab aku ada baca post Kak Neena (blogger) time tu bulan 11,2017 dia pegi tutup under construction sebab Penang
baru lepas banjir. So aku kena cari aktiviti lain untuk gantikan kalau x dapat
p penang hill tu.Kemudian tak lama lepas tu ada sorang lagi kawan aku dekat FB nampak
dia update dia g Penang Hill time tu bulan 2,2018 so aku tnya lah, fuh legaaa
Penang Hill dah dibuka semula.
Acely laki aku
bukan main suka lagi dapat g penang hill, rupanya impian dia sejak belas tahun
yg lalu huhuhu…Tak sangka pada hari birthday dia kita sambut nun tinggi di atas
bukit bendera bang oiii..sweet angat-angat bini awak ni tau. Saya mampu sambut
dekat bukit ni je bang, In Sha Allah ada rezeki mana tau sambut dekat gunung
kinabalu ke kan hikhikhik…
Bukan selalu tepek gambar berdua, sesekali bagilah can siked .... |
Ni bff kita since darjah 1 oke !, bila aku cakap ada tiket murah, nak tak gi Penang ? dia terus on haha... |
Sebenarnya kita g
Penang Hill tu kan bukan ada pape pun, kita sebenar-benarnya Cuma nak rasa ice
kacang lily je hahahaha..Tengok macam menarik beno rupanya warna-warni kita
suka mengoda sgt tau ! kata food hunter kan so mestila try semua.
*Tips : Disarankan datang pepagi sebab tak ramai lagi
orang, bawakla topi ke, kipas tangan ke sebab panas lit lit dekat atas sana
walaupun baru pukul 11 tengah hari. Walaupun bukit tu tinggi tapi tak rasa
sejuk pun.
Alamat : PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
Jalan Stesen Bukit Bendera 11500 Air Itam, Pulau Pinang
Kaunter Tiket : 6.20 am -10.30 pm
Jadual Train
: 6.30 am – 11.00 pm ( berlepas
setiap 30 minit )
Tiket Masuk : RM 10.00 seorang
Instagram/FB :mypenanghill
WONDERFOOD
MUSEUM
Jam menunjukkan pukul 11.30 lebih kurang, masih awal lagi
kalau nak lunch sebab perut masih kenyang akibat penangan sarapan pagi tadi. So
kitaorang decide pergi wonderfood museum dulu. Apa yang ada dekat museum ni???
Semuanya replica makanan tapi jenis gergasi. Nampak macam real beb! Series tak
tipu tau !!! Tak caya meh layan gambar-gambar yang ada.
Alamat : NO 49, lebuh pantai,10300 Georgetown Penang
Tiket Masuk : RM 15.00
Instagram : wonderfoodmuseum
Facebook :
Wonderfood Museum Penang
RESTORAN KAPITAN
Lunch untuk hari
kedua kitaorang memilih Restoran Kapitan. Dari blog-blog yang aku baca, antara
menu yang best adalah Briani Claypot dan Ayan Tandoori. Acely banyak lagi menu
yang sedap dan famous tapi masa aku pegi tu tersangatlah panas bak ang lepas tu
kena jalan kaki bapak jauh sebab parking takde tu yang sampai tak boleh pikir
so decide menu Briani Claypot itupun kongsi sebab rasa macam banyak, kongsi pun
tak habis ko tau. Tak taulah sebab kenyang lagi ke tau panas sangat sampai
makanan tak habis huhu…
Alamat : NO 93, Jalan lebuh chulia, Georgetown
penang
Lepas makan
kitaorang balik ke hotel untuk solat dan berehat sebentar untuk meneruskan
aktiviti pada belah petang pulak.
STREET ART PENANG
Sebelum g street
art tu kitaorang singgah kejap dekat Market Chowrasta untuk beli jeruk pak ali
untuk mak abah, adik beradik dan mertua. Tak lupa souvenir untuk kawan-kawan
kita jugak. Tak boleh beli banyak sebab tak add on luggage lagipun dah check in
sesiap so terbatas untuk borong satu kedai hikhikhik..Selamat duit hahaha...
JERUK MADU PAK ALI
PINK LADIES ENTERPRISE (MARKET CHOWRASTA)
ALAMAT : 423 & 425, JALAN PENANG 10000 GEORGETOWN
PENANG
WAKTU URUSNIAGA : ISNIN-KHAMIS ( 9.00 PG- 8.00 MALAM
) JUMAAT- AHAD
( 8.30
PG – 8.30 MALAM )
WAZE : JERUK MADU PAK ALI JALAN PENANG
Lepas tu baru
pegi street art. Cuaca boleh tahan jugakla berkicap ketiak kita wak, tapi demi meneruskan
misi gagah jugakla mencari mural-mural untuk bergambar. Mural dekat penang dia
bukan duduk setempat kita kena pandai cari. Kalau ada peta senanglah
mencari,lagipun jalan kaki wey tak daya nak pegi jauh. So mana ada tu jela dan
tangkap gambar, janji ada sekeping dua keping jadilah nak…
MEE SOTONG HAMEED PATA
Untuk makan
petang kitaorang nak cuba mee sotong pulak. Aku kalau mee ‘kureng’ sikit
lagilah sambal sotong yang jenis kurita tu. Tapi mee sotong ni memang sedap
gila wey~~ Tak tahulah resepi dia macamana tak sama macam mee goreng biasa tu,
perah dengan limau lagi terangkat kesedapannya.
Yang buat mee tu
sedap sambal sotong dia tu, lagi satu mee sotong mesti kena order dengan
coconut shake baru boleh shake-shake u ollssss~
Alamat : NO 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Medan
Espelanade) ( pukul 8 malam tutup )
*seeloknya jangan datang lewat sebab kekadang belum
pukul 8 malam mee sotong dah habis !
Oke itu sahaja
itinerary untuk hari kedua, malam kitaorg tak keluar sebab perut kenyang di isi
memacam sepanjang hari, so lepak sahaja di bilik mengemas apa yang patut untuk
ready check out esok harinya.
KIRA-
KIRA PERBELANJAAN :
Breakfast roti canai transfer road (2 org) : RM16.00
Roti Telur Goyang (2 org) : RM8.00
Air : RM3.00
Tiket Penang Hill (2 org ) : RM20.00
Ice Kacang Lily (2 org) : RM24.00
Tiket Wonderfood Museum (2 org) : RM30.00
Lunch
Restoran Kapitan (2 org) : RM17.70
Shopping dekat
Jeruk Madu Pak Ali : RM63.20
Mee Sotong Hameed
Pata :RM 16.50
TOTAL = RM198.40
2 comments:
aduihhh bestnya makanan tu,jumpa entry ni time siang hari bulan ramadhan pulak tu..alahaiiii...
heheh CT duduk Penang 27 tahun tak penah pergi kedai Mee Hamed Pata tu. line sentiasa panjang so malas. penahla dah sampai =D
btw salam kenal. CT follow sini =)
Post a Comment