Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, August 14, 2012

Kabinet raya

www.tips-fb.com

Assalammualaikum,

Hai blogger- blogger yang masih berjaga macam aku, berjaga sebab xbole tidur atau dalam erti kata lain encik suami takde disisi kerana menunaikan tuntutan ibadah mencari rezeki diluar heee~~~Macam lagu atilia tu dinda keje siang kanda keje malam xperlu bertengkar xperlu bermasam mukaaaa..lalalalala~~~entah betul ntah tak hentam saja lah labu.

Buat makluman semua aku baru je pindah rumah lebih kurang dlm sebulan boleh baca entry ni so bila pindah rumah mestilah banyak nak pakai duit lebih-lebih lagi nak penuhkan isi rumah baru yang kosong tu. Dah hampir sebulan berpindah so far kehidupan bersama orang tersayang banyak memberikan impak maksima yang tinggi dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Tapi itu adalah moment yang paling best dalam hidup bila dapat berkongsi hidup dengan orang tersayang ^_____^

Aku ni kira senang jugak sebab encik suami dah ada siapkan kelengkapan dalam rumah seperti dapur, peti ais mesin basuh so xperlulah nak pening-pening pikir pasal duit untuk kelengkapan tersebut, seyes bila ko pindah rumah baru ko memg banyak pakai duit oke ! i admit it ! pengalaman tu. dan aku kira bertuah gak sebab owner rumah yang aku sewa tu dah memg menyediakan half furnished so xyah jugak aku pening-pening dan serabut nak bawak katil almari aku yang kat johor tu pindah sini mayb lepas raya aku bawak ke KL.

Yang takde sekarang ni ialah sofa dan kabinet TV, sofa tu aku postpone dulu memandangkan ia takdelah penting sangat sebab rumah kitaorang ni dahla kecik sekangkang kera jerk kang beli sofa gedabak besar terus pack ruang tamu kami tu so pikir-pikir balik nanti dululah lagipun kami nak elakkan dari buat pembayaran ansuran, interested tinggi dan ia amatlah merugikan. Jadi kami kena simpan duit dulu dah cukup baru beli.

Cuma yang dibeli baru-baru ni adalah kabinet TV sebab nak letak TV aku tula, xkan TV besar-besar letak bawah lak kan. Lagipun encik suami dah janji nak belikan aku kabinet TV so aku on jela kan ^_____-^. Beli secara tunai no hutang-hutang. TQ Encik husband.


Design pada kabinet tu yang buat aku tertarik untuk memilikinya, setelah 2-3 kedai aku masuk untuk buat perbandingan harga akhirnya aku pilih kabinet TV design camni berwarna coklat, dan untuk pengetahuan korang kebanyakkan perabot dalam rumah aku berwarna coklat. memang aku memilih warna tu sebab nampak macam klasik gitu. kalau hitam tu macam dah biasa sangat. Tidak memilih warna putih sebab taknak amek risiko kekotoran yang degil terserlah nanti. Aku ni bukanlah rajin sangat nak jagai nye pun :p

Boleh nampak kan kiri dan kanan TV tu aku letak frame-frame masa aku photoshoot pre-wedding dan sebelah kanan tu aku letak gambar-gambar family aku. So bila rindu aku boleh tengok mereka-mereka hihihi....Dalam kabinet tu pulak aku boleh susun hadiah-hadiah macam gelas dan pinggan mangkuk masa wedding aku haritu. Dah jimat ruang bukan ? Errrmmm okelah sampai disini saja aku meraban ada cete lain aku update yaa...selamat berpuasa

talk to my hand : tinggal bape hari lagi nak raya wey !



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 comments:

MizzTina said... Click To Reply!

cntik je susun gmbr tu ye..

Mrs. Norrie said... Click To Reply!

seronoknya beraya dirumah baru

L said... Click To Reply!

hehe.. utgle.. boleh la hias2 rumah nt.. hihi

jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/08/6-nikmat.html

Noor Maizan said... Click To Reply!

bestnya baca pengalaman akak bina hidup macam nie...tak sabar nak rasa sendiri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...