
Salam
Kalau sebelum ni aku tak pernah cakap atau mention yang aku akan pergi bercuti berjemaah sehinggalah seminggu sebelum berangkat barulah diura-urakan percutian kitaorang. Mungkin ada yang tau, macam kenalan rapat yang aku hanya pergi berdua tapi bila hari kejadian boleh jadi 11 orang hohohO..ramai tak tahu dalam diam-diam kami plan baek punyaaaaa percutian hahaha.... Nak cerita panjang nanti ko mengantuk so biarlah aku simpan menjadi kenangan terindah dalam sanubari.
Booking tiket ni dibuat masa Air Asia tengah buat promo, 3 hari 2 malam pada tarikh 22 Jun 2013 sehingga 24 Jun 2013 adalah sebanyak RM230. Bagi aku kira murah sangatlah sebab masih mampu lagilah nak booking. Kemudian aku ada add on nasi lemak Pak Nasir dan Spaghetti Bolognese, total semua bagi tiket KL-KRABI, KRABI- KL termasuk makanan adalah RM254
Pada asalnya memang harga tiket yang dah dibooking adalah RM254 tapi bila mana plan menjadi, Yaya Eida, Nory, Sheila confirm nak ikut bercuti, jadi aku rasa 3 hari 2 malam tu sangatlah tak cukup untuk buat semua aktiviti kat sana, tau jela kan 11 kepala macam-macam ragam kan, so pikir ada baiknya tambah satu hari lagi kan why not bukan senang geng sekepala dapat pergi bercuti bersama kan ? so takpelah korban sedikit wang ringgit janji korang bahagia bersama geng-geng yang sekepala apa dehalllll ye dak ? Jangan tak tau ini the first time i naek flighttttt hokeh ! Jakun tu tidak tapi i is tak berapa selesa duk dalam flight tu tegak je macam orang tulang keras, mujur 1 jam 20 minit kalau 8 jam boleh muntah hijau dibuatnyaaaaaa...
Nasib baik tambahan satu hari tu masih dalam promosi so kira masih murah lagilah, tiket baru yang dibeli bagi KRABI- KL adalah RM206.91. Masa balik kami tak add on makanan pun kami beli cash atas kapal terbang. Mula-mula ingat macam malas nak add on tapi kemain lapar lagi perut berkeroncong lagu irama melayu so kami decide beli jela.
Harga Nasi lemak Pak Nasir, Green Curry, Mineral Water dan Minute Maid perisa orange adalah RM40. Tercekik halkum tak kawan-kawan makan tu je harga macam tu pasrah jela aku ni T_____T
Total
# Tiket flight KL-Krabi, Krabi-KL dua orang pegi balik: RM230
# Add on nasi lemak pak nasir flight KL-Krabi untuk 2 orang: RM24
# Tiket flight Krabi-KL dua orang: RM206.91
# beli makanan time flight balik dari Krabi-KL: RM40
# Tiket flight Krabi-KL dua orang: RM206.91
# beli makanan time flight balik dari Krabi-KL: RM40
_____________________________________________________
TOTAL : RM 500.91